Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Selasa, 10 Oktober 2023

Festival Ummah Mega Haflah 2023 Menggegarkan Shah Alam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

CERITA minggu sudah, berakhirnya Festival Ummah Mega Haflah 2023. Alhamdulillah untuk tahun ini LeYa berkesempatan menghadiri Festival Ummah Mega Haflah yang bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Seksyen 14 Shah Alam.


Festival ini telah dianjurkan oleh Datuk Hajjah Rozzana binti Dato' Haji Rahmat yang merupakan pengasas #MyInfaqIhsan iaitu penglibatan dalam kerja-kerja kebajikan dan #SweetTalkKeSyurga, penglibatan dalam berdakwah.

 

Festival Ummah Mega Haflah ini telah berlangsung pada 7 Oktober 2023 dan turut menjemput Para Astizah yang dikenali ramai iaitu:

  1. Ustazah Huda Edayu (Tokoh Hari Wanita Daie Influencer Ummah 2022)
  2. Ustazah Sharifah Khasif (Tokoh Hari Wanita Daie Mukminat Ummah 2022)
  3. Dr. Robiah K.Hamzah (ikon Muslimah Nona 2023)
  4. Ustazah Sofizah Mousin (Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2022)
  5. Ustazah Awatif (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Pulau Pinang)
  6. Ustazah Noor Suhaiza (Johan Qariah Tilawah Al-Quran MTQ Wilayah 2015,2017)
  7. Aisyah Hijanah bagi slot Perkongsian Influencer
  8. Salimah Habibi bagi slot Perkongsian Influencer
  9. Kumpulab Rahmatun Ihsan (Haflah)
  10. Hadroh Srikandi Al Fath (Maulid Dhiya Al Ulami), yang diterbangkan jauh dari Sabah
Penyertaan peserta dalam festival ini adalah terbuka kepada seluruh muslimat yang berminat untuk menyertai dan berjaya mengumpulkan hampir 500 orang.



Bertepatan dengan slogan "Bidadari Berselawat Wanita Peneman Syurga (Hurun Ain) Semarak Cahaya Al-Quran", festival yang julung kalinya diadakan ini bertujuan memberi platform rintis bagi perkongsian pandangan dan amalam terbaik dan khususnya dalam kalangan muslimat ke arah mencapai kesejahteraan ummah.

Di samping itu, objektif festival ini juga adalah untuk menyebarkan pendekatan dengan lebih mendalam mengenai Al-Quran serta meningkat kesedaran dan keyakinan bahawa Al-Quran itu adalah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. untuk kita lebih memahami maksud & terjemahannya supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.

 
 
 

Harapan, agar segala perkongsian yang dicurahkan oleh para asatizah dalam festival ini dapat dimanfaatkan semaksima mungkin dalam amalan kehidupan seharian kita. Semoga kita akan terus istiqomah dalam usaha memartabatkan Al-Quran kepada kesejahteraan ummah.


Jumaat, 27 Ogos 2021

Mindful Muslim - Aplikasi Muslim Terbaik Beri Terapi Ketenangan Minda dan Jiwa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kita sedar dan tahu setiap hari sebagai manusia, kita tidak terlepas dan tentunya pernah mengalami kecewa serta gagal. Ini mengarahkan kita untuk berasa tidak selesa, sedih, cemas, ragu-ragu dan bingung. Dan, pastinya  dalam kalangan kita akan mengalami stress atau tekanan perasaan yang berpanjangan. 

Dalam firman Allah SWT, Surah Al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud "dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah harga gembira kepada orang-orang yang sabar".

Jika anda sedang mengalami stress, cuba untuk lebih tenang dan tenteram untuk membantu anda agar boleh berfikir dan menyelesaikan masalah dengan baik. Jadi, hari ini LeYa ingin berkongsi dengan anda semua satu aplikasi muslim yang boleh membantu menghilangkan stress sekaligus tidak mempengaruhi diri untuk kemurungan. 

Aplikasi Muslim Terbaik - Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mendalami ilmu dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Seiring pesatnya pembangunan teknologi hari ini, kita juga boleh belajar agama menerusi telefon pintar samaada Android mahupun IOS.

