Monday, 27 September 2021

HURRY! Grab Koleksi Hasnuri Terbaru Dengan Tawaran Menarik dari LF OUTLETS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hasnuri.com, LeYa pasti ramai ingat dengan nama ini yang kian menjadi trending di tanahair kita. LeYa sendiri suka akan rekaan dan warna yang ditampilkan oleh Koleksi Hasnuri. Kali ini, sekali lagi Hasnuri ada mengeluarkan koleksi baru iaitu Suit Lala dan Jubah Khairaa Cardigan

SUIT LALA

Suit Lala direka khas buat penggemar suit mini moden berseluar dengan gaya kasual moden sesuai dijadikan pakaian harian kekal selesa dan boleh digayakan sepanjang hari walaupun hanya di rumah.


Material : High Quality Heavy Como Crepe
Pattern : Plain



JUBAH KHAIRAA CARDIGAN

Jubah Khairaa Cardigan direka khas buat penggemar jubah cardigan dengan gaya anggun minimal agar tampil cantik bergaya dan menyerlahkan aura wanita masa kini.


Material : High Quality Heavy Como Crepe
Pattern : Plain


OFFER CLEARANCE WAREHOUSE

BUY 3PCS RM100 
EXCLUDE POSTAGE

 



Eheemmm... Tidak kah anda mahu ingin mendapatkan Koleksi Hasnuri dengan promosi yang berbaloi lagi menjimatkan? Anda juga boleh miliki sendiri koleksi-koleksi lain di laman facebook dan instagram seperti di bawah.

Facebook

Instagram

Tuesday, 7 September 2021

Tawaran Menarik Beli Emas dan Barangan Malaysia di PG Mall

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bermula episod PKP pada Mac 2020 yang lalu, ramailah dalam kalangan kita mengambil inisiatif untuk membeli barang-barang keperluan secara atas talian. Selagi masih ada pandemik Covid-19 ni, LeYa pun prefer membeli belah barangan secara online. 

Tidak kiralah apa barangan sekali pun. Jika diberi kesempatan dan rezeki untuk membeli online, LeYa akan menggunakan platform online ni sebaiknya. Bak kata orang, “Mencegah sebelum terlambat”. #StayAtHome. Yang menariknya kali ini LeYa nak kongsikan terutama kepada kaum wanita. Tipu la LeYa cakap kalau perempuan kat luar sana tak sukakan emas. Jom ikuti cerita best kat bawah!

Beli Emas dan Barang Keperluan di PG Mall

Okay… Korang mesti ternanti-nanti kan cerita emas ni. Kat sini LeYa nak kongsikan dengan korang satu website e-Commerce yang korang boleh beli emas secara online iaitu di PG Mall. PG Mall ni antara platform e-Commerce yang tidak asing lagi di Malaysia. Ia adalah satu-satunya platform e-commerce buatan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2017. Platform ini menawarkan pelbagai keperluan harian kita seperti perhiasan rumah, barangan dapur, koleksi pakaian dewasa, kanak-kanak dan bayi, barangan elektrik serta banyak lagi. Senang cakap, korang boleh beli-belah dalam satu platform sahaja. Tak perlu dah nak ke mana-mana lagi. Korang boleh terus akses ke laman web https://pgmall.my/ ataupun boleh muat turun aplikasi Pg Mall melalui App Store dan Google Play Store.


Tawaran Hebat Pembelian Hanya di PG Mall

1) Kempen Beli Barangan Malaysia

PG Mall ada mengadakan kempen “Beli Barangan Malaysia” sepanjang bulan September sehingga 31 Disember 2021 dengan hashtag #KempenBeliBaranganMalaysia. Korang boleh layari laman web PG Mall untuk melihat pelbagai barangan tempatan menarik di link https://pgmall.my/KBBM-2021

Kempen Beli Barangan Malaysia ni korang boleh membeli-belah barangan keperluan rumah seperti makanan, penjagaan diri, pakaian dan lain-lain. Menerusi sokongan kita dalam kempen ini, secara tidak langsung kita juga membantu menaikkan kembali ekonomi negara kita yang sedang terjejas akibat Covid-19 dan pelaksanaan PKP.


Untuk kempen ini, korang boleh gunakan kod promosi seperti berikut:

a) Kod Promosi (New Shopper): KBBMNEW10, diskaun sebanyak RM10 OFF dengan pembelian minimum RM30
b) Kod Promosi (Existing Shopper): KBBM5, diskaun sebanyak RM5 OFF dengan pembelian minimum RM30
c) Kod Promosi (Existing Shopper): KBBM10, diskaun sebanyak RM10 OFF dengan pembelian minimum RM50

2) 916 Gold Day

Bagi peminat emas pula, PG Mall turut mengadakan promosi 916 Gold Day bermula pada 15 hingga 17 September 2021. Harga yang ditawarkan sangat-sangat murah sebab PG Mall tawarkan harga kilang dan penghantaran juga adalah percuma.


