Friday, 26 April 2019

4 Sebab Anda Perlu Berbelanja Di Segi Fresh Market

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pernah tak korang terfikir bahawa masih wujud sebuah pasaraya yang menjual pelbagai keperluan seharian bagi melengkapi kehidupan kita dan yang paling penting halal. Tanpa ada rasa keraguan lagi, apa kata jom ikut LeYa. Sebab, LeYa nak memperkenalkan kat korang pasaraya Segi Fresh Market yang pasti buat korang tergila-gila membeli barangan basah kat sini. Sangat murah dan berbaloi!


Hujung minggu hari tuh, LeYa ada jugalah ajak Mr. Otomen Taro pergi beli barang dapur. Kan dah nak Ramadhan ni. Jadi, nak lah cari stok buat bekalan sahur dan berbuka puasa nanti. Sedang asyik ronda-ronda dalam kereta tu, kami terpandang satu papan tanda besar mengenai Segi Fresh Market ni. Actually, memang pertama kali lah sampai dan singgah bershopping kat sini. Memang jadi gila sekejap tengok harga-harga yang ditawarkan. 

Oh Ye! Lupa nak cakap dengan korang kan. Hari tuh LeYa ke cawangan Segi Fresh Market ni di  kawasan berhampiran rumah jer iaitu di Balakong, Seri Kembangan. Kalau tak silap LeYa, dah banyak juga cawangan Segi Fresh ni bertakhta di kawasan pelusuk Malaysia ni. Cuma LeYa je yang baru tahu. Hahaha... Jom kita usha sikit kat mana cawangan yang berdekatan dengan tempat korang boleh singgah nanti.
  • Selayang
  • Cheras
  • Subang
  • Telok Panglima Garang
  • Ampang
  • Kayu Ara, PJ
  • Pudu
  • Batu Caves
  • Bukit Beruntung
  • Saujana Utama
  • Jalan Kebun, Shah Alam
  • Kuala Selangor
  • Sungai Udang, Klang
  • Taman Bukit Coral (SIKAMAT)
  • Puchong Denai
  • Slim River
  • Meru
  • Bandar Tasik Puteri
  • Tanjung Malim
  • Nilai (Bandar Enstek), N.Sembilan
  • Semenyih
  • Batu Berendam, Melaka
  • Sungai Besar
  • Batang Kali
  • Banting
  • Kuala Kangsar, Perak
  • Tanjong Karang
  • Bestari Berjaya
  • Alor Gajah, Melaka
  • Gombak
  • Taman Mas Puchong
  • Teluk Intan (Coming Soon)
  • Pandamaran (Coming Soon)
Wah!! Banyak betul rupanya cawangan Segi Fresh Market dah ada kat Malaysia ni. Kenapalah selama ni tak tahu? Hehehe... Apa yang pasti, kewujudan pasaraya ini dah pun diketahui ramai. Ok... Jom tengok apa yang menarik di dalamnya yang dah buat LeYa jatuh hati untuk terus membeli-belah barangan keperluan kat sini.



4 Sebab Kenapa Anda Perlu Berbelanja Di Segi Fresh Market

1. Harga Murah dan Mampu Milik

Masuk sahaja ke gudang pasaraya ni dan terus ke bahagian barangan dapur, korang pasti teruja melihat bahan-bahannya yang segar dan murah. Mana tidaknya, sekilo untuk ikan Salmon korang boleh dapatkan dengan hanya RM39.90. Hari tuh LeYa belilah juga dalam dua kelar. Apa yang korang rasa? Harganya hanya RM17 je uolls. Wow!!! Murah kan. Dah lama juga LeYa teringin nak menikmati menu salmon sendiri.


2. 100% Barangan Halal

Bukan setakat murah. Malah sememangnya korang akan dapati kesemua barangan di sini 100% barangan Halal. Jadi, tak perlu lagi risau tentang bahagian makanan yang tidak halal.



3. Makanan Segar dan Kelihatan Baru

Ini part yang paling best bila nak memilih ikan, sotong, udang atau daging. Semestinyalah kita akan memilih yang segar dan sihat. Jadi, kat Segi Fresh Market ni, korang tak perlu risau sebab kesemua barangan basah yang ada memang segar dan bersih. 



