Thursday 20 January 2022

Lagu 'Kita Di Sisimu' Lagu Kemanusiaan Dalam Menggalakkan Bantuan Kemanusiaan Secara Berterusan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Lebih dari 30 buah persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan bernaung di bawah Rescue Union bagi melancarkan lagu tema usaha menyelamat mangsa banjir dan video muzik berjudul  KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后 dengan kerjasama lebih dari 15 orang selebriti dan artis tempatan, dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama menjiwai semangat 'Keluarga Malaysia' dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Lagu tersebut menyuntik semangat kepada mangsa-mangsa banjir agar tidak berputus asa dan tabah menghadapi cabaran dan mengingatkan mereka "sesudah ribut, datangnya pelangi". Pada masa yang sama, lagu tersebut juga menggalakkan rakyat Malaysia turut membantu mangsa-mangsa banjir pulih dari bencana tersebut. Baik dari sumbangan wang ringgit, mahupun kerja-kerja sukarelawan dan sebagainya, setiap orang mampu menyumbang dengan cara tersendiri bagi memberi impak yang besar secara kolektif.

KITA DI SISIMU | Together As One |撑在你背后 merupakan sebuah lagu berbilang bahasa yang diterbitkan oleh pelakon tempatan Lenny Ooi yang dikenali melalui filem “Mrs K” dan “You Believe in Ghost?”. Video muzik lagu itu juga memberikan penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir dan para sukarelawan yang terlibat dalam program kemanusiaan dan menampilkan lebih 15 orang personaliti berbangsa Cina, Melayu, dan India, menginspirasikan keharmonian berbilang kaum.

Artis-artis yang terlibat ialah:

  • Jack Lim (Penyampai radio My FM)

  • Fu ying & Sam 

  • Henley 

  • Billy Ng 

  • Juztin Lan

  • Ribbon Ooi 

  • Yumi Wong 

  • Puteri Lili Ayumi

  • Aki

  • Ky Tha 

  • Emely Poon 

  • Joey Kong 

  • Nick Ooi 

  • Regine Kok 

  • Cindy 

  • Lenny 

  • Sunshine Aileen Devi Eric

  • dan wakil Rescue Union yang lain

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid berkata, ”Kerja-kerja sukarelawan mencerminkan budaya dan moral rakyat Malaysia yang suka membantu antara satu sama lain. Saya amat berbangga melihat tindakan pantas artis-artis tempatan yang memberi bantuan secara kolektif kepada mangsa-mangsa banjir dengan menggunakan bakat dan pengaruh mereka”.

“Sebagai salah sebuah badan kerajaan utama dalam industri kreatif yang turut berkhidmat di kawasan-kawasan terjejas bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir, FINAS menyokong segala usaha seperti ini, kerana ianya menyuntik semangat moral ketika negara sedang menghadapi pelbagai musibah. Saya juga percaya seni hiburan merupakan satu bentuk motivasi yang mampu memupuk semangat kebajikan dalam setiap orang dan memberi inspirasi kepada bakal sukarelawan akan datang. Saya berharap para penerbit kandungan kreatif atau penghasil kandungan di Malaysia mengikut jejak langkah selebriti-selebriti ini yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti CSR seumpama ini, supaya amalan ini dapat diteruskan, terutamanya di kalangan belia,” tambah beliau.

Rescue Union ditubuhkan oleh dua badan NGO iaitu Worldwide Wellness Club dan Malaysia Ecological Civilization Communication Centre (MECCC) kini disertai lebih 30 buah badan NGO dan persatuan, bersama hampir 300 sukarelawan yang berganding bahu bekerjasama dalam gerakan ini. Mereka mendedikasikan masa, keringat, kecerdasan dan sumber-sumber bagi mengumpulkan dana dan menyediakan kemudahan kepada mangsa. Pada masa ini, dalam 30 orang usahawan dan ketua-ketua sosial telah bersetuju untuk menjadi perunding kepada Rescue Union, dengan harapan lebih ramai sukarelawan dan pertubuhan menyertai usaha kebajikan ini.


