Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Okay... Kali ni LeYa nak kongsikan cerita mengenai satu pengumuman kerjasama strategik antara Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), pemaju induk projek, Selangor Maritime Gateway (SMG) dan KRU Entertainment Sdn Bhd (KRUESB) dalam melancarkan pembangunan Magika Studios, yang juga merupakan sebuah destinasi eko-pelancongan dan didik-hibur terbaharu di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Tarikan ini menggabungkan keindahan alam semula jadi, teknologi moden dan elemen penceritaan kreatif bagi meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan Sungai Klang.

Terletak di kawasan Mangrove Point seluas 70 ekar, yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Raja Lumu, Magika Studios bakal menjadi tarikan unik yang mempamerkan keindahan hutan paya bakau serta mempromosikan nilai kelestarian melalui hiburan dan pendidikan.
Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan berasaskan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) di bawah SMG, yang menekankan penggunaan teknologi dan hiburan sebagai medium pendidikan alam sekitar kepada masyarakat. Ia menonjolkan bagaimana pembangunan mampan dapat diwujudkan selaras dengan pemeliharaan ekosistem semula jadi, sekali gus menjadikan Sungai Klang bukan sekadar sungai yang dipulihkan, tetapi nadi baharu kepada ekonomi hijau dan pelancongan negeri.
Melalui persembahan cahaya imersif dan penceritaan kreatif menggunakan watak-watak dongeng tempatan, Magika Studios dibangunkan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap inisiatif LLSB sebagai agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab memulihkan dan memelihara ekosistem Sungai Klang.

- Persembahan ''animatronics" dan audio visual yang menghidupkan watak-watak dongeng tempatan dan mesej pemeliharaan alam sekitar
- Pencahayaan 'immersive' di hutan paya bakau
- Pameran untuk memupuk perasaan sayang terhadap haiwan
- Aktiviti lawatan berpandu di sepanjang 1 kilometer 'boardwalk' untuk menikmati keindahan hutan paya bakau dan hidupan liar di habitat semula jadi
- Aktiviti sungai dan air untuk pelancong dan komuniti setempat









.jpeg)

.jpeg)










































