Saturday 30 January 2021

Kalau Tak Nak Kaki Kena Potong, Ikuti Program Percuma Kawal Kencing Manis di KawalKencingManis.com

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Rata-rata ramai dalam kalangan anda semua sudah tahu serba sedikit tentang kencing manis kan? Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit kronik yang kerap didiagnos di Malaysia. Kencing manis boleh mengakibatkan beberapa jenis kompilasi seperti sakit jantung, masalah buah pinggang, jangkitan kuman serta boleh juga menjadi buta dan lebih dahsyat terpaksa dipotong kaki buat pesakit kencing manis.

Kencing Manis Ada 2 Jenis? Betul Ke?

Kencing Manis juga dikategorikan kepada dua jenis iaitu Kencing Manis Jenis 1 dan Kencing Manis Jenis 2. Kencing Manis Jenis 1 (Diabetes type 1) adalah disebabkan ketidakupayaan seseorang individu itu menghasilkan hormon insulin. Individu ini dikatakan tidak mempunyai "kunci" untuk membuka laluan sel, akibatnya gula akan berkumpul dalam darah. Ia disebabkan oleh proses autoimun yang menyebabkan sel yang menghasilkan insulin, justeru tanpanya, insulin tidak boleh dihasilkan.

Kencing Manis Jenis 2 (Diabetes type 2) pula disebabkan oleh kerintangan insulin. Badan masih boleh menghasilkan hormon tersebut, namun tidak dapat digunakan dengan berkesan. Mekanisme terhadap kerintangan tersebut masih tidak diketahui namun terdapat faktor risiko yang boleh menyebabkan terjadinya kencing manis jenis 2 seperti obesiti.

Setakat ini, tiada lagi ubat yang dapat menyembuhkan kencing manis jenis 1 secara menyeluruh. Mereka perlu mengambil suntikan hormon seumur hidup. Bagi individu yang didiagnos dengan kencing manis jenis 2 pula, perubahan gaya hidup perlu dilakukan. Walaupun hakikatnya, ia boleh dikawal dengan pemakanan seimbang dan senaman yang kerap, namun sebahagian besar pesakit masih perlukan bantuan farmakologikal.

Tahukah anda ada satu platform yang mampu memberi sinar pengharapan kepada pesakit kencing manis untuk kembali senyum seperti selalu?

Terdapat sebuah platform sehenti yang diterajui ahli profesional kesihatan telah dilancarkan pada awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghidapi masalah kencing manis. Program ini akan dilaksanakan secara atas talian dan bermula pada 1 Februari sehingga 14 Februari.

Jadi, organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini, yang terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com. Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiliti Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira-kira 3.9 juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

Golongan berisiko tinggi mendapat kencing manis terdiri daripada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga menghidap kencing manis, berat badan berlebihan serta berumur di antara 45 tahun dan ke atas.

Dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang, 83% kematian adalah mereka yang mengalami sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala, 64.9% kematian pesakit COVID-19  mempunyai masalah darah tinggi. (Statistik Kematian COVID-19 di Malaysia, 11 Oktober 2020)

Adakah Saya Berisiko Mendapat Kencing Manis Jenis 2? Jom ikuti Program Kawal Kencing Manis

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah:

  • Jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah
  • Aktiviti senaman tanpa perlu keluar rumah
  • Latihan pengawalan stress
  • Kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam
  • Kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi


Pastinya program ini merupakan peluang terbaik buat para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar.

Untuk maklumat lanjut, dapatkan langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal kencing manis di

Website

FB Page : Program Kawal Kencing Manis

Instagram : Program Kawal Kencing Manis

Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1 - 14 Mac 2021. Daftar segera di laman sesawang http://www.kawalkencingmanis.com untuk tidak ketinggalan lagi. Ayuh! Sertai Program Kawalan Kesihatan demi kesejahteraan hidup.

Friday 8 January 2021

Tourism Selangor Lancar Baucar Pelancongan Negeri Selangor "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!"

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Haisshhh... Best nya kan bila dapat tahu ada Baucar untuk dimiliki. Hahaha... Korang nak tahu tak? Jom baca selanjutnya lagi kat bawah ni.

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri meneruskan langkah proaktif ke arah merancakkan lagi industri pelancongan Negeri Selangor dengan pelaksanaan Kempen "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!"