Untuk kempen ini, korang boleh gunakan kod promosi seperti berikut:

a) Kod Promosi (New Shopper): diskaun sebanyak RM25 OFF dengan pembelian minimum RM400
b) Kod Promosi (Existing Shopper): diskaun sebanyak RM20 OFF dengan pembelian minimum RM400
c) Kod Promosi (Existing Shopper): diskaun sebanyak RM40 OFF dengan pembelian minimum RM600

Korang juga boleh tonton di FB Live Promotion setiap hari 24 jam untuk tawaran RM20 OFF dengan pembelian minimum RM400. Nak tengok pelbagai pilihan emas, korang boleh layari https://pgmall.my/916-Gold-Day.


Kenapa Korang Perlu Beli-Belah di PG Mall

Of course lah kan dapat jimatkan masa, tenaga dan paling penting jimatkan petrol kita. Takyah nak keluar rumah kan... Yang lagi best lagi, produk-produk yang sampai depan rumah, semuanya berkualiti. Memang berbaloi sangatlah kalau shopping kat sini. 

So… Apa tunggu lagi? Jom ajak ramai-ramai untuk shopping online di platform PG Mall ni. Time nil ah korang nak pujuk suami korang nak belie mas tu. Hehehe… Harga murah sangat dah tu! 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti di bawah

Website: www.pgmall.my

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #KempenBeliBaranganMalaysia #916GoldDay2021 #GoldDay

Friday, 27 August 2021

Mindful Muslim - Aplikasi Muslim Terbaik Beri Terapi Ketenangan Minda dan Jiwa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kita sedar dan tahu setiap hari sebagai manusia, kita tidak terlepas dan tentunya pernah mengalami kecewa serta gagal. Ini mengarahkan kita untuk berasa tidak selesa, sedih, cemas, ragu-ragu dan bingung. Dan, pastinya  dalam kalangan kita akan mengalami stress atau tekanan perasaan yang berpanjangan. 

Dalam firman Allah SWT, Surah Al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud "dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah harga gembira kepada orang-orang yang sabar".

Jika anda sedang mengalami stress, cuba untuk lebih tenang dan tenteram untuk membantu anda agar boleh berfikir dan menyelesaikan masalah dengan baik. Jadi, hari ini LeYa ingin berkongsi dengan anda semua satu aplikasi muslim yang boleh membantu menghilangkan stress sekaligus tidak mempengaruhi diri untuk kemurungan. 

Aplikasi Muslim Terbaik - Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mendalami ilmu dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Seiring pesatnya pembangunan teknologi hari ini, kita juga boleh belajar agama menerusi telefon pintar samaada Android mahupun IOS.

Aplikasi Mindful Muslim adalah satu aplikasi Kesedaran Islam pertama di dunia yang dibangunkan untuk membantu lebih 1.8 billion Muslim dalam meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan mental dan emosi melalui ilmu ceramah audio dari cerita-cerita Islam selain turut disediakan Al-Quran, Doa dan Ruqyah.

Antaramukanya juga cukup dilihat mesra pengguna dengan ciri aplikasi yang mudah dipelajari seperti :

  • Perbincangan audio dari kisah-kisah harapan dari Al-Quran dan Hadis. 
  • Duas / Ruqyah untuk tujuan tertentu - untuk menghilangkan kegelisahan / kemurungan, kesunyian dan perasaan rendah yang lain
  • Pilihan penghafal
  • Bunyi alam sekitar
  • Membina senarai main ciri-ciri di atas 
  • Buku harian tidur untuk membantu menulis jurnal pada waktu malam

Kombinasi antara sejumlah warna menonjol yang berlatarbelakang persekitaran ketenangan menjadikan antaramuka ini kelihatan lebih menarik dan tenang untuk digunakan. Lebih menarik lagi, aplikasi ini adalah percuma dan tiada iklan. 

Bagaimana Aplikasi Mindful Muslim Memberi Manfaat Kepada Pengguna

Al-Quran merupakan rujukan terpenting untuk umat Islam dalam segenap aspek kehidupan. 

Allah SWT berfirman : "Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui yang ada di dalam jiwa kamu, maka ingatlah kepada-Nya" (Quran 2: 235)

Aplikasi Mindful Muslim terdapat penilaian 4.8* di Google PlayStore dengan 1900+ 5* memberi ulasan. Menerusi aplikasi ini, ramai pengguna dapat membantu menghilangkan tekanan mereka, merasa lebih tenang dan membantu mereka tidur dengan nyenyak dan aman. Selain itu, aplikasi ini juga turut membantu mengurangkan kerisauan serta pengguna dapat mengikuti setiap dari kisah-kisah Al-Quran dan Hadis yang mampu membuatkan mereka gembira.

Kesihatan mental sangat stigma dalam masyarakat Islam kita dengan hampir tidak mengakui perjuangan sebenar orang-orang yang mengalami kegelisahan / kemurungan. Aplikasi ini membantu menyokong orang ramai yang berkeadaan dalam situasi stress untuk mengangkat kembali sinar dalam kehidupan mereka dan membawa mereka untuk lebih dekat dengan iman. Setiap yang sembuh akan menyebabkan lebih ramai yang tenang dan bahagia. 

