Monday, 9 September 2019

Resepi Ikan Kembung Masak Taucu Pujaan Hati Mr. Otomen Taro

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama juga Blog LeYa ni tak berkongsi resepi dan pengalaman memasak di #DapurPanasLeYa. Actually bukan tak masak. Memang hari-hari masak. Dan gambar-gambar masakan LeYa hanya upload di Laman Facebook sahaja. Tak berkesempatan langsung untuk berkongsi di ruangan blog ini. Bila diberi peluang ni, memang tak tunggu dah. Terus laju ingin berkongsi dengan para pembaca semua. Jom!


Resepi Ikan Kembung Masak Taucu

Menu Ikan Masak Taucu ni memang favourite Incik Suami iaitu Mr. Otomen Taro. Kalau boleh nak hari-hari katanya. Tapi tak kan lah tak bertukar menu kan. Muak pulak LeYa nanti lauk sama jer.. Hehehe....

Bahan-Bahan:
Ikan kembung - goreng garam kunyit
Cili padi / Cili Merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
Air asam jawa
2 sudu besar taucu
Minyak untuk menumis
Garam (secukup rasa)

Cara-Caranya:
1. Dipersilakan lah menggoreng ikan tu dulu ye.
2. Kemudian, tumis baha-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia hingga kekuningan.
3. Masukkan cili padi, taucu dan air asam jawa.
4. Masukkan lah ikan goreng tadi dan perasakan dengan sedikit garam. (Rasa dulu taw sebab taucu dah masin sebenarnya). Biarkan ia seketika dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA (^_^)
Reaksi kOrang:

20 comments:

  1. Tak pernah lagi cuba menu ni..boleh la try nanti..hihi

    ReplyDelete
  2. Ikan masak taucu mmg favorite kak ana sekeluarga. Tak perlu lauk lain dah sebab taucu tu punya rasa dh sedap dah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul... Memang sedap.. Otomen kalau boleh nak hari-hari.. Hahaha..

      Delete
  3. Teringat arwah tok suka menu ni. Masa dia sihat dia selalu buat, masa dia tak sihat Zumal pula masakan untuk dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nostalgia bersama Atok. Takpe. Doakan beliau di tempat orang beriman selalu ye

      Delete
  4. Bab ni akak suka..boleh la try nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Kak SA lagi hebat bab masak-memasak ni

      Delete
  5. subahanallah.. pandainya awak masak !! tengok gambar pun saya dah terliur ha.. nanti saya try eh resepi ni !! mintak izin awal2.. hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Mane ade la wakk.. Biasa-biasa aje.. Ameklah awak.. Hee

      Delete
  6. Menarik resepi ni. Nanti Qiss try pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay... Nanti dah masak jemput LeYa datang rumah ye..😁😁

      Delete
  7. sedap. menu simple macam ni pun boleh bertambah nasi tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..kadang memang menu simple ni lah Mr. Otomen suka

      Delete
  8. makan dengan bubur nasi memang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... Yeke? Selalu memang makan ngan nasi je.. Belum try lagi ngan bubur..hee..

      Delete
  9. Replies
    1. Sedap3x... Nanti Rabia pulak masak ye kalau Kak LeYa datang Terengganu

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com