Sunday 26 August 2018

Aktiviti Seronok Belajar dan Bermain Di Ar-Rayyan Integrated Islamic Preshool, Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa agar menjadi pelapis generasi masa depan yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang. Namun, masih ramai yang tidak tahu cara bagaimana mencorakkan kanak-kanak mengikut acuan yang betul. Konsep pendidikan awal kanak-kanak terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama bermula dari 0 hingga 3 tahun, manakala peringkat kedua bermula dari 3 hingga 6 tahun. 

Dalam mendidik kanak-kanak, terdapat tiga kategori yang perlu dirangkumi dalam kurikulum pendikan awal kanak-kanak iaitu teori kematangan (behavioris), teori tingkah laku persekitaran dan teori konstruktivis. Ia menjadi asas kukuh dalam pembangunan potensi kanak-kanak hari ini. Pembangunan modal insan perlu holistik yang mana ia perlu merangkumi usaha menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk sains dan teknologi, keupayaan keusahawanan di samping menyemai sikap progresif positif dan beretika melalui pelajaran, latihan dan pembelajaran seumur hidup. Jadi, ia sangat penting di mana keperluan kanak-kanak dalam pendidikan awal di peringkat pra-sekolah lagi.


Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool

Bermula pada tahun 2010 dan memiliki tiga cawangan di kawasan Melaka iaitu Taman Merdeka, Bertam Perdana dan Bukit Piatu. Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool diasaskan oleh En Mohammad Ahmad (Teacher Mat) bersama isterinya, Pn Azizah Omar (Teacher Eza). Ini sememangnya dinantikan oleh penduduk Melaka yang mana ramai para ibu bapa tidak tahu atau sukar mencari tempat asuhan kanak-kanak yang terbaik untuk pendidikan awal anak-anak mereka.

Di Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool, para guru berpengalaman dan tahu mengendalikan kanak-kanak dalam mengajar dan melaksanakan aktiviti bersama mereka. Menariknya lagi, Ar-Rayyan Integrated PreSchool menyediakan perkhidmatan Taska, Tadika, Transit, Tusyen dan Transport bagi memudahkan para ibu bapa yang kesibukan di siang hari dengan kerjaya masing-masing. Jadi, ibu bapa tidak perlu lagi risau akan keselamatan dan pendidikan awal anak-anak mereka sewaktu di hari bekerja.


Cawangan ketiga Ar-Rayyan Integrated Islamic PreSchool yang terletak di Bukit Piatu baru sahaja dibuka pada tahun 2018 dan merupakan lokasi baru dan terkini. Memiliki dua pembantu berumur 20-an dan wanita tempatan, ia lebih komprehensif untuk menghantar anak-anak menerima pembelajaran di tadika yang cantik ini. Terdapat tiga tingkat yang mana di bahagian bawah merupakan taska yang menempat anak-anak berusia 0 hingga 3 tahun dan di tingkat dua adalah kanak-kanak berumur lingkungan 4 hingga 6 tahun. Di tingkat tiga pula, mereka menempatkan ruang transit pelajar dan turut diadakan tusyen kepada para pelajar bermula dari 2 tahun hingga 17 tahun. Ia juga memiliki lift untuk kemudahan kanak-kanak atau ibu bapa dan guru yang kurang upaya untuk naik ke ruang atas.





Didik Anak Untuk Pergi PraSekolah

Adakah ketika waktu kecil dahulu korang suka pergi prasekolah? Ini sebenarnya adalah masa yang paling menyeronokkan bersama kawan-kawan. Pasti korang teringat masa silam korang ketika rehat bersama, bermain bersama, mewarna, berkumpul beramai-ramai dan banyak lagi kenangan yang best ketika di prasekolah.

Tidak dinafikan juga ada di kalangan kanak-kanak yang tidak suka pergi prasekolah. Mereka merasakan duduk di rumah lebih bahagia kerana mungkin boleh mengadap gadget 24 jam seharian.