Aplikasi Mindful Muslim adalah satu aplikasi Kesedaran Islam pertama di dunia yang dibangunkan untuk membantu lebih 1.8 billion Muslim dalam meningkatkan keharmonian dan kesejahteraan mental dan emosi melalui ilmu ceramah audio dari cerita-cerita Islam selain turut disediakan Al-Quran, Doa dan Ruqyah.

Antaramukanya juga cukup dilihat mesra pengguna dengan ciri aplikasi yang mudah dipelajari seperti :

  • Perbincangan audio dari kisah-kisah harapan dari Al-Quran dan Hadis. 
  • Duas / Ruqyah untuk tujuan tertentu - untuk menghilangkan kegelisahan / kemurungan, kesunyian dan perasaan rendah yang lain
  • Pilihan penghafal
  • Bunyi alam sekitar
  • Membina senarai main ciri-ciri di atas 
  • Buku harian tidur untuk membantu menulis jurnal pada waktu malam

Kombinasi antara sejumlah warna menonjol yang berlatarbelakang persekitaran ketenangan menjadikan antaramuka ini kelihatan lebih menarik dan tenang untuk digunakan. Lebih menarik lagi, aplikasi ini adalah percuma dan tiada iklan. 

Bagaimana Aplikasi Mindful Muslim Memberi Manfaat Kepada Pengguna

Al-Quran merupakan rujukan terpenting untuk umat Islam dalam segenap aspek kehidupan. 

Allah SWT berfirman : "Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui yang ada di dalam jiwa kamu, maka ingatlah kepada-Nya" (Quran 2: 235)

Aplikasi Mindful Muslim terdapat penilaian 4.8* di Google PlayStore dengan 1900+ 5* memberi ulasan. Menerusi aplikasi ini, ramai pengguna dapat membantu menghilangkan tekanan mereka, merasa lebih tenang dan membantu mereka tidur dengan nyenyak dan aman. Selain itu, aplikasi ini juga turut membantu mengurangkan kerisauan serta pengguna dapat mengikuti setiap dari kisah-kisah Al-Quran dan Hadis yang mampu membuatkan mereka gembira.

Kesihatan mental sangat stigma dalam masyarakat Islam kita dengan hampir tidak mengakui perjuangan sebenar orang-orang yang mengalami kegelisahan / kemurungan. Aplikasi ini membantu menyokong orang ramai yang berkeadaan dalam situasi stress untuk mengangkat kembali sinar dalam kehidupan mereka dan membawa mereka untuk lebih dekat dengan iman. Setiap yang sembuh akan menyebabkan lebih ramai yang tenang dan bahagia. 

Allah berfirman: "Dan jangan lupa berbuat baik antara satu sama lain". (Al-Quran 2: 238)


Muat Turun Aplikasi Mindful Muslim Hari Ini

Anda boleh menggunakan aplikasi Mindful Muslim secara percuma untuk Google PlayStore dan AppStore dan tiada terdapat iklan diselitkan. Anda boleh muat turut aplikasi di pautan di bawah:



Selasa, 9 Mac 2021

Aman Palestin Lancar "Kempen Ramadan Bersama" Sasar Kutipan RM15 Juta

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ini, Aman Palestin sekali lagi mengambil inisiatif melancarkan "Kempen Ramadan Bersama Palestin, Syria dan Yaman". Kempen ini dilancarkan seiring dengan sambutan penubuhan Aman Palestin yang sudah mencapai usia 15 tahun pada tahun 2021 ini. 

Dalam satu majlis pelancarannya baru-baru ini, kempen Aman Palestin ini menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM15 juta bagi membantu rakyat di Palestin, Syria dan Yaman. Kempen ini sudah pun bermula pada 1 Rejab 1442H (13 Februari 2021) yang bakal memberi manfaat kepada seramai 250,000 orang sepanjang bulan Ramadhan itu nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut, Sesungguhnya Aman Palestin tidak akan berhenti dalam memberi perjuangan baik daripada aspek bantuan tenaga, masa mahupun wang ringgit bagi mengembalikan hak mereka sebagai negara yang merdeka.

