Wednesday 26 August 2020

MEKDI Sentiasa Di Hati! McDonald's Malaysia Bawa Papan Tanda Ikonik Ke Seluruh Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hahaha... Sekejap je kan Malaysia dah nak menyambut Hari Merdeka semula! So, sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang bakal kunjung tiba ni, LeYa nak cakap kat korang semua yang McDonald's Malaysia sekali lagi menzahirkan jiwa 'Malaysianya' dengan memaparkan papan tanda Mekdi di restoran-restoran terpilih di seluruh negara.


Ia juga bersempena ulang tahun ke-38 McDonald's sejak pembukaan restoran pertamanya di Bukit Bintang. Papan tanda Mekdi yang merupakan panggilan tempatan untuk 'McD' yang juga singkatan dari 'McDonald's' telah dilancarkan secara rasmi dalam satu majlis yang berlangsung di restoran McDonald's Pandu-Lalu Putrajaya dan akan dipaparkan dengan jelas di 16 restoran terpilih di seluruh negara.

Apa yang lebih menarik LeYa nak bagitahu, kesemua 16 restoran itu dipilih oleh rakyat Malaysia sendiri yang mana telahpun diberi peluang mengundi restoran McDonald's kegemaran mereka bagi memaparkan papan tanda Mekdi.

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, McDonald's Malaysia membawa sentuhan baharu kepada Nasi Lemak McD yang popular. Korang semua boleh nikmati Rendang Ayam sebagai pilihan hidangan sampingan tambahan bersama nasi lemak harum, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng berserta sambal pedas yang pasti memukau selera. Selain itu, korang juga boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD bersama kepingan Spicy Chicken McDeluxe ataupun kepingan Grilled Chicken Burger (GCB).


McDonald's juga turut menyuntik rasa tempatan kepada menu pencuci mulutnya dengan memperkenalkan McFlurry Cendol baharu yang menampilkan keenakan Gula Melaka, cebisan kelapa, vanilla berkrim cair dan jeli Cendol. Pencuci mulut tempatan yang menarik seperti Pai Jagung dan ais krim berperisa Cendol juga turut dibawakan semula.

 

Menurut Hajjah Melati, McDonald's Malaysia berjiwa Malaysia, baik daripada makanan yang disajikan sehinggalah kepada warga kerjanya dan juga tanggungjawab sosial yang dilaksanakan.

"Kita sedang melalui suasana baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini. Pandemik yang melanda ini telah menguji operasi perniagaan kami di pelbagai peringkat, dan kami berterima kasih kepada para pelanggan yang menyokong kami sepanjang tempoh mencabar ini. Kami juga berbangga dengan kru kami yang sentiasa peka dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang ketat dipatuhi di semua restoran McDonald's di seluruh negara. Ini jelas menunjukkan semangat #KitaBoleh yang didukung oleh masyarakat kita,” kata Hajjah Melati.


Konsep #KitaBoleh yang diterapkan oleh McD ini bermula pada bulan Mac sebagai penghargaan kepada keberanian petugas barisan hadapan yang menjalankan tanggungjawab mereka ketika rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan lebih daripada 14,000 kakitangan di 300 restoran di seluruh negara, McDonald's Malaysia turut mengutamakan pengembangan bakat dan kemahiran tenaga kerjanya. Dengan perancangan untuk membuka 450 restoran menjelang tahun 2025, McDonald's Malaysia juga menetapkan sasaran untuk menambah seramai 10,000 tenaga kerja lagi. 

McDonald's Malaysia yang amat mementingkan kesejahteraan masyarakat menggalakkan semua restorannya di seluruh negara untuk memberi sumbangan kepada komuniti setempat dengan menganjurkan pelbagai inisiatif seperti sumbangn makanan kepada badan amal tempatan, sambutan Hari Guru dan juga bantuan kepada mangsa banjir. Melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC), McDonald's Malaysia menyokong program-program berkaitan pembangunan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan keluarga mereka. Inisiatif lain yang didukung oleh McDonald’s termasuklah program ‘Kembali Ke Sekolah’, yang telah memanfaatkan seramai 53,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar sejak tahun 2017.

