Rabu, 31 Julai 2019

My Home - Jualan Perabot Murah & Berkualiti. Jom ke Sunway Pyramid Convention Centre!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Nak beli perabot murah? Jom ikuti selanjutnya di Blog LeYa. Boleh jimat kaw-kaw punya! 

Satu hari tu LeYa jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. LeYa pun terpandang dan terus singgah Home Fair di MITEC sebab LeYa dapat tahu ada tawaran menarik menanti jika berkunjung ke My Home. Memang sangat menarik dan unik. Kawan-kawan pun ada cakap sebab ada yang dah bawa pulang TV baru bernilai RM1,200 dengan hanya bayar RM700 sahaja. 


Wah!!! Tak boleh jadi kan. LeYa pun peliklah. Kenapa murah sangat? Jadi, bila ditanya, beliau pun kongsilah tentang My Home adalah satu-satunya pameran perabot dan barangan rumah yang menawarkan diskaun voucher kepada para pengunjung. Menurut beliau lagi, voucher yang disediakan ni merupakan cash voucher yang bernilai sehingga RM500. Wow!


Memang begitulah realitinya yang dikatakan kawan LeYa tu. Memang murah dan berbaloi! Lagi best dapat voucher sehingga RM500 pulak tu. Memang boleh jimat banyak sangat ni. Memang benarlah seperti yang dikhabarkan. Semuanya murah berkali-kali ganda. Perabot pun berkualiti. Cakap sahaja korang nak apa? Segala jenis perabot ada dijual di sini. Memang best dan terpesona betul!






Yeehaa! Memang murah giler! Tengok jelah perabot-perabot yang dijual dengan harga murah tu. Itupun boleh nego lagi. Sudahlah dapat diskaun voucher, boleh nego pulak lagi. Aduh! Memang rugi lah siapa yang tak datang ke My Home ni. 


Jadi korang, apa tunggu lagi? Jom Serbu My Home yang akan berlangsung selama tiga hari di Sunway Pyramid Convention Centre bermula 02 - 04 Ogos 2019 (Jumaat - Ahad). Yang pasti, korang jangan lupa datang awal untuk dapatkan voucher tunai bernilai RM200 dan RM500. Ingat! Untuk pengunjung yang terawal sahaja!

Nantikan juga LIVE Update dari LeYa, Otomen Taro dan Team Propa Rangers pada 02 Ogos 2019 jam 11.00 pagi di My Home.


Maklumat lanjut, boleh layari

Facebook
https://www.facebook.com/myhomeexhibition

Tarikh
02 - 04 Ogos 2019 (Jumaat - Ahad)

Lokasi
Sunway Pyramid Convention Centre

Isnin, 22 Julai 2019

Tonton Online Drama Opsss...Terpikat Cik Sombong (Full Episode)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama LeYa tak kongsi dengan para pembaca semua koleksi drama yang menarik untuk ditonton kan. Kali ni LeYa nak kongsi satu drama yang telah pun disiarkan di Unifi TV: HyppSensasi saluran 116. Drama ini merupakan adaptasi novel Opsss Terpikat Cik Sombong karya Cici Aida yang menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Dayang Areeda dalam drama 30 episod arahan Khalid Nadzri. 


Sinopsis Opsss... Terpikat Cik Sombong

Ira Harisya merupakan gadis cantik, manis dan penuh bergaya dengan mempunyai aura memikat. Namun begitu, Ira Harisya sangat benci kepada lelaki yang suka mengambil kesempatan pada perempuan cantik sepertinya. Lebih-lebih lagi lelaki itu Zeid Farhans.

Bengang! Benci! Meluat! Tiga rasa bersatu dalam hati Ira Harisya bila Farhans bekerja sebagai pemandu peribadi Tan Sri Rashid. Ingat dia hairan sekalipun depan mata dia tu cucu lanun. Silap besarlah. Berani cuba nak dekat-dekat dengan dia memang merasa lah punching bag dia.

Berkahwin, bukanlah pilihan terakhir Farhans. Tapi sebagai lelaki yang bertanggungjawab, dia memilih untuk menjaga Ira Harisya. Berbeza dengan Ira Harisya, hanya kesakitan yang dibawa sehingga ke gerbang perkahwinan.

Bila keputusan sudah dibuat Tan Sri Rashid, tiada siapa yang mampu membantah termasuk Ira Harisya. Benci hatinya tidak mampu diungkapkan. Makin terluka bila Farhans menjadi suaminya. Suami yang tidak dirancang. Namun bagi Farhans, itulah permatanya. Itulah berlian yang berkilauan sangat mahal. Dia suka Ira Harisya. Selamanya akan suka! Opsss... Dia sudah terpikat pada Cik Sombong. Tetapi tidak pada Ira Harisya. Bila dia kata tak suka, bermakna selamanya dia tak akan suka! Apakah kesudahan cerita mereka? Jom saksikan!

