Memaparkan catatan dengan label Hotel Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hotel Review. Papar semua catatan

Rabu, 2 Julai 2025

Hotel Review: Meginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park, Bukit Belimbing, Kuala Selangor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sudah tiba masanya untuk LeYa kongsikan cerita pengalaman menginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park, Bukit Belimbing di Kuala Selangor. Percutian kali ini membawa LeYa sekeluarga menginap selama 2 hari dan 1 malam.

Untuk trip kali ini, dirancang oleh LeYa dan suami. Kebiasaannya hari Sabtu kami akan bekerja separuh hari sehingga jam 2.00 petang. Jadinya, seusai habis waktu bekerja, kami pun yang sudah siap berkemas di malam hari sebelumnya bertolak terus ke Kuala Selangor melalui jalan Highway Rawang. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke homestay. Pemandangan sawah padi dan suasana kampung halaman di setiap perjalanan membuatkan perasaan tenang dan fresh setelah seminggu bekerja.

Sebenarnya ada banyak tempat menarik di Kuala Selangor ni. Kuala Selangor ni memang best kerana terkenal dengan tarikan pelancong seperti Firefly, Sky Mirror dan suasana kampung yang menenangkan. Kedudukannya pun tak jauh dari bandar. Korang nak bercamping boleh, nak berpicnic pun boleh. Kebanyakan yang datang bercuti ke Kuala Selangor ni adalah untuk melarikan seketika dari kesibukan kota. Udara yang segar dengan suasana kampung ditambah kesegaran air sungai mahupun laut mengalir tenang.

MENGINAP DI IRFAN AHZA WATER CHALET & FIREFLY PARK, BUKIT BELIMBING, KUALA SELANGOR

 

Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park sangat selesa. Parking pun luas. Bagi korang yang mencari tempat untuk bersantai bersama keluarga mahupun kawan-kawan, bolehlah menginap di sini. Hanya terletak di Bukit Belimbing, Kuala Selangor, kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.


Proses check-in sangatlah smooth dan LeYa sekeluarga pun memilih untuk menginap di bilik penginapan untuk 3 orang. Sementara menunggu untuk melawat kawasan sekitar dan mandi kolam, kami berehat-rehat dahulu di dalam bilik.

 

Bila tiba petang, kami pun mandi-manda di kolam renangnya yang luas. Usai dari itu, Encik Suami mengajak pula untuk naik ATV pusing satu kampung. Apa tunggu lagi? Bagai orang ngantuk disorong bantal, LeYa terus setujulah memandangkan agak lama juga tak buat aktiviti ni. 

Kalau korang berminat juga untuk pusing-pusing satu kampung dengan ATV, boleh terus order di kaunter bahagian depan homestay. Kat situ memang semua aktiviti tersedia untuk korang merasainya. LeYa sempatlah naik ATV dan memanah keesokannya. Dari segi harga, untuk seorang hanya RM50 manakala untuk naik berdua berharga RM75.

LeYa dan keluarga dibawa pusing sekeliling kampung oleh seorang guide dan berhenti di atas jambatan betul-betul waktu matahari terbenam. Pergghhh... memang cantik sangat pemandangan ciptaan Tuhan ketika itu. Release sekejap otak yang penat melihat lukisan Allah yang sangat cantik di waktu Maghrib.



 

Hari Kedua dekat Kuala Selangor sebelum check-out, sempatlah kami buat aktiviti memanah di situ. Memanah ni bukanlah LeYa power sangat pun. Boleh lah ikut apa yang ditunjuk ajar oleh Guide.



Sumpah pengalaman menginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park ni memang sangat best! So... Masa untuk kembali pulang bekerja. Apa-apa pun, Alhamdulillah. Perjalanan dan penginapan kami di sini selesai walaupun tidak jauh! Jarak bukan alasan untuk bercuti. Sekali-sekala apa salahnya bertukar angin dan bermalam di homestay begini kan! 


Terima kasih korang yang sudi baca pengalaman LeYa menginap di Irfan Ahza Water Chalet & Firefly Park. Nantikan episod travel LeYa ke lokasi penginapan lain di entri selanjutnya. 

Jumaat, 3 November 2023

Ekplorasi Penang Menerusi Aktiviti Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pulau Pinang atau lebih dikenali dengan Penang merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal di sebelah utara Malaysia. Jaraknya dari Kuala Lumpur lebih kurang 360km dan jika menaiki kereta, korang akan tiba dalam tempoh 3 jam 42 minit tanpa henti. Namun, kebiasaannya kita pasti akan berhenti di perhentian lebuhraya dan ini menjadikan masa yang diambil untuk tiba ke destinasi lebih kurang 5 jam.