Jadi, selaku ibu bapa, korang harus tahu bagaimana untuk menarik minat anak-anak untuk pergi ke prasekolah. Berikut merupakan aktiviti menarik yang Ar-Rayyan Integrated Islamic Preschool laksanakan bagi menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan bermain bersama kawan-kawan di prasekolah.


Pembelajaran Kreatif

Di usia 0 hingga 3 tahun, kanak-kanak sememangnya lebih berkeinginan untuk bermain dan terus bermain. Di taska Ar-Rayyan Integrated Preschool, para guru menggalakkan mereka meneroka dunia sekeliling mereka dan turut bermain bersama kawan-kawan tidak kira usia agar mereka tahu berkawan itu menyeronokkan. 

Di samping bermain, anak-anak kecil ini sebenarnya belajar berinteraksi, mengenal dan lebih berkeyakinan.


Di usia 4 hingga 6 tahun, anak-anak diberikan pendidikan yang seolah-olah meneroka dunia pekerjaan dan kehidupan dewasa mereka nanti. Belajar dan bermain serta membawa mereka melaksanakan aktiviti di luar tadika seperti berjalan, berenang, bermain di taman permainan, usahawan cilik, melakukan aktiviti umrah/haji dan banyak lagi. Setiap hari mereka mempunyai jadual yang berbeza agar mereka tidak bosan.

Di samping belajar, ini sebenarnya memberi peluang anak-anak kecil untuk bermain. Para guru juga ada menyediakan permainan yang dapat membuka pemikiran kanak-kanak seperti blok dan teka-teki untuk memupuk sikap ingin belajar kepada kanak-kanak.





Antara barisan pendidik yang terlatih di Ar-Rayyan Integrated Islamic Preschool
Pertama kali menjejakkan kaki ke Ar-Rayyan Integrated Islamic Preschool cawangan Bukit Piatu, LeYa seolah-olah merasakan bertemu dengan keluarga sendiri. Aura kekeluargaan yang ada di pusat pendidikan awal kanak-kanak ini cukup terkesan di hati apabila para guru dan kanak-kanak diibaratkan umpama adik-adik dan sepupu ketika mereka belajar dan bermain bersama-sama. Seronok saat melihat mereka ketawa kegirangan dan melaksanakan aktiviti bersama.


Jadi, untuk menarik minat ibu bapa menghantar anak-anak ke sini, mereka akan menerangkan konsep pembelajaran Ar-Rayyan Integrated Islamic Preschool terlebih dahulu.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi atau layari seperti yang tertera di bawah:

Facebook
https://www.facebook.com/tadikataskaarrayyanmelakatengah/

Lokasi
1) Taman Merdeka, Melaka
    No 2, Jalan M20, Taman Merdeka, Batu Berendam, 75350 Melaka

2) Bertam Perdana, Melaka

3) Bukit Piatu, Melaka

Yuran / Kos Pembelajaran
RM350 dan ke atas (bergantung pada lokasi cawangan dan keadaan semasa)

Perkhidmatan
Taska
Tadika
Transit
Tusyen
Transport

No Telefon
013-206 8612

Friday 24 August 2018

Hidangan Bufet Antarabangsa Di Restoran Halia, Sime Darby Convention Centre

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pejam celik pejam celik tak sedar yang kita dah nak penghujung bulan Ogos. Ini bermaksud tinggal beberapa hari sahaja lagi negara kita Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-61. Di kala cuti panjang ni, pasti ramai yang buntu dan tidak tahu ke mana nak dibawa keluarga berjalan atau makan-makan. 

Makan malam BBQ Bufet di Restoran Halia yang terletak di Sime Darby Convention Centre, Mount Kiara boleh memberikan korang dan keluarga mahupun rakan-rakan merasai pengalaman hebat ketika menikmati hidangan di sini. 