Watak Pelakon 

Shukri Yahaya sebagai Hans
Dayang Areeda sebagai Ira Harisya
Nafiez Zaidi sebagai Tengku Reez
Ariff Aziz sebagai Imran
Liza Abdullah sebagai Puan Sri Marlia

Tonton Drama Opsss... Terpikat Cik Sombong Di Sini

Ahad, 21 Julai 2019

Lepak Santai Makan Aiskrim Jepun Di MyKori Dessert Cafe - Equine Park, Seri Kembangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aiskrim sememangnya merupakan favourite LeYa. Jadinya, lepak santai hujung minggu hari tu LeYa dan Otomen Taro jalan-jalan lah food hunting di kawasan sekitar tempat tinggal kami di Seri Kembangan. Dengan terkejut dan bangganya LeYa nak bagitahu yang LeYa dah jumpa satu port lepak yang best kat situ. Port baru ni memang selesa dan selamat. Port yang dimaksudkan adalah MyKori Dessert Cafe yang terletak di Equine Park, Seri Kembangan. Lokasinya pun sangatlah strategik.


MyKori Dessert Cafe - Equine Park ni sebenarnya merupakan sebuah cafe yang berkonsepkan cafe tradisional Jepun dan menu-menu yang dihidangkan disebut Kakigori atau lebih dikenali dengan pencuci mulut. Pelbagai jenis pencuci mulut dari Jepun korang boleh dapatkan di sini. MyKori Dessert Cafe - Equine Park ni baru sahaja sebulan bertapak di kawasan ini.  Pada awalnya pun LeYa ingat cafe ni biasa-biasa je. Tapi rupanya ia lebih kepada konsep cafe ala hipster yang menjadi trend hari ini dan sangat selesa buat pengunjung untuk menikmati desserts dan lepak bersama keluarga atau kawan-kawan. 


Masuk jer kat dalam MyKori Dessert Cafe - Equine Park, Seri Kembangan yang berada di tingkat satu ni, memang agak teruja dengan susunan meja yang kemas dan teratur. Ia agak selesa dan menarik untuk lepak lebih lama bersama yang tersayang. 


Duduk dan baca menu yang diberikan pun dah buat LeYa terliur. Mana taknya dessert kan favourite LeYa dan mulalah tak tentu arah bilamana tengok gambar-gambar pada menu yang cantik. Macam nak order semua je gamaknya. Hehehe... Mujurlah Encik Suami, Otomen Taro ada untuk memulihkan keadaan LeYa yang gila dessert ni. Antara dessert yang kami order ialah:

  • HoneyDew Kakigori RM26.00
  • Boru RM14.00
  • Chocoreo RM12.00


Best Japan Dessert in Kuala Lumpur

Aha! Seperti yang LeYa cakap tadi. Bila dah favourite tu pasti akan menikmatinya dengan penuh rasa hingga ke titik terakhir. Dan LeYa mengatakan YES untuk hidangan dessert ini kepada semua untuk turut merasainya. Portion aiskrim satu mangkuk tu pun boleh dimakan untuk 2-3 orang. Memang berbaloi sangat. Hidangan kami pesan ni pula boleh dimakan dalam 5-6 orang. Memang kembung perut kami berdua menikmati aiskrim yang sejuk dan sedap ni.

HoneyDew Kakigori RM26.00

Chocoreo RM12.00

Boru RM14.00

Bukan itu sahaja. Mesti korang dah tahu kan. Dengan zaman teknologi canggih ni, semua perkara kita nak umumkan. Lebih-lebih lagi kepada kaki Instagram. MyKori Dessert Cafe - Equine Park ni ada menyediakan ruang bergambar berkonsepkan hipster. Memang cantik! LeYa pun terjebak spam gambar banyak-banyak kat situ. Hahaha...



Secara keseluruhannya LeYa sangat berpuashati dapat lepak dan makan aiskrim kat sini. Memang rugi tau kalau korang belum datang dan rasai kenikmatan aiskrim Jepun ni. Kalau korang nak singgah, boleh lihat maklumat yang tertera di bawah:

Alamat
No 1-1, Jalan Equine 1A,
Taman Equine,
43300 Seri Kembangan,
Selangor

Waktu Operasi
Isnin - Ahad (1.00pm - 11.00pm)

Facebook

Instagram


MAGICA Events & Functions Hall Menawarkan Dewan Acara Terbesar Di Subang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sorry guys! Lama betul LeYa tak bersua dalam blog ni kan. So, di kesempatan ini LeYa cuba untuk aktif kembali menemui para pembaca yang sekian lama makin bertambah walaupun hampir sebulan LeYa tidak menulis. Korang semua apa khabar? Sihat tak? 