Kempen ini mula diwar-warkan melalui platform media digital bermula pada 10 Jun yang lalu, susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik Negara oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Dari awal kita sedar, industri pelancongan merupakan antara yang paling terjejas ekoran impak dari pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Sebahagian operator pelancongan perlu menutup operasi atau beroperasi tanpa keuntungan dan golongan yang bergantung pada industri pelancongan pula terjejas pendapatan, malah ada yang hilang mata pencarian.

Jadi, memahami situasi ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi pendahulu dalam pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi dan juga Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 yang telah diumumkan oleh YAB. Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor pada 13 Julai lalu. Antara yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 adalah Pakej Bantuan Sektor Pelancongan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM 2,600,000.00.

Pakej Bantuan Sektor Pelancongan ini turut merangkumi penerbitan subside "Baucar Pelancongan Negeri Selangor" dengan nilai peruntukan sebanyak RM 2,000,000.00.

Penggunaan baucar ini adalah dalam bentuk pengembalian mata nilai dompet elektronik dan baucar elektronik sebanyak RM200.00 seorang untuk penerima yang layak. Baucar ini hendaklah digunakan bagi pakej-pakej pelancongan terpilih yang akan melalui penyenaraian di aplikasi dompet elektronik Touch 'n Go e-Wallet dan aplikasi 'marketplace' Lazada Malaysia melalui capaian khas pautan sesawang mikro "Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!". Penebusan subsidi baucar pelancongan ini akan menembusi promosi jualan di kedua-dua landasan e-dagang tersebut bermula pada 8 hingga 31 Januari 2021 dengan tempoh sah laku bagi pakej yang telah dibeli sehingga 30 Jun 2021.

Pihak Tourism Selangor juga mensarankan kepada para pelancong untuk mengamalkan norma baharu yang menekankan SOPs (Standard Operating Procedures) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa melancong ke Negeri Selangor. 

Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor agar Kempen "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!" dapat memberikan impak yang signifikan ke arah membangunkan semula industri pelancongan domestik Negara, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Tourism Selangor di Selangor.Travel atau di pautan


Rugi ni kalau lepaskan peluang macam ni. Jom cepat! Dapatkan Baucar Pelancongan Selangor sekarang.

Thursday 7 January 2021

Nikmati Rawatan Spa dan Hidangan Gaya Terbaru Di Rahsia Spa & Cafe

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Nikmati Rawatan Spa dan Hidangan Gaya Terbaru Di Rahsia Spa & Cafe | Seronok kan bila dapat manjakan diri dekat spa. Biarpun hanya seketika tetapi dia punya rasa segar lepas diurut tu memang terbaik. Inilah detik yang harus LeYa rakamkan dan beritahu semua tentang sebuah lokasi spa terbaik yang punya dekorasi cukup bersih, cantik dan simple

Yeah! Setelah negara kita sudah mula kembali merentas negeri dan daerah serta banyak kedai atau pejabat mula beroperasi, LeYa pun ingin mengembalikan keanjalan wajah dan kesihatan diri di rawatan spa. Pelbagai rawatan boleh dilakukan di sini mengikut bajet dan keinginan anda. Jadi, jom ikuti cerita LeYa di bawah.

Nikmati Rawatan Spa dan Hidangan Gaya Terbaru Di Rahsia Spa & Cafe

Mula beroperasi pada awal bulan Disember 2020 dan bertempat di Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Rahsia Spa & Cafe ini merupakan cawangan kedua kepada Qaseh Spa di Taman Tasik Jaya, Seremban. Berpengalaman dalam bidang rawatan spa sudah lebih 10 tahun membuatkan ia sebenarnya adalah pusat rawatan dan urutan terkemuka yang patut anda jejak.


Melangkah sahaja kaki masuk ke dalam spa ini, anda akan dipamerkan dengan warna hijau yang cukup mendamaikan. Ditambah lagi dendangan alunan lagu-lagu yang menenangkan jiwa seperti berada di Bali lagaknya. Cukup tenang dan nyaman ye!

Rahsia Spa ni adalah spa muslimah. Jadi, wanita-wanita di luar sana tidak perlu risau jika malu atau segan kerana anda akan lebih rasa selesa untuk buka aurat terutama yang bertudung seperti LeYa. Tapi... Bagi suami-suami yang menemani puan isteri jangan juga risau sebab anda boleh santai dan rehat di Rahsia Cafe bersebelahan saja. Memang best dan menepati kehendak pelanggan baik wanita mahupun lelaki.


