Sabtu, 21 Oktober 2023

"Queendom Fest" - Festival Muzik Wanita Pertama Di Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Mengambil semula tampuk pemerintahan, penyanyi rap wanita terkenal dan juga pendukung hip-hop Malaysia, Zamaera mengumumkan "Queendom Fest" yang mana ia merupakan festival muzik wanita pertama akan dipersembahkan di khalayak ramai pada tahun ini. 

Dilahirkan dari rasa antusias dan berlandaskan matlamat Zamaera sendiri iaitu untuk mewakili landskap seni yang diwakilinya dalam scene tempatan, Queendom Fest merupakan usaha indipenden yang bersedia untuk mencipta sejarah yang mana ia adalah sebuah pementasan yang ditempa untuk wanita kreatif di seluruh negara.

Pada terasnya, Queendom Fest berusaha untuk meningkatkan wanita dan mengeratkan hubungan komuniti seni melalui platform untuk usahawan dan kreativiti wanita. 

Queendom Fest ini dijadualkan berlangsung pada 16 Disember 2023 di Lalaport BBCC Central Rooftop Garden di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur. Queendom Fest turut bersedia untuk menjadi acara yang electrifying bagi mempamerkan wanita-wanita yang bertenaga dan paling digemari di Malaysia pada masa kini. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan sebuah festival yang menawarkan hub-market serta lokasi bersosial yang mengandungi lebih 40 perniagaan dan vendor tempatan milik wanita.

Festival ini akan ditunjangi oleh Zamaera sendiri dan disokong oleh barisan wanita hebat seperti DOLLA, Hullera, Joyynn, Yunohoo, Lil Asian Thiccie, Meliha, The Impatient Sisters, MJ dan SYA.

Queendom Fest berdiri sebagai bukti sebenar kepada semangat dan potensi tanpa had landskap muzik tempatan semasa dan menandakan babak penting dalam legasi Zamaera yang kekal sebagai Ratu Hip-Hop Malaysia. Melihatkan impian Queendom Fest bakal menjadi kenyataan, dan memberi makna dalam kerjayanya, Zamaera secara terang-terangan memberitahu bahawa:

"Sebagai salah seorang daripada segelintir penyanyi rap wanita yang berpeluang membuat persembahan di pentas besar seperti Good Vibes Festival, Round Fest dan Baybeats, saya dapati perwakilan artis wanita di festival muzik tempatan dan showcase sentiasa dikalahkan oleh rakan lelaki industri. Pada tahun lepas sahaja daripada lebih 14 festival dan showcase, 84% daripada penghibur adalah lelaki. Senario muzik semakin berkembang dan kami melihat semakin ramai artis wanita yang muncul. Saya rasa itu harus mencerminkan peluang yang kami sediakan kepada wanita dalam industri kreatif. Atas nama keterangkuman, kesaksamaan dan cinta yang tulen terhadap seni & budaya, saya mahu melihat masa depan yang lebih cerah untuk tenaga kreatif wanita negara ini."

 

Konsep awal Queendom Fest mula dihasilkan hampir 2 tahun lalu, sewaktu Zamaera menganjurkan jelajah Pop-Upnya sendiri yang merentasi Pulau Pinang, Kuching, Ipoh dan Kuala Lumpur. Beliau turut bekerjasama rapat dengan Avinash Retnam dari Kaia Collab yang mana ia merupakan cara beliau memahami peminat tempatannya serta menilai impak dan menguji kuasa pasar untuk "Queendom Fest".

Menurut Zamaera lagi, platform muzik dan vendor yang wujud bersama benar-benar mendorong beliau ke arah idea peralihan budaya melalui konsep yang didorong komuniti. Peralihan budaya itu adalah untuk mempunyai lebih ramai artis wanita membuat persembahan di festival muzik dan untuk wanita melangkah keluar dari norma gender masyarakat dalam industri yang didominasi lelaki.

Selain itu, beliau turut menekankan bahawa, walaupun barisan artis merupakan wanita secara keseluruhan, Queendom Fest juga bekerjasama dengan ramai tenaga profesional lelaki dalam industri yang menyokong idea untuk mendorong wanita ke hadapan dengan memberikan kepakaran dan pengetahuan mereka seperti penganjur bersama TONGTONG Asia, Old Head Jin (FKA Jin Hackman). Berbanding dengan beberapa negara lain di mana hak wanita sebahagian besarnya didiskriminasi, Malaysia mempunyai pelbagai laluan untuk wanita berjaya. 