Selain itu, beliau turut memaklumkan, Aman Palestin juga akan terus memberikan komitmen untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat tempatan yang pada ketika ini dalam kesusahan berikutan pandemik COVID-19.

Katanya, Aman Palestin akan memberi bantuan secara khusus kepada golongan terjejas melalui Kelab Perwira Malaysia yang mana merupakan sebuah kelab yang bernaung di bawah Aman Palestin Berhad.

Sementara itu, Pengurus Besar Aman Palestin Berhad, Ustaz Muhd Farhan Mohd Fadhil berkata, pihaknya amat mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyumbang dan mendapatkan pahala melalui kempen Ramadan Bersama ini.

Kempen ini adalah antara yang terbesar yang dilaksanakan Aman Palestin. Menerusi dana yang dikumpulkan, sumbangan akan diberikan melalui enam program khusus iaitu Sahur dan Berbuka; Kotak Makanan; Program Imarah Ramadan; Hadiah Raya; Hadiah Ramadan dan Tabung Ramadan Kareem.

Kini tinggal 55 hari lagi untuk kita menyambut bulan Ramadan yang penuh suci. Apa kata, sama-samalah kita merebut peluang untuk meraih pahala dan memberi kepada yang memerlukan. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi pejabat cawangan Aman Palestin di seluruh negara atau layari laman sesawang di bawah:

www.amanpalestin.net

Jumaat, 10 April 2020

COVID-19 | Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Di Hari Jumaat Ketika PKP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, segala bentuk perhimpunan dan aktiviti keramaian adalah dilarang. Malah, solat Jumaat juga turut tidak diadakan bagi memutuskan penularan wabak Covid-19.

Hari ini dah masuk hari keempat Jumaat selepas PKP dilaksanakan dan digantikan dengan solat Zuhor di rumah. Adakah disunatkan lagi amalan sunat pada hari Jumaat jika sekiranya tergugurnya solat Jumaat disebabkan Covid-19 ini? Walaupun demikian, terdapat juga amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan bersama keluarga. Antaranya: 

1) Memotong Kuku


Memotong kuku merupakan satu amalan kebersihan yang diajar dalam Islam. Memotong kuku dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.

Lagipula, kita makan pun menggunakan tangan yang mana merupakan amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kesihatan dan kebersihan tangan bagi mengelakkan kekotoran yang ada pada tangan masuk ke makanan dan dalam perut kita.

2) Mandi Sunat Hari Jumaat


Sunat untuk kita memperkemaskan diri dan membersihkan anggota tubuh badan seperti mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.

3) Baca Surah Al-Kahfi


Membaca surah Al-Kahfi antara surah pilihan yang mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapat. Antaranya ia dapat menghindarkan diri daripada fitnah Dajal dan banyak lagi.

4) Memakai Pakaian Yang Elok


Pemakaian yang elok, bersih dan kemas sangat dituntut terutamanya ketika hendak menunaikan solat. Tambahan lagi, pakaian yang elok memperlihatkan ciri-ciri dan peribadi seseorang Muslim terhadap orang lain.

5) Memakai bau-bauan


Semburkan sedikit perfume korang. Ini merupakan amalan sunat yang digalakkan lebih-lebih lagi ketika ingin menunaikan solat. Tapi, berpadalah dalam penggunaan wangian ye. Cukuplah sekadar keperluan dan bukannya berlebihan.

6) Banyakkan Berzikir, Selawat dan Doa
Berzikir, selawat dan doa tidak terhad selepas solat sahaja. Amalan ini juga digalakkan ketika memulakan sesuatu pekerjaan sehingga menyelesaikannya.

Sabtu, 9 November 2019

10 Sunnah Rasulullah SAW Yang Mudah Diamalkan Dalam Kehidupan Harian

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya hari ini kita dapat meraikan Sambutan Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1441H bersamaan 09 November 2019. Kehadiran Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan teragung yang Allah telah berikan kepada kita di alam semesta ini.


Maulidur Rasul

Sesungguhnya kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW adalah merupakan titik tanda kelahiran agama. Manusia pada ketika itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik dan tidak mengenal siapa pencipta mereka. Pada masa itu juga, penyembahan berhala-berhala merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian.