Pengasas Rescue Union, Encik John Yap berkata, ”Semasa bencana banjir di tahap yang kritikal, ianya jelas bahawa kami memerlukan banyak sokongan daripada NGO dan persatuan-persatuan bagi memberi impak yang ketara dalam menyediakan kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir. Saya ingin mengingatkan semua orang walaupun banjir telah surut di sesetengah lokasi, tetapi masih ramai mangsa banjir yang masih terkesan akibat bencana ini. Saya berharap melalui inisiatif ini, kita mampu meringankan beban mereka dan membantu memulihkan kediaman yang terjejas akibat bencana banjir.”

Wednesday 12 January 2022

Bola Rasmi Liga Malaysia 2022, MFL Acceleration 21.1 Pro Bercorak Jalur Gemilang Dijual Bermula Harga RM49

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Malaysian Football League (MFL) dengan kerjasama jenama sukan global PUMA serta rakan pengedarnya, ACTIVE SPORTS telah melancarkan bola rasmi bagi kegunaan perlawanan Liga Malaysia 2022 yang melibatkan saingan Liga Super, Liga Premier, TM Piala Malaysia, Piala FA dan Challenge Cup. 

Bola rasmi yang dilancarkan iaitu MFL Accelerate 21.1 Pro, merupakan bola berteknologi moden di mana ia direka  menerusi frekuensi tinggi untuk pengekalan bentuk yang sangat baik, ketahanan dan mengurangkan penyerapan air.

Konfigurasi 8 panel yang unik pula mengurangkan bilangan jahitan yang menghasilkan panel yang lebih besar untuk sambungan yang lebih baik dengan bola.

Manakala permukaan PU berstruktur 3D 1.2mm disepadukan untuk aerodinamik bagi meningkatkan ketahanan lebih baik manakala POE foam yang baru dibangunkan dapat menambah baik sentuhan dengan meningkatkan sensitiviti, memberikan sentuhan lebih teguh serta konsistensi lantunan yang lebih baik.

Selain direka dengan teknologi terkini untuk melengkapkan pelbagai gaya permainan bola sepak moden, bola MFL Acceleration 21.1 Pro yang diiktiraf oleh badan induk bola sepak dunia FIFA ini memiliki corak cukup menarik dengan warna putih sebagai warna utama disulam dengan rekaan grafik berwarna biru, merah dan kuning sebagai warna jalur gemilang.

Logo besar PUMA juga boleh dilihat di permukaan bola bersama dengan logo MFL. Bola MFL Acceleration 21.1 Pro ini boleh didapati secara eksklusif di ACTIVE SPORTS, kedai PUMA terpilih dan PUMA.com dengan harga bermula RM49 hingga RM559.

Maklumat lanjut boleh layari laman web tertera di bawah

https://www.malaysianfootballleague.com

Wednesday 5 January 2022

Rasa Kopi Premium Di Kopilah Kopi Cafe, Port Dickson

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kopi bukan sahaja memiliki rasa yang unik malah mempunyai banyak khasiat. Bercakap tentang kopi, antara jenama terkenal yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia adalah Starbucks, Coffee Bean dan banyak lagi.

Tapi... Tapi... Jom kali ni LeYa nak kongsi dengan korang semua untuk menyokong perniagaan anak tempatan pula. Korang tetap tidak akan terlepas untuk mendapatkan kopi premium seperti di kafe terkemuka tersebut, malah akan rasa seronok dan teruja menghirup kopi yang di brew itu.

Kopilah Kopi Cafe yang terletak di Port Dickson merupakan cawangan kedua kopi hipster yang menjadi trend hari ini. Kopilah Kopi Cafe ni memang sangat menarik dan unik. Terletak betul-betul di tepian pantai Port Dickson, pasti menggamit sanubari pengunjung yang datang untuk menikmati kopi sambil ditemani panorama yang indah.


Macam LeYa bagitahu kat atas tu, ini adalah lokasi kedua untuk Kopilah Kopi ni. Lokasi pertama Kopilah Kopi Cafe ni terletak di Kuala Pilah. Al-malangnya LeYa pun tak sampai lagi kat sana. Hahaha... It's ok la sebab dah ada kat PD ni kan. Kita santai-santai dan minum kopi yang kat PD ni je lah.

