Saturday, 15 December 2018

Merentasi Cabaran Di Skytrex Adventure Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kembali semula untuk LeYa kongsikan pengalaman pertama dalam Travelogue melakukan aktiviti lasak di Skytrex Adventure Melaka

Buat pengetahuan korang bukanlah yang pertama LeYa melakukan aktiviti lasak. Sebelum ni pernah juga di PLKN, aktiviti pengakap ketika di sekolah dan aktiviti flying fox ketika di universiti. Banyak je sebenarnya. Cuma, untuk kali ini LeYa akan merentasi laluan dari pokok ke pokok yang sangat tinggi. Mulanya ada rasa cuak dan berdebar juga. Dapat ke agaknya habiskan cabaran ni. Alhamdulillah… dalam kepenatan tuh, LeYa berjaya menamatkan cabaran sehingga akhir. 


Cabaran di sini ada 3 kategori iaitu Beginner, Medium dan Extreme. Memandangkan ramai dan kesuntukan masa, LeYa pada ketika itu hanya berkesempatan membuat cabaran sehingga yang medium sahaja. InsyaAllah, ada rezeki, LeYa nak cuba lah yang extreme sebab teruja laluan yang ada basikal tu. Hehehe… 

Okay… Jom ikuti pengembaraan LeYa merentasi cabaran di situ.


Skytrex Ayer Keroh, Melaka

Kalau korang nak tahu lokasi skytrex ni, ia betul-betul berada di dalam hutan Kampung Buku, Ayer Keroh. Alaa… korang waze je. Confirm jumpa punya. 

Selesai mendaftar dan menandatangani borang persetujuan untuk melakukan aktiviti lasak, korang akan diberikan peralatan keselamatan sebelum memulakan aktiviti.

Siap-siap pakai. Apa lagi? Kasi gambar lah dulu sebagai kenangan kan. Hehehe…



Aktiviti pun bermula. LeYa membuat percubaan dahulu di bahagian beginner supaya nanti tak lah rasa cuak sangat meneruskan aktiviti yang tinggi. Laluan semakin jauh dan tinggi. Dada semakin berdegup kencang dan otak ligat memikirkan, “Boleh ker aku abeskan ni…”. Diteruskan jua walau berdebar dan penat.

 

Part yang paling disukai ialah flying fox. Dek kerana terlalu banyaknya aksi tuh, LeYa jadi alah bisa tegal biasa. Ceehhhh… berlagak pulak. Tadi punyalah penakut cuak kan. Hahaha… Serius weyyyhhh… Lama-lama dah tak rasa apa dah. Rasa makin seronok pula. Sebab tu la berjaya selesaikan sampai ke akhir walaupun agak lambat berbanding kawan-kawan yang lain.





So, kalau korang datang dan singgah Melaka, apa kata korang cuba lakukan aktiviti lasak ni. Barulah syok kan! Asyik-asyik shopping je. Sekali-sekala uji ketahanan fizikal pasti seronok. Oh Ya! Skytrex Adventure ni juga ada lagi dua cawangan iaitu di Shah Alam dan Langkawi. Jadi, korang boleh lah buat pilihan mana destinasi yang korang nak tuju.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari

SKYTREX ADVENTURE MELAKA
Jalan Taman Botanikal, 75450 Durian Tunggal, Melaka

Website

Telefon
018 – 909 5679 


Travelogue Melaka ini dibawakan khas sempena LeYa menjalani Team Building kolaborasi tempat kerja LeYa. Terima kasih untuk penaja utama – Ministry of Finance, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Skytrex Adventure Sdn Bhd.

Friday, 14 December 2018

Seafood Segar dan Murah Di Pak John Steamboat & BBQ, IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Haiii... pencinta steamboat dan BBQ. Korang mesti suka dan teruja apa yang LeYa nak bagitahu ni. Kalau sebelum ni nak makan Steamboat & BBQ sedap ni kena ke Damansara, tetapi tidak lagi bagi orang-orang yang duduk di kawasan ini. Korang semua boleh nikmati steamboat & BBQ ni di Pak John IOI City Mall, Putrajaya. Aha! Dah dekat. Confirm berpusu-pusu la korang ni nanti. Al-maklumlah...pantang bila LeYa cakap ada tempat makan best. Hehehe...


Lagi satu nak cakap, kenapa korang kena makan kat sini? Sebab utamanya adalah murah dan halal. Dengan satu harga, korang boleh nikmati lebih 160 hidangan makanan yang disediakan. Aha! Makan sampai lebam uolls... Boleh lah bawak satu family untuk cuba makan di sini. Sebab murah dan makanan pun berkualiti dengan portion yang banyak. Jom tengok apa LeYa makan di sana!