Allah berfirman: "Dan jangan lupa berbuat baik antara satu sama lain". (Al-Quran 2: 238)


Muat Turun Aplikasi Mindful Muslim Hari Ini

Anda boleh menggunakan aplikasi Mindful Muslim secara percuma untuk Google PlayStore dan AppStore dan tiada terdapat iklan diselitkan. Anda boleh muat turut aplikasi di pautan di bawah:



Monday, 23 August 2021

Betul Ke Sayur Bendi Boleh Bantu Kawal Paras Gula Darah Bagi Pesakit Diabetes?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sumber gambar dari HelloDoktor.com

Tahukah anda bahawa kacang bendi mempunyai khasiat yang amat baik terhadap pesakit diabetes?

Bukan hanya satu, tetapi terdapat banyak khasiat kacang bendi yang mungkin kita belum tahu. Jom teruskan membaca jika anda ingin tahu khasiat sayur bendi terhadap pesakit diabetes.

Khasiat Kacang Bendi: Adakah bendi boleh menjadi ubat untuk pesakit diabetes?

Ada ang gemar memakan bendi yang digoreng dan ada juga yang gemar memakannya dengan cara direbus.

Apa pun cara penyediaannya, bendi telah lama dianggap sebagai antara tumbuhan yang menjadi ubat diabetes.

Ini kerana, antara khasiat kacang bendi ialah ia dapat mengawal paras gula darah dalam tubuh manusia.

Sumber gambar dari HelloDoktor.com

Selain daripada mengawal paras gula darah, kacang bendi juga mempunyai beberapa manfaat khusus terhadap pesakit diabetes.

Berikut ialah lima khasiat sayur bendi khusus bagi penghidap diabetes.

Khasiat sayur bendi 1: Mengandungi serat yang tinggi

Sayur bendi merupakan antara jenis sayur yang tinggi dengan kandungan serat. Bagi setiap 100 gram bendi, ia mengandungi sekitar 3.6 gram serat.

Bagi penghidap diabetes, makanan yang tinggi serat sememangnya amat baik untuk diambil.

Ini kerana, makanan yang tinggi serat dapat membantu mengawal paras gula darah dengan melambatkan proses pembentukan gula dalam tubuh manusia.

Kajian ada menunjukkan, peningkatan pengambilan serat boleh mencegah gula darah daripada naik secara mendadak dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2.

Selain itu, sayuran yang tinggi serat seperti sayur bendi ini juga boleh menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan buah pinggang dalam kalangan pesakit diabetes.

Khasiat kacang bendi 2: Menurunkan gula darah

Salah satu khasiat kacang bendi yang terbesar ialah ia dapat menurunkan paras gula darah dalam tubuh kita.

Oleh sebab itu, sayur bendi sering digunakan sebagai tumbuhan semula jadi dalam merawat diabetes.

Satu kajian telah dilaksanakan terhadap tikus penghidap diabetes bagi melihat khasiat sayur bendi ini.

Hasil kajian tersebut menyatakan bahawa, pengambilan ekstrak bendi yang kaya dengan antioksidan dapat menyekat tekanan oksidatif dan kerintangan insulin.

Oleh itu, sayur bendi dapat membantu memperbaiki paras gula darah dalam kalangan pesakit diabetes.

Namun kajian ini hanya tertakluk kepada tikus sahaja. Masih banyak kajian lanjutan diperlukan bagi menguatkan manfaat sayur bendi terhadap kawalan gula darah.

Sumber gambar dari HelloDoktor.com

Khasiat sayur bendi 3: Menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh

Ramai yang tidak tahu bahawa antara khasiat kacang bendi adalah menurunkan paras kolesterol dalam tubuh kita.

Kandungan serat yang tinggi dalam sayur bendi sangat bermanfaat dalam menurunkan paras kolesterol yang tinggi, yang biasa dialami oleh penghidap diabetes.

Persatuan Jantung Amerika menyatakan bahawa, individu yang menghidap diabetes lebih cenderung untuk mempunyai kadar kolesterol yang lebih tinggi.

Kolesterol yang tinggi boleh memberikan kesan yang amat buruk kepada penghidap diabetes disebabkan oleh kesan negatifnya terhadap kesihatan jantung.

Khasiat kacang bendi 4: Bendi mempunyai kesan antistres

Stres boleh menjadi antara salah satu punca kepada keadaan hiperglisemia dalam kalangan pesakit diabetes.

Hiperglisemia ialah keadaan di mana paras gula darah menjadi terlalu tinggi.

Oleh itu, penghidap diabetes juga perlu mengetahui cara untuk mengawal stres yang dialami mereka bagi mengelakkan hiperglisemia.

Jangan risau kerana antara khasiat sayur bendi ialah ia memiliki kesan antistres.

