Monday, 22 October 2018

Menu Makan Malam Yang Ringkas - Ikan Bilis Goreng Masak Asam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dinner untuk malam ni #DapurPanasLeYa masak masakan simple jer.. Lauk ni  pun memang kegemaran Otomen Taro. Jadinya, jom lah kita menggoreng ikan bilis masak asam ni.

Ikan Bilis Masak Asam

Resipi Ikan Bilis Goreng Masak Asam

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi
Air pati asam jawa (Jika suka berkuah, lebihkan sedikit air)
Minyak masak
Garam
Maggi cukup rasa

Cara Memasak:
Hiriskan bawang besar, bawang putih dan cili pagi.
Panaskan minyak. Masukkan bahan hirisan  dan tumis sehingga sedikit layu dan berbau wangi.
Kemudian, masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih seketika. Masukkan garam dan maggi cukup rasa.
Tutup api. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng pada awal tadi.

Barulah kerangupan ikan bilis tuh terasa. Pasti sedap kan!


Ada juga menu lain sebagai tambahan untuk kelihatan menarik menu makan malam ini. Antaranya adalah sup daging dan sayur ulaman


Mudah kan menu makan malam LeYa dan Otomen Taro kali ini. Lagi meriah rasanya kalau dapat makan hidangan macam ni. Baru perut puas dan kenyang. Hehe..😁😁


Itulah cara LeYa masak hidangan yang paling simple jika badan keletihan. Walaupun letih, tanggungjawab kepada Incik Otomen Taro tidak dilupakan. Selagi ada bahan di dapur, sudah pasti #DapurPanasLeYa akan berasap.😁 
Reaksi kOrang:

17 comments:

  1. Tak pernah masak ikan bilis masak masak asam macam tu..boleh cuba..menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otomen yg ajar ni.. Leya pun mula tak tahu jugak..hehe..

      Delete
  2. Menarik tu ikan bilis masak asam... 1st time nampak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leya pun dulu otomen yg ajar..hehehe.. Sebab tak tahu jugak sebenarnye

      Delete
  3. Replies
    1. Aah..simple je masakan LeYa untuk makan malam ni..

      Delete
  4. Lauk gini yang buat tambah nasi sampai x sedar habis seperiuk hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Betul la tuh.. Bertambah Incik Otomen makan tadi

      Delete
  5. sedap nyer, illya.
    gini la buat aida bertambah nasi, tau.
    aduhai. lebih kan cili padi. wow!
    berair mata time makan hi hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... LeYa tak boleh byk sangat cili padi tuh..sebab Incik suami tak makan pedas sangat

      Delete
  6. lauk simple macam ni lebih membuka selera betul tak hehe

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak memasak. Tak sempat dengan balik kerja lewat pagi. Btw, ikan bilis tu goreng ranggup ke Leya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..ikan bilis tu goreng rangup.. Baru sedap mengancam..hehe

      Delete
  8. First time tahu pasal menu ni. Boleh cuba. Menu baru bagi auni :)

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com