4. Parking Percuma

Bila korang datang dan membeli-belah kat sini, bukan sahaja dapat tawaran harga murah, malah parking kenderaan pun percuma. Alahai... bestnya lah kan. Memang betul-betul dapat menjimatkan perbelanjaan harian. 


Manalah orang ramai tak jatuh hati. Terdapat pelbagai kelebihan yang menarik boleh dapat ketika membeli-belah barangan dapur. Paling penting sekali, sudah tentunya harga runtuh yang ditawarkan. Memang murah sangat-sangat dan rasanya LeYa dan Otomen borong makanan laut cukup banyak sehingga penuh stok dalam peti ais.Hehehe...




Daripada pengamatan LeYa, rasanya memang cukup berpuas hati dengan harga murah yang ditawarkan bersama kepelbagaian barangan keperluan harian yang kita gunakan. Dengan pelbagai promosi harian yang menarik ini, semestinya Segi Fresh Market menjadi pilihan membeli terutamanya barangan basah sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan isi rumah LeYa dan Otomen Taro.


Bagi korang yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Segi Fresh Market, boleh layari sendiri laman sesawang yang disediakan. "Pilihan Tepat, Jimat Belanja Harian Anda!"

Website

Facebook

Instagram



Singgah Shopping Di Segi Fresh Market Sekarang!!! 
Memang Murah dan Berbaloi-baloi...

Tuesday, 23 April 2019

Program Ummah Cinta Quran Menyemarakkan Lagi Bulan Mulia, Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menjelang Ramadhan al-Mubarak yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, LeYa berkesempatan menghadiri satu program Pelancaran Ummah Cinta Quran yang bertempat di Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur. Program "Ummah Cinta Quran" bertepatan dengan kedatangan bulan yang mulia ini dan menggalakkan lebih ramai untuk mengimarahkan lagi program ini agar sama-sama menghayati al-Quran.


Tujuan utama program "Ummah Cinta Quran" ini diterajui oleh dua individu iaitu Puan Sofia Aliza Mohd Isa (pengasas Daily Quran), Saudara Razalif Mohamad Zain (Metamorphosis Skills Sdn Bhd) dan Azmi Jaffri dari SWA TV sebagai rakan media mereka. Program ini tidak meminta sumbangan orang ramai atau korporat kerana kos penganjuran program ditanggung oleh Metamorphosis Skills Sdn Bhd sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya kepada masyarakat.


Program ini turut bekerjasama dengan Fahd Agensi, penerbit dan pencetak Quran Waqaf. Agensi ini menyumbang Quran Waqaf beserta terjemahan sebanyak 1,500 buah naskhah dan 530 buah lagi dinaskhahkan oleh agensi-agensi seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, Istana Budaya, Jabatan Muzium Negara, Kelab-Kelab dari agensi kerajaan/swasta, selebriti dan ramai lagi.




Pengisian Program Ummah Cinta Quran sepanjang Ramadhan
  1. Pengedaran dan Penyampaian Quran Waqaf sebanyak 2,000 naskhah kepada lebih kurang 100 buah masjid/surau/madrasah di seluruh negara yang akan bermula pada 23 April 2019 dan berakhir pada 3 Mei 2019.
  2. Pengedaran dan Penyampaian Quran Waqaf sebanyak 30 naskhah kepada 1 buah masjid dan 2 buah surau di Seoul, Korea pada 7 hingga 10 Mei 2019.
  3. Penyampaian Sumbangan Bantuan Makanan kepada golongan fakir miskin dan asnaf yang ditaja sepenuhnya oleh Metamorphosis Skills Sdn Bhd sepanjang jelajah penyerahan Quran Waqaf ini.
  4. Saudara Razalif Zain juga menganjurkan Tadarus bersama sahabat / Ummah Cinta Quran di masjid-masjid yang dinyatakan di atas sepanjang bulan Ramadhan. Beliau juga akan menyumbang makanan untuk bersahur kepada golongan asnaf dan fakir miskin sepanjang Ramadhan nanti.
  5. Program Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa di sebuah hotel terkemuka yang akan dihadiri oleh salah seorang Imam Besar Masjidil Haram, Mekah pada 25 Mei 2019.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi

Sofia
011 - 3254 6474

Razimi
017 - 434 4197

Thursday, 18 April 2019

Voir Gallery Membantu Golongan Kurang Bernasib Baik Melalui Project Denim Angel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

VOIR GALLERY adalah kedai yang berkonsepkan bandar dengan kepelbagaian kepenggunaan yang menawarkan pelbagai jenis fesyen untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak serta mempunyai lebih daripada lapan jenama tersendiri seperti Voir, Soda, Applemints, South China Sea dan G&H.


Hari ini kita sedar lambakan fesyen dan pakaian kepada kita di Malaysia ini bersama-sama dengan jenama yang unik, Voir menawarkan kepada pembeli untuk shopping dan mengikut gaya dan trend dalam pemakaian ke tempat kerja, pakaian kasual, pakaian makan malam, pakaian aktif bersukan, pakaian berjalan dan fesyen beg tangan. Setiap jenama yang diberikan berfungsi untuk membawa trend terkini dan reka bentuk yang elegan kepada pasaran semasa dengan kualiti premium dan memiliki harga yang berpatutan.

Pada masa ini, Voir Gallery sudah pun mengendalikan 24 saluran utama di pusat-pusat utama di bandar-bandar di seluruh Malaysia dan sangat pesat membangun. Voir terus menawarkan pilihan yang banyak kepada para pembeli dan sentiasa fokus pada kekuatan dalam penjualan barangan berkualiti dengan menitikberatkan pemilihan kain, mutu kerja dan perincian.



Memperkasa Project Denim Angel Oleh Voir Gallery

Project Denim Angel oleh Voir Gallery dilancarkan sebagai platform CSR untuk memberi tumpuan dalam membantu komuniti masyarakat serta memperkenalkan dan mewujudkan peluang pendapatan kepada mereka. Dengan mendekatkan fesyen, Voir berharap dapat memberi impak kepada masyarakat setempat dengan bekerja dalam perusahaan sosial yang relevan dan menjadikan sebahagian daripada perjalanan aktiviti harian mereka.


Program CSR ini adalah berkaitan dengan fesyen pakaian. Jadi, Voir sudah pun mendapat keputusan untuk pakaian jenis denims yang mana merupakan salah satu barangan jualan terbaik. Denims tidak mudah lupus dan terurai. Daripada membuang sahaja, ada baiknya menjadikan koleksi yang tidak digunakan lagi kepada komuniti yang memerlukan. Ia membantu memberi peluang bagi meningkatkan kesedaran dan mendidik pembeli mengenai Upcycle dan Recycle.


Objektif program ini adalah Suri Lifestyle kepada Beneficiary Social Enterprise dalam projek ini. Suri Lifestyle atau Suri adalah sebuah syarikat sosial yang berusaha memperkasakan ibu tunggal dan kurang bernasib baik dengan menyediakan peluang pendapatan melalui kemahiran hidup yang sewajarnya. Pada masa ini, Suri membantu 10 ibu tunggal yang berada di komuniti tempatan di Klang, Selangor.

Matlamat projek ini adalah mengumpul sebanyak 3,000kg denims serta menyediakan inventori yang mampan kepada Suri untuk melakukan upcycling dan transformasi, dan seterusnya memberi peluang kepada ibu-ibu untuk menjana pendapatan bulanan.





Koleksi pakaian korang yang sudah lama, pudar, koyak dan tidak digunakan lagi boleh disumbangkan kepada tempat pengumpulan kami di sekitar Lembah Klang yang ditetapkan di mana kempen ini bermula dari 15 Mac 2019 - 30 April 2019.