Kajian ada menyatakan bahawa, ekstrak biji kacang bendi mempunyai kesan antioksidan dan juga antistres apabila ia diuji terhadap tikus makmal.

Khasiat sayur bendi 5: Mencegah keletihan

Antara manfaat lain sayur bendi ialah ia berkemampuan untuk mencegah keletihan. Ini kerana sayur bendi mempunyai sifat atau ciri anti keletihan.

Sekiranya anda menghidap diabetes dan sedang melakukan sebarang aktiviti, makanlah sayur bendi untuk mengelakkan anda menjadi terlalu letih atau penat.

Sekiranya anda kerap memakan sayur ini, anda mungkin tidak mudah untuk berasa letih ketika bersenam atau melakukan aktiviti fizikal lain.

Perhatikan perkara ini sebelum mula makan sayur bendi

Walaupun sayur bendi mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat, ia bukanlah satu-satunya jalan atau ubat bagi merawat diabetes.

Anda tidak boleh sekali-kali meninggalkan ubat yang telah diberikan oleh doktor kerana ubat tersebut merupakan ikhtiar utama bagi penyakit diabetes anda.

Sekiranya anda ingin mula memasukkan sayur bendi dalam diet anda, bertanyalah kepada doktor terlebih dahulu.

Doktor akan memberikan cadangan pemakanan yang bersesuaian dengan keadaan semasa anda.

Anda berkemungkinan tidak digalakkan untuk memakan bendi jika anda ada mengambil ubat metformin.

Ubat metformin berfungsi mengawal paras gula darah.

Jika anda memakan bendi ketika mengambil ubat ini, dikhuatiri ia boleh menyekat penyerapan ubat tersebut ke dalam tubuh.

Kesannya, ia mungkin menyebabkan ubat tersebut tidak begitu berkesan dalam mengawal keadaan diabetes anda.

Artikel ini telah disemak oleh panel Perubatan Hello Doktor dan telah disiarkan di Hello Doktor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke anagurlz87@gmail.com

Friday, 20 August 2021

Senarai 10 Bakeri Sekitar Selangor Yang Pasti Memikat Selera Anda!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Walau berada di ambang pandemik Covid-19, masih terdapat juga banyak permintaan untuk makanan yang lazat dan menyelerakan bagi dijadikan santapan di rumah. Jom ikuti LeYa untuk perkongsian senarai lokasi bakeri di sekitar Negeri Selangor yang menawarkan jualan kek pelbagai jenis, roti serta pastri yang enak! Bakeri dalam senarai ini juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke lokasi rumah korang untuk dinikmati sambil menjaga keselamatan diri dengan kekal berada di rumah.

1) Andra by Gula Cakery, Eco Ardence, Setia Alam

Paling digemari oleh pencinta pastri tempatan, Andra by Gula Cakery pastinya salah satu bakeri yang mesti dikunjungi di Negeri Selangor. Bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis roti dan pastri yang enak, lokasi ini juga menampilkan dekorasi yang menarik. Selain menyediakan makanan utama seperti spageti, bolognese, aglio olio dan lasagna. Kafe yang terletak di bandar kontena, Ardence Labs Setia Alam ini juga menyediakan perkhidmatan penghantaran di sekitar Lembah Klang. Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam untuk pembungkusan (take-away), pengambilan sendiri (pick-up) dan penghantaran. Bakeri ini juga aktif mempromosikan produk mereka seperti menawarkan pakej diskaun dan ganjaran penghantaran percuma di laman media sosial mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.gulacakery.com/ atau hubungi +6010-2164284

2) TK Bakery, Bandar Bukit Tinggi, Klang

Bakeri yang dimulakan dengan perniagaan kecil dim sum, kini memiliki sebanyak 8 cawangan di sekitar Negeri Selangor termasuk di Klang, Seri Kembangan, Puchong dan lain-lain. Diasaskan oleh pemilik yang berasal dari Confucius generasi yang ke-72, produk khas bakeri ini adalah tat telur selain menyediakan pastri barat dan juga pastri. Ketika popularitinya semakin meningkat, pada waktu yang sama, kedai ini juga aktif dalam memperluas inovasi kuih dan pastri mereka. Semua produk sedia untuk ditempah untuk pengambilan sendiri (pick-up) dan penghantaran tetapi bergantung juga kepada stok yang ada di mana anda boleh menyemak stok tersebut melalui laman sesawang rasmi mereka. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://tk2you.com/ atau hubungi +603-8959 2923

3) Dou Dou Bake, Petaling Jaya

Terletak di Damansara Kim, Petaling Jaya, bakeri ini menghasilkan pelbagai jenis roti dan pastri segar setiap hari dengan ragi (leaven) yang berusia 200 tahun. Selain menawarkan roti sourdough, kedai yang menghargai cara asas membakar roti juga menawarkan jenis pastri yang lain termasuk Gluten Free Brownies, Cream Puff, Scones dan juga minuman seperti kopi dan juga Kombucha! Bakeri ini juga menyediakan perkhidmatan pra-pesanan (pre-order) dan pengambilan sendiri (pick-up). Anda juga boleh memesan dari bakeri ini melalui sebarang servis penghantaran pilihan anda. Pastikan anda membuat pesanan yang baik dengan notis 1 hari dan sebelum jam 4 petang kerana ini adalah jam terakhir sebelum pesanan dibuka untuk hari berikutnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.universalbakehouse.my/ atau hubungi +601133327581