Dari menaiki kereta sendiri, korang juga boleh menaiki kapal terbang yang akan mendarat di lapangan terbang Bayan Lepas ataupun boleh juga mengambil pengangkutan awam seperti bas mahupun keretapi. 

Ekplorasi Penang Menerusi Aktiviti Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0

Baru-baru ini, LeYa ke Penang dengan menaiki bas persiaran bersama rakan-rakan media yang lain untuk menyertai satu program Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 - Miss SHOPhia Go Travel 2023 anjuran Tourism Malaysia yang berlangsung di Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang. Terdapat pelbagai tarikan menarik yang boleh kita lawati di sekitar Penang dan sudah semestinya jalan-jalan cari makan menjadi aktiviti wajib dalam ke mana sahaja pengembaraan kita. Jadi, kali ini LeYa membawakan korang eksplorasi bandar Penang bersama team LeYa iaitu OLAF The Shopaholic untuk turut serta dalam acara Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0.

Bertolak dari Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur sekitar jam 3.00 petang dan tiba di Evergreen Laurel Hotel untuk penginapan kami selama 3 hari 2 malam. Ekstravaganza untuk tiga hari ini menjanjikan sebuah pengalaman menarik yang mempesonakan dengan meneroka produk, budaya, tempat menarik serta makanan viral dan sedap di Penang. 

Keesokannya, setelah bersarapan di cafe hotel seawal jam 6.30 pagi, kami bergerak ke The TOP, KOMTAR untuk majlis pelepasan peserta Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0. Terkejut LeYa bila tengok ramai juga peserta yang turut serta kali ni. Apa-apa pun LeYa teruja untuk memulakan kembara hari itu. 

Flag-off dilayangkan. Para peserta berlari bertempiaran menyelesaikan setiap tugasan. Tidak terkecuali juga LeYa dan team. Memandangkan kami pergi waktu itu adalah hujung minggu dan perayaan Deepavali yang bakal kunjung tiba, jadi memang terdapat banyak kenderaan dan orang ramai. walau bagaimanapun, tugasan perlu disiapkan dalam tempoh yang diberikan. 

The TOP, KOMTAR

Lokasi pertama LeYa dan team jejaki adalah The TOP, KOMTAR dan kawasan sekitarnya. Antara tarikan menarik yang sempat kami lawati adalah Theme Park Indoor terbesar di Pulau Pinang, mengunjungi pihak pengurusan PDC Seti Urus Sdn Bhd dan jalan-jalan di sekitar dalam The TOP. Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik di sini yang korang boleh lawati. Antaranya Rainbow Skywalk, Tech Dome, Jurassic Park, Window of The TOP dan banyak lagi.

 

Alamat
1, Jalan Penang,
10000 Georgetown, Pulau Pinang

Singgah Shopping di 1st Avenue

Membeli-belah adalah aktiviti wajib ketika korang bercuti. 1st Avenue Mall ini merupakan kompleks membeli-belah yang terletak berhampiran dengan Komtar. Malah kedua-dua kompleks ini berhubung dengan laluan jambatan. Terdapat beberapa jenama fesyen terkini, produk kecantikan, pakaian sukan dan lain-lain korang boleh temui di sini.



Alamat
1st Avenue Mall
128, Jalan Magazine,
10300 George Town, Penang

Menginap di The Granite Luxury Hotel dan OZO Hotel

Nak duduk hotel paling best di Penang especially untuk honeymoon atau anniversary, korang bolehlah bermalam di The Granite Luxury Hotel. Hotel ini berkonsepkan moden dan mewah serta dihiasi dengan warna putih dan gold yang menambah mood romantik dan mewah. 


Alamat
191A, Jalan Magazine,
10300 Georgetown, Pulau Pinang

OZO Hotel juga akan membawakan korang dengan suasana mewah untuk mengimbau nostalgia di zaman bulan madu dulu-dulu. Untuk malam yang istimewa, bukan sahaja katil korang luas dan selesa, tapi korang akan dapat suasana yang cukup menenangkan bersama pasangan.



Alamat
166, Jalan Argyll,
10050 Georgetown, Pulau Pinang

Ais Tingkap Viral

Minuman unik air sarbat atau lebih dikenali dengan ais tingkap bukan saja menjadi tumpuan pelancong malah mampu memikat warga Pulau Mutiara untuk menghilangkan dahaga tatkala musim panas melanda.

Ais Tingkap ini sudah beroperasi hampir 102 tahun dan mempunyai rasa yang berbeza berbanding ais sirap lain kerana mengandungi pelbagai gabungan ramuan yang dikatakan boleh menyejukkan badan.