Voir Gallery
One Utama
Lot F-116
Sunway Velocity
Lot 1-26
Eko Cheras Mall
G 03-07
Leisure Mall
L1-01-3 & 4
Subang Parade
LG 08-09
Klang Parade
G-10-19
Setapak Sentral
G-43
AEON Metro Prima
G08
Paradigm Mall PJ
CF 40 & 41

Voir
Midvalley Megamall
F-094
AEON Bukit Tinggi
G-72

Soda
Midvalley Megamall
F-07
AEON Bukit Tinggi
G19C1

Jadi, ayuh kita menderma bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. Semua jenis denims adalah tulen dan diterima untuk koleksi jenis seluar panjang, seluar pendek, tops, pakaian, jaket, topi dan lain-lain.


Supporting Partners

Shopee Head-office
Sunway Velocity Mall
Level 25, South Point, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
03-2777 9222
Lingkaran SV, Sunway Velocity, Jalan Cheras, 55100 Kuala Lumpur
(LG Concierge)
03-2786 3970


~Ayuh! Menderma Untuk Kebaikan Semua~

Wednesday, 17 April 2019

Travelogue Batam Day 1 : Merasai Pengalaman 'Full Body Massage' Di HARRIS Resort Waterfront

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wahhh... Akhirnya syukur berjaya juga LeYa menjejakkan kaki ke Batam, Indonesia pada awal bulan April hari tu...

Sebenarnya memang dah lama LeYa teringin nak datang melihat panorama indah di Batam ni. Sebab tengok gambar-gambar pemandangan dari rakan-rakan yang pergi sangat cantik. Alaa... Korang kan memang tahu yang LeYa ni memang suka sangat dengan pemandangan yang cantik. Alhamdulillah... tahun 2019 ni tercapai juga nak ke sana. Memang seronok weyyhhh... Jom ikuti pengembaraan LeYa di hari pertama.


LeYa, Otomen dan beberapa lagi rakan bertolak dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta pada 04 April jam 9.00 malam. Lewat 12.30 malam kami sampai di Johor Bahru dan kami memilih untuk menginap sementara di rumah abang Otomen di Pasir Gudang. 

Keesokannya, kami bergerak seawal 9.00 pagi untuk terus ke terminal Puteri Harbour bagi menaiki feri jam 11.00 pagi ke Batam, Indonesia. Kami menaiki feri Dolphin dan perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam. Kalau korang nak tahu, dalam feri ni korang boleh beli Indo Mee, Indo Cafe dan juga Sim Card Indon. Selain tu, korang boleh lah ambil angin dari luar feri dan tengok view yang sangat awesome. Oh Ye! Untuk yang nak tahu berapa tiket pergi dan balik naik feri ni, ia berharga RM114 dan dikenakan cukai laut sebanyak RM16. Ok lah kan! Berbaloi bila korang dah sampai nanti di Batam.

Tiket Feri (return) = RM114
Sea Tax = RM16
Sim Card = RM25 (6GB)


Setbanya kami di pelabuhan Batam Central, kami terus dibawa untuk menikmati makan tengah hari di sebuah Restoran Sari Bumbu. Macam tahu-tahu jer perut memang tengah lapar kan! Jadi, apa lagi, kami dihidangkan dengan makanan tradisional masyarakat Indonesia yang sebenarnya tak jauh lari pun dengan masakan kita di Malaysia. Paling syok sekali Air Es Timun dia. Memang sedap gilerrr weyyyhhh... Sampai sekarang macam nak lagi jer. Tak terfikir pun nak buat Es Timun ni di rumah. Tapi bila dah minum kat restoran tuh, memang best sangat.



Menginap Di Sijori Resort & Spa, Batam

Tempat tinggal LeYa dan Otomen di Batam sangat special berbanding rakan-rakan lain. Selama kami berada di Batam ini, kami menginap di Sijori Resort & Spa memandangkan kami datang bersama pasangan. Sijori Resort & Spa, sebuah resort yang terletak di Sekupang, Kota Batam dan berdekatan dengan Tebing Langit yang cantik. (Nanti LeYa cerita part ni di entry lain ye...) Bila tiba sahaja di perkarangan resort, memang terpegun dengan kecantikan landscapenya dan LeYa sangat bertuah kerana diberi peluang merasai sendiri pengalaman menginap di sini.



