Saturday, 28 July 2018

Parfums Christian Dior Kini Di KLIA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Malaysia Airports hari ini mengumumkan pemilihan KLIA oleh Parfums Christian Dior dengan usaha sama Colours & Fragrances sebagai lokasi untuk pembukaan kedai sementaranya yang pertama di lapangan terbang di Asia Tenggara.


Dibuka sejak 15 Julai 2018, Dior Backstage merupakan konsep baharu yang menawarkan pengalaman unik yang tidak dapat dilupakan oleh pengunjung KLIA. Direka sepenuhnya untuk mengetengahkan yang terbaik dari Dior, kedai Dior Backstage ini merupakan penampilan perdana khusus bagi Dior Makeup. Kedai sementara ini dihiasi dengan hiasan mewah dan grafik berwarna hitam berkilat, yang menyerlahkan gaya Dior. 


Direka oleh Peter Philips, pengarah imej dan kreatif Dior Makeup, Dior Backstage merupakan koleksi mekap pertama yang diinspirasikan dari gaya solekan model seperti yang dilakukan di belakang pentas bagi wanita yang inginkan hasil mekap seperti seorang professional.

Koleksi mekap profesional ini telah berjaya mendapat maklum balas yang amat positif dalam kalangan juru solek artis dari New York sehinggalah ke Seoul. Ia kini boleh didapati di kedai sementara yang terletak di Bangunan Satelit KLIA.

Junior CedeƱo, dari Spain yang merupakan juru solek artis professional Dior akan berada di kedai sementara Dior Backstage di KLIA untuk berkongsi tips profesional dan peribadi pada 29 Julai 2018. Junior telah bekerja dengan banyak majalah-majalah fesyen antarabangsa seperti Vogue, Elle, Harper’s Bazaar, Glamour dan Cosmopolitan.


Sebagai seorang ikon antarabangsa yang terkenal dan juru solek artis Dior yang sangat mahir, beliau pastinya mampu menghasilkan mekap yang sama seperti pertunjukan fesyen Dior atas permintaan.

Friday, 27 July 2018

McDonald's Memperkenalkan Burger Ayam Mexicana Sempena Kempen Discover the World

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Citarasa enak dan eksotik dari Mexico kini boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana oleh McDonald’s – menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu.

Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia. 


Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.
 
Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua yang ditawarkan di bawah kempen Discover the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.

“Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.

Sama ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Burger Ayam Mexicana boleh didapati dengan harga RM15.95 untuk set medium dan RM12.50 untuk ala carte.


Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.

Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone. Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.


Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/

Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Thursday, 26 July 2018

Pelancaran Telefon Pintar Neffos X9, C9, C9A dan C7A

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

TP Link yang dikenali sebagai penyedia peralatan rangkaian telah melancarkan Neffos Smartphone pada 26 Julai 2018 di Connecxion Conference & Event Centre (CCEC), Bangsar, Petaling Jaya. Untuk kali ini, TP Link memperkenalkan 4 model telefon pintar, Neffos C7A, Neffos C9A, Neffos C9 dan Neffos X9.


Seperti yang kita maklum, Neffos merupakan satu jenama telefon pintar yang tidak asing lagi dalam kalangan para penggunanya kerana harganya yang murah dan sesuai untuk semua golongan. 

Pelancaran Neffos X9 merupakan satu evolusi pergerakan peranti telefon pintar yang lebih baik dari TP Link. Model ini dinaiktaraf dari segi kualiti megapixel kameranya, pemprosesan yang laju dan berpeluang memberikan pengalaman menarik kepada penggunanya.




Neffos X9 dikuasakan dengan CPU MTK MT6750 dengan gandingan 3GB RAM untuk 32GB  atau 4GB RAM untuk 64GB storan. Bagi slot kad mikroSD pula diperluaskan lagi sehingga 128GB dan turut menyokong rangkaian 4G LTE.


Jom kita tengok pula bahagian kamera yang sememangnya amat penting buat pengguna yang rata-rata hari ini memerlukan kualiti kamera yang baik untuk menghasilkan gambar yang cantik. Kamera hadapan Neffos X9 mengunakan 8MP manakala kamera belakang menggunakan 13MP + 5MP, dual camera.

Sistem pengoperasian Android 8.1 menjadi nadi penggerak X9 selaras dengan arus pemodenan teknologi hari ini.



Neffos C9 juga dilengkapi dengan sokongan 4G dan LTE yang laju. Bagi penguasaan CPUnya, ia dikuasakan  MTK6739WW bersama 2GB RAM dan 32GB storan. 

Sistem pengoperasian pula adalah Android 8.1 dan merupakan telefon pintar mampu milik kepada pengguna yang berpendapatan rendah tetapi memerlukan dan menginginkan satu peranti smartphone terkini. 