Alamat
No 2, Lebuh Tamil,
10100 Georgetown, Pulau Pinang

Melawat Tempat Ibadat Yang Ada Di Penang

Sebagai muslim, sudah tentu kita ingin tahu lokasi masjid untuk kita singgah dan solat bilamana ruang solat di tempat lain dikerumuni orang ramai. Begitu juga bangsa lain yang ingin mengunjungi rumah ibadat mereka. Ini LeYa senaraikan tempat ibadat yang LeYa dan team berkesempatan singgah di sekitar Pulau Pinang.

  

Mural Art dan Seni Payung di Armenian Street

Dah hunting sekitar bandar Georgetown tu, tak lengkap lah kiranya korang tak pergi ke Mural Art dan kawasan sekitar di sana. Korang akan dapat lihat karya seni pelik dan mungkin ada yang buat korang terkejut jika rajin dan punya masa lama untuk merayau masuk menyelinap di setiap lorong yang ada di situ. Bak kata orang putih, "Hidden Gem". Korang pasti terpesona dengan kecantikan dan keindahan karya seni di situ.



Naik Beca Sekitar Bandar Georgetown

Selain itu, jika kaki sudah mula rasa lenguh, apa kata korang naik beca yang terdapat di situ untuk keliling kawasan itu. Like beca di Melaka, tetapi hiasan di beca berbeza identiti. 



Melawat Balai Bomba Tertua di Central Fire Station 1908

Memiliki sejarah balai bomba tertua yang masih beroperasi di negara ini menjadikan Central Fire Station di Lebuh Pantai sebagai ikon pelancongan di Pulau Pinang. Bangunan berusia 113 tahun ini terletak di Tapak Warisan Dunia dan menggamit para pelancong dari dalam dan luar negara untuk menyingkap nostalgia lama dek kerana reka bentuk bangunannya yang masih kekal sejak penubuhannya pada tahun 1908.

 

Alamat
Balai Bomba dan Penyelamat
Lebuh Pantai, 10300 Georgetown, Pulau Pinang

Makan Mee Sotong Hameed Pata

Kalau dah sampai Penang tu, tak lengkaplah kalau tak singgan makan di Mee Sotong Hameed Pata. Mee Sotong ni adalah di antara makanan special yang hanya terdapat di Penang. Kebiasaannya kita asyik pekena Nasi Kandar, apa kata sekali sekala cuba dan nikmati Mee Sotong ni. 


 

Alamat
5, Esplanade Park, Lebuh Light,
10300 Georgetown, Pulau Pinang

Singgah Bergambar Di Menara Jam (Queen Victoria Memorial Clock Tower)

Menara Jam Peringatan Victoria atau juga dikenali sebagai Jubilee Clock Tower telah didirikan oleh Cheah Chen Eok pada tahun 1897. Menara jam ini didirikan sempena memperingati Jubli Intan pemerintahan Ratu Victoria (1837 - 1897). Tinggi menara ini ialah 60 kaki (18 m). Menara ini menjadi condong akibat bom yang dijatuhkan ke Istana Raja Edward semasa Perang Dunia Ke-2 dan telah memberi kesan kepada asasnya.

 

Penang City Hall (Majlis Bandaraya Pulau Pinang)

Penang City Hall ialah bangunan kolonial berwarna putih yang dibina semasa zaman pemerintahan British. Ia masih kekal utuh dan digunakan sebagai bangunan Pejabat Pentadbiran Dewan Bandaraya Pulau Pinang. Korang bolehlah datang dan menghargai keunikan rekabentuk dan senibina yang terdapat di Padang Kota Lama ini.

 

Yeay!! Alhamdulillah. Walaupun team kami tak menang di nombor 1 hingga 3, tapi LeYa bersyukur kerana mendapat tempat keenam dari yang lain-lain. Yang penting kami tak balik dengan tangan kosong.


Program Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 diakhiri dengan majlis makan malam bersama rakan media di Lone Pine, Penang. Walaupun masing-masing kepenatan tetapi semua masih bertenaga di majlis makan malam. Makanan dihidangkan juga sedap-sedap dek kerana kami seharian tidak makan ketika hunting destinasi menarik di Penang.


Entry ini dihasilkan dari program Miss SHOPhia Shopping Hunt 5.0 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Penang anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Penang Global Tourism, Gurney Paragon Mall, VISA Malaysia, Malaysia Airlines dan Firefly, Bertam Resort & Water Park Penang, Almaz Travel, The TOP Penang, Che Wan Scuba Tenggol, GL Play by Gamuda Land, Flywind Holidays, Firefly, Association of Malaysian Spas (AMSPA), Kaki Melangkah, DE' 8000, Ombak Dive Resort, Sunway Lost World of Tambun, Great Leisure Heritage Rel dan Pauline Pewter. Terima kasih diucapkan dan semoga hubungan persahabatan ini kekal sampai bila-bila.

