Tuesday, 10 July 2018

Travel Ke Eagle Ranch Resort? Apa Yang Menarik Di Sana?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, baru kali ini LeYa berkesempatan untuk kongsikan satu lokasi percutian menarik iaitu di Eagle Ranch Resort, Port Dickson. Apa yang menarik yang korang boleh lakukan ketika bercuti di sini? Jom ikuti pengalaman LeYa bermalam di sini bersama kawan-kawan ketika menghadiri “Team Building” tempat LeYa bekerja.



Bertolak dari pejabat jam 8.30 pagi dengan menaiki bas dan tiba di Eagle Ranch Resort lebih kurang jam 10.00 pagi. Sesampai sahaja di situ, kami terus diberi  bilik penginapan. Di sini terdapat beberapa jenis bilik untuk korang menginap mengikut bajet percutian korang. Antaranya ialah Kampung House, Teepee, Log Cabin, Paddock Chalet dan Dorm. Dan LeYa telah menginap di penginapan Bandwagon secara keseorangan memandangkan pasangan dalam kalangan kawan-kawan tidak mencukupi. LeYa menginap di tingkat atas.

Kampung House

Log Cabin

Paddock Chalet

Teepee

Bandwagon

Masuk-masuk je ruang bilik, LeYa rasa best sangat sebab selesa dan kemas. Yang menariknya, ada satu ruang kecil ala-ala loteng di bahagian atasnya. So, yang bercuti dengan anak-anak ramai, bolehlah standby bawa toto atau minta extra bed untuk diletakkan di ruang tersebut. Okay2… Jom kita kasi cuci mata sikit ruang bilik LeYa menginap ni.








Pemandangan di resort dan kawasan luar bandar ini juga hampir setanding dengan pemandangan di kawasan terkenal yang lain. Suasana dan pemandangan yang cukup mendamaikan serta jauh dari hiruk pikuk kotaraya. Di sebelah petang, korang boleh lah jalan-jalan pusing kawasan resort ni atau mandi-manda di kolam renang yang disediakan. 



Tidak cukup itu, di sebelah pagi juga korang boleh jalankan pelbagai aktiviti yang turut ada di sini. Antaranya permainan paint-ball, jungle trekking, army camp dan banyak lagi. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan ketika Family Day, Friends Gathering, Team Building kerana ia memerlukan satu pasukan yang ramai dan tampak lebih meriah. Tengok sahaja lah aktiviti LeYa dan kawan-kawan yang padat dan memenatkan ni, tetapi sangat seronok. Sesekali dapat merehatkan minda dan meluangkan masa bersama-sama. Hehehe...

 





Maklumat lanjut mengenai sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh layari seperti yang tertera:

Alamat | 544, Jalan Pantai, Batu 14, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia
No Telefon | +60 6-661 0495
Reaksi kOrang:

21 comments:

  1. Syoknyaaa buat team building dekat tempat macam ni. Heheh. Nice betul kalau dapat stay dekat kampung house tu. Bangun pagi boleh terus terjun masuk kolam. Hahhaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...Memang seronok bila dah kumpul ramai-ramai.. Yeah! Dapat bayangkan macam mana Inani terjun dari bilik ke kolam renang tuh.. Hehehe..

      Delete
  2. Cantiknya resort ni, banyak pula aktiviti yang boleh dibuat yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... Memang cantik dan tenang. Jom kita buat team blogger ke sini..

      Delete
  3. Nama je pernah duk PD 9 tahun..tapi x penah sekali pun pi sini...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay... Lepas ni akk kena pergi la tgk.. Hehehe..

      Delete
  4. wahh cantiknya.. tak pernah sampai PD lagi.. nnt boleh letak dlm list ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Dipersilakan effa.. Nanti dah sampai bagitahu ye..

      Delete
  5. Cantik penginapan dekat sana.lama dah usher tapi teragak2 nak try. Bila tgk gambar2 ni rasa mcm boleh on je g sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Cepat kak ana...Boleh bercuti ke sini pulak..

      Delete
  6. dulu pernah datang dekat sini tapi tak duduk sini
    tak silap shooting apa benda entah
    memang cantik tempat nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... resort ni memang cantik dan tenang

      Delete
  7. terbaek.. cantik kawasan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Memang sangat cantik pun.

      Delete
  8. teruja nak pergi PD lah. Dulu sampai ke Morib jah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom abam kie..nnti singgah PD...roger leya ye..hehehe..

      Delete
  9. Makin menarik Eagle Ranch ni... Kena repeat stay kat sini gayanya....

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com