Bukan sahaja kedai kopinya yang unik, tetapi kopinya turut digemari oleh ramai orang yang telah mencuba. Power sangat ke kopi ni? Mana tidaknya, kopi ini terkandung cukup rasa cocoa powder, fresh milk dan espresso nya. Dan, LeYa pun tanpa berbasa-basi meredah belantara jalanraya untuk singgah ke Kopilah Kopi Cafe


Sampai di Kopilah Kopi Cafe, LeYa mula membuat pesanan minuman yang ingin diminum LeYa pada petang itu. Suasana di cafe pun tak lah ramai orang. Ada la dalam 5 dan 6 orang. Jadi, tak perlulah nak beratur panjang kan.


Yang bestnya kan, baru saje LeYa nak duduk, tiba-tiba staff kedai dah panggil. Eh, serious lah. Kejap betul! Tak perlu tunggu lama-lama pun. Kopi yang kita pesan cepat dibuat dan tiadalah pelanggan lain nak menunggu order begitu lama. Jadi sementara menunggu waktu yang ada tu, LeYa berehat dan santai minum kopi di situ. 


Ikut citarasa dan tekak LeYa petang tu, LeYa telah membuat pesanan Frappe Vanilla. Memang sedap sebab tak manis sangat dan rasa espresso nya pun lebih. 

 

Buat korang yang datang ke Port Dickson untuk bercuti dan berehat, Kopilah Kopi ni terletak berdekatan Pantai Batu 1, belakang bangunan Pejabat Daerah PD. Memang tempat yang strategik untuk singgah kerana lokasinya yang berada di tepi pantai dan banyak tempat letak kereta serta ada juga disediakan aktiviti sewa basikal untuk bermain di kawasan itu.


Nampaknya kopi hipster hari ini semakin terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan penduduk setempat pun menyukainya. Tunggu apa lagi? Jomlah cuba!

Kopilah Kopi Cafe

Waktu Operasi : 10.00 pagi - 10.00 malam (Buka setiap hari kecuali waktu kecemasan)
Lokasi : Batu 1, Belakang Pejabat Daerah PD

Tuesday 4 January 2022

Jus Mutyara By Tya Arifin Memang Sedap dan Berkesan!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Amalan mengambil jamu merupakan amalan nenek moyang zaman berzaman untuk kesihatan luaran dan dalaman khususnya golongan wanita. Seperti LeYa dan juga golongan wanita muda di luar sana, mana mungkin dapat menelan jamu yang pahit dan tak sedap itu. Namun, hari ini, dengan kehadiran Jus Mutyara, LeYa sendiri pun sukakannya.


Jus Mutyara adalah jus yang sangat mudah pengambilannya dan rasanya juga tidak pahit dan ternyata keberkesanannya. Jus Mutyara ini merupakan hasil cetusan Asyraf Khalid dan Tya Arifin dengan ramuan resipi turun temurun dari keluarga Tya diolah rasanya dengan tambahan makanan sunnah seperti Kurma, Delima, Madu, Habatussauda selain campuran herba-herba asli seperti Kunyit, Halia, Manjakani dan sebaginya. 

Tya dilahirkan di Indonesia dalam keluarga yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri terutama menerusi amalan memakan jamu. Tapi disebabkan rasa pahit pada jamu sewaktu beliau dalam pantang ketika melahirkan cahaya mata pertama telah memberi ilham padanya untuk menghasilkan jamu yang boleh ditelan dan tidak pahit dan masih mengekalkan khasiatnya supaya semua wanita boleh mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 

Dari situlah bermulanya detik Tya beroleh ilham untuk melahirkan produk sulungnya, Jamu Mutyara Gugusan Sumatra. 

Kandungan Yang Terdapat Pada Jus Mutyara

Jamu Mutyara bukan sekadar jamu biasa. Ia merupakan formulasi dan diadun dengan campuran makanan sunnah seperti Kurma, Madu dan Habatussauda. Selain itu, ia juga mengandungi bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi khasiatnya seperti:

  • BUAH KRANBERY - untuk mencantikkan kulit
  • SERBUK UBI BIT - untuk penambahan susu ibu
  • KUNYIT & HALBA - untuk mengempiskan perut dan melangsingkan badan
  • MANJAKANI - untuk mengetatkan otot rahim, mengetatkan faraj, awet muda, pencegahan kencing manis, mencantikkan kulit
  • KACIP FATIMAH - untuk mengatasi masalah keputihan, masalah senggugut, menguatkan payudara & vagina serta mampu mencegah penuaan
  • EKSTRAK YIS - anti penuaan, menganjalkan kulit dan mencerahkan kulit
  • CAYENNE - untuk membantu mempercepatkan metabolisme dan menurunkan berat badan, mengurangkan nafsu makan, meningkatkan aliran darah dan menjaga tekanan darah.