Kali ini, LeYa memilih rawatan V-Shape Facial. Rawatan ini berfungsi untuk membuang lebihan lemak di pipi kiri dan kanan LeYa yang dah seronok membengkak dengan jayanya semasa PKP. Hahaha... Atas nasihat Mr. Otomen Taro yang menginginkan untuk LeYa menipiskannya, jadinya terus sahaja membuat rawatan V-Shape Facial di Rahsia Spa.

Pengalaman rawatan ini mengambil masa lebih kurang 1 jam juga. Bermula dengan urutan dermapen dan pembersihan muka membawa kepada peletakan Red Musk.

 

Perrgghhhh.... Segala kekotoran yang melekat di wajah keluar. Rasa kulit anjal dan bersih macam kulit bayi kaw. Kaw hado? Haha... Lelemak yang dinyah keluar dari pipi LeYa pun berlalu pergi dan terus memperlihatkan kegebuan wajah LeYa. Sangat best ye korang! V-Shape Facial ni memang betul-betul dapat menguruskan pipi kita yang terlebih lemak tu. Apa-apa pun LeYa rasakan Rahsia Spa ni memang terbaik.

 

Nikmati Rawatan Spa dan Hidangan Gaya Terbaru Di Rahsia Spa & Cafe

Selesai rawatan yang LeYa buat hari tu, LeYa singgah dan rasai pula keenakan hidangan makan di Rahsia Cafe. Berbeza dengan spa tadi, Rahsia Cafe berwarna biru seperti berada di laut sambil menikmati hidangan yang ada di situ. Pergghhh... Memang seriously rasa tenang dan mempesonakan!


Keenakan rasa kopi yang dibuat sendiri oleh Chef Cafe ni memang betul-betul kaw dan terbaik. Rasa tak cukup kalau order secawan je. Pasti nak lagi. Hee... Nak tahu apa menu best dan viral yang ramai nikmati. Jom!


Hidangan set Big Plate Western dan Ramen Spicy Cheese antara menu yang ramai dah mencubanya. Rasa dia memang setanding anda nikmati di restoran-restoran makanan barat yang terkemuka. Senang cerita, memang boleh pergi jauh la bila dah rasa hidangan dan minuman kopi yang ada di sini.  


Sarapan pagi yang ringkas dan mengenyangkan, LeYa try pekena Roti Sandwich Tuna + Kopi Hazelnut. Memang terangkat superb tak boleh nak kata dah. Korang kena cuba sekarang tauuu! 

 

Alasan LeYa untuk memilih buat rawatan dan nikmati hidangan di Rahsia Spa & Cafe ni rasanya memang korang sendiri dah tahu kan? Dengan kemudahan yang lengkap dan rasa hidangan yang lazat, malah staff yang mesra pelanggan serta cukup terlatih. Lagipula, dah siap cantik-cantik, boleh terus makan dekat sebelah. All-in-one la senang kata. Tak payah nak cari jauh-jauh dah. Dari segi harga pun memang berbaloi dengan servis yang disediakan.


So, jangan buang masa anda lagi! Lagi-lagi tinggal beberapa hari je nak puasa kan? Lepas tu raya. Korang taknak cantik-cantik ker? Jom lah sihat dan cantikkan diri di rawatan spa dan boleh juga jadikan Rahsia Cafe sebagai menu santai untuk berbuka puasa nanti. Yang penting cantik dapat, kenyang pun dapat. Auuummmm.... terbaeeekkkk (versi Boboi Boy)

Untuk keterangan lanjut, boleh layari maklumat tertera di bawah :

Facebook

Instagram

Alamat
No 70-1, Jalan Timur 6/2D Timur @ Enstek,
71750 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.


Selamat Mencantikkan Diri dan Menikmati Hidangan Gaya Terbaru di Rahsia Spa & Cafe

Wednesday 6 January 2021

Staycation Di Vivanta by Taj, Rebak Island Resort, Langkawi Bersama Keluarga

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Rasanya belum terlewat untuk LeYa ucapkan Selamat Tahun Baru 2021 buat rakan-rakan dan pembaca Blog LeYa ni. Terima kasih kerana hingga saat ini LeYa mampu dan masih boleh menulis untuk tatapan dan carian informasi kepada semua yang memerlukan.

Minggu terakhir bulan Disember 2020 lalu, LeYa dan keluarga telah menginap dan berehat di Vivanta By Taj Rebak Island Resort, Langkawi. Ia terletak di Pulau Rebak dan memerlukan untuk naik bot laju ke situ. Ini adalah kunjungan pertamaku ke Rebak Island tersebut. Memang rasa teruja untuk melihat keindahan yang ada di sana.