Neffos C9A turut hadir dengan sokongan 4G dan LTE yang laju dan bateri sebesar 3020mAh yang membolehkan korang menggunakan telefon pintar ini seharian tanpa caj. Bagi penguasaan CPUnya, ia dikuasakan  MTK6739WW bersama 2GB RAM dan 16GB storan. Bagi slot kad mikroSD diperluaskan lagi sehingga 128GB dan turut menyokong rangkaian 4G LTE sama seperti Neffos X9.

Sistem pengoperasian adalah Android 8.1 dan juga merupakan telefon pintar mampu milik kepada pengguna yang berpendapatan rendah tetapi memerlukan dan menginginkan satu peranti smartphone terkini. 



Pada majlis pelancaran, LeYa juga diberi kesempatan untuk mencuba bereaksi di hadapan kamera Neffos X9. Dengan bertemakan warna purple yang sememangnya adalah warna kegemaran LeYa memang menjadi daya tarikan LeYa untuk bergambar dengan kelihatan lebih menarik lagi.


Apa yang seronoknya Neffos X9 ini adalah kapasiti bateri nya sebanyak 3060mAh. Ofcourse, ia akan tahan sepanjang hari walaupun korang menggunakannya secara berterusan. Sebagai seorang yang memang tidak dapat dipisahkan dengan telefon pintar, jadinya kapasiti bateri ini sangat dititikberatkan.



Kepada mereka yang sudah jatuh hati dengan telefon pintar termurah Neffos ini, bolehlah dapatkan menerusi kedai rasmi Neffos secara atas talian di Lazada bermula esok (27 Julai 2018) pada harga:

  • Neffos X9 >> RM599.00 (3GM RAM + 32GB) dan RM799.00 (4GB RAM + 64GB)
  • Neffos C9 >> RM479.00
  • Neffos C9A >> RM427.00
  • Neffos C7A >> RM359.00
Super duper murah kan? Jadi apa tunggu lagi? Jom!


Untuk maklumat lanjut berkenaan telefon pintar Neffos boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Website

Facebook

Nikmati Hidangan Makanan Australia di Kontiki Restaurant The Federal Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bertemakan Discover Australia - A Taste of Australia, The Federal Hotel Kuala Lumpur menawarkan rasa-rasa makanan Australia yang bermula 13 Julai hingga 29 Julai 2018 bertempat di Kontiki Restaurant. Jadi, LeYa berpeluang untuk turut merasai kelazatan yang ada pada hidangan makanan Australia yang dianjurkan oleh Federal Hotel International (FIH) Kuala Lumpur dan Grace Hotel Sydney dengan sokongan kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia, MLA Meat & Livestock dan Citibank. Nak tahu apa yang menarik di sini, jom ikuti pengembaraan LeYa di bawah.


Seperti yang kita maklum, Australia sangat terkenal dengan masakan BBQ dari hidangan lautnya yang segar. Hidangan yang terdapat di Kontiki Restaurant ini juga telah dibawakan khas daripada seluruh pelusuk Australia seperti Perth, Darwin, Queensland, Sydney, Brisbane, Canberra, Melbourne, Victoria, Tasmania, Adelaide dan Hobart.Walaupun LeYa belum pernah menjejakkan kaki ke Australia, namun LeYa berpeluang menikmati hidangan masakan dari kawasan-kawasan terkenal itu. Kalau korang nak tahu lagi, antara menu BBQ yang menjadi pilihan menu utama adalah:

  • Rack of Lamb marinated with rosemary and garlic
  • Short beef rib with smokey BBQ Lacquer
  • Rump steak with devilled onion
  • Chicken kebab with lemongrass
  • Caramelised sea scallops
  • King prawn with garlic
Menu-menu ini semuanya disajikan khas oleh chef dari Australia iaitu Chef Darren Ho dan Chef Tang Hou Chin. Korang pasti teruja untuk menikmati hidangan di sini kerana rasanya sama seperti korang di Australia. Best kan! Dah tak perlu pergi jauh-jauh dah nak menikmati masakan asli Australia.







Korang juga turut disajikan dengan menu lain seperti salad dan sayur-sayuran segar seperti

  • Idaho Potatoes with Sour Cream & Chives 
  • BBQ Corn on the Cob with maple syrup & parsley butter
  • Pelbagai jenis roti dalam bakul yang disediakan seperti Garlic bread 
  • Chunky Chips with nori salt
  • Salad bar of coselaw
  • Roasted beetroot
  • English spinach
  • Feta & Candied walnuts
  • Garden salads
  • Caprese salad
  • Potato salad
Dengar sahaja nama dan sebutannya pun macam dah tergeliat lidah nak menyebutnya kan. Tapi jangan risau sebab ada signage untuk korang tahu menu-menu yang ada di sini. LeYa memang syorkan korang untuk rasa kesemua hidangan makanan yang dibawakan khas dari Australia ini. Sedap dan segar dari laut!