Okay... Kali ni pasti dah ramai yang buat majlis-majlis kahwin, tunang, cukur jambul dan banyak lagi lah yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ni. Memang sentiasa penuh hujung minggu dengan pelbagai majlis. Yang bestnya pulak sekarang ni, ramai sangat nak tempat yang grand dan cantik.


Jadinya, meh LeYa nak kongsikan pada Jun yang lalu, LeYa berkesempatan ke satu majlis pembukaan Magica Events & Functions Hall yang terletak di Star Avenue Lifestle Mall, Subang. Setibanya korang di sini, senyuman jelas terpancar di riak wajah setiap tetamu yang hadir dalam dewan acara yang ditatah indah dan cantik bagaikan berada di sebuah mahligai taman syurga. MAGICA merupakan dewan agam yang direka sebegitu indah berdasarkan konsep hiasan dalaman Eropah yang moden dan dilengkapi fasiliti serba lengkap.


MAGICA menampilkan 3 dewan utama iaitu Magica Hall, Classic Hall dan Garden Hall. Sementara, gabungan kesemua dewan ini boleh memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa, setiap dewan boleh juga berfungsi secara berasingan dengan rekaan dalaman yang tersendiri untuk memenuhi keperluan, kehendak dan konsep yang berbeza.

Magica Hall

Dewan utama menampilkan interior ekstravaganza dengan dekorasi penuh lampu candelier nan memukau yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. Memang cantik sangat! Terdapat satu laluan peragaan di tengah dewan yang diperbuat daripada lantaian kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang dihias penuh bunga-bungaan. Ia mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet atau 700 tetamu dengan susunan meja, dewan dengan fasiliti siap-sedia ini membolehkan majlis dapat dilangsungkan dengan lebih mudah dan menjimatkan masa.



Classic Hall

Terletak di sebelah kanan Magica Hall adalah Classic Hall, ruang berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk ditatarias dan hiasan bunga-bungaan bersama hamparan karpet merah. Dewan ini dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan AV yang memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis ke tahap yang lebih berprestij. 


Garden Hall

Manakala Garden Hall menampilkan suasana ala hutan hijau persis taman nan damai lagi mengasyikkan dan sesuai untuk acara keraian atau majlis perkahwinan. Selesa untuk 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara bufet, dewan ini dilengkapi dengan suasana puitis yang berlatarbelakangkan irama semulajadi kicauan burung dan deruan air terjun.


VIP Suite Rooms

Terdapat juga 2 Bilik Suite VIP yang fleksibel bersama ruang legar yang luas kepada pelanggan yang ingin menganjurkan majlis yang lebih kecil bilangannya. Pilihan bilik VIP ini dapat menampung antara 40 hingga 80 tetamu.

 
 
 
Pertunjukan Koleksi Busana Pengantin. Superb Cantik!

Dengan pasangan mempelai sebagai pelanggan utamanya, Magica Events & Functions Hall menawarkan rangkaian pakej perkahwinan menarik yang terdiri daripada senarai menu oleh katerer, pakar perunding perkahwinan dan pengurusan acara, diskaun menarik daripada rakan vendor dan pastilah dekorasi yang mempesona sebagai latar belakang kepada perkahwinan impian.

Classic Hall (Buffet Style) = RM 31,000 

Magica Hall (Buffet Style) = RM 40,000

Pakej Pertunangan/Angkat Nikah (Buffet Style) = RM 17,000

Antara buffet makanan yang disediakan


Untuk maklumat lanjut mengenai Magica Events & Functions Hall, boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Facebook

Instagram

No. Telefon
+6 012 678 7795

Email

Alamat
MAGICA Events Sdn Bhd (1316894-P)
Level 4, Star Avenue Lifestyle Mall, No. 3, Jalan Zuhal US/179
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5, 
40150 Shah Alam, Selangor

Jumaat, 19 Julai 2019

Miliki Peranti Pintar Di Kediaman Anda Dengan Membeli-Belah Di Shopee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam LeYa ada perasan satu rumah ni guyss... Cantik dan lengkap dengan segala peranti pintar. Bestnya lah kan kalau rumah LeYa secantik rumah-rumah orang kaya tu kan. 


Impian LeYa tercapai dengan adanya aplikasi Shopee. Wow! Macam tak percaya je. Dengan aplikasi Shopee, LeYa boleh miliki apa sahaja dengan harga yang murah.