Bagi korang yang ingin berkongsi kepercayaan bersama Queendom, apa kata sama-sama memberikan galakan tidak kira lelaki dan wanita dalam menjadi sebahagian daripada acara monumental ini kerana pada 10 atau 20 tahun ke depan, mungkin korang boleh berkata. 'Saya pernah berada di Queendom Fest yang pertama pada tahun 2023!' Ini mungkin boleh dijadikan sebahagian daripada sejarah kalian.

Queendom Fest disokong sepenuhnya oleh Kementerian Komunikasi dan Digital melalui My Creative Ventures, sebagai sebahagian daripada usaha mereka di seluruh negara untuk meningkatkan industri kreatif Malaysia melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik 2023.

Tiket terdiri daripada 4 kategori

Early Bird >> RM118

GA >> RM138

Go Kart Bundle >> RM178

Door >> RM188

Semua harga tiket adalah tertakluk kepada yuran tiket sebanyak 3% yang boleh didapati untuk pembelian di laman web rasmi mulai Isnin, 23 Oktober 2023.

Sertai kami di Queendom Fest pada 16 Disember 2023.


 Untuk maklumat lanjut, kemas kini dan butiran tiket, sila lawati 

  www.queendomfest.info


Ahad, 15 Oktober 2023

Cinta itu Buta atau Buta Kerana Cinta?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Cinta itu sememangnya buta, lebih-lebih lagi bagi Hud yang rela menyayangi sahabat lamanya, Syikin walaupun kasihnya tidak dikenang. Namun, satu insiden yang tidak disangkakan telah berlaku sehingga mengakibatkan Syikin terperangkap dalam situasi yang tidak diingini. Apakah yang bakal berlaku kepada hubungan Syikin dan Hud?

Slot Akasia bakal membawakan drama terbaharu ke kaca televisyen anda berjudul Bukan Sekadar Lafaz, diinspirasikan oleh novel karya Sophilea yang bertajuk sama. Drama terbitan Pencil Pictures & Records ini bakal menghiburkan kaki-kaki drama bermula 17 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3.

Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan penulisan skrip dihasilkan oleh Sophilea. Drama ini juga menggandingkan nama-nama pelakon tanah air yang sangat mantap dan berbakat seperti Alif Satar, Wanna Ali, Ahmad Idham, Yuna Rahim, Mia Nasir , Malek Malek Mccrone  dan ramai lagi! 

Sinopsis Drama Bukan Sekadar Lafaz

Syikin (Wanna Ali) adalah seorang pelatih yang baru bekerja di sebuah kafe yang terkenal. Semasa bekerja, dia bertemu dengan sahabat lamanya dari sekolah bernama Hud (Alif Satar) yang bertugas sebagai supervisor kepada Syikin di kafe tersebut. Kenangan lama yang terpahat pada zaman sekolah dahulu membangkitkan semula perasaan cinta yang terpendam di dalam hati Hud.

Namun, Syikin kini bersama dengan seorang doktor bernama Dr Firman (Malek Mccrone). Hubungannya bersama Dr Firman sangat dicemburui oleh adik tirinya Aein (Yuna Rahim), yang menaruh hati kepada Dr Firman. Perasaan cemburu ini membuatkan Aein menyusun rancangan jahat untuk merosakkan hidup Syikin. Syikin terpedaya dengan helah Aein yang mengakibatkan kehamilan. Akibat sangkaan tersebut, Tuan Zaman (Ahmad Idham) berang dan memaksa Syikin untuk berkahwin dengan Dr Firman untuk mengelakkan fitnah terhadap keluarga mereka. 

Dr Firman rasa seolah dirinya dipermainkan lalu menolak permintaan Tuan Zaman. Menyedari situasi yang dialami Syikin, Hud kemudian menawarkan dirinya untuk berkahwin dengan Syikin untuk menyelamatkan maruah mereka sekeluarga. 