4) Kobo Bakery, Puchong

Kobo Bakery adalah sebuah bakeri yang menghasilkan roti menggunakan teknik yang khusus dari penasihat tukang roti terbaik dunia dari Taiwan. Bakeri ini juga menggunakan pemeraman yeast buatan sendiri yang semula jadi untuk semua produk roti dan pastri mereka bagi mengeluarkan rasa dan tekstur yang unik. Kedai ini juga mempunyai cawangan di kawasan Lembah Klang termasuk Shah Alam, Taipan dan Ara Damansara. Bagi membuat tempahan, anda boleh muat turun aplikasi telefon bimbit yang dicipta khas untuk pelanggan mereka untuk membuat pemilihan dan pembelian secara atas talian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://kobobakery.com/ atau hubungi +60380660878

5) Marc Et Farid, Telok Panglima Garang

Bonjour! Anda berminat untuk menikmati roti ala-ala di Paris? Bagi peminat pastri Paris,anda boleh cuba kunjungi bakeri yang terletak di Teluk Panglima Garang ini. Marc Et Farid hanya menggunakan bahan berkualiti untuk menghasilkan produk mereka. Bakeri ini juga memfokuskan kepada penghasilan pastri ala Perancis seperti kek dan tat termasuk tat lemon, tat praline coklat dan banyak lagi. Bagi yang ingin mencuba produk mereka, bolehlah membuat pesanan melalui laman atas talian Beepit yang dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 11.30pm hingga 6pm.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +60125758048

6) Selaseh Dua by Cik Kiah, Gombak

Terletak di Gombak, Selaseh Dua yang diasaskan oleh tukang roti tempatan yang dikenali sebagai Cik Kiah, menyediakan pelbagai jenis roti dan pastri yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Ianya baru sahaja dibuka pada tahun 2019, dan kini pelbagai jenis roti dihasilkan hampir setiap hari di sini khusus untuk pelanggan mereka. Lebih dikenali sebagai kedai roti berbanding kafe, ianya dibuka untuk pelanggan untuk pengambilan sendiri (pick-up) dan penempahan awal (pre-order) yang perlu dibuat 24 jam sebelum hari pengambilan dan penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +601112129101

7) Sugar and I, Subang Jaya Petaling

Kalau sebelum ini kita merasa pastri Paris, kali ini kita rasakan pastri dari Itali pula. Salve! Ianya bermula dengan semangat sepasang adik beradik yang mula menghasilkan roti atas dasar hobi dan memberi hadiah kepada kenalan. Mereka mula membuka bakeri dalam tahun 2018 dan sejak dari itu mereka sibuk memenuhi permintaan dari pelanggan. Bakeri ini terkenal dengan produk bomboloni mereka, roti donat yang berasal dari Itali. Pelbagai perisa bomboloni boleh didapati di sini seperti strawberi, Nutella dan juga perisa Lotus Biscoff. Servis penghantaran juga disediakan untuk memudahkan pembelian anda sementara anda duduk di rumah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +601111422597

8) FASO Patisserie, Setia Alam

Mula beroperasi pada tahun 2020, FASO Patisserie merupakan bakeri yang juga menawarkan roti ala-ala Paris seperti, souffles mousses dan chocolate eclairs. Bakeri yang terletak di Setia Alam ini juga didekorasikan dengan konsep yang unik dan menarik untuk pelanggan nikmati hidangan pastri di kafe mereka. Bukan sahaja konsep kafe yang unik, tetapi produk roti dan pastri mereka juga mempunya visual yang menarik di samping menggunakan bahan-bahan premium yang halal! Perkhidmatan penghantaran juga disediakan untuk pelanggan mereka yang berada di sekitar kawasan Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +60194861231

9) Der Backmeister

Itali sudah, Paris juga sudah. Kali ini mari rasakan produk roti dan pastri yang berasaskan pastri Jerman pula! Terletak di tingkat bawah Hospital KPJ Ampang, bakeri ini menyediakan roti dan pastri dengan hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi sahaja, dengan diperbuat dari resipi tradisional yang khas. Rangkaian produk roti dan pastri mereka termasuk Bavarian Spelt Vanille Hörnchen, Baguette, Kirschtasche (Cherry Danish), Croissant dan macam-macam lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.derbackmeister.com/ atau hubungi +603-4265 0222