Tengok! Cantik kan. Menjejakkan kaki ke Sijori Resort & Spa ni, LeYa agak suka dengan konsep 'kemewahan' interior designnya. Masuk-masuk sahaja di kamar penginapan kami di tingkat 1, terus teruja tengok keluasan bilik dan bilik mandi. Yang paling best, view dari tingkap kami adalah kolam renang. Yeehaaa... Macam nak terjun terus je dari bilik kan. Belum ada kesempatan lagi nak berenang di hari pertama tu.

Sijori Resort & Spa
Jl. Ir. Sutami No.6, Sungai Harapan, Sekupang, Kota Batam, 
Kepulauan Riau 29421, Indonesia
Tel No :  +62 778 323 388

Rehatkan Badan Di Tiara Mustika Spa, HARRIS Resort Waterfront

Kemudian, bila settle semua penginapan, kami dibawa pula untuk berehat di spa yang sememangnya sangat popular di sini. Memandangkan kami ramai, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. LeYa, Otomen dan 4 rakan lagi ke Tiara Mustika Spa yang terletak di HARRIS Resort Waterfront.


Sebelum kami diberi upah urutan "Full Body Massage", kami dibawa dahulu melihat kawasan sekitar resort ni. Wahhh... cantik sangat! Teruja betul tengok keindahan dan suasana di resort ni. Tak percaya? Jom... Ikut LeYa di gambar-gambar di bawah ni.



LeYa jatuh cinta betul dengan cawan yang disediakan di setiap bilik penginapan ni. Comel dan unik! Tema kat hotel ni pun memang nice. Color orange yang terang menambahkan lagi rasa keceriaan bila bertandang dan bermalam kat sini. 


Selesai dibawa jalan-jalan sekeliling resort, tibalah masanya untuk kami merehatkan badan dengan urutan Full Body Massage di Tiara Mustika Spa yang berada di situ. Pengalaman pertama diurut di luar dari Malaysia memang rasa segar dan seronok. Urutan tangan 'Kakak' tu memang power gilerr.. Orangnya kecil molek tapi mampu memberikan rasa kenyamanan pada tubuh badan LeYa selepas selesai semuanya. Banyak betul angin badan yang keluar. Hehehe...

Sebelum tuh, kami diberi 3 pilihan minyak urut. Dan LeYa memilih 'Tea Tree' yang nyaman dan baunya yang enak. Kemudian, LeYa pun dibawa masuk ke bilik spa untuk bermula episod urutan. Bestnya lah bila tengok suasana bilik yang selesa dan luas ni. Ditambah lagi dengan alunan muzik yang menenangkan. Memang syiookkkk sangat! 



Tiara Mustika Spa
HARRIS Resort Waterfront - Batam
Jl. KH. Ahmad Dahlan No. 1, Waterfront City,
Batam 29422, Indonesia.
Tel. No : +62 778 381 888

Makan Malam Di Wey Wey Live Seafood Restaurant

Badan dah mula segar dan sihat selepas diurut. Kami menuju pula ke Wey Wey Live Seafood Restaurant untuk  menikmati hidangan makan malam. Oh Ya! Setibanya LeYa kat restoran ni, teruja betul tengok ikan-ikan laut yang besar-besar dalam akuarium. Dah la besar, fresh pulak tu. Pasti sedap bila dapat makan.


Malam tu, first time kami dihidangkan dengan "Siput Gonggong" menurut Pak Edi Sutrisno, wakil Batam yang membawa kami ke sini. Siput ni dikatakan banyak khasiat terutama kepada lelaki tetapi ia sangat banyak kolesterol. Jadi, berpada-padalah ketika menjamunya. Dah nama peminat seafood, LeYa dan Otomen makan dengan banyak jugalah Siput Gonggong ni. Pusing-pusing meja pasti ambil seketul demi seketul. 