Bertolak dari Port Dickson lingkungan jam 10.30 malam. Yelahhh, kalau gerak awal boleh tiba awal kan. Sedang-sedang elok kami tiba di Perlis seawal 5.00 pagi. Dan kami menuju ke rumah saudara kami yang berada di sana. Malangnya kami dapat tahu yang tiket feri ke Langkawi melalui jeti di Kuala Perlis hanya ada dua sahaja iaitu kira-kira jam 11.30 pagi dan 2.30 petang. Jadinya, kami berhuhu dahulu di rumah saudara. Rehat, Mandi dan Makan-Makan dulu. Hehehe...

Dah siap refresh, apa lagi perjalanan diteruskan ke Pulau Langkawi dengan feri trip pertama di Jeti Kuala Perlis. Ini kerana kami nak cepat-cepat sampai di resort tersebut. Rugi weeyyyhhh kalau buang masa macam tu je. Haha...

Okay sampai juga di Private Island Resort Langkawi iaitu Vivanta by Taj. Tak silap sampai masa tu dah petang. Urusan check-in pun dah meleret sampai jam 3.00 petang. Jadinya, petang tu sempat jalan-jalan yang berdekatan je.




Sangat safety dan privacy ye Vivanta by Taj ni. Sebab tu lah masa booking dan check-in tu agak banyak cekadak sikit. Tapi memang terbaiklah dan bagi LeYa sangat ok la kan. Kalau tak banyak songeh nanti, habis reputasi resort ni.


Sangat cantik ye guys! Harganya pun cantik juga. Untuk penginapan LeYa ni merupakan Premium Suite Garden View yang berharga sekitar RM700* semalam. Agak pricey sedikit tapi mujur penginapan ni ditaja oleh adik LeYa dan isterinya sebagai hadiah untuk LeYa dan Mr. Otomen Taro berserta Ibu dan Ayah. Alhamdulillah... Terima kasih diucapkan. Semoga rezeki berlimpah ruah untuk tahun 2021 ini. Memang sangat selesa, luas dan cantik.

Settle check-in dan tour bilik penginapan, apa lagi kami pun menuju kolam renang yang ada di situ. Aktiviti santai petang yang wajib dilakukan bila bercuti. Hahaha.... Maklumlah masing-masing selama ni semuanya bekerjaya. Inilah peluang untuk rehat dan refresh kan diri, badan dan minda.

Keesokannya. LeYa dan Mr. Otomen Taro memanjangkan lagi langkah meronda pulau tersebut sambil Mr. Otomen memancing di laut. Bangun pagi dengan penuh suasana tenang menghadap Laut Andaman yang bertentangan dengan Romantic Moon Deck berserta pergunungan di daratan Langkawi memang memberi kesegaran untuk memulakan life hari tersebut!

 

So, itu je lah aktiviti kitorang selama 3 hari 2 malam di Vivanta by Taj Resort, Pulau Rebak. Teroka kehijauan dan kedamaian di Pulau Rebak memang sangat mempesonakan. Actually, banyak aktiviti ada yang korang boleh try bila bercuti kat sini. Antaranya, berkayak, jungle trail, belajar memasak dan berbasikal. Confirm korang balik semula ke rumah akan lebih rasa semangat untuk memulakan kembali rutin harian seperti bekerja dan lain-lain kerja. Gitewww!

 

Apa-apa pun #StaySafe dan #KitaJagaKita kerana pandemik Covid-19 masih belum reda. Amalkan gaya hidup sihat, cuci tangan atau guna hand sanitizer, pakai mask, InsyaAllah kita semua mampu mengurangkan gejala penularan pandemik ni. Next, LeYa dan Mr. Otomen Taro ingat nak serang Johor. Tapi musim banjir ni, ada sedikit risau juga nak bergerak ke sana sini. Jadinya, kita rehat dululah. Dah reda nanti kami jalan-jalan lagi. Hee... 

Okay! Itu je pasal trip ke Vivanta by Taj Rebak Island Resort di Pulau Langkawi. Nanti ada jalan-jalan lagi, LeYa update lagi ye! Hahaha;;;


Vivanta by Taj – Rebak Island Resort
Rebak Island, Langkawi, Kedah 7000 Malaysia
Telephone: +60 49665566