Jumaat, 21 Disember 2018

Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP Memberi Kanak-Kanak Pendedahan Sedari Kecil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Harta yang kita miliki ini semuanya hanyalah pinjaman dari Allah SWT. Dia yang memberi. Dia yang memilih kita untuk diberikan rezeki ini. Kita semua ini adalah pemegang amanah. Justeru, di akhir tahun 2018 ini, pasti ramai sudah berkira-kira pendapatan tahunan yang diperolehi. Namun, di sebalik kekayaan yang diperolehi itu, sudahkah kalian berinfak atau mengeluarkan zakat 2.5% daripada harta yang dimiliki itu?

Kredit Photo: Blog Tengkubutang

Sebelum itu, jom LeYa terangkan sedikit Apa Itu Zakat?

Zakat seperti yang kita tahu merupakan rukun Islam yang kelima. Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan ASNAF.

Jadi, LeYa ingin mengajak korang semua yang berkemampuan untuk menunaikan zakat bagi menyucikan harta dan mendapat keberkatan dalam memperolehi lagi rezeki akan datang. Rasanya korang dah tahu yang zakat terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Zakat Harta, Zakat Pendapatan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Mana-mana di antara korang yang mungkin teralpa atau lupa untuk membayar zakat, boleh membuat bayaran dengan kaedah Qada Zakat. Mudah kan! Jadi, tiada alasan untuk tidak tunaikan tanggungjawab membayar zakat.

Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP yang mengendalikan zakat bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ada membuat beberapa kaedah pembayaran zakat melalui 4 cara iaitu:

  1. Kaunter PPZ-MAIWP
  2. Portal PPZ-MAIWP
  3. Perbankan Internet
  4. Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP

Selain itu, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP juga telah memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat. Ia mendidik anak-anak pembayar zakat yang berumur 18 tahun ke bawah agar biasa dengan zakat. 

Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Tabung Didik Zakat Ini?
  1. Buka akaun zakat dengan serendah RM10
  2. Ibu Bapa boleh membantu anak-anak untuk membuka akaun zakat tersebut di mana-mana kaunter zakat PPZ-MAIWP
  3. Tabung Didik Zakat akan diberikan secara PERCUMA.
PU Azman juga merupakan selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP dalam program Tabung Didik Zakat buat kanak-kanak. 

Sekali lagi, PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam di Wilayah Persekutuan untuk merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak ASNAF sebanyak 2.5% yang ada dalam harta kita. 

Kempen Tabung Didik Zakat by PU Azman

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk atau layari:

Website

Talian Bebas Tol Zakat
1-300-88-5757

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'
‘SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT’

#tabungdidikzakat #sicilikcelikzakat #menabunghinggaberzakat #mulakanzakatdiusiamuda #ppzmaiwp #YearendZakat

10 ulasan:

  1. bagus didik anak2 untuk menabung dari kecik. Dan salah satu cara dengan buka akaun zakat ni kan leya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Kak Ana. Anak-anak pun ada juga lah aktivti bermanfaat mereka..

      Padam
  2. bagus mendidik anak-anak tentang pentingnya zakat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Galakan dari kecil, bak kata pepatah "Meluntur buluh biarlah dari rebungnya."😊

      Padam
  3. Bagus diadakan kempen menabung ni untuk anak anak. Sekurang kurangya kita boleh didik mereka menabung sambil berzakat dan memdedahkan mereka hikmah bila berzakat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kan Mimi.. Anak-anak ni memang kene dididik seawal usia mereka. Barulah mereka akan buat

      Padam
  4. Alhamdulillah. Suka dengan usaha PPZ-MAIWP dalam usaha mendidik anak dari kecil untuk berzakat :) Dah lah tabung dia pun comel sangat !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x... Seusia muda ni la mereka perlu dididik...

      Padam
  5. Alhamdulillah. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan dan memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang pentingnya berzakat.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com