Antara menu yang lain turut dihidangkan makan malam kami itu adalah Ketam Masak BlackPepper, Tomyam Seafood, Ikan Siakap Masam Manis, Ayam Goren, Telur Dadar Goreng dan Udang Goreng Butter. Alahai... mana lah tak naik berat badan bila time bercuti ni. Makan semuanya sedap-sedap belaka. That's why lah LeYa memang suka mengembara tempat orang ni. Dapat merasai keenakan masakan tradisional negara luar dan paling penting dapat menikmati pemandangan yang cantik.  

Wey Wey Live Seafood Restaurant
Harbour Bay Downtown Sei Jodoh, Jl. Duyung, Kota Batam, 
Kepulauan Riau, Indonesia
Tel No :  +62 813-7226-2420


Ha... itulah cerita LeYa di hari pertama LeYa di Batam, Indonesia. Hehehe.... Dalam kesempitan masa yang ada tu, sempat jugalah kami berromantic dalam gambar kami. Bukannya apa. Sebagai kenang-kenangan bila dah balik nanti. Ada juga lah gambar kami berdua kan. 


Stay tuned ya korang! Ada lagi sambungan untuk Hari Kedua dan Hari Ketiga LeYa di Batam nanti. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entry travelogue ini.

Tuesday, 16 April 2019

SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL Halal dan Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Fenomena K-Pop serta K-Drama telah membuatkan ramai rakyat Malaysia mengidam-idam nak makan dan rasa makanan Korea yang seringkali ditayangkan di program-program TV Korea yang begitu menggiurkan. Selain daripada Seoul Garden dan Mr. Dakgalbi, mana nak cari Korean BBQ yang sedap dan halal di Kuala Lumpur? Korang boleh dapatkannya di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL yang mana merupakan outlet pertama di sini.


Bagi peminat makanan Korea macam LeYa ni, pasti tak akan lepaskan peluang untuk mencuba keunikan menu yang ada di restoran ini. 

Uniknya perkataan SeoulNami ini diilhamkan dari satu daerah di Chuncheon, Korea Selatan yang mana ia sangat popular dengan Ayam BBQnya. 


Nak cari restoran ni tak susah pun. SeoulNami Korean BBQ terletak di Level F-215, bertentangan dengan escalator di The Gardens Mall. Suasana restoran yang cantik dan selesa membuatkan LeYa tenang menikmati hidangan yang disediakan. Rasa betul-betul makan di Korea pulak. Hehehe...

Seperti yang tertera pada nama kedai ini iaitu SeoulNami Korean BBQ, jadi semestinya menu-menu di sini dipanggang dan dibakar di atas bara api yang disediakan di atas meja pengunjung. Bila korang dapat je meja, pelayan akan datang membawa arang dan membantu membakar arang tersebut. Paling menarik, restoran ini menggunakan penyedut asap untuk memberi rasa keselesaan kepada semua pelanggan. Best kan! Tiada bau asap.

SeoulNami Korean BBQ ini juga dalam proses mendapatkan sijil Halal. Tetapi jangan risau kerana semua ayam, daging dan sumber bahan makan mereka diperolehi daripada syarikat yang Halal. 

Okay... Kalau korang nak tahu sekarang ni sedang diadakan promosi di mana kalau korang beli 3 hidangan daging, korang akan dapat percuma 1 side. Yang mana, korang boleh pilih sama ada nak Goguma on Fire (Baked Sweet Potato), Charcoal Burnt Cheesecake atau Hotteok Ice Cream Sandwich yang berharga RM12.00. 



Kat sini juga bukan setakat makan macam tu sahaja tau. Ada cara-cara atau kaedah yang korang boleh follow. Jom ikuti pengalaman LeYa makan di SeoulNami Korean BBQ ni.
  1. Buat pilihan daging atau ayam
  2. Selepas itu, pilih side dishes dan sos pencicah
  3. Kemudian, korang perlu masak dahulu telur dadar menggunakan dapur pemanas yang disediakan.
  4. Dapur BBQ akan mula dipanaskan menggunakan arang yang dibawa oleh pelayan restoran. Bila dah panas, korang bolehlah mula memanggang daging atau ayam yang dipilih tadi.
  5. Tapi, awas! Korang kena tahu meletakkan daging atau ayam di jaring pemanggang yang berbeza disediakan. Sebelum tu, korang boleh juga letak Goguma on Fire (Baked Sweet Potato) kat bawah di tepi arang.
  6. Daging atau ayam dah siap masak. Korang boleh lah nikmatinya dengan cara membalut bersama salad, timun dan lobak serta letakkan sos pencicah mengikut citarasa korang.
  7. Selain itu, korang juga boleh nikmatinya dengan Fist Rice



