Sabtu, 15 April 2023

Raikan Penuh Bergaya Raya Anda Dengan Kieslect Calling Watch KS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Menjelang Hari Raya ni pasti ramai yang akan bertukar semua baharu dari perhiasan rumah, diri dan kereta. Tak terkecuali juga LeYa. Dek minat mengumpul koleksi jam tangan, kali ni LeYa telah membeli sebuah jam tangan pintar berjenama Kieslect Calling Watch KS.

Seperti kita tahu, jam tangan zaman kini bukan lagi seperti zaman dahulu yang hanya menggunakan mekanikal dan analog ataupun digital yang ringkas. Kepesatan teknologi telefon pintar hari ini telah dipindahkan kepada jam tangan yang menjadikan ianya dikenali sebagai jam tangan pintar.

Jam tangan pintar ini bukan sahaja menunjukkan waktu dan tarikh, malah mampu untuk menunjukkan fungsi lain seperti kadar degupan jantung, merekodkan aktiviti harian dan sukan seperti berlari, berbasikal, menjawab panggilan, mendengar muzik dan banyak lagi fungsi lain. 

Kenapa LeYa Memilih Kieslect Calling Watch KS?

Pertamanya yang membuatkan LeYa suka dengan Kieslect Calling Watch KS ni adalah paparannya Super MOLED 1.78" (368*448) yang mana perkiraan LeYa, paparannya besar dan berwarna-warni untuk kita melihat paparannya dengan jelas tanpa sebarang gangguan. 


Fungsi yang kedua yang buat LeYa jatuh hati adalah kestabilan sambungan Bluetooth 5.2nya. Sambungannya yang lebih kuat daripada jam tangan Huawei GT dan disertakan juga dengan pembesar suara dan mikrofon yang sangat jelas dan kuat untuk menjawab panggilan telefon serta mendengar muzik/lagu dari peranti telefon.


Bukan itu sahaja, Kieslect Calling Watch KS juga dapat memberi Amaran Kadar Jantung Tidak Normal serta mengawal kadar denyutan jantung kita setiap hari, 24/7. Caranya dengan menetapkan julat kadar denyutan jantung tertinggi dan terendah yang kita inginkan dan kita akan menerima amaran apabila berada di luar julat. Ini merupakan fungsi yang sangat baik kepada ahli sukan atau individu yang bekerja di bawah tekanan berat.


Selain itu, fungsi-fungsi lain yang ada pada Kieslect Calling Watch KS ini, ia memiliki akses menu yang pantas, butang pintasan pelbagai fungsi yang boleh disesuaikan dan juga Multi-function Second Button yang menawarkan pelbagai pilihan termasuk pilihan mod sukan dengan sekali tekan, mengaktifkan voice assistant dengan menekan dua kali dan memasuki mod bantuan SOS dengan tindakan tekan dan tahan selama beberapa saat.




Tambahan lagi, Kieslect Calling Watch KS mempunyai Quick Release Magnetic Strap dan boleh dipakai dengan empat cara. Ini akan menampakkan lagi LeYa kelihatan lebih bergaya dan dapat memenuhi keperluan LeYa sebagai sebagai seorang Influencers. 


Ada banyak lagi fungsi-fungsi yang terdapat pada Kieslect Calling Watch KS ni. Antaranya, ia sentiasa di paparan depan, mempunyai Handy Navigation Crown Button, boleh menukar jam dengan mudah, terdapat AI Voice Assistant, Music Player yang memiliki bunyi dengan kualiti yang tinggi serta terdapat 100 mode sukan, SPO2, Heart Rate, Sleep Monitoring, Breathing Training, Pressure Test dan Emotion Test. Semua ini dapat membantu dan mengetahui keadaan kesihatan kita lebih baik dari sebelumnya!


Jam ini juga turut tersedia dengan fungsi IP68 Waterproof dan juga fungsi menarik lain seperti Built in Games, Customize watch faces, Password Protection, Find Phone, Camera control, Drinking reminder, Calculator, Whether Forecast, Alarms, Timer, Stopwatch dan Flashlight

Kieslect Calling Watch KS juga merupakan jam pintar ketiga yang menggunakan 2-in-1 Core calling chip selepas jam pintar Apple dan Samsung. Melalui penggunaan chip ini, penggunaan tenaganya adalah 30% lebih rendah berbanding cip dual yang dapat memanjangkan jangka hayat bateri itu. 


KAT MANA NAK DAPATKAN KIESLECT CALLING WATCH KS?