Seperti kebiasaan, part yang paling digemari LeYa adalah bahagian pencuci mulutnya yang berwarna-warni. Bukan itu sahaja, korang juga akan dihidangkan dengan buah-buahan segar, pavlova, puding caramel pelbagai jenis kek, hidangan sushi pun turut ada, pasta dan banyak lagi. So, memang korang akan kekenyangan lah balik rumah selepas selesai menikmati hidangan masakan di sini.








Jadi, secara keseluruhannya yang LeYa boleh katakan menu-menu yang ditawarkan ini memang berbaloi untuk korang nikmati. Mana taknya, tak perlu pergi jauh-jauh ke Australia, korang dah boleh nikmati pelbagai jenis makanan laut  dan daging yang digunakan dari jenis premium dan semestinya segar. Untuk peminat makanan mentah seperti oyster dan scallops, LeYa memang recommend kat korang sebab tak ada rasa bau hanyir pun ketika menikmatinya. Memang sedap dan puas hati!


Ada 2 jenis pakej yang korang boleh pilih untuk merasai kesegaran makanan Australia. Antaranya adalah:

BBQ Dinner Set

Setiap hari Jumaat/Sabtu/Ahad

6.30 pm - 10.30 pm

RM148.00 (Dewasa) RM74.00 (warga emas) dan RM55.00 (kanak-kanak)

Australia Gourment 3 - Course Set Dinner

13 Julai - 29 Julai 2018

5.00 pm - 12.00 pm

RM118 nett (seorang)

Tawaran turut disediakan kepada pelanggan atau ahli Gracious Rewards & FHI Priviledge Club sebanyak diskaun sehingga 30% dan 25% diskaun kepada pemilik kad Citibank.

Lebih menarik lagi, FHI turut menganjurkan satu pertandingan bersempena Discover Australia dengan syarat-syarat dan hadiahnya adalah: 

DINE AND WIN
3 Hari 2 Malam untuk 2 orang di The Grace Hotel Sydney dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti korang

Cabutan bertuah akan dilakukan pada 1 Ogos dan pemenang akan diumumkan pada 2 Ogos menerusi laman Facebook rasminya: The Federal KL


Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi seperti yang tertera:

Website

Telefon 
+603 - 2148 0468

Facebook 

Alamat 
The Federal Hotel Kuala Lumpur
35, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur


Apa yang ditunggu lagi? Jom tempah dan rasa makanan Australia di The Federal Hotel Kuala Lumpur sekarang!

Friday, 20 July 2018

Jom Cuba Makan Di Kaffe Cafe Taman Tun Dr Ismail

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Melangkah masuk ke ruang Kaffe Cafe yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ini memberikan satu ketenangan kepada pengunjung ketika menikmati hidangan makanan di sini. Kegemaran Asia dari pilihan makanan untuk semua pencinta makanan termasuk nasi lemak, beras Cina Yung Chow dan Tom Yam Goreng Ala Thai boleh didapati di sini. 


Kaffe Cafe dibahagikan kepada dua ruang di mana pengunjung yang merokok boleh memilih untuk ruang terbuka di luar atau ruang berhawa dingin kepada yang ingin bersantai di dalamnya. Konsep restoran yang santai dan tenang menambah lagi selera pengunjung untuk menikmati dengan penuh selera setiap makanan yang disediakan.

Bila sebut tentang kafe, pastilah hidangan yang dibualkan adalah kek, sandwic dan pastri yang bagi LeYa hidangan santai dan ringan-ringan. Persembahan yang menarik ditonjolkan pada setiap hidangan yang hadir ke meja tetamu menambahkan lagi mood untuk terus menikmatinya tanpa menoleh ke kiri dan kanan.



Menariknya lagi, harga yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi dengan persembahan dan hidangan yang disediakan. Rasanya juga sangat lazat. Ramai juga mengesyorkan untuk korang semua mencuba minuman kopinya kerana ia terdapat satu kelainan rasa dalam penghasilan kopi yang disediakan. Bagi pencinta kopi, inilah kafe yang harus korang kunjungi.


Kemudian, apa kata korang puaskan perut korang yang kekosongan itu dengan masakan Barat yang enak seperti burger, ikan dan kentang goreng, pasta dan banyak lagi bersama pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan. Ia dihidangkan dengan baik sekali dan setiap rasa makanan yang dihidang juga sangat sedap. Sudah tentu ia menjadi kafe yang akan dikunjungi nanti.





Bersempena Fave's Birthday Party, korang boleh nikmati hidangan makanan di Kaffe Cafe ini dengan diskaun sehingga 47% melalui pembelian di Aplikasi FavePay. Jadi, apa tunggu lagi, cepat dapatkan tawaran promosi ini sekarang.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:-

Alamat | 23, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Telefon | +603 - 7722 2237

Website http://www.kaffecafe.com.my/

Facebook https://www.facebook.com/kaffecafettdi

 https://myfave.com/kuala-lumpur/partners/kaffe-cafe
Klik banner untuk terus menempah di Kaffe Cafe