Menariknya tentang Restoran Halia ini ialah ia merupakan sebuah restoran moden dan trendy yang menawarkan masakan tempatan, Asia dan Barat. Makanan kegemaran seperti Tauhu Goreng Telur, Nyonya Popiah dan Oriental Barbequed Lamb Rack pasti membuatkan korang bertambah dan bertambah lagi. Jangan lupa juga untuk nikmati hidangan popular hari ini, Churrasco BBQ pada setiap hari dan santai minum Hi Tea pada petang hujung minggu.

Jadi, kepada korang yang masih belum berpeluang menikmati hidangan menarik di Restoran Halia ini, LeYa memang syorkan ambil masa hujung minggu ini untuk santai dan makan-makan bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Hidangan yang mereka sediakan semuanya sedap-sedap.


Bila bercakap tentang keselesaan dan kebersihan, tidak perlu lagi risau tentang Restoran Halia ini. Resrtoran ini memiliki ruang makan yang cukup selesa dan bersih serta kepada yang ada anak-anak kecil juga pasti tidak akan menangis dan merengek kepanasan kerana terdapatnya penghawa dingin di dalam restoran. 

Malah bukan itu sahaja. tandas juga bersih dan ruang solat atau parking juga disediakan dengan baik sekali. Para pekerja mereka juga ramah dan berdedikasi. Tak lokek dengan senyuman walaupun hakikatnya mereka semua kepenatan melayan pengunjung yang datang dan sabar menunggu tetamu makan hampir 3 jam di meja makan.


Hidangan Wajib Cuba

Bagi peminat masakan Melayu tempatan, korang wajib nikmati hidangan bufet di sini. Satu kelainan yang mereka sediakan memukau selera korang ketika nikmatinya. Antara hidangan yang ada ialah Kari Daging, Ketam Goreng, Kambing Black Pepper dan banyak lagi. Yang pasti kesemuanya memang sedap dan menepati citarasa ramai.





Masakan Barat juga boleh korang dapatkan di sini. Tidak dilupa juga ruangan dessert yang berwarna-warni yang memukau mata untuk pergi dan menikmatinya. Makan-makan dengan pilihan BBQ mewah dengan sup steamboat, pelbagai jenis Sashimi, Sushi dan Tempura, makanan laut yang pelbagai pasti membuatkan korang berasa tidak puas menikmatinya hanya sekali sahaja. 




Maklumat lanjut boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Website

No Telefon
03 - 2089 3688

Alamat
1A, Jalan Bukit Kiara 1, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi
Isnin 12–2:30PM, 6:30–10PM
Selasa 12–2:30PM, 6:30–10PM
Rabu 12–2:30PM, 6:30–10PM
Khamis 12–2:30PM, 6:30–10PM
Jumaat 12–2:30PM, 6:30–10PM
Sabtu 12–4PM, 6:30–10PM
Ahad 12–4PM, 6:30–10PM

Tawaran serendah 42% booking bersama Fave. Jom klik Di Sini untuk ketahui maklumat lanjut.
 


Thursday 23 August 2018

Guangxi Pikat Pelancong Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selain kaya dengan khazanah alam semulajadi yang memukau, East or West Guangxi dikatakan tempat menarik untuk dikunjungi. Di samping kawasan seperti pantai dan sungainya yang luas dan indah, wilayah Guangxi ini juga mempunyai banyak tarikan kebudayaan. Bukan itu sahaja, pengunjung yang datang ke sini juga boleh menikmati hidangan makanan tempatan yang ada di sini.


Baru-baru ini LeYa berkesempatan menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Guangxi Autonomous Region Tourism Development Commision bagi mempromosikan pelancongan Guangxi ke Malaysia dan mengeratkan hubungan dua hala di lokasi Summit 1, The Vertical Bangsar South City. 


Jadi, dalam entri kali ini LeYa ingin berkongsi kepada semua beberapa maklumat berguna buat korang yang tengah merancang untuk ke Guangxi. Maklumat di bawah ini adalah berdasarkan pengalaman yang LeYa kutip di program tersebut di samping membaca kisah-kisah pengembara yang telah berkongsi di Internet. 