First time LeYa dan Otomen Taro datang untuk menikmati makanan di Pak John Steamboat & BBQ ni. Kebetulan pula hujung minggu tu family sebelah Otomen datang. Langkah kanan la mereka datang kan. Terus kami perkenalkan dan bawak makan kat sini. 

Sampai sahaja di restoran tuh, LeYa dapat lihat hampir kesemua meja sudah ditempah. Memang setiap hari sentiasa ramai. Jadi, LeYa sarankan sebelum korang nak datang makan, eloklah kiranya tempah dahulu. Dikhuatiri kalau walk-in, restoran penuh pula nanti.



Bila dah tempah ni, LeYa terus tanya di kaunter dan taaddaaaa.... Rupanya meja kami ada di depan je tu. Hehe.. Baru je duduk, pelayan dah datang bagi kami buat pilihan sup. Sebab kami ramai, kami dapat 2 pilihan sup. Antara pilihan sup yang korang boleh nikmati adalah
  1. Sup Udang
  2. Sup Tom Yam
  3. Sup Miso
  4. Sup Kari
  5. Sup Ayam

Dan, kami telah memilih Sup Tom Yam dan Sup Kari. Korang.... Kalau korang nak tahu, boleh re-fill sup ni secara percuma tau. Tak ada tambahan bayaran pun. Best kan!


Okay... Dah pilih sup. Jom kita pilih pula makanan yang ada. WoW! Rambang mata weyyhhhh nak pilih. Banyak sangat menu yang ada kat sini. 

Terdapat menu steamboat seperti bebola ikan, ayam, sosej, kek ikan, daging dan banyak lagi. Sayur-sayuran pun ada banyak jenis. Memang favourite LeYa ni. Hehehe...



Bukan itu sahaja. Korang juga boleh minta hidangan daging hirisan premium secara percuma je tau. Antara daging hirisan premium yang ada di sini adalah:
  1. Premium Beef Slice
  2. Premium Lamb Slice
  3. Premium Abalone Slice
  4. Premium Smoked Duck

Korang boleh makan sebanyaknya sehingga kenyang. Tapi memadai lah kan. Janganlah sampai berlaku pembaziran.


Buat yang tak makan hidangan steamboat dan BBQ, jangan risau. Sebab kat sini ada juga hidangan buffet seperti nasi goreng, mee, bihun dan makanan bergoreng. Memang banyak pilihan makanan yang disediakan. 



Bukan itu sahaja, pilihan sos pun LeYa pening nak pilih yang mana. Siap main pusing-pusing meja sos tuh.. Kejap nak ambil yang ni, kejap nak ambil yang tu. Hahaha... Last-last ambil yang biasa makan jugak.



Part paling ditunggu. Bahagian pencuci mulut yang juga sangat banyak untuk korang nikmati. Tapi memandangkan perut dah kekenyangan, LeYa sekadar memilih Waffle Ice Cream sahaja. Tak larat lah nak makan semua. Kang termuntah balik pulak kalau kenyang sangat.



Overall memang LeYa sangat berpuas hati dengan kesemua hidangan yang disediakan di sini. Dan LeYa memang recommend untuk korang pergi dan rasai sendiri kelazatan dan kepelbagaian makanan yang ada.

Harga

Maklumat lanjut

Pak John Steamboat & BBQ
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall, 62502 Putrajaya

Contact
012 - 7050684

Facebook

Instagram

Thursday, 13 December 2018

Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 Bakal Berlangsung Di Lima Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Satu pertandingan Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 akan dilaksanakan di lima buah sekolah di Lembah Klang yang diumumkan dalam majlis pelancaran oleh Sambill Park (M) Sdn Bhd di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur. Siri Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, En. Zainal bin Abas mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching. Pertandingan ini sebenarnya diilhamkan oleh siri animasi terkenal yang boleh ditonton di saluran Disney XD Asia dan NETFLIX.


Siri Chuck Chicken Junior Warriors 2.0 ini merangkumi siri halangan sejauh 300 meter yang direka khas untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun dan akan dibina di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall. Dengan matlamat utama untuk mendidik anak muda tentang kemahiran mental dan fizikal, para peserta dapat melatih kebolehan dan membangunkan keyakinan diri mereka. Pertandingan ini akan menentukan sehingga pusingan kelayakan diikuti dengan pusingan separuh akhir dan peringkat akhir yang akan diadakan di Sunway Velocity Mall.