Alif Satar, pelakon serba boleh yang kini kembali berlakon untuk TV3 berkata “Alhamdulillah Alif bersyukur sebab dapat tawaran untuk berlakon dalam drama ini. Baru-baru ini Alif banyak fokus dengan muzik dan apabila ditawarkan untuk berlakon, Alif memang tidak mahu lepaskan peluang. Ini semua adalah rezeki dan Alif janji akan buat yang terbaik untuk semua penonton drama dan tak dilupakan peminat-peminat setia Alif di rumah. Watak yang Alif pegang kali ni lain sikit. Kalau nak tau, jangan lupa saksikan drama apatah lagi gandingan pelakon semua mantap belaka. " 

Lebih menarik, drama ini juga bakal menampilkan lagu ‘Bukan Sekadar Lafaz’ daripada gandingan vokal mantap Wanna Ali dan Aiman Ismail sebagai runut bunyi rasmi drama Bukan Sekadar Lafaz.  

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan lakonan Alif Satar dan barisan pelakon yang penuh bakat ini menerusi slot Akasia mulai 17 Oktober 2023 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam atau strim di perkhidmatan iQIYI 1 jam selepas siaran TV. Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQIYI di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP iQIYI boleh menikmati akses VIP Ekspres bagi drama ini yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini, 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton selepas 48 jam.

Sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila mencapai peningkatan pengguna lebih daripada 15 kali ganda. Dari segi pertumbuhan keseluruhan dalam tahun 2021, iQIYI juga tersenarai sebagai khidmat penstriman Asia nombor satu di Malaysia berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pelanggan aktif bulanan, dan jumlah masa yang diluangkan di platform tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat. 

Selasa, 10 Oktober 2023

Festival Ummah Mega Haflah 2023 Menggegarkan Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

CERITA minggu sudah, berakhirnya Festival Ummah Mega Haflah 2023. Alhamdulillah untuk tahun ini LeYa berkesempatan menghadiri Festival Ummah Mega Haflah yang bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Seksyen 14 Shah Alam.


Festival ini telah dianjurkan oleh Datuk Hajjah Rozzana binti Dato' Haji Rahmat yang merupakan pengasas #MyInfaqIhsan iaitu penglibatan dalam kerja-kerja kebajikan dan #SweetTalkKeSyurga, penglibatan dalam berdakwah.

 

Festival Ummah Mega Haflah ini telah berlangsung pada 7 Oktober 2023 dan turut menjemput Para Astizah yang dikenali ramai iaitu:

  1. Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022)
  2. Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022)
  3. Dr. Robiah K.Hamzah (ikon Muslimah Nona 2023)
  4. Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022)
  5. Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang)
  6. Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017)
  7. Aisyah Hijanah bagi slot Perkongsian Influencer
  8. Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer
  9. Kumpulab Rahmatun Ihsan (Haflah)
  10. Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah
Penyertaan peserta dalam festival ini adalah terbuka kepada seluruh muslimat yang berminat untuk menyertai dan berjaya mengumpulkan hampir 500 orang.



Bertepatan dengan slogan "Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) Semarak Cahaya Al-Quran", festival yang julung kalinya diadakan ini bertujuan memberi platform rintis bagi perkongsian pandangan dan amalam terbaik dan khususnya dalam kalangan muslimat ke arah mencapai kesejahteraan ummah.

Di samping itu, objektif festival ini juga adalah untuk menyebarkan pendekatan dengan lebih mendalam mengenai Al-Quran serta meningkat kesedaran dan keyakinan bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. untuk kita lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

 
 
 

Harapan, agar segala perkongsian yang dicurahkan oleh para asatizah dalam festival ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian kita. Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah.


Selasa, 3 Oktober 2023

Bosan Duduk Rumah? Jom Main Games Online Di MortgageCalculator.org

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bosan Duduk Rumah? Jom Main Games Online Di MortgageCalculator.org | Biasanya lah kan kalau LeYa duduk rumah memang macam-macam perkara nak buat. Dari mengemas, memasak, membasuh, menulis di blog dan pendek kata memang padatlah aktiviti LeYa di rumah kan. Tapi dalam kesibukan LeYa menjalankan tugas-tugas di rumah tu, ada jugalah kan rasa nak bersantai main games. Seronok juga kan kadang-kadang dapat luangkan masa main games. Ala... yang mudah-mudah aje. Taknaklah heavy sangat nanti tak jadi kerja pula. Hehehe...