Lahirnya Rasulullah SAW yang diutus Allah, yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan dan membawa kepada cahaya Ilahi. Islam yang kemudiannya membawa rahmat kepada sekalian alam. Mesej kerahmatan untuk sekalian alam menandakan bahawa Islam datang dengan mesej kesejagatan, iaitu sebagai agama yang tidak semata-mata untuk satu kaum, bangsa atau sesebuah kawasan. Melalui mesej kesejagatan ini sahaja jika diperhalusi sudah memadai untuk kita meyakini akan kebenaran agama Islam ini.

Nabi Muhammad SAW

Rasulullah SAW sebagai seorang insan kamil yang tinggi keperibadian dan tiada tolok bandingnya. Maka baginda perlu dijadikan ikon perpaduan ummah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam susah dan senang)." (Surah Al-Ahzaab : 21)
Jelaslah, sesiapa sahaja yang menginginkan kehidupan di dunia hingga akhirat berjalan sempurna sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT, maka tiada jalan lain kecuali kembali mengamalkan ajaran al-Quran dan Hadis dalam kehidupannya kerana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa.

Oleh yang demikian, marilah kita merenung kembali sirah Rasulullah SAW dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah SAW. Dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik. Jom kita amalkan 10 sunnah Rasulullah SAW yang mudah ini dalah kehidupan harian kita.

10 Sunnah Rasulullah SAW yang Mudah Diamalkan Dalam Kehidupan Harian

1. Sebelum Tidur

Sebelum tidur, kita disunnah untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan lampu, berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat tidur sebanyak 3 kali dan berbaring mengiring sebelah kanan.

Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Kemudian, hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Sekiranya ketika tidur kita berasa terkejut, takut atau gelisah, disunatkan untuk membaca doa perlindungan.

2. Bangun dari Tidur

Setelah bangun dari tidur, disunatkan untuk mengusap wajah dengan tangan, seperti sabda Nabi SAW:
"Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya." (Hadis Riwayat Muslim)
Kemudian, membaca doa;
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan)." (Hadis Riwayat Bukhari)
3. Masuk dan Keluar ke Bilik Air/Tandas

Masuk dengan kaki kiri dan membaca doa;
“Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khaba’is (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadau dari godaan syaitan lelaki dan perempuan).” (Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim)
Keluar dengan kaki kanan sambil membaca doa;
“Ghufranak (Aku memohon ampun kepadaMu).” (Hadis Riwayat An-Nasa’ie)
4. Ketika Berpakaian

Disunatkan untuk membaca "Bismillah" ketika hendak memakai pakaian dan apabila ingin melepaskannya. Hakikatnya, membaca "Bismillah" ini disunatkan untuk setiap perbuatan. Memulakan bahagian sebelah kanan ketika memakai pakaian dan sebelah kiri apabila ingin menanggalkannya.

Doa memakai baju/pakaian;
"Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan telah memberikan rezeki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku." (Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi dan Ibnu Majah)
5. Ketika Masuk dan Keluar Rumah

Ketika hendak keluar dari rumah, disunatkan untuk membaca;
“Bismillahi tawakkaltu alallah, wa la haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi.)
Manakala ketika hendak masuk ke dalam rumah pula, disunatkan untuk mengucapkan bismillah, memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mengucapkan salam sama ada rumah tersebut ada orang atau tidak.

Ini kerana syaitan akan berkongsi tempat tinggal dengan kita, apabila penghuninya tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya.

6. Ketika Memakai Kasut/Sandal/Selipar

Rasulullah saw mengajar kepada kita untuk memulakan kaki kanan apabila hendak memakai kasut/sandal atau selipar dan apabila melepaskannya dimulakan dengan kaki kiri.

Hal ini seperti diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Jika kalian memakai sandal, maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” (Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim)
7. Ketika Makan Dan Minum

Sebelum dan selepas makan, disunatkan untuk berdoa. Apabila terlupa membaca doa sehingga makanan sudah habis dimakan, ucapkanlah,
“Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud Dan At-Tirmizi)
Antara sunnah ketika makan dan minum ialah memulakan dengan menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan yang paling hampir dengan kita. Tidak meniup makanan atau minuman, menjilat jari-jemari untuk membersihkan sisa makanan, tidak mencela makanan apabila tidak menyukainya, tidak membazir, duduk dengan sopan atau bersimpuh.