10) Dou Dou Bake, Petaling Jaya

Baru dibuka pada tahun 2020, Dou Dou Bake adalah sebuah bakeri yang terletak di Petaling yang menawarkan pelbagai pastri buatan sendiri. Dou Dou adalah nama yang diberikan berasal daripada perkataan “Dough-Dough” tanpa huruf ‘gh’, yang mana huruf ‘gh’ tersebut telah ‘dimakan’ bagi menggambarkan keenakan pastri mereka. Dengan formula khas penapaian yang digunakan, bakeri ini menawarkan pastri dan roti termasuk sourdough, croissant, croque, pain au dan banyak lagi. Perkhidmatan penghantaran juga disediakan setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Pesanan juga harus dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu penghantaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.doudoubake.com/ atau hubungi +601169635817

Wah, senarai bakeri di atas sangat meliurkan! Untuk memastikan anda dan keluarga selamat ketika penularan wabak Covid-19, bakeri-bakeri di atas menawarkan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan sendiri (pick-up). Anda tidak perlu risau dengan kualiti produk kerana setiap hari, mereka akan memastikan kek, pastri dan roti yang dipesan selamat sampai ke tangan anda dan mampu membuat anda tersenyum sebaik menerimanya. Untuk terus membendung penularan wabak Covid-19, anda sentiasa diingatkan untuk terus ikuti SOP yang telah ditentukan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mana sahaja anda pergi. Pastikan anda mendaftar masuk ke premis di Negeri Selangor melalui aplikasi “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat” dan mengikuti peraturan termasuklah seperti memakai topeng muka setiap masa, memastikan penjarakan sosial dan menggunakan cecair pembersih tangan.

Anda boleh melayari laman sesawang rasmi Tourism Selangor www.selangor.travel untuk terus mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada masa hadapan, atau anda juga boleh mengikuti hantaran atau posting pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube untuk kekal berinspirasi! #ImagineNowExperienceSoon.

Thursday, 19 August 2021

Bermain Game - Apa Kebaikannya Yang Perlu Anda Tahu?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kita sedia maklum yang permainan video ada baik dan buruknya. Permainan video berasaskan online hari ini telah menjadi salah satu aktiviti masa lapang. Daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa, semuanya pasti akan bermain permainan video untuk bersosial atau melepaskan tekanan.


Terkadang kita merasakan yang bermain game tu satu perkara sia-sia seperti membuang masa. Namun, di sebalik ada yang beranggapan buruk itu, sebenarnya secara tak langsung ia mempunyai banyak manfaat yang kita dapat meluangkan masa ketika permainan video ini. Ini mungkin 4 sebab kenapa bermain game menjadi hobi ramai terutama gamers.


1) Boleh Tambah Kenalan Baru

Kita tahu sekarang wabak pandemik Covid-19 memilih kita untuk berada di rumah. Kenapa kita tidak mengambil peluang ini untuk terus berinteraksi dengan rakan-rakan melalui permainan video game. Lambakan online game di Internet hari ini membolehkan korang pilih sahaja niche game korang dan boleh memulakan permainan dan berinteraksi dengan rakan-rakan.

Tidak dinafikan lagi, salah satu kebaikan bermain game adalah menambah kenalan baru. Korang juga akan dapat berkenalan dengan kenalan maya dengan minat yang sama dengan korang dan boleh bertukar pendapat. Dan seterusnya, boleh menjadi rakan yang baik dan rapat. Mereka bukan sahaja berkongsi maklumat dan pendapat di Whatsapp, malah pasti ada yang membuat gathering bagi mengeratkan silaturrahim. Kan seronok macam tu? Islam kan mengajak kita untuk bersilaturrahim. Tak gitu? Aucchhh...

2) Meningkatkan Kemahiran Kreatif dan Inovatif Ketika Bermain Game Secara Kompetitif

Cuba korang bayangkan, jika sebelum ini korang adalah seorang yang pasif dan tidak yakin. Berbekalkan platform online game yang korang bermain dengan rakan-rakan, korang secara tidak langsung boleh menjadi lebih baik dalam permainan dan memperbaiki kekurangan diri korang. Ini membuatkan korang lebih bertoleransi, memahami setiap watak kawan-kawan dan banyak lagi. 

Selain itu, kemahiran berinteraksi yang selama ini korang rasakan sukar juga dapat diatasi apabila bersama mereka. Bahkan, korang akan menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan satu permasalahan. Best kan!


3) Bermain Game Boleh Meningkatkan Kemahiran Bersosial

Ramai berfikiran yang bermain game membuatkan seseorang tidak bergaul atau senang cakap anti-sosial. Ini kerana kita dapat lihat, kebanyakan gamers lebih suka duduk di rumah berbanding keluar bergaul dengan orang luar. 

Namun, korang tahu tak yang sebenarnya bermain online game boleh membuatkan pemain lebih mudah untuk bersosial dengan orang ramai. Dari yang pasif untuk bergaul, mereka menjadi seorang individu yang peramah dan mampu berinteraksi dengan baik.

4) Bermain Game Boleh Mengurangkan Tekanan Perasaan

Walaupun ramai mengganggap ketagihan bermain video game sebagai satu penyakit mental, tetapi sebenarnya ia boleh dijadikan satu penawar stress yang jauh lebih efektif berbanding sesi kaunseling biasa.

