Saturday, 15 December 2018

Merentasi Cabaran Di Skytrex Adventure Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kembali semula untuk LeYa kongsikan pengalaman pertama dalam Travelogue melakukan aktiviti lasak di Skytrex Adventure Melaka

Buat pengetahuan korang bukanlah yang pertama LeYa melakukan aktiviti lasak. Sebelum ni pernah juga di PLKN, aktiviti pengakap ketika di sekolah dan aktiviti flying fox ketika di universiti. Banyak je sebenarnya. Cuma, untuk kali ini LeYa akan merentasi laluan dari pokok ke pokok yang sangat tinggi. Mulanya ada rasa cuak dan berdebar juga. Dapat ke agaknya habiskan cabaran ni. Alhamdulillah… dalam kepenatan tuh, LeYa berjaya menamatkan cabaran sehingga akhir. 


Cabaran di sini ada 3 kategori iaitu Beginner, Medium dan Extreme. Memandangkan ramai dan kesuntukan masa, LeYa pada ketika itu hanya berkesempatan membuat cabaran sehingga yang medium sahaja. InsyaAllah, ada rezeki, LeYa nak cuba lah yang extreme sebab teruja laluan yang ada basikal tu. Hehehe… 

Okay… Jom ikuti pengembaraan LeYa merentasi cabaran di situ.


Skytrex Ayer Keroh, Melaka

Kalau korang nak tahu lokasi skytrex ni, ia betul-betul berada di dalam hutan Kampung Buku, Ayer Keroh. Alaa… korang waze je. Confirm jumpa punya. 

Selesai mendaftar dan menandatangani borang persetujuan untuk melakukan aktiviti lasak, korang akan diberikan peralatan keselamatan sebelum memulakan aktiviti.

Siap-siap pakai. Apa lagi? Kasi gambar lah dulu sebagai kenangan kan. Hehehe…



Aktiviti pun bermula. LeYa membuat percubaan dahulu di bahagian beginner supaya nanti tak lah rasa cuak sangat meneruskan aktiviti yang tinggi. Laluan semakin jauh dan tinggi. Dada semakin berdegup kencang dan otak ligat memikirkan, “Boleh ker aku abeskan ni…”. Diteruskan jua walau berdebar dan penat.

 

Part yang paling disukai ialah flying fox. Dek kerana terlalu banyaknya aksi tuh, LeYa jadi alah bisa tegal biasa. Ceehhhh… berlagak pulak. Tadi punyalah penakut cuak kan. Hahaha… Serius weyyyhhh… Lama-lama dah tak rasa apa dah. Rasa makin seronok pula. Sebab tu la berjaya selesaikan sampai ke akhir walaupun agak lambat berbanding kawan-kawan yang lain.





So, kalau korang datang dan singgah Melaka, apa kata korang cuba lakukan aktiviti lasak ni. Barulah syok kan! Asyik-asyik shopping je. Sekali-sekala uji ketahanan fizikal pasti seronok. Oh Ya! Skytrex Adventure ni juga ada lagi dua cawangan iaitu di Shah Alam dan Langkawi. Jadi, korang boleh lah buat pilihan mana destinasi yang korang nak tuju.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari

SKYTREX ADVENTURE MELAKA
Jalan Taman Botanikal, 75450 Durian Tunggal, Melaka

Website

Telefon
018 – 909 5679 


Travelogue Melaka ini dibawakan khas sempena LeYa menjalani Team Building kolaborasi tempat kerja LeYa. Terima kasih untuk penaja utama – Ministry of Finance, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Skytrex Adventure Sdn Bhd.
Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. Wahh kat Melaka pun dah ada skytrex yer.. Haritu tengok kat Penang ada.. Hee seronok ni warga melaka kena cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul.. Ade dah.. And best sgt taw dapat join skytrex ni

      Delete
  2. terbaiklah bukan semua org kental mcm ni

    ReplyDelete
  3. Salute dgn Leya..akk mmg gayat sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Memang minat juga nak buat aktiviti mcm ni.. Tu yg berusaha keras tu😁😁

      Delete
  4. Suka aktibiti mencabar macam ni .Seronok .Tabik spring kt Leya dan suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Memang dari dulu sangat suka buat aktiviti mcm ni.

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com