Dengan Shopee, korang boleh lengkapkan rumah dengan peranti pintar dari Ekosistem Xiaomi tanpa perlu membakar dompet korang! Bayangkan korang bangun je dari tidur, segala-galanya dilakukan dan dikawal dengan hanya sentuhan pada aplikasi yang ada di rumah korang. Best ke best?


Korang juga boleh rasai pengalaman menonton filem atau teater dalam keadaan selesa di rumah sendiri dengan Xiaomi Mi TV 4A dan Xiaomi Mi Soundbar bagi mencapai pengalaman sinematik. Ia dikuasakan oleh pemproses quad-core 64-bit, Xiaomi Mi TV juga boleh digunakan sebagai monitor komputer atau screencast telefon bimbit yang akan memenuhi keperluan permainan korang. 

Selain itu, jangan lupa Fan Kipas Xiaomi Smartmi juga boleh memberi korang angin petang yang senyap dengan keupayaan untuk mengawal 4 jenis sudut melalui telefon.


Apa lagi yang korang nak buat dengan adanya peranti-peranti pintar di rumah korang? 

Nak santai di luar?

Jom LeYa tunjukkan korang dengan peranti Xiaomi Mijia Electric Scooter Pro. Ia menawarkan jarak perjalanan sejauh 45km dengan satu kelajuan tunggal dengan kelajuan maksimum 25km/jam.

Wow! Peminat skate mesti suka yang ni. Korang yang meminati skate roller boleh semak Skuter E1 Skate Xiaomi Segitiga yang mempercepatkan sehingga 12km/jam yang merupakan tiga kali lebih cepat daripada berjalan dan ia merupakan cara terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga.



Selain itu, korang juga boleh semak tubuh badan dengan Skala Komposisi Badan Xiaomi Mi yang menunjukkan 10 data tubuh dengan tepat seperti berat badan, BMI dan massa otot. Korang juga boleh menjejaki kecergasan dengan Mi Band 4. Ia dilengkapi dengan paparan skrin sentuhan AMOLED warna penuh 0.96 inci dan 39.9% lebih besar daripada versi sebelumnya. Rekod aplikasi Mi Fit dengan menganalisis aktiviti fizikal dan data kesihatan dapat membantu memanfaatkan sepenuhnya kehidupan seharian kita.

Korang juga boleh mendengar alunan muzik kegemaran atau menjawab panggilan telefon melalui penyenggeraan Headset Wireless Xiaomi RedDroid 5.0 dengan telefon bimbit korang.

Jangan lupa untuk manjakan diri dengan alat kecantikan sepertu Xiaomi Zhibai Anion Blow Dryer, Xiaomi Refresh H600 Beard Shaving Manual Razor dan juga Xiaomi Doctor Bei IPX7 Waterproof Electric Toothbrush bagi memberikan senyuman yang sempurna di hari-hari korang. Lakukan kerja rumah semudah 1,2,3 dengan bantuan Smart Vacuum Cleaner Xiaomi Roborock S55 untuk menjaga lantai bersih dan bebas habuk. 

Membawa masa depan ke depan pintu korang, Xiaomi Ecosystem bertujuan menyediakan korang alat yang tahan lama dan bergaya yang menjadikan kehidupan lebih selesa dan mudah. Peranti pintar Xiaomi disepadukan dengan kepintaran manusia di mana ia dapat menganalisis dan melaksanakan seperti yang korang mahu dengan hanya satu klik pada Mi Home App. Mi Home App membolehkan pengguna mengawal dan berkomunikasi jauh dengan peranti mereka pada fungsi seperti memeriksa hayat bateri, mengawal suhu, menyediakan status masa nyata dan kemas kini statistik dan banyak lagi tersedia di Apple App Store dan Google Play Store.

Halaman koleksi elektronik harga Terendah Beli-belah Shopee mempunyai alat, peralatan sukan, peralatan rumah dan banyak lagi dengan harga terendah di pasaran. Sekiranya anda mencari barangan yang sama yang lebih murah di luar Shopee, ciri Jaminan Terendah Harga memastikan anda mendapat ganjaran sebanyak 120% daripada perbezaan harga. Dengan ciri ini, anda tidak perlu risau bahawa anda tidak mendapat tawaran terbaik, kerana anda. Shopee Malaysia juga menawarkan pelan ansuran percuma dan 0% pelan pembeli. Pembeli juga boleh membeli-belah dengan ketenangan fikiran sekarang dengan Jaminan Pembeli. Jika pengguna merasakan bahawa terdapat sebarang masalah atau ketidakpuasan terhadap produk mereka, mereka boleh meminta bayaran balik. Tertakluk kepada terma dan syarat.