Dah dua minggu LeYa menggunakannya, LeYa dapati kehidupan seharian LeYa lebih bermakna dengan memakai jam ini. Untung-untung terlebih makan, LeYa pun cepat-cepatlah membakar kalori dan boleh terus tengok berapa banyak kalori dah terbakar di jam ini. Barulah senang LeYa nak capai semula berat badan ideal lagi-lagi nak Hari Raya ni. Yang bestnya lagi, LeYa boleh semak tahap kesihatan LeYa samaada LeYa ni sihat atau stress!

BERITA BAIK BUAT PEMBACA BLOG LEYA!

Aha! Tahniah buat korang yang dah berjaya habiskan bacaan di Blog LeYa ini. Jadi, dengan rasa terharu dan rendah diriniskaun dengan korang semua yang ingin membeli jam tangan Kieslect Calling Watch KS ni dengan hanya menggunakan koapat potongan RM10!

Platform Jualan Rasmi Kieslect

Shopee
 
Platform Sosial Media Rasmi Kieslect Official

Facebook

Instagram

Twitter

Lemon8

TikTok

#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness   

Jumaat, 14 April 2023

Salam Hari Raya - Jelmaan Aura P.Ramlee Dalam Lagu Hari Raya Terbaru Nyanyian P.Radhi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Setelah popular dengan lagu 'cover' Tiara dan Suatu Masa, kini penyanyi yang dikatakan mirip suara seniman agung kita, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu P.RADHI muncul dengan lagu hari raya ciptaan baru berjudul SALAM HARI RAYA.

P.RADHI yang merupakan penyanyi eksklusif di bawah syarikat rakaman Luncai Emas sangat teruja mendapat lagu hari raya ciptaan baru itu. Sesuatu yang amat ditunggu olehnya kerana sebelum ini beliau sering menyanyikan lagu-lagu 'cover' sahaja.

Lagu "Salam Hari Raya" ciptaan oleh komposer dan pemuzik AR Wanz dan lirik ditulis oleh Keon, menampakkan P.RADHI semakin menghampiri kesamaan dengung suaranya dengan seniman agung tanahair ini.

Komposer AR Wanz atau nama sebenarnya Mohd Ridzuan Taib, idea lagu ini terhasil dari mimpi beliau kepada seniman agung P.Ramlee yang sedang mengalunkan sebuah irama sambil memetik gitar. Namun apabila AR Wanz tersedar, beliau tidak berapa dapat mengingatkan secara keseluruhan melodi di dalam mimpinya. Cuma beliau dipandu oleh sedikit saki baki ingatan dan terus melengkapkan melodi tersebut. Mungkin atas kebiasaannya memainkan lagu-lagu Allahyarham dalam banyak persembahan di luar membuatkannya bermimpi akan seniman agung kita ini. Wallahuallam.

Menurut Keon pula, gaya lirik Salam Hari Raya ini lebih kepada gaya penulisan dan sebutan cara lama manakala inti maksudnya mengagungkan kebesaran Yang Maha Esas dan kemenangan kita melawan nafsu diri. Itulah yang saya tekankan terhadap makna hari raya. Keon juga telah menghasilkan lagu-lagu bercorak sebegini seperti Pertama Ramadhan Ini (Fotograf), Menyantun Kasih (Siti Nordiana) dan Kejoraku Bersatu (Search).


Lirik Lagu Salam Hari Raya
P.Radhi

BERGEMA TAKBIR
DI HENING PAGI SYAWAL
SAYU MENYENTUH HATI
MENDENGARNYA

KU LIHAT LANGIT
SEMAKIN BERSINAR CAHAYA
KU RASA BERSYUKUR
DAPAT NIKMAT HARI RAYA

HARI MULIA
HARI MENANG KITA
TERTEWAS NAFSU DIRI
KITA RAI DI AIDILFITRI

SALAM HARI RAYA
SEGALA PUJI MAHA ESA
AMPUN DIPINTA
HARI MULIA

BERSIHKAN LAH DIRI
ZAHIR DAN BATIN TERPUJI
SEMOGA KITA DI DALAM
RESTU ILLAHI

Lagu SALAM HARI RAYA sudah boleh distrim mulai 14 April ini di semua peranti seperti Apple Music, Joox, Spotify dan Itunes Store manakala sebuah video juga akan dilancarkan juga pada 14 April ini di Youtube Luncai Emas.