8. Mengucap Salam Dan Bersalaman

Apabila bertemu dengan sesama Muslim, disunatkan untuk kita mengucapkan salam, “Assalamualaikum atau Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”, sama ada pada orang yang kita kenal atau tidak. Kemudian, bersalam-salaman.

Hal ini seperti sabda Baginda saw;
“Keutamaan dalam Islam adalah dengan memberi makan dan mengucapkan salam pada orang yang kamu kenali atau tidak kenal.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim) 
“Kedua orang muslim yang bertemu kemudian bersalaman, maka diampuni dosanya sebelum keduanya berpisah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah)
9. Senyum

Senyum merupakan ‘sedekah’ yang paling mudah untuk dilakukan oleh setiap orang, dan Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya. Hal ini membuatkan orang sekeliling senang padanya.

Abdullah bin al-Harith r.anhu berkata,
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
10. Berzikir

Amalan berzikir juga merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW. Bahkan, lidah Baginda tidak lekang memuji nama-nama Allah yang indah tidak mengira waktu.

Selain menggunakan lisan atau lidah, kita juga boleh berzikir melalui hati sama ada ketika berdiri, duduk atau berbaring.

Sesungguhnya, dengan berzikir akan membuatkan hati kita tenteram, seperti firman Allah swt;
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, maka hati menjadi tenteram.” (Ar- Ra’d : 28)

Selamat menyambut sambutan Maulidur Rasul 2019/1441H

Jumaat, 21 Disember 2018

Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP Memberi Kanak-Kanak Pendedahan Sedari Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Harta yang kita miliki ini semuanya hanyalah pinjaman dari Allah SWT. Dia yang memberi. Dia yang memilih kita untuk diberikan rezeki ini. Kita semua ini adalah pemegang amanah. Justeru, di akhir tahun 2018 ini, pasti ramai sudah berkira-kira pendapatan tahunan yang diperolehi. Namun, di sebalik kekayaan yang diperolehi itu, sudahkah kalian berinfak atau mengeluarkan zakat 2.5% daripada harta yang dimiliki itu?

Kredit Photo: Blog Tengkubutang

Sebelum itu, jom LeYa terangkan sedikit Apa Itu Zakat?

Zakat seperti yang kita tahu merupakan rukun Islam yang kelima. Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan ASNAF.

Jadi, LeYa ingin mengajak korang semua yang berkemampuan untuk menunaikan zakat bagi menyucikan harta dan mendapat keberkatan dalam memperolehi lagi rezeki akan datang. Rasanya korang dah tahu yang zakat terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Zakat Harta, Zakat Pendapatan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Mana-mana di antara korang yang mungkin teralpa atau lupa untuk membayar zakat, boleh membuat bayaran dengan kaedah Qada Zakat. Mudah kan! Jadi, tiada alasan untuk tidak tunaikan tanggungjawab membayar zakat.

Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP yang mengendalikan zakat bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ada membuat beberapa kaedah pembayaran zakat melalui 4 cara iaitu:

  1. Kaunter PPZ-MAIWP
  2. Portal PPZ-MAIWP
  3. Perbankan Internet
  4. Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP

Selain itu, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP juga telah memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat. Ia mendidik anak-anak pembayar zakat yang berumur 18 tahun ke bawah agar biasa dengan zakat. 

Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Tabung Didik Zakat Ini?
  1. Buka akaun zakat dengan serendah RM10
  2. Ibu Bapa boleh membantu anak-anak untuk membuka akaun zakat tersebut di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP
  3. Tabung Didik Zakat akan diberikan secara PERCUMA.
PU Azman juga merupakan selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP dalam program Tabung Didik Zakat buat kanak-kanak. 

Sekali lagi, PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam di Wilayah Persekutuan untuk merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak ASNAF sebanyak 2.5% yang ada dalam harta kita. 