Harga

RM16.99
Set Nasi Lemak McD + seketul Rendang Ayam + Teh Ais Limau

RM14.99
Set Nasi Lemak McD + Kepingan Spicy Chicken McDeluxe / Kepingan Grilled Chicken Burger (GCB) + Teh Ais Limau

Tuesday 25 August 2020

Rasai Ketenangan dan Keindahan Di Kg Jkin Resort, Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Nikmati alam yang indah dengan warna kehijauan. LeYa pasti mata anda sudah letih memandang skrin komputer mahupun laptop berjam-jam. Jadi, jom ikuti pengembaraan LeYa ke Kg Jkin Resort ATV Extreme Park, Negeri Sembilan untuk berehat seketika sambil menikmati kehijauan alam di sana.


Kita tahu dengan melihat keindahan alam yang menghijau pasti memberi rasa ketenangan dan menyegarkan jiwa serta minda. Kehijauan alam yang menyejukkan ini anda boleh dapati dengan hanya bercuti ke Kg. Jkin Resort yang terletak di Jalan Lama Bukit Putus, Negeri Sembilan.

Kg Jkin Resort ini sudahpun beroperasi pada tahun 2018 dan memberi perkhidmatan eko pelancongan di kaki bukit putus itu. Ia meliputi kawasan seluas 10 ekar dan LeYa pasti peminat nature dan kedamaian akan teruja untuk singgah di sini. Jom ikuti cerita selanjutnya!


Bermula pagi Rabu, 12 Ogos 2020, LeYa, Mr. Otomen Taro dan rakan-rakan seperjuangan dari Propa Rangers menyahut cabaran untuk meneroka "hidden gem" yang ada di sebalik Kg Jkin Resort.

Pagi yang indah dan sejuk dek hujan renyai-renyai, kami tiba dengan gembiranya di perkarangan Kg Jkin Resort. Sebelum melangkah lebih jauh lagi, kami bersarapan dahulu berserta mendengar sedikit taklimat dari Ketua Pegawai Eksekutif Kg Jkin Resort, En, Jefri Ramli.


Masa terlalu mencemburui kami, Usai sarapan dan mendengar taklimat, kami dibawa check-in dulu di bilik masing-masing untuk menukar pakaian. Di sini, terdapat pelbagai jenis penginapan mengikut bajet anda bermula dari RM30 sehingga RM100 satu malam. Antara penginapan yang ada ialah Chalet Gaharu, Cendana, Rumah Buluh, Rumah Hobbit, Rumah Pokok dan Campsite yang sering menjadi lokasi penginapan kumpulan yang ramai.

Di hadapan Rumah Gaharu

LeYa dan Mr. Otomen menginap di Rumah Gaharu yang lengkap dengan Katil Queen, Heater, Kerusi Rotan, Televisyen, Iron & Iron Board, Ruang Santai Di Luar dan bilik mandi. Harga untuk Rumah Gaharu sekitar RM100 semalam. Memang selesa dan bila tiba waktu malam, suasana di sini sangatlah sejuk membuatkan LeYa tidur tanpa membuka kipas angin.

 
Rumah Gaharu

Rumah Hobbit

Rumah Buluh

 
Rumah Hobbit & Rumah Pokok

So, sekarang jom kita check it out aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya adalah

  • ATV
  • Buaian Extreme
  • Monkey Zip-line
  • Flying Fox 
  • Bergambar di 8 Spot terbaik
  • Hiking
  • Mountain Bike dan  
  • Bermain aktiviti air seperti gelongsor di kolam buatan semulajadi manusia
Let's play with LeYa dan rakan-rakan melaksanakan aktiviti yang ada. Hehe...

Hiking di Bukit Putus

Settle check-in, kami menuju ke lokasi pertama iaitu aktiviti Hiking di Bukit Putus. Buat pertama kalinya LeYa berjaya menamatkan aktiviti hiking ini memandangkan sebelum ini stamina LeYa tidak begitu kuat kerana ada penyakit asthma. Alhamdulillah... dengan kesungguhan untuk cuba menawan puncak bukit, LeYa meneruskan langkah walaupun dalam keadaan perlahan dan santai. Hee...

 
Haaaa.... Penat weyyhhh...

Yeah!! Kami dah tawan Bukit Putus

Walaupun peluh dah merecikk hawau membasahi tudung, bergambar mesti punya... Hahaha...

Inilah spot terakhir sebelum kami menuruni balik ke resort. 

Setibanya kami kembali ke resort, kami terus menuju Dapur Pompuan Chantek untuk menikmati hidangan makanan tengah hari masakan kampung. Memang enak sekali hidangan yang disajikan. Licin kesemuanya kami bedal. Ahahaha...