Khasiat Jus Mutyara

Jus Mutyara ini telah terbukti memberikan manfaat buat para pengamalnya seperti:
  1. Menambahkan TENAGA, tidak mudah LETIH
  2. Menambahkan SUSU BADAN agar lebih mencukupi
  3. Membantu merawat DALAMAN WANITA
  4. Membantu merawat KEPUTIHAN
  5. Membuang ANGIN DALAM BADAN
  6. Membantu mengurangi LENGUH SENDI, SAKIT PINGGANG, SENGGUGUT
  7. Membantu proses DETOKSIFIKASI
  8. Menguatkan sistem IMUNISASI
  9. Mengekalkan BERAT BADAN IDEAL
  10. Membantu MERAPATKAN MISS V
  11. Anti penuaan / Awet muda
  12. Merawat kulit agar kelihatan bersih & sihat
  13. Membantu MENGANJALKAN ASET WANITA (payudara & pinggul)
  14. ANTI-BAKTERIA, MERAWAT KEGATALAN

Adakah Jus Mutyara Sesuai Untuk Saya?

Jus Mutyara sangat sesuai diamalkan oleh wanita yang berusia 16 tahun dan ke atas Bagi yang menghidap penyakit kronik dinasihatkan mendapat nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Bagaimana Nak Amalkan Jus Mutyara?

Jus Mutyara dikeluarkan dalam 2 jenis kemasan iaitu berbentuk BOTOL dan SACHET. Walaupun berbeza rupa, tetapi khasiatnya tetap sama.

Botol :
Amalkan satu sudu di waktu pagi (sebelum sarapan) dan satu sudu di waktu malam (sebelum tidur)

Sachet : 
Amalkan satu sachet sehari (Waktu pagi sebelum sarapan / Waktu malam sebelum tidur)

Tiada Pantang Larang Cuma Ambil Tahu Ketika Mengamalkan Jus Mutyara
  • Minum air masak secukupnya. Sekurang-kurangnya 8 gelas satu hari
  • Jangan campur dengan jamu lain. Dikhuatiri akan overdose dalam badan
  • Ketika HAID dan MENGANDUNG, JANGAN ambil jamu
  • Jika demam atau tidak sihat dan makan ubat, JANGAN makan jamu. Selepas sihat baru kembali amalkannya.
  • Bagi peminat kopi, ambil jus Mutyara ini seawal 2 jam sebelum untuk meminum kopi.


Kekal Bertenaga dan Aktif Sepanjang Hari

Tersangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja sekarang ini dengan jenis yang sachet itu. Ia boleh disimpan dalam beg dan juga dalam poket seluar. Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak bertenaga, kan?

Jus Mutyara pasti akan membuat korang dapat menjimatkan masa hanya 1 sachet sehari sudah cukup dalam memberikan hari korang lebih aktif, ceria dan semangat!

 

LeYa sendiri dah amalkannya memang terasa keberkesanannya pada badan LeYa. Kalau dulu memang bila LeYa datang haid akan senggugut teruk, alhamdulillah asbab amalkan Jus Mutyara ni, bulan pertama selepas consume jus ni, hari kedua LeYa dah boleh ajak sepupu pergi jogging di tepi pantai. Selain itu, memang LeYa dapat rasa badan lebih ringan dan cergas bertenaga. InsyaAllah, semoga impian LeYa pada tahun 2022 ni dapat mencapai berat badan 50kg. Jom konsisten dan amalkan Jus Mutyara sekarang!


CONTEST BELI MUTYARA & MENANG DUIT !!!

Setiap pembelian untuk unit COMBO 3, korang akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai! Best kan!

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan Jus Mutyara ini sekarang!


CONTEST ISTIMEWA KISAH MUTYARA !!!

Jom rakamkan video journey korang bersama Mutyara dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai juga!! Bestnyerrr....

Video yang paling menarik dan kreatif akan dipilih sebagai pemenang! Nantikan kisah siapa yang bakal dipilih.