Kempen Tabung Didik Zakat by PU Azman

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk atau layari:

Website

Talian Bebas Tol Zakat
1-300-88-5757

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'
‘SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT’

#tabungdidikzakat #sicilikcelikzakat #menabunghinggaberzakat #mulakanzakatdiusiamuda #ppzmaiwp #YearendZakat

Selasa, 14 Ogos 2018

Amalan Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah... hari ini kita sudah pun memasuki hari kedua di bulan Islam yang baru iaitu Zulhijjah. Bulan di mana ramai umat Islam yang berkemampuan menunaikan haji bagi melengkapkan rukun Islam yang ke-5. Banyak manfaat dan ganjaran yang sangat besar di sisi Allah SWT. Semoga mereka yang sedang mengerjakan ibadah haji mendapat haji yang mabrur.


Tidak ketinggalan juga kita yang ingin mendapat keredhaan Allah SWT dengan memperbanyakkan amalan sunat agar hati lebih tenang dan kehidupan berjalan lancar. Seperti yang kita tahu, dalam bulan yang baik ini, Allah telah menyediakan banyak amalan istimewa yang besar ganjarannya untuk hamba-hambanya. 

Ini memberikan kepada semua muslim untuk semakin dekat dengan Allah SWT dan sedar akan tanggungjawab sebagai hambanya. 

Setiap pagi, terbitnya fajar di alam fana ini, sebelum memulakan sesuatu tugas, elok kiranya kita cuba mengerjakan ibadah Solat Sunat Dhuha. Ia merupakan solat sunat yang begitu banyak kelebihan dan manfaat dalam kita menempuh kehidupan seharian kita.

Solat Sunat Dhuha boleh diertikan sebagai "pagi hari" atau sebagai "panas sinar matahari", di tempat lainnya. (Surah Thaha:59, Surah Al-A'raf:98 dan Surah An-Nazi'at:46). 

Apakah Kelebihan Mendirikan Solat Sunat Dhuha?
  1. Sebagai wasiat dan sunnah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, "Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir." [Hadis Riwayat Bukhari]
  2. Nilaian sedekah bagi seluruh sendi tubuh manusia. Diriwayatkan daripada Buraidah bahawa ia berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda; Pada diri manusia terdapat 363 ruas. Ia memiliki kewajiban bersedekah atas setiap ruas tersebut. Para sahabat bertanya, Siapakah yang mampu melakukan hal itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda, Ludah di dalam masjid yang ia timbun (dibersihkan) atau sesuatu (penghalang) yang ia singkirkan dari jalanan. Jika engkau belum mampu, dua rakaat solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili kewajipanmu bersedekah. Selain itu, solat dhuha juga adalah sedekah yang setanding dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berdakwah dan mencegah kemungkaran.”
  3. Memperoleh keuntungan (ghanimah) yang besar. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya. (Sahih al-Targhib: 666)
  4. Dibangunkan sebuah rumah di syurga. Bagi golongan yang rajin mengerjakan solat dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” (Sahih al-Jami’: 634)
  5. Mendapat rezeki dengan segera. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)
  6. Mendapat pahala umrah. Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih Al-Targhib: 673)
  7. Mendapat keampunan dosa terdahulu. “Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Cara Mengerjakan Solat sunat Dhuha

Hukum mengerjakan solat Dhuha adalah sunat muakkadah iaitu amalan sunat yang sangat-sangat dituntut untuk dilakukan oleh umat Islam.