Pengarah Urusan Sambill Park (M) Sdn Bhd dan Penganjur Utama Chuck Chicken Junior Warriors 2.0, Encik Daniel Wong berkata, “Pengikut setia Pertandingan Chuck Chicken perlu menyelesaikan beberapa cabaran mental sebelum melepasi ujian fizikal. Persaingan Chuck Chicken seperti yang dipertontonkan di saluran Disney XD Asia dan NETFLIX dapat menggalakkan kanak-kanak sama ada dari sekolah awam atau swasta untuk berfikir secara kritis dan mengembangkan lagi kemahiran mental mereka dalam masa yang singkat.”
"Kami amat berbangga kerana Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, YB Teo Nie Ching telah memilih untuk menyokong dan merasmikan pertandingan ini. Kami yakin bahawa lebih ramai kanak-kanak akan dapat dididik melalui pengalaman istimewa ini berbanding edisi pertama. "Tambah beliau.


Edisi Kedua Chuck Chicken Junior Warriors juga mempunyai perancangan untuk membawa cabaran ke semua sekolah di Lembah Klang dan mencari Juara Kebangsaan seterusnya menembusi pasaran Asia Tenggara. Dalam tempoh dua tahun akan datang, sekurang-kurangnya 5 negara akan terlibat dalam siri pertandingan ini dan para peserta akan dibawa ke Malaysia untuk bersaing di Pusingan Akhir selaras dengan strategi untuk mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Siri animasi Chuck Chicken telah memberi impak yang luar biasa dalam industry dengan menjana jumlah penonton lebih daripada 11 juta, dicalonkan sebagai Animasi 2D Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-21 dengan liputan lebih dari 20,000 di media sosial, 180,000 pelanggan setia Youtube, 50 juta tinjauan keseluruhan di Youtube dan ditonton lebih 2 bilion kali di platfom digital China sahaja. Edisi ke-2 pertandigan ini pada 2019 telah menarik beberapa rakan kongsi utama termasuk Animasia Studio, Tenby International School Principle, Seri Bintang Utara Principle dan Sunway Velocity Mall. Ia juga disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Dengan rekod penyertaan lebih daripada 600 peserta kanak-kanak untuk siri sebelumnya, Chuck Chicken Junior Warrior 2.0 telah diumumkan secara rasmi dengan kehadiran rakan-rakan kongsi termasuk Encik Danny Lee, Pengurus Sunway Velocity Mall, En. Hazizul Hakim dari Singapore’s Brilliant Sports Solutions dan Encik Raye Lee, Pengarah Animasia Studio.

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket, boleh dapatkan di www.ccjuniorwarriors.com.

Wednesday, 12 December 2018

My Children's Book, Laman Web Pencinta Buku Dengan Harga Berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa dekat sini suka membaca buku? Atau senang cakap ulat buku lah... Nak tak kalau LeYa bagitahu ada satu tempat yang menjual buku-buku dengan harga sangat berpatutan secara online. Pencinta buku mesti tak sabar-sabar kan! Jadi, jom teruskan membaca!


Kalau nak cari buku terutama buku kanak-kanak secara online dengan harga yang sangat murah, korang patut singgah ke laman web My Children's Book. Laman web ini menjual buku kanak-kanak terbitan seluruh dunia yang memang terbaik dan korang patut miliki untuk menambah koleksi buku korang.


Latar Belakang My Children's Book

My Children's Book ditubuhkan oleh Ace CSR Sdn Bhd pada tahun 2018. Laman web ini merupakan destinasi terbaik buat IbuBapa yang mencari koleksi buku cerita buat anak-anaknya. Terdapat pilihan berlandaskan umur serta kategori khusus bagi memudahkan pelanggan memilih dan membeli buku yang diingini.



My Children's Book juga menyediakan pilihan buku yang sangat menarik untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur iaitu dari umur bayi sehingga remaja dan dewasa. Korang juga boleh buat pilihan sama ada melalui kategori fiksyen, aktiviti, pendidikan dan banyak lagi. Kanak-kanak pasti seronok dengan pilihan buku yang banyak dan menarik!

Terdapat juga tawaran buku yang lebih menarik sepeti buku mewarna, cerita pendek, pop-up books, kisah pengembaraan dan juga buku fiksyen buat semua pencinta buku. Ia sejajar bagi menanam minat yang mendalam buat kanak-kanak dalam membaca dan meneroka buku-buku cerita yang dimiliki mereka.


Jom Kumpul Koleksi Buku Bersama My Children's Book

Apabila LeYa buka sahaja laman web ni, LeYa dah mula jatuh cinta dengan semua buku yang ada. Diikutkan nak je borong semua. Maklumlah LeYa kan memang minat membaca. At least, sebulan 2 buah buku LeYa akan habiskan pembacaan. Hehehe...