Program ini sebenarnya bertemakan "East or West Guangxi Landscape Is The Best" dan ia telah disampaikan dalam enam filem pendek yang berjudul "Lao, Shan, Bian, Shan, Hai, Shou" yang mana setiap cerita mengisahkan keunikan yang terdapat di Timur (East) mahupun di bahagian Barat (West) Guangxi.



Di Guangxi, terdapat pemandangan alam semulajadi yang begitu memukau seperti Sungai Li (Li River) dan Air Terjun Detian (Detian Waterfall). Para tetamu yang hadir juga disajikan dengan tradisi masyarakat budayakuno yang penuh misteri dan mempunyai rahsia kehidupan di sebuah perkampungan yang hidup dengan umur yang panjang.

Sungai Li mengalir 83KM dari Guilin ke Yangshuo di Guangxi. Ia dikelilingi oleh Karst Landscape di mana ia meliputi kawasan pergunungan hijau, air yang jernih dan gua-gua yang sungguh menakjubkan. 

Waktu Operasi: 
08:40 a.m. - 10:40 p.m. (April - November) 
08:40 a.m. - 09:40 p.m. (Disember - Mac)

Entry:
190 yuan / orang (Disember - Mac)
210 yuan / orang (April - November)


Selain itu, korang juga boleh singgah ke Silver Cave yang terletak di Lipu Country, Guilin, kira-kira 18KM dari Yangshuo. Berjalan di bawah 12 puncak gunung, korang boleh melihat khazanah pemerintahan Maharaja Kangxi semasa Dinasti Qing.

Entry: 
80 yuan / orang

Waktu Operasi: 
08:00 a.m. - 05:30 p.m.


Dalam majlis tersebut, LeYa juga diberi peluang untuk menjelajah setiap mini pameran yang diadakan. Teh Guangxi yang sangat terkenal turut dibawa ke pameran tersebut dan memberi peluang kepada semua pengunjung untuk menikmati keunikan teh itu. Dikatakan Teh Guangxi ini dijual sehingga RM26,000 per kilogram. WoW!!! Mahal kan harga teh ni. Sebab itu lah Guangxi mempunyai daya tarikan yang unik untuk dikunjungi.





Banyak lagi lokasi yang korang boleh singgah dan dapati di Guangxi, antaranya ialah Xingping Ancient Town, Yangshuo West Street, Eight Villages of Chengyang, Weizhou Island dan lain-lain. 


Bagi LeYa, program yang diadakan seperti ini sedikit sebanyak memberikan pengalaman dan pengetahuan serta mendekatkan para tetamu untuk hadir dan melancong ke Guangxi. Promosi yang cukup baik ditunjukkan sehingga Timbalan Pengarah Tourism Commision Guangxi hadir ke majlis tersebut. 



Ada banyak aktiviti dan tempat-tempat menarik di Guangxi. Kalau korang bercadang untuk ke sini, boleh cuba buat sedikit homework dan gunakan platform Internet yang ada hari ini untuk survey dan dapatkan maklumat pelancongan ke Guangxi. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin jika korang sudah merancang untuk ke Guangxi.


Setakat ini sahaja yang dapat LeYa kongsikan beberapa maklumat untuk ke Guangxi, China. Jumpa lagi dalam Next Entry mengenai pelancongan menarik yang lain.

Aplikasi Cannis Tawar Pelbagai Fungsi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Satu aplikasi telah dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang mana ia menggabungkan e-dagang, diskaun membeli-belah dalam talian, penyiaran secara langsung dan blockchain, juga media sosial yang meliputi asas harian seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian dan merangsang model perniagaan serta memacu gelombang baharu dalam aplikasi peranti mudah alih hari ini.