Bosan Duduk Rumah? Jom Main Games Online Di MortgageCalculator.org

Yang bestnya dah tak payah nak install bagai kat dalam laptop atau telefon. Jadinya, laptop kita pun takdelah memory berat kan. Tak gitchuwww! Korang hanya pergi je kat website https://www.mortgagecalculator.org/money-games/ dan boleh terus bermain dengan sepuas-puasnya. LeYa gerenti anak-anak korang pun terhibur dan tak bosan di hujung minggu mereka! 

Tak percaya lagi? Seriyes weyyhh LeYa memang tak tipu. Kalau rasa nak main games online je sekarang, LeYa memang terus pilih website ni dan bermain games apa yang ada dekat sini. Ada banyak pilihan games disediakan. Just pilih dan main serta alamilah rasa keseronokannya. Hehehe... Korang nak menghadap 24 jam dengan bermain games online kat sini pun LeYa memang sure korang tak jemu. Sebab setiap games yang ada terdapat banyak juga kategori. So, enjoy the moment with your family!

Laman sesawang https://www.mortgagecalculator.org/money-games/ ini menawarkan permainan secara digital. Terdapat lebih 100+ jenis games online PERCUMA yang korang boleh cuba dan bermain sendiri! 

Lebih syoknya kan, ada permainan dulu-dulu kala yang kita pernah bermain secara fizikal dan kini kita boleh bermain secara digital. Pergghhh... Mantap Pak Abu. Nak cakap banyak pun tak guna kan. Korang yang rajin main games online tu boleh lah cuba apa yang ditawarkan dalam laman web ni.

Kat bawah ni antara kategori games yang boleh korang bermain:

  • Real Estate Games: buy and sell properties, make a thriving LEGO city, and clean up a mess or germs. You can also build stable structures, or use dynamite to blow up structures.
  • Money Games: counting money and making change. These games are a fun way to practice addition, subtraction, and multiplication while also learning about money.
  • Cryptocurrency Games: An easy to understand introduction to financial speculation and bubbles. Our games feature Bitcoin and the modern day tulips - NFTs.
  • Farming Simulation Games: grow a virtual farm, or build a farming-based business.
  • Grocery Store Games: run a supermarket and keep items stocked.
  • Restaurant Simulation Games: run a coffee shop, a burger stand, or a pizzaria.
  • Business Simulation Games: build a mining business, run a jewelry shop, become a florist, or become a corporate overlord.
  • Software Development Games: STEM games teaching children about coding logic along with how software is made and tested, along with an idle clicker game focused on building successful startup businesses
  • Office Politics Games: whimsical ragdoll clicker game can be used to explain internal competition, conflict resolution & team building, and an endless runner
  • Environmental Games: recycling, green energy, and resource management
  • Other Fun Games: games we like but which did not neatly fit in any of the above categories including a couple food related games.

Kelebihan Bermain Games Di MortgageCalculator.org

Macam LeYa dah cakap kat atas lah kan. Website ni menyediakan pelbagai games online secara PERCUMA untuk semua golongan dan tak perlu nak download serta INSTALL! 

Apa lagi ye yang best? Dah tak payah nak download, so korang tak perlu lah nak log in atau password masa nak mula bermain. Best ke Best!

Games online di MortgageCalculator.org ni pun sesuai je untuk kanak-kanak dan yang paling penting Ibu Bapa perlulah juga mengawasi anak-anak dikhuatiri terleka pula bermain. Ops!

2 Jenis Games Online Pilihan Di MortgageCalculator.org

Let's jom bermain games pilihan LeYa untuk hari ini. 

LEGO City Adventures Build And Protect


Games ni memang syok. Sebab ada banyak level kita boleh main dan pada yang minat nak jadi arkitek tu bolehlah mula membina di games ni.

Idle Hypermarket Empire


Games ni pula merupakan simulasi kedai runcit di mana korang yang minat nak buka pasar raya besar tu boleh cuba bermain dan menguruskan pasar raya online korang kat sini.

Kesimpulannya lah kan, bagi LeYa games online di MortgageCalculator.org ni memang sangatlah syok, praktikal dan mudah untuk bermain. Games yang ada kat sini bukan sekadar menghilangkan bosan dan stress malah boleh juga la dijadikan pendidikan anak-anak. 

Masih tak percaya lagi? Korang klik lah kat link bawah ni. Dan start lah bermain dengan jayanya. Hehehe....