Dalam meneliti setiap pemilihan buku-buku yang ada di laman web My Children's Book, LeYa berjaya memiliki 4 buah buku yang jumlah keseluruhannya kurang dari RM50. Ha! Murah kan. Dari awal LeYa dah bagitahu kan, laman web ni memang menyediakan pelbagai koleksi buku dengan harga yang berbaloi-baloi. So, punya lah suka bila dah dapat buku yang diidamkan. Terus buat pembelian dan pembayaran tanpa banyak kata lagi.


Jeng... Jeng... Jeng... Antara 4 buah buku yang berjaya LeYa beli hari tuh adalah The Dark Beloved, Burning Up, Pip And The Wood Witch Curse dan Harry Potter & The Goblet of Fire. Actually, yang Harry Potter tu LeYa beli sebab koleksi LeYa yang tu dah hilang dipinjam orang tanpa pulangkan semula. Tapi, tak mengapa lah. Anggaplah bukan rezeki LeYa. Jadi, bila ada buku murah ni, terus LeYa cari koleksi Harry Potter. Malangnya, hanya ada satu tu jer. Terus lah sambar sebelum kehabisan stok dan buku tambahan lain yang dinyatakan.

 

 

Memang seronok membaca ni. LeYa sedari kecil lagi dah di didik dengan membaca. Lama-kelamaan membaca menjadi salah satu hobi kelapangan. Lagipula, membaca merupakan sebahagian yang penting untuk meningkatkan kecerdasan minda dan emosi kita. Sikit sebanyak mampu memberi kesedaran sosial, empati dalam meniti kehidupan hari ini.


So, bagi korang yang ingin mendapatkan koleksi buku-buku di sini, boleh terus ke laman web My Children's Book dan rasai sendiri pengalaman membeli-belah buku-buku dengan harga murah secara atas talian. Laman web ini adalah laman web yang wajib singgah jika korang benar-benar cinta dan minat dengan buku. So, cepat-cepat masukkan dalam list online shopping korang!

  

Untuk tidak terlepas sebarang maklumat dan promosi penting, pastikan korang sentiasa melayari 

Website

Alamat
My Children's Books,
7-2 Jalan Dato Haji 1,
Taman Tan Yew Lai,
58200 Kuala Lumpur,
Malaysia.




Malaysia Productivity Corporation (MPC) Meningkatkan Pertumbuhan Produktiviti Melalui Pelancaran Anugerah Nexus Pertama Untuk Peruncitan dan F&B Industry

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Productivity Nexus for Retail and F&B telah dinobatkan sebagai Anugerah Nexus Pertama 2019 dalam industri runcit dan F&B di Malaysia bersempena dengan "Nexus Retail and F&B Rockin' Talk 2018" di Concorde Hotel, Kuala Lumpur pada 30 November lalu.


Acara ini adalah yang pertama seumpamanya diadakan dan satu-satunya Anugerah yang berkaitan F&B diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan menjadikan peruncitan dan F&B adalah paling berprestij di Malaysia dengan bertemakan "An Edutainmemt Night: Rocking Retail and F&B".

Anugerah Nexus 2019 akan mempamerkan 15 kategori yang akan dipertandingkan bersempena dengan sesi perkongsian inovatif oleh usahawan yang ditubuhkan di Malaysia.


Dalam majlis pelancaran Anugerah Nexus 2019, Dato 'Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah Produktiviti Perbadanan Malaysia (MPC) berkata "Kerajaan telah komited pada Anugerah Nexus 2019 buat industri runcit dan F&B. 


Selain itu, ia bertujuan inisiatif kerajaan untuk mengiktiraf pencapaian buat perusahaan industri yang telah berjaya dalam produktiviti, pertumbuhan dan inovasi. 

"Anugerah Nexus 2019 merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam industri Peruncitan dan F&B untuk memberikan Anugerah yang boleh dipercayai dan diberikan oleh kerajaan dan disokong oleh badan industri. Ini akan menjadi cerita sukses dan amalan terbaik.


Acara pelancaran itu juga bertepatan dengan Talk Edutainment “Rocking Retails and F&B” yang menampilkan tycoon perhotelan Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Nasir, Pengasas Fave, Joel Neoh, selebriti chef, Chef Wan, Terry Goh dari Kyochon 1991, Dome’s CafĂ©’s Nigel Oakey, Dato’ Louis Chang dari Annkang, Blackbox Insights’ Desmond Ng dan Man dari Chef Iron Thailand, Dhin Boonsombat.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://wayup.my/