Menurut kaji penyelidik di New Zealand pada tahun 2012, kajian telah melibatkan 168 remaja kira-kira berusia 15 tahun di mana separuh diasingkan untuk menerima sesi kaunseling manakala separuh lagi diberi bermain game fantasi SPARX. Rata-rata yang bermain game membolehkan mereka kreatif dan merekabentuk avatar tersendiri serta mampu membuang pemikiran negatif dari diri mereka sendiri.

Actually, setiap tahap dalam permainan game mengajar kita tentang fakta asas mengenai kemurungan, strategi untuk menangani tekanan dan teknik untuk mencari ketenangan. Dapatan dari hasil kajian SPARK mendapati 44% yang bermain game sembuh dari kemurungan berbanding hanya 26% yang sembuh dari sesi kaunseling.


HAA!!! Jadi untuk korang yang suka bermain game, jom LeYa nak tunjukkan kat korang satu platform online game terbaik untuk korang mahupun anak-anak yang mungkin dah bosan duduk di rumah dan tak tahu nak buat apa. Jom guna laman web Plays.org untuk meraikan hari-hari ceria bersama keluarga!

Apa itu platform Plays.org?

Ia adalah sebuah laman web yang menawarkan aplikasi permainan dalam talian secara percuma dan menyeronokkan dan dapat dimainkan dengan cepat melalui browser yang ada. Ia juga memberikan korang pengalaman kegembiraan bersama keluarga ketika berada di rumah.

Ingat tak sewaktu ketika dahulu, kita gemar bermain permainan game di konsol pada zaman Nintendo, jadi, laman web ini memberi ruang dan mengimbas kembali ke era itu untuk korang rasa seronok bermain game bersama rakan-rakan mahupun keluarga di rumah.

Plays.org bertujuan menjadikan platform online game percuma daripada jenis aliran tersebut
  • Tiada simbol status atau peningkatan berbayar
  • Permainan super sederhana yang memberi peluang untuk santai-santai tetapi tidak mengubah identiti korang serta mewujudkan ketagihan
  • Permainan kasual yang membolehkan korang masuk dan keluar dengan cepat
  • Tidak perlu memuat turun aplikasi untuk dimainkan
  • Tidak perlu mendaftar atau menyediakan akaun pengguna

Sejak dilancarkan pada awal tahun ini, Plays.org terus meningkatkan ratusan permainan di laman web ini dengan menerbitkan sekurang-kurangnya beberapa permainan tambahan setiap hari. Jadi, jika korang menekan menu "free games" di atas dengan pautan di http://plays.org/games, korang akan dapat lihat pelbagai game baru setiap hari.🙂


Well... LeYa pun dah terjebak bermain game di platform ni. Memang menyeronokkan. Time first main tu memang LeYa tak tahu apa-apa sebab LeYa bukanlah kaki game. Tapi bila dah main dalam platform ni, ia sebenarnya merupakan platform online game yang mudah untuk belajar dan berseronok. Tak sangka dapat juga memberi rasa kurang stress ketika bermain. Apa orang cakap tu, kita kasi chill and relax dulu dengan game... Hehehe... 

Memang macam nampak platform permainan ni lebih menjurus untuk anak-anak, tetapi tak salah kan! kan! untuk turut serta bermain. Sebab? Dalam pada tu korang bolehlah pantau aktiviti harian anak-anak korang di hadapan Internet. Completely, LeYa memang tak tahu apa-apa pun tentang build, enemy, dan cara untuk memenangi dalam satu permainan. Namun, bila dah bermain online game kat sini, LeYa lebih rasa yakin dan terbawa-bawa untuk memajukan diri di dunia realiti. Yakin dan terus berusaha untuk menempuh dugaan dan badai yang mendatang. Auuuchhh... Tak gitcheww!!!

So... tu la sedikit pengalaman LeYa bermain online game di platform Plays.org.

 

Walaupun seronok dan boleh bermain sehingga berjam-jam, tetapi harus diingat, jangan pernah ketepikan tanggungjawab korang tau. Game ni hanya sekadar hiburan untuk menghilangkan tekanan dan bukanlah sehingga mengabaikan komitmen lain yang lebih penting. Bermain itu sebenarnya boleh mengajar dan membahagikan masa dengan betul. Selain itu, ia turut mendidik untuk kita lebih berdisiplin dan bersemangat untuk mengejar cita-cita yang lebih tinggi. Jadi, tak salah bermain game, tapi berpada-padalah. 

Maklumat lanjut, boleh layari http://plays.org untuk berseronok bersama keluarga di rumah musim-musim pandemik ni. Terus kekal duduk di rumah dan jom bermain permainan game yang menyeronokkan dan memberi bermanfaat bagi mengeratkan lagi silaturrahim bersama keluarga.