BAGAIMANA NAK DAPATKAN JUS MUTYARA?

LeYa tahu korang dah teruja kan untuk merasai kehebatan dan kesedapan Jus Mutyara ni. Senang jer... Meh LeYa ajar. Klik link direct WhatsApp berikut


Atau korang yang berminat nak jadi ahli Mutyara, boleh klik link ni, https://mutyarabizconnect.com/signup/?uid=C2FAAVRAS

  

Monday 3 January 2022

Travelog Kedah - Rasai Pengalaman Suasana Kampung di AMD Resort & Camp Perik, Kuala Nerang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Agak lama juga LeYa tak update blog ni. Memang lama dan bersawang pun. Tapi, surely LeYa rindu nak berkongsi cerita kat blog ni macam dulu. So, untuk permulaan 2022 ni, LeYa memang dan get tough untuk kembali aktif berblog. Didoakan agar LeYa istiqamah walau berada dalam kesibukan aktiviti harian.

Terlalu banyak yang terjadi sepanjang tahun 2021 LeYa. Tapi dont't worry be happy! LeYa will ceritakan episod jalan-jalan LeYa yang agak lama terbengkalai. Hehehe...

Alkisah pada awal November 2021 lalu, LeYa berkesempatan meneroka negeri Kedah dan yang paling menariknya berjaya menjejakkan kai berada di persekitaran alam semulajadi yang cukup menenangkan dan mendamaikan. Bunyi-bunyian alam seperti air sungai yang mengalir, unggas beterbangan dengan alam flora dan fauna nya yang sangat tenang dan nyaman. That's why lah LeYa suka Back to Nature. Menghirup udara segar dan menghayati keindahan alam. So, jom tengok apa yang LeYa nak kongsikan kali ni.


Bermalam di sebuah penginapan yang cukup indah dikelilingi pokok-pokok dan air sungai mengalir memang ramai orang yang sukakannya. Selama 3 hari 2 malam LeYa di Kedah, LeYa menginap di sebuah resort iaitu AMD Resort & Camp Perik yang terletak di Kuala Nerang.

Ketika korang sampai sahaja di resort ini, awal-awal telinga korang akan disambut dengan deruan air sungai yang mengalir. Menurut pemilik AMD Resort & Camp Perik, sungai ini dinamakan Sungai Perik, sinonim dengan nama dan lokasi resort ini.


Sedikit latar belakang resort ini adalah ia sebenarnya tapak kem latihan untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Apabila PLKN berakhir, kawasan ini dibaikpulih dan didirikan sebuah resort yang cantik yang diberi nama AMD Resort & Camp Perik, sesuai dengan lokasinya untuk bawa keluarga mahupun rakan-rakan berehat dan bersantai menikmati suasana kampung yang permai. 

Selain itu, korang juga boleh menikmati buah-buahan tempatan seperti durian bila tiba musimnya.

Di AMD Resort & Camp Perik, terdapat 3 jenis penginapan yang korang boleh pilih bersesuaian dengan bajet dan bilangan ahli yang datang. Antaranya:

1) Penginapan Bilik Rumah Kampung / Warisan

Berlatarkan bunyi deruan air sungai yang mengalir, korang bolehlah pilih untuk menginap di sini. Ia merupakan rumah papan yang telah berusia 30 tahun dan terletak betul-betul bersebelahan sungai dan turut berdekatan dengan Restoran Warisan D'Sungai.


Di Rumah Warisan ini, ia boleh memuatkan seramai lebih kurang 25 orang dewasa. Memang cantik dengan beranda yang disediakan seperti korang berada di zaman dulu ketika bersantai minum petang sambil melihat anak-anak bermain di halaman rumah.


Menampakkan lagi suasana seperti duduk di rumah nenek dulu-dulu, bilik air untuk Rumah Warisan ini terletak di bahagian luar tau. Jadinya, korang memang akan rasa pengalaman macam berada di era 80-an gitu. Tapi, jangan risau, bilik airnya cukup selesa!

Walaupun duduk kampung, keselesaan pengunjung diutamakan, Setiap bilik di Rumah Warisan ini dilengkapi dengan penghawa dingin.