Bergambar di 8 Spot Tercantik dan Menghijau

Dah sampai Kg Jkin Resort ni rugi sangat tak abadikan kenangan di setiap prop yang ada. Jadi, LeYa tidak ketinggalan untuk turut bergambar di beberapa spot yang cantik. Memang cantik. Tak perlu jauh-jauh nak ke negara jiran lagi dah. Kat sini pun ada.

  

Merentasi Belantara Dengan ATV

Ini satu lagi aktiviti yang pertama kali LeYa buat. Cuba anda fikirkan? Dengan tak pernah dan tak tahu memandu motorsikal, tetapi LeYa berjaya dan gigih memandu ATV ni. Hehehe... Power kan? Tapi janganlah kecam sebab pemanduan LeYa 20km/j je. Hahaha... Berhati-hati di jalan raya, Eh! jalan hutan laa...

Muka tu dah kenapa tu??? Takut kerr tu?? Hahaha...


Bermain Buaian Extreme dan Flying Fox

Keesokannya, selesai sarapan pagi, kami pun memulakan aktiviti yang lebih extreme. Aktiviti Buaian Extreme yang ketinggiannya dari tanah memang tak boleh nak pandang bawah tau kalau sesiapa yang gayat tu. Berderau jantung weyyhhh pada yang naik tu. Oh ya! Tapi buaian extreme ni dihadkan maksimum beratnya sehingga 70kg je. Lebih 70kg tu tidak dibenarkan naik. Takpe... Takpe... Mana tahu nanti akan datang mereka akan buat untuk semua peringkat. Pasti yang bersaiz comel pun boleh merasainya. Memang nice gila pemandangan dari atas buaian tu kalau dapat tengok.

 

Dan, aktiviti last adalah bermain air. Apa lagi? Kasi terjun kolam lah... Settle semua aktiviti, kami  pun bersiap untuk check-out dan kembali semula menjalani kehidupan untuk bekerja.

Oppsss!! Tapi nak bagitahu tambahan ni kat anda semua. Kg Jkin Resort juga turut menyediakan satu lagi program baru berunsurkan nilai-nilai murni dan keislaman dalam Kem Motivasi Islam yang mana setiap dari kita boleh menyertainya seperti Qiamullail, Majlis Aqiqah & Qurban, Ceramah Agama dan lain-lain yang membawa kepada ketenangan rohani dan jiwa.

Kita tahu yang pandemik Covid-19 dan PKPP ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk bercuti di dalam negara sahaja. Jadi, bagi anda yang ingin menikmati pemandangan hijau dan menenangkan dengan harga berpatutan, inilah lokasi yang harus dituju.

Sebarang tempahan dan maklumat lanjut mengenai Kg Jkin Resort, boleh layari seperti yang tertera:

Facebook
https://www.facebook.com/kgjkin883

Instagram
https://www.facebook.com/kgjkin883

Hubungi / Whatsapp
011 – 2089 3883 / 017 – 883 3674


Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke Kg Jkin Resort, Negeri Sembilan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam (12 – 13 Ogos 2020) anjuran Propa Rangers dengan kerjasama LF Production, Kg Jkin Resort, ZB Group dan The Siblings Bouquet.

Monday 24 August 2020

Cantiknya!! Itulah Kejernihan Air Sungai Rambai Di Melaka Persis Seperti Maldives

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, dapat kita lihat banyak alam semulajadi pulih seperti sedia kala. Tidak terkecuali sebatang sungai di Melaka yang dikenali Sungai Rambai, kecoh dan tular di laman media sosial dek kejernihan airnya.

Jadi, selepas PM mengumumkan boleh merentas negeri, Mr. Otomen Taro mengajak LeYa untuk pulang ke kampung halamannya di Kg. Tedong Pantai, Merlimau, Melaka. Di kesempatan itu, LeYa pun mengajak biras sulung LeYa dan anak-anaknya untuk santai petang di Sungai Rambai sambil menikmati keindahan dan kejernihan sungai viral itu.


Cantiknya!! Itulah Kejernihan Air Sungai Rambai Di Melaka Persis Seperti Maldives

Serius lah weyyhhh!! Sampai je LeYa kat situ, memang ramai juga orang yang datang untuk berehat dan menikmati pemandangan cantik kat situ. Tapi, alhamdulillah... Masing-masing mengikut SOP yang disarankan. Tak kelihatan bersesak-sesak pun. Mereka beratur menunggu giliran untuk bergambar di atas jambatan. Yeah! Rakyat Malaysia kan boleh dan berdisiplin. I love Malaysia! Hee...



