Jumaat, 30 Januari 2009

KenaNgan bErSama tEmaN-TemAn...


KenanGan bErSama kaLian tidak dpt kUlupakan...rinDu ler inGin bErsAma..


NukiLan & cipTaan oLeh aKu sEndRi r...hehe..


pEnGaLaman meNgajaR ku erTi keHidupan yg sebeNar...Love you all...


Kembalikanlah kenanGan kiTa berSama tika suka dan duka...


aKu sGt merindui kamu semua...Jgn lupakan kisah suka duka kita yer...Wassalam..

Rabu, 28 Januari 2009

Berakhir Sebuah Cinta

Ika menyandar di kerusi keretanya. Terasa penat seluruh anggota badannya. Ingatannya sudah terbayang tilam yang empuk dan hatinya ingin pulang cepat. Dia terus menghidupkan enjin kereta Satria GTinya dan memecut laju membelah jalan. Hatinya ingin pulang cepat untuk berehat.
“Assalamualaikum…ibu. Oh! Ibu…”jerit Ika dari luar rumah.
Tanpa sempat ibunya menjawab salam, Ika bergegas masuk ke rumah dan terus menuju ke kamarnya. Hatinya sudah melonjak gembira melihat katil. Letihnya di pejabat tadi hanya Tuhan yang tahu. Tanpa menukar pakaian, dia merebahkan diri di atas katilnya itu. Ibu hanya menggelengkan kepala melihat telatah anaknya itu.
“Ika…kalau iyepun penat, pergilah tukar baju tu dulu..”kata ibunya.
“Baik ibu”. Ika menjawab dengan penuh sopan.
Ibu hanya menggelengkan kepala lagi. Itulah seorang anak perempuannya. Sudah masak dengan perangai dan tingkah lakunya apabila pulang dari pejabat. Sikapnya juga yang tidak pernah membantah dan meninggikan suara kepada kedua orang tuanya membuatkan satu perasaan bangga bagi diri ibu yang melahirkannya. Maziana, ibu kepada Ika bangga memiliki anak sepertinya kerana masih pandai menjaga hati dan perasaan orang tua. Namun, kadang-kadang bila hatinya tersentuh, sukar juga untuk diubati.
Ika atau nama sebenarnya Zulaikha binti Ariffin merupakan anak sulung dari empat adik beradik iaitu Zulkifly, Zulhisyam dan Zulhafiez. Zulaikha yang merupakan anak tunggal perempuan kepada pasangan Ariffin dan Maziana berumur 26 tahun. Dia yang mempunyai lepasan Ijazah dalam bidang Juruukur Bahan telah bekerja di syarikat terkemuka di Johor Bahru sebagai Pegawai Juruukur Bahan. Zulkifly selaku anak kedua kepada pasangan tersebut pula berumur 22 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di bidang Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Zulhisyam pula berumur 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Anak bongsu, Zulhafiez masih berumur 14 tahun dan bersekolah di tempat yang sama dengan abangnya, Zulhisyam.
Ika seorang gadis yang periang sentiasa ceria apabila berhadapan dengan orang ramai. Sifatnya yang peramah, bertanggungjawab, rajin, jujur dan bermotivasi menyebabkan ramai yang tertarik hati dengannya.

Maghrib hampir tiba. Ika baru tersedar dari mimpi tidurnya. Begitu enak sekali tidurnya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Itupun dengan bantuan dari ibunya, barulah dia tersedar dari tidurnya. Kalau tidak, mahu saja dia melelapkan mata lagi.
“Ika...bangun nak. Dah nak maghrib ni. Tak elok tidur pada waktu macam ni.”lembut suara seorang ibu mengejutkan tidur anaknya.
“Ermmm.... Arrggghhhh.... Penatnya badan Ika, bu..” Ika menggeliatkan seluruh anggota badannya.
“Yela tu. Dah bangun Pegi mandi. Kejap lagi dah nak maghrib. Nanti mengamuk pula ayah kamutengok anak-anaknya melengahkan solat. ”kata ibunya.
Itulah sifat ayahnya, Ariffin. Soal solat lima waktu dia sentiasa tegas. Tidak mahu melihat anak-anaknya memperkotak-katikkan hukum Allah. Ika tahu semua itu. Dia lantas bangun menyambar tuala di ampaian biliknya dan bergegas menuju ke bilik mandi. Terasa segar anggota badannya setelah selesai mandi. Tenang hatinya dan dia melihat ke arah jam dinding. Dia cepat mempersiapkan dirinya pula untuk menunaikan solat maghrib bersama keluarga.
“Ika! Hisyam! Hafiez! Cepat! Kan dah masuk waktu maghrib ni. Ape lagi yang kamu buat tu. Hari-hari nak kena ayah marah ke? Kamu semua kan dah besar. Sepatutnya dah boleh berfikir. Lain kali nak mandi sebelum masuk waktu. Jangan nak dekat masuk baru terhegeh-hegeh. ”jerit ayahnya dari dalam bilik solat.
Masing-masing gelabah apabila mendengar jeritan dari ayahnya. Mereka terus menuju ke bilik solat. Setelah selesai Hisyam melaungkan Iqamah, mereka menunaikan solat maghrib secara berjemaah.
Ariffin menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anaknya tentang kewajipan menunaikan solat fardu. Mereka selalu menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah.
Sementara menunggu waktu solat Isyak, mereka sekeluarga membaca surah yassin. Kadang-kadang mereka akan membaca Al-Quran sebagai penenang hati di kala kesulitan. Itulah kata-kata ayahnya setiap kali mereka adik-beradik dilanda masalah.
“Sebagai penenang hati dan jiwa di kala kesulitan, kamu bacalah ayat-ayat suci al-quran nur qarim. InsyaAllah hati kamu akan sejuk dan kamu dapat menyelesaikan segala kekusutan hati kamu dengan baik. Selain itu, kita juga rajinlah menunaikan solat sunat yang diajar dalam