Friday, 13 August 2021

Serene Beaute Produk Kecantikan, Penjagaan Kulit dan Badan Untuk Kekal Berseri

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pasti semua dalam kalangan wanita inginkan wajah yang mulus dan cantik walaupun berada di rumah. Tak gitu kan? Walau bagaimanapun, untuk memiliki wajah yang sebegitu cantik bukanlah bermakna kita boleh menggunakan produk kecantikan dengan sewenang-wenangnya terutama sekali produk-produk kecantikan yang tidak berdaftar dan mengandungi bahan berbahaya. 

Sebelum LeYa memulakan rutin penjagaan kulit, LeYa terlebih dahulu perlu memastikan keadaan kulit yang memerlukan penyesuaian terbaik dengan produk-produk yang akan digunakan.

Dan, LeYa pun diperkenalkan dengan satu produk Serene Beaute, iaitu salah satu jenama tempatan penjagaan kulit yang baru dilancarkan tahun ini. Produk ini merupakan produk sulung Puan Lydia Rosli. Produk Serene Beaute ini diberi jaminan pulangan wang 100% jika korang tidak mendapatkan hasilnya. Ohhh Yeahhh!!! Seriously... Jaminan wang dikembalikan. Memang berbaloi dan rasa teruja kan nak try.

Jom LeYa perkenalkan sekarang dengan korang...

Serene Beaute Whitening Set 

Produk Serene Beaute Whitening Set ini diformulasikan dengan bahan-bahan natural tanpa Merkuri dan tidak menggelupas. Ia juga merupakan gabungan ramuan pencerah kulit yang bertindak secara mendalam tanpa menjejaskan pelindung kulit walaupun kulit sensitif. Serene Beaute Whitening Set mengandungi 5 set dalam 1, di antaranya sabun muka, vitamin serum, krim siang, krim malam dan krim aloe vera.

Kebaikan / Fungsi Serene Whitening Set

  1. Mencerahkan kulit secara semulajadi
  2. Mengecut dan menghilangkan jerawat
  3. Merawat tona kulit tidak sekata
  4. Mengecilkan pori-pori dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baharu
  5. Memperbaiki peredaran darah dan menaikkan seri kulit wajah

Harga Serene Whitening Set = RM120.00

Selain itu, ada lagi produk Serene Beaute yang LeYa nak kongsi dengan korang iaitu Set Whitening Hand & Body Lotion yang mana ia merupakan set putih ajaib 2 dalam 1, Set XS White dan Set Korean Detox Mask.


Kelebihan Set Whitening Hand & Body Lotion
  1. Mencerahkan kulit yang gelap dan sunburn
  2. Mengurangkan bekas strechmarks
  3. Memutihkan seluruh tubuh
  4. Membantu mencerahkan masalah celah kangkang yang hitam
  5. Membantu juga dalam masalah ketiak dan persekitaran ketiak yang hitam
  6. Masalah hitam di puting buah dada
  7. Masalah tumit kasar
  8. Masalah parut ringan di wajah dan tubuh badan
  9. Masalah bau badan bila berpeluh
  10. Masalah siku hitam
Cara Penggunaan

Korang hanya sapukan di tempat-tempat yang bermasalah dan biarkan sehingga kering. Sebaik-baiknya disapukan pada setiap hari selepas mandi dan sebelum tidur.


Serene XS White

Ia adalah serbuk supplement tambahan berperisa mix berries dengan Vitamin C dan Glutathione. Ia diformulasikan untuk mencerahkan dan mengurangkan berat badan korang tau! 


Antara kelebihan Serene XS White adalah
  1. Menjaga kecantikan kulit, wajah dan badan daripada masalah kulit muka, kulit kering, merekah, kurang tenaga, kurang vitamin C
  2. Memutihkan kulit
  3. Melambatkan proses penuaan kulit
  4. Menyihatkan badan dan kekal kurus.

Harga XS White hanya RM39.00

Sekiranya korang mencari supplement tambahan yang berkesan dengan harga yang berpatutan, korang boleh cuba XS WHITE untuk mendapatkan kesan kecantikan seawal 14 hari sekiranya diambil secara konsisten. 

XS White ini mengandungi kandungan yang tinggi supaya dapat memberikan korang kesan yang lebih pantas. Ia tidak mempunyai perasa, pemanis atau pewarna tambahan serta dijamin lebih berkualiti dari segi kandungan kerana dapat mengatasi semua masalah kulit yang korang hadapi seperti jerawat, jeragat, bintik hitam, kulit kusam dan lain-lain.

Cara penggunaan XS White
  1. Koyakkan 1 sachet dan kemam di dalam mulut.

 

Wah!!! Ada berita menarik untuk korang yang sedang mencari side income tanpa modal.

Serene Beauty menawarkan kepada korang untuk menjadi Dropship tanpa modal untuk korang menjana pendapatan lebih-lebih lagi di waktu terkesan musim pandemik ni. Semua latihan akan diberikan secara percuma. Korang bolehlah cuba dan mula berniaga dengan produk Serene Beaute yang tengah melonjak naik ni. 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari seperti yang LeYa sertakan link di bawah

Facebook

Instagram

Website

WhatsApp