Thursday, 2 August 2018

Meritz Hotel Miri, Sarawak Yang Sangat Cantik dan Selesa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Untuk entry kali ini, LeYa nak kongsikan dengan korang semua tentang hotel yang sangat cantik, selesa dan harga yang ditawarkan juga berbaloi. Kalau nak tahu lokasinya adalah di Meritz Hotel Miri, Sarawak. Rasanya, korang of course lah kan pernah dengan tentang tempat dikenali Miri ni. Ianya adalah salah satu  bandar utama kat Sarawak dan ofcourse lah korang akan ingat sewaktu zaman persekolahan dahulu apabila cikgu bertanya tentang Gua Batu Kapur di Malaysia?


So... LeYa gonna write about a hotel in Miri, Sarawak yang sure korang akan rasa satu kelainan yang menarik untuk singgah ke sini. Sure it has happened to almost everyone, numerous time, when googling of places to visit, and you have this vast number of hotels at your disposal. Mesti pening nak pilih hotel mana, sesuai dengan bajet and whether that hotel is worth it or not? Kan? Ok. This time we are going to a hotel that is rather popular jugak lah kat Miri, and it goes by the name Meritz Hotel.

Meritz Hotel ni terletak kat tengah-tengah bandar Miri, so senang lah nak gerak gi mana-mana kan? Hotel dia ni bertaraf empat bintang dan apa yang best, harga bilik dia per malam sangat berbaloi dan korang tak terjangkau di fikiran dengan harga dan keadaan hotel yang sangat selesa. Tak macam harga hotel empat bintang yang lain. Selain tu, Meritz Hotel ni pun dekat dengan airport Miri, tak sampai sepuluh kilometer pun. Ha! senang lah kan nak gi hotel dari airport tu. Takde lah nanti harga teksi mahal macam apa je kan. Meritz Hotel ni pun dekat dengan several malls dalam bandar Miri tu.



Ok, back to the hotel itself. Meritz Hotel ni, kalau korang check kat website traveloka, dia dah dapat bintang 8.7/10, ni kira macam dekat-dekat perfect dah la hotel ni. Ramai orang before ni yang pernah tinggal kat Meritz Hotel ni suka dan berpuas hati sangat-sangat dengan bilik, servis, dan staffs hotel ni. Lokasi dia pun salah satu penyebab dia dapat rating tinggi.
Dari segi bilik, Meritz Hotel ni ada empat jenis bilik. Bilik dia yang paling kecik dan harga pun paling kecik ni adalah bilik Superior. Bilik Superior ni saiz dia dalam 35 sqm dan harga dia bermula dalam RM 171, tak termasuk breakfast. Kalau korang nak tambah breakfast, untuk dua orang satu bilik tu, harga dia jadi RM 272 satu malam. Nak bilik besar sikit, korang boleh book Deluxe Room, 38 sqm, ni satu malam RM 304, dan harga dia dah termasuk dengan breakfast. Kalau tak, boleh pilih bilik Grand Deluxe, harga dia dalam RM608. Tapi kalau bilik-bilik ni tak cukup jugak untuk korang, boleh pilih bilik saiz Family, ni 60 sqm! Almost dua kali ganda saiz dari bilik Superior kan. Harga dia pun boleh tahan jugak, iaitu RM 890 satu malam. Tapi bilik saiz Family ni boleh letak dua katil saiz Queen. Ha best kan. Semua jenis bilik dia ada internet free je. Wi-Fi tu memang wajib kat untuk semua orang zaman sekarang. Lepas tu, bilik-bilik kat Meritz Hotel ni lengkap lah macam most hotel. Ada peti sejuk kecik, teko elektrik untuk masak air, tv, and there is also an in-room safe. Bilik air dorang pun lengkap dengan toilet, shower, bathtub dan hairdryer. Bilik, toksah cerita, lengkap semuanya. Harga dia beza-beza bila korang pilih option untuk free cancellation dengan nak tambah breakfast or tak je.





Facilities-wise kat hotel ni yang paling dicari-cari oleh most people mesti swimming pool kan? Lagi-lagi kalau yang ada anak-anak kecik tu. Meritz Hotel of course ada swimming pool. Saiz dia besar, puas hati nak berenang. Orang dewasa ke kanak-kanak ke sure enjoy swimming pool dia. And it opens from 7 am until 7 pm. Boleh berenang puas-puas! Ok selain tu, hotel ni pun definitely ada gym facility and kira lengkap jugak. Ada treadmill, ada stationary bike, and alat-alat untuk weight training. Free access untuk semua orang yang stay kat Meritz Hotel tu. Gym dia pun bukak as early as 7 am and closes at 8 pm. Meritz Hotel ni pun ada pilihan meeting rooms. Ada 9 jenis and semua saiz lain-lain dengan kemudahan oun beza-beza. Dari function paling kecik ke paling besar semua boleh buat kat Meritz nih. Bintang Megamall yang sebelah Meritz ni pun senang je nak access dari hotel. Kat situ boleh la cuci mata ke nak tengok wayang ke nak shopping ke. Semua lengkap kat Bintang Megamall tu.




So far, menarik kat Meritz Hotel kat Miri ni? Dah macam almost perfect hotel for vacationing or even those who are having business trip to Miri. Meritz Hotel ni sesuai untuk dua-dua. Psst, kalau korang book Meritz Hotel online specifically kat website traveloka, boleh dapat diskaun tau. Cuba usha-usha tarikh untuk dapatkan diskaun. Boleh sampai 20% off. Apa lagi, cepat-cepat book online sekarang!
Reaksi kOrang:

4 comments:

  1. cantiknya tempat tu. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 866

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.... Terima kasih awak... ok...Leya singgah blog awak juga

      Delete
  2. wahhh.. selesa.. cantik.. ejulz org sarawak pun blm pernah g hotel tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay... Nanti ejulz singgah dan bermalam di sini ye...hehe..

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com