Antara menu yang dihidangkan adalah 

Chuncheon Chicken – 3 Flavours (RM59)
Beef Platter (RM119)
Spicy Octopus (RM39)
Kimchi Trio (only in SeoulNami) (RM29)
Fist Rice (RM29)
Charcoal Burnt Cheesecake (RM12)
Goguma on Fire (RM12)
Cheesy Lava (RM19)


Beef Platter (RM119)

Terdapat 3 jenis daging pada Beef Platter ini iaitu Bulgogi, Beef Ribs Fingers dan Beef Belly. Kesemuanya rasa enak dan juicy sekali. Memang menjadi kesukaan LeYa sebab memang peminat daging kan.


Chuncheon Chicken – 3 Flavours (RM59)

Dalam set Chuncheon Chicken ini juga ada 3 jenis rasa iaitu, Spicy, Sweet dan Savoury. Rasa dia sangat lah sedap dan tidak boleh digambarkan. LeYa paling suka adalah Spicy kerana menepati citarasa LeYa yang gemarkan makanan pedas. Tapi perisa lain juga sedap dan boleh dicuba.


Spicy Octopus (RM39)


Kimchi Trio (only in SeoulNami) (RM29)

Ada 3 jenis kimchi yang korang boleh nikmati di sini iaitu Fresh, Fried dan Smoked. Ketiga-tiga Kimchi ini punyai rasa yang berbeza-beza dan korang perlu cuba kesemuanya untuk mengetahui apa yang sedap dengan citarasa korang. LeYa lebih suka Fresh dan Smoked sebab rasa kepedasannya pun lain dan sudah semestinya segar dan lembut.


Fist Rice (RM29)

Fist Rice ini merupakan kombinasi nasi, ayam dan rumpai laut. Yang pasti sebelum makan, korang kena gumpal-gumpal menjadi bulat terlebih dahulu. Lepas tu, barulah makan bersama daging atau ayam yang dipanggang tadi. Memang sedap sangat!


Cheesy Lava (RM19)


Steamed Egg (Free)



Kat sini korang boleh cuba 4 jenis sos yang ada seperti Seoul Spicy Sauce, Korean Pow Wow Ssamjang, Black Pink Grind dan Roasted Injeolmi  Power. Ada pedas, ada masam, masin. Semuanya adalah. Complete! Perfect!

Selain itu, korang juga akan diberikan dengan hidangan sayur untuk dinikmati bersama Fist Rice nanti. Tapi sedikit demi sedikit kami ratah hingga licin. Hahaha... Kesegaran sayurnya memang membuat kami lapar. Tapi tak risau pun sebab boleh tambah lagi kalau nak dan ianya hanya percuma sahaja. Jimat kan!



Yang dinantikan sudah tiba. Pasti part paling tak sabar ini adalah minumannya yang sejuk dan menggiurkan. Minuman ni dihidangkan dalah jug besar dan boleh dikongsi antara 3-4 orang. Memang bebaloi sangat.

Signature Drinks yang enak-enak seperti:-

Out-of-the-World Lemonade (RM24)
Binggrae Banana Uyuy Colada (RM24)
Sparkling Orange Cream Soda (RM19)
Fizzy Spur Plum Cooler (RM19)


So? Menarik ke tak menarik! Kalau korang teringin nak cuba makanan berasaskan grill dan bakar di SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens KL, LeYa memang recommend sesangat kepada semua. 



Maklumat lanjut, bolehlah korang rujuk di bawah ini:-

SeoulNami Korean BBQ

F-215, The Gardens Mall
Lingkaran Syed Putra
Mid Valley City
59200 Kuala Lumpur.

Telefon 
+603 2202 3336

Facebook

Instagram