2) Penginapan Bilik Rainbow / Cabin

Aha! Korang yang datang berkumpulan atau senang cerita yang datang beramai-ramai dengan kawan-kawan dan nak jimat serta berbual sehingga larut malam, nah LeYa sarankan untuk korang pilih penginapan jenis ini. 


Dalam bilik di Cabin ini, ia boleh memuatkan 5, 6 atau 7 orang dalam satu bilik. 


Penginapan Bilik Rainbow/Cabin ini terletak bersebelahan dengan gelanggang badminton. Penginapan di bilik ini dilengkapi dengan bilik air di dalamnya dan turut dilengkapi penghawa dingin.


3) Tapak Perkhemahan

Kalau korang jenis yang adventure dan lebih berminat untuk merasai suasana malam, korang boleh memilih untuk berkhemah di kawasan yang disediakan. 

Jangan risau jika korang tiada khemah kerana pihak AMD Resort & Camp Perik ada menyediakannya. LeYa pun lama dah tak bercamping ni. Tapi time tu tak dapat la merasainya kerana LeYa datang musim hujan dan lebih selamat untuk LeYa pilih penginapan di kabin. Hehehe...

Restoran Warisan D'Sungai

Apa yang menarik lagi korang boleh dapat di sini adalah menikmati hidangan yang ada di Restoran Warisan D'Sungai. Bertemakan makanan tradisional dengan harga yang berpatutan, korang pasti kena cuba setiap hidangan yang disediakan. Antaranya sarapan pagi pulut dengan ikan kering, pulut dengan rendang sambil ditemani deruan air sungai yang mengalir. Perggghhhhh.... Memang terbaik kaw!




Semua jenis masakan seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, pihak resort pasti boleh sediakan. Korang cakap je dengan tuan tanah, confirm mereka akan tunaikan.

Makan dalam Sungai Perik

Seperti yang korang lihat LeYa selalu sangat makan dalam sungai di Kemensah tu kan, kali ini LeYa bertukar angin menikmati makan tengah hari di dalam Sungai Perik di AMD Resort & Camp Perik. Memang satu pengalaman berbeza daripada yang lain bila korang bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan dalam sungai. Tengah-tengah makan, air sungai naik tinggu dan seluar korang pun basah. Jadi, untuk keselesaan LeYa sarankan korang tukarlah pakaian yang bersesuaian untuk menikmati hidangan dalam sungai.




Tengok saje lah LeYa ketika menikmati makan tengah hari dalam sungai tu. Tak pandang kiri kanan dah. Memang licin pinggan dan siap bertambah lagi. Memang rugi la kalau travel dan diet kan. Tengah berjalan ni, kita makan je. Balik rumah baru kita kembali normal. Hehehe...


Selain itu, korang boleh turut rasa pengalaman menginap sewaktu musim buah-buahan tempatan sebab korang boleh turut sama menikmati buah-buahan itu.

Nah... LeYa bagi korang terpana lagi dengan keasyikan yang ada dekat AMD Resort & Camp Perik ni. 





Amboi sakan betul kawan-kawan LeYa kan. Ada yang mandi tak kira siang atau malam, beramah mesra dalam sungai dan menikmati di Restoran Warisan. Memang satu pengalaman yang LeYa tak mungkin dapat lupakan. InsyaAllah tahun 2022 ni LeYa nak repeat datang musim buah-buahan pula. Nak makan durian banyak-banyak. Hehehe...

Aktiviti Lain Yang Boleh Dilakukan di AMD Resort & Camp Perik
  1. Hiking untuk melihat awan karpet.
  2. Bermain badminton
  3. BBQ dengan keluarga atau kawan-kawan
  4. Memberi makan kepada ayam ternakan
  5. Meninjau pembuatan IKS Kuih Batang Buruk tradisional yang asli.

Maklumat lanjut tentang AMD Resort & Camp Perik

Facebook

Hubungi di Talian
017-6883795 / 010-5107003 / 019-3306528 / 019-4443028

Okay korang. Setakat ini sahaja yang LeYa dapat kongsikan. Stay tuned untuk tempat baru dan menarik yang akan LeYa ceritakan lagi. Kalau korang nak rasa lebih menarik, seeloknya korang sendiri yang rasa pengalaman itu. Sebab setiap pengalaman kita tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Jadi, jom bercuti dalam suasana kampung di AMD Resort & Camp Perik, Kuala Nerang, Kedah.