Ahad, 29 Mac 2020

Resepi Roti Sangkaya Versi #DapurPanasLeYa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Suatu ketika dahulu, siapa pernah menyangka menu yang nenek moyang kita nikmati ni menjadi makanan viral hari ini. Roti Sangkaya ala Boat Noodle ini menjadi kegemaran ramai dan pilihan utama jika bertandang ke sana. Roti kukus yang dicicah bersama sangkaya yang lemak berkrim memang membuatkan seleera kita bertambah-tambah.

Okay... Sebenarnya ia tidaklah susah mana untuk membuatnya. Rata-ratanya, bahan-bahan yang dihasilkan ada di rumah saja dan tidak perlu menggunakan banyak bahan lain. Yang pasti sedap dan boleh disimpan dan makan banyak kali. Jom ikuti perkongsian resepi dari LeYa kali ini.


Bahan-bahan yang diperlukan:-

6 helai daun pandan (dikisar bersama 1 cawan air dan tapiskan untuk mengambil airnya sahaja)

1 biji telur

3/4 santan kotak 

2 sudu besar gula

1 sudu besar tepung jagung

Sedikit garam

Sedikit pewarna hijau (sebab kau ingat dia akan hijau... memang tak lah kan..)

Cara-caranya:
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati. 
  2. Kemudian, panaskan di atas dapur dengan menggunakan api yang sederhana. Kacau sehingga mendidih.
  3. Kena kacau selalu untuk sangkaya tidak berketul-ketul.
  4. Bila dah siap, hidangkan bersama roti yang telah dikukus. Tips: Makan panas-panas memang sedap. Kalau ada lebihan Sangkaya tu boleh disimpan dan digunakan untuk hidangan di hari lain.

18 ulasan:

  1. Balasan
    1. Resepi mudah.. Boleh lah buat... Kalau yang susah-susah tu.. Malas kak nak membuatnya jugak.. Hehehe...

      Padam
  2. sedap ni kak ana pun pernah cuba dah sekali :)

    BalasPadam
  3. İnteresting recipe 😊 thanks for your sharing...

    BalasPadam
  4. rajinnya.. sis kalau kaya ni suka buat dengan pulut. mcm kuih seri muka tu =D apapun puashati masak sndiri kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye... Puas hati sebab boleh makan banyak-banyak kali... Senang dan menjimatkan

      Padam
  5. looks so good. and that green is super green wow

    BalasPadam
  6. mak kita suka buat ni bila tiba hari raya..dia akan makan dengan ketupat pulut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo... yeke? Belum pernah pulak makan dengan pulut.

      Padam
  7. musim PKP ramai yang cuba buat roti sangkaya ni. Belum dapat buat lagi sebab nak dapat roti pun susah sekarang ni. tunggu lepas PKP baru cuba buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo...alhamdulillah kat tempat LeYa masih ade je lagi roti gardinier

      Padam
  8. wah.. wah.. sedapnya.. meh hantar sini sikit.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Dah masuk perut dah.. Mcm mane tu..hehe..

      Padam
  9. buat sendiri puas hati boleh makan banyak2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye wak.. Betul3x.. Resipi die pun takdelah susah sangat

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com