Selasa, 7 Mac 2023

Nikmati Hidangan Warisan Melayu Bertemakan 'Sentuhan Ramadan' Bersama Penampilan Istimewa Datin Alyah di Hotel Tenera

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Ramadan bakal tiba beberapa hari saja lagi. LeYa pasti ramai dah mula mencari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Jadi, jom LeYa nak bawa korang semua ke suatu lokasi menarik yang boleh dijadikan tempat berbuka pada tahun ini.


Nikmati Hidangan Warisan Melayu Dengan Tema "Sentuhan Ramadan" di Hotel Tenera, Bangi

Sekali lagi Hotel Tenera di Bangi akan memenuhi selera korang semua dengan menyediakan pelbagai hidangan Bufet Ramadan 2023 bermula pada 25 Mac sehingga 19 April 2023.

Seperti kebiasaannya, menu Bufet Ramadan di Hotel Tenera pastinya menjadi pilihan ramai dari pelbagai golongan untuk berbuka puasa kerana sajiannya yang sedap, tempatnya yang selesa dengan harga berpatutan buat seisi keluarga.


Hidangan Warisan Melayu di Hotel Tenera ini pastinya menjadi tarikan ramai masyarakat di luar sana yang sudah tentu menggemari masakan tradisional sekali gus membuatkan mereka akan mengimbas kembali kenangan berbuka puasa di desa.


Apa Yang Istimewa di Hotel Tenera?

Tahun ini, Hotel Tenera turut berbesar hati memperkenalkan selebriti popular, Datin Alyah sebagai Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera 2023. Datin Alyah bukan sahaja meminati dan menyukai kesemua menu Bufet Ramadan di sini, malah penyanyi lagu Kisah Hati ini sudah menjadi Wajah bagi mempromosikan menu istimewa yang disajikan pihak hotel.


Selain penampilan Datin Alyah, keistimewaan lain yang menarik adalah para pengunjung boleh menikmati suasana berbuka puasa seperti berada di bazar-bazar Ramadan kerana terdapat lebih 30 gerai makanan yang menyajikan hidangan kegemaran ramai seperti Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam Pedas, Rendang Ayam Utara, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talang Gulai Nenas, Sotong Goreng Percik, Ayam Ungkep, Daging Dendeng, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit, Udang Kelapa Parut, Ayam Kunyit Telur Sarang, Daging Tetel Gulai, Sambal Udang Petai Siseh dan banyak lagi.

 
 
 

Tidak dilupakan juga kepada variasi makanan di Gerai Penyek Sambal Lada, Bakso Sup, Nasi Ayam Buluh Betong, Kari Kepala Ikan Salmon, Bubur Lambuk Bangi Lama, Sambal Saodah, Oden Celup Celup, Dim Sum, Best In Town Fried Noodles, Pasta World dan bermacam-macam lagi.

 
 
 
 
 
 
 

Dan LeYa pasti korang tidak sabar juga untuk menikmati keenakan Picolomondo Pizza Kampung, Rojak Buah Padu, Sandwich Island, Gerai Roti, John Tortilla Brisket, Keropok Abe, Cendol Sawit dan Roti Bakar Arang.

 
 
 
 

Selain itu, korang juga boleh menikmati aneka pilihan cucur, jeruk, kuih muih Melayu, buah-buahan, ais krim, kek serta pelbagai jenis minuman pelengkap selera seperti Air Panehh, Air Sejuk Mata Memandang, Air Botol Legend dan Kopi Gantung Brew Omputih.

  
  
  

 
  
 
 

Keenakan lebih 200 menu hidangan ini merupakan hasil air tangan seorang cef berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said di mana beliau adalah Chef Eksekutif Hotel Tenera. LeYa pasti korang dah teruja dengan menu-menu yang disajikan. Memang sangat mewah aneka juadah 'Sentuhan Ramadan' pada kali ini. Sudahlah mewah, harganya pun berpatutan dan sangat berbaloi.

Harga Bufet Ramadan 'Sentuhan Ramadan' Hotel Tenera 2023

Dewasa : RM118
Kanak-Kanak : RM58 (11 tahun dan ke bawah)



Sepanjang bulan Ramadan, Hotel Tenera juga turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur. Selain itu, pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat buat para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawih. Semua pengunjung turut diberikan parkir secara percuma.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari

Alamat
Persiaran Kemajuan, Seksyen 1,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Facebook

Instagram

Hubungi di Talian
03 - 8929 9600

Whatsapp
019 - 385 4796 / 019 - 3592 796