Secara asasnya, solat Dhuha juga sama seperti solat-solat sunat yang lain. Solat Dhuha boleh dilakukan dari 2 rakaat sehinggalah 12 rakaat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah R.A., beliau berkata (Shahih Muslim, 1176):
Ùƒَانَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ ÙŠُصَÙ„ِّÙŠ الضُّØ­َÙ‰ Ø£َرْبَعًا ، ÙˆَÙŠَزِيدُ Ù…َا Ø´َاءَ اللَّÙ‡ُ
“Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam shalat Dhuha sebanyak empat (rakaat), kadang beliau menambah mengikut keinginannya.”
1.Niat Solat Dhuha
Niat solat dhuha dalam rumi : Ushollii sunnaatadluhaa rak’ataini mustaqbil alqiblati adaa-a llillaahi ta’aala.”
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.
2. Bacaan Surah Dalam Solat
Dari segi rukun, tertib dan lain-lainya, solat dhuha adalah sama seperti solat wajib. Cuma ada bacaan surah-surag tertentu yang diajurkan ulama’ untuk dibaca semasa solat Dhuha.
i.  Sekiranya mengerjakan Solat sunat Dhuha sebanyak dua rakaat:
Klik pada nama surah diatas untuk melihat ayat/surah dan maksudnya dengan lebih jelas
ii. Sekiranya mengerjakan Solat Sunat Dhuna lebih dari empat rakaat:
Ini hanyalah anjuran para ulama’, anda juga boleh membaca apa-apa surah semasa mengerjakan solat ini kerana tiada surah khusus yang digariskan Rasulullah SAW.
Doa Dhuha
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu
Kecantikannya Kecantikan-Mu
Keindahannya Keindahan-Mu
Kekuatannya Kekuatan-Mu
Kekuasaannya Kekuasaan-Mu
Perlindungannya Perlindungan-Mu

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, per-Mudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-Mu, keindahan-Mu
Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Jumaat, 3 Ogos 2018

Segeralah Bertaubat Jika Berburuk Sangka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semua orang pasti tahu akan natijahnya berburuk sangka pada orang. Buruk sangka dan suka mencari salah orang lain adalah satu perbuatan yang sangat dimurkai Allah S.W.T. Sifat buruk sangka ini boleh membawa kepada perpecahan ummah. 


Buruk sangka adalah satu sifat mazmumah manakala mencari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya prasangka buruk dalam hati. Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin ada berkata, jauhilah prasangka buruk ini kerana ia adalah satu tindakan yang mengundang dosa. 

"Apabila timbul buruk sangka, sudah tentu akan ada rasa untuk mencari kesalahan sehingga terbuka kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu."

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah dari kamu mengumpat sesetengahnya. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan berkenaan) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Prasangka Buruk Kerana Iri Hati

Allah SWT mengingatkan juga, sebahagian dari prasangka itu perbuatan dosa kerana ia timbul daripada rasa iri hati atau dengki terhadap seseorang. Ia juga menyebabkan timbul tuduhan tidak berasas kerana orang lain turut melakukan perbuatan serupa yang menambahkan prasangka sedia ada.

Teknologi hari ini yang tiada sempadan meluaskan penyebaran maklumat turut menyumbang kepada meracuni akal manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan antara fitnah dan hak. Oleh itu, sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT, kita hendaklah menjaga pertuturan atau berdiam diri.

Rasulullah SAW pernah bersabda; "Barang siapa yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT dan Hari Akhirat maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam." (Riwayat Imam al-Bukhari)

Menurut Ustaz Muhammad, seseorang itu mudah benar terpengaruh dengan sangkaan yang dibuat oleh orang lain atas tiga sebab. Pertama, disebabkan tidak kenal orang itu. Elakkan mencari kekurangan orang lain, tetapi bergaullah dengan baik.

Seterusnya, bagi mengelakkan terpengaruh dengan segala perkhabaran yang tidak dipastikan kesahihannya, penting untuk kita sentiasa peka dan memahami situasi yang dilalui oleh individu berkenaan.

Jika diabaikan perkara sebegini, sifat buruk sangka akan sentiasa berlanjutan. Jiwa akan hancur luluh, perasaan tertekan, rumah tangga runtuh, kedamaian musnah, masyarakat menjadi porak-peranda.


Semua itu terjadi kerana buruk sangka. Islam mendesak umatnya supaya mendahulukan bersangka baik daripada cepat bersangka buruk. Hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan.

Selain itu, individu yang tidak mempunyai pendirian akan mudah juga terpengaruh dengan segala sangkaan negatif yang diterima daripada pihak lain. Apabila menerima maklumat atau berita negatif mengenai sesuatu berkaitan peribadi seseorang, selidik (tabayyun) terlebih dahulu.

Jangan terus mempercayai atau memberi maklum balas secara negatif. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Kesimpulannya, dalam melayari kehidupan di dunia ini, disarankan agar tidak sesekali berburuk sangka dan mudah terpengaruh dengan pihak lain yang sememangnya suka mencari kesalahan orang lain.

Sumber: Berita Harian