NIMPMOS Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat dari Malaysia telah melancarkan satu aplikasi dikenali CANNIS bertujuan mewujudkan platform bersepadu dan menggalakkan perkembangan serta pembangunan perniagaan perkhidmatan aplikasi media sosial yang diadakan di Setia Alam Convention Centre, Selangor. Acara ini telah mengumpulkan ribuan hadirin dan dirasmikan oleh The Royal Selangor, HRH Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Jom ikuti kisah LeYa tentang aplikasi menarik ini.


Cannis berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan mempunyai beberapa pejabat di Taipei, Guangzhou, Hong Kong, Pulau Pinang dan pasukan teknikal di Hangzhou. Ia merupakan sebuah aplikasi yang menjanjikan kejayaan pada tahun 2018 ini.

Pengerusi Cannis Group, Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia, kekanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj telah membantu beratus-ratus syarikat terkenal dengan pengalaman latihan korporat yang berpengalaman. Naib Pengerusi, Tan Sri Ong Tee Kiat dan Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Datuk Dr. Azman Chin.

Menurut Ong Tee Kiat, pertumbuhan pesat pengguna media sosial China, kadar penembusan telah meningkat dan kebangkitan blockchain telah membatalkan industri semasa dan operasi sosial. Blockchain, kebijaksanaan dan Internet adalah antara tiga teknologi teratas yang China perlu perkukuhkan.






Sejak Mac tahun ini, Cannis App telah memperoleh beberapa syarikat teknologi, termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih dan analisis data besar, serta menjadi Rakan Google. Sebagai tambahan kepada kelajuan baca APP, keselamatan sistem ditingkatkan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Azman Ching berkata, "Cannis adalah platform penyepaduan peminat pertama di dunia. Orang ramai tidak perlu memuat turun beberapa aplikasi, selagi mereka memiliki Cannis APP, mereka dapat memenuhi semua permintaan peminat untuk semua tujuan.

Cannis App mempunyai tujuh fungsi yang popular pada peranti mudah alih termasuk siaran langsung dalam talian, e-commerce, permainan dalam talian, video pendek, sosial media, discounted shopping dan pembayaran secara digital. Ia akan mengumpul lebih daripada 10,000 pengguna dalam tempoh 24 jam.



Menurut Azman lagi, falsafah Cannis "u think it, we built it" merupakan fungsi aplikasi yang paling menyeluruh dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan serta mengumpulkan data pengguna secara global bersama-sama.

Cannis bukan sahaja sesuai digunakan oleh golongan muda malah sistem pembayaran yang dibuat boleh digunakan di 140 buah negara di seluruh dunia terutama Asia Tenggara. Di China, nilai pasaran penjualan kedai dan pendapatan pengiklanan pemasaran yang dikendalikan oleh penyiaran secara langsung telah melampaui industri filem.




Sehingga akhir tahun 2017, bilangan pengguna media sosial di China sahaja telah mencapai 1 bilion, dengan pangkalan pengguna media sosial paling aktif di dunia dengan kadar pendaftaran yang dicatatkan bandar pertama dan ketiga adalah setinggi 95%. Pada masa yang sama, orang menghabiskan sejumlah 110 bilion minit di laman media sosial, mewakili 22% daripada semua tempoh penggunaan dalam talian. Pemasaran rangkaian sosial keseluruhan di China dan dunia telah menunjukkan trend pertumbuhan pesat.

Ia dijangkakan bahawa saiz pengiklanan rangkaian sosial China akan meningkat kepada 81.78 billion yuan menjelang 2019 dan pasaran untuk media sosial berkembang pesat.


Bagi pengguna telefon pintar Android, korang boleh terus dapatkan aplikasi mudah alih ini dengan hanya muat turun di Google Play Store. Manakala, bagi pengguna IOS, ia masih belum boleh dimuat turun. Selain itu, korang juga boleh dapatkan di laman web http://api.ickapay.com/download/index.html

Maklumat lanjut, layari seperti yang tertera di bawah

Website

Instagram

Facebook