Memang cantik gila weyhhh! Jernih macam crystal! Macam rasa berada di Maldives jer. LeYa sendiri dok ralit dan terpukau dengan kejernihan air sungai tu. 

Namun, kalau korang ingin datang melawat Sungai Rambai ni, korang dinasihatkan untuk tidak bermandi-manda dalam sungai ni kerana ia adalah kawasan habitat buaya di samping menjaga kejernihan dan alam semulajadi dari tercemar.


Memang cantiklah sungai ni. Kat bawah jambatan pun cantik. Betul-betul rasa macam bukan berada di Malaysia. Bangga sekejap menjadi rakyat Malaysia sebab boleh menikmati keindahan panorama indah ni. Tengok tu! Tak terkecuali anak-anak buah LeYa bersama emaknya bergambar sakan mencipta memori indah di sini. 


Dah puas bergambar. Hari pun dah nak menjelang Maghrib. Kami pun pulang ke rumah. Yeah! Satu percutian singkat yang LeYa dapat coretkan dalam blog kesayangan milik LeYa kali ini. Memang syok dan seronok bila dapat melihat tempat menarik ni. Okay, nantikan cerita travel LeYa untuk akan datang ye. Tata titi tutu...


Wednesday 19 August 2020

Penginapan Berkonsepkan Taman Tema Hijau Di Tengah Hutan Di Dedaun Langat Resort, Hulu Langat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Gaya percutian setiap orang berbeza-beza. Mungkin ada yang bercuti gaya mewah dan mungkin juga ada yang cukup sekadar ke sesuatu destinasi untuk menginap di tempat menarik dan teroka tempat makan menarik dan banyak lagi.

Kali ni, percutian LeYa dan keluarga tidaklah dirancang berbulan-bulan. 'Staycation' kali ini lebih kepada berehat dan menikmati pemandangan hijau yang ada di situ. Kami cukup tertarik dengan sebuah penginapan di pinggir bandar yang masih memiliki suasana hijau dan mendamaikan. Ok, jom!


Trip short vacation LeYa dan keluarga kali ni tidaklah begitu jauh. Hanya 1 jam dari Port Dickson dah pun sampai di lokasi yang cukup menenangkan iaitu DEDAUN LANGAT RESORT yang terletak di Hulu Langat, Selangor. 

Untuk pengetahuan korang, LeYa dan keluarga menginap di dua buah bilik iaitu suite Family Sireh yang boleh memuatkan 8-10 orang di mana terdapat 2 bilik yang mempunyai satu katil queen, 2 katil single, 1 sofa bed di ruang tamu. Untuk yang kedua adalah jenis Deluxe Inai yang boleh memuatkan 3-4 orang dalam satu bilik. Lengkap dengan keperluan asas, rekaan penginapan ini sangat cantik dan selesa untuk didiami.

Family Sireh 01

Deluxe Inai 01

Yang menariknya di sini, swimming poolnya sangat happening buat kanak-kanak yang datang. Ada 3 kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak diberi dua bahagian mengikut peringkat umur. Memang macam taman tema air la kalau korang datang tengok. Sangat nice sekali. Budak-budak pun pasti tak bosan sebab ada taman permainan dalam air. 

Seronok betul mereka mandi-manda tak ingat dunia.. Hehe..

Ni view dari atas balkoni di bilik Family Sireh 01

Selain itu, ada juga bilik karaoke untuk korang santai dan menyanyi bersama keluarga mahupun kawan-kawan. Ruang makan juga luas dan berada di sebelah bilik penginapan Inai. Bukan setakat itu, mungkin korang yang datang dalam bilangan ramai bolehlah untuk sewa atau tempah set BBQ yang disediakan. 



Korang yang ingin membuat tempahan penginapan di Dedaun Langat Resort ini, boleh dapatkannya di Laman Facebook DedaunLangatResort. Tunggu apa lagi? Jom ke Dedaun Langat Resort untuk rasai ketenangan dan kesejukan di sini.

Pakej Penginapan Yang Ditawarkan Sehingga 31 Disember 2020

 
Macam biasa LeYa dan Mr. Otomen Taro memang akan posing gambar paling banyak.. Ahaha...

Sementara itu, bagi korang yang inginkan cantik luar dan dalam, jom ke QasehSpa yang terletak di Taman Tasik Jaya, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. QasehSpa merupakan pusat kecantikan dan rawatan terbaik sejak tahun 2009 lagi. Boleh terjah pautan di bawah ini untuk dapatkan pakej menarik.
 QASEH SPA