Sabtu, 8 April 2023

Buat Panggung Wayang Sendiri Dengan INLAB Senz Projector

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Okay... Dah tak perlu nak bersesak lagi pergi wayang. Kini, korang boleh alaminya sendiri di rumah dengan INLAB Senz Projector. LeYa pasti bukan LeYa sorang sahaja yang suka tonton movie kan. Korang pun mesti suka. Hari-hari layan cerita dekat TV sahaja pun bosan juga kan. At least nak jugak lah layan K-Drama ke, movie luar negara ke, barulah best. Lagi-lagi bila dapat tonton bersama seisi keluarga. Jadi, dengan adanya INLAB Senz Projector, LeYa rasa lebih syok tonton movie hanya di rumah.

Actually, LeYa dapat tahu tentang INLAB Senz Projector ni dari seorang rakan. Borak punya borak mengenainya, LeYa terus teruja. "Syok juga ni kalau ada satu kat rumah... Boleh tengok movie dengan pancarkan dekat dinding bilik tidur. Besar sikit macam tengok kat wayang kan..." bisik hati kecil LeYa saat berbual mengenainya dengan rakan. 

Dan, LeYa pun balik lah ke rumah untuk explore lagi tentang projector ni. Kalau korang nak tahu apa yang menarik tentang INLAB Senz Projector ni, jom jemput baca sampai habis.

1) Paparan Skrin 1080P (Dapat sokong sehingga 4K)

LeYa nak katakan memang superb clear lah masa korang tonton dengan INLAB Senz Projector ni. Kualiti dan sharpness video yang dipaparkan memang sangat terbaik. Selain itu, korang akan turut merasai Full HD yang sangat awesome! Kalau korang zoom-in pun, visual yang dipaparkan tidak pecah. 

2) Dolby Audio Certified Sound System

Of course lah part nak tengok movie, sound system wajiblah power! Dengan INLAB Senz Projector, korang akan dapat merasai satu pengalaman yang luar biasa seperti berada di panggung wayang sebenar. Hal ini kerana INLAB Senz Projector menggunakan sistem bunyi yang diperakui Dolby Audio. Dolby Audio ini juga memiliki pembesar suara yang sangat jelas, kuat dan tajam.

3) Auto & Electronic Focus & 4 Point Keystone

Dengan INLAB Senz Projector, korang akan turut merasai ciri-ciri dan fungsi auto electronic focus nya. INLAB Senz Projector ni akan membantu korang melaraskan lensanya secara automatik apabila korang memancarkan projektor ini ke mana-mana dinding di rumah. Hasilnya, korang akan dapat paparan skrin segi empat tepat yang elok dan sempurna.

INLAB Senz Projector turut mempunyai fungsi 4 Point Keystone. Korang pancarkanlah kat mana-mana dinding waima dinding tersebut tidak rata, visual yang dipaparkan akan tetap lurus dan cantik. Ini kerana ciri-ciri 4 Point Keystone boleh melaraskan sudut skrin tetap menjadi segi empat tepat.

4) Various I/O Ports / Connectivity

Menerusi INLAB Senz Projector ni, korang bukan sahaja boleh tonton movie, malah boleh bermain games dan juga boleh digunakan untuk tujuan pembentangan. Ini kerana pada bahagian belakang projektor terdapat port USB tersedia. Sambungan 2x USB, 2x HDMI, 1x & 3.5mm Headphone Jack. INLAB Senz Projector mempunyai pelbagai potensi untuk berkhidmat. Jadi, ianya tidak akan mengalami sebarang masalah saat akhir jika memerlukan sebarang port input.

5) Harga

Setelah selesai membaca kelebihan yang ada pada projektor ni, LeYa jamin korang akan kata harganya beribu-ribu kan. Tapi hakikatnya, korang pasti terkejut bilamana LeYa katakan yang harganya kini dijual pada harga RM989.90 (harga selepas diskaun). Ha! Murah kan?

Kalau korang nak lagi jimat, guna kod diskaun INLA0030 dan korang akan dapat diskaun tambahan sebanyak RM30.  Memang berbaloi-baloi lah jika korang dapat invest ke INLAB Senz Projector ni di rumah. 

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh terus ke laman web INLAB seperti di bawah. Pembelian juga boleh dilakukan secara atas talian menerusi platform Shopee dan Lazada.

Website
https://inlab.com.my/pages/the-senz

Shopee
https://shope.ee/8zVy4WmnFZ

Lazada
https://s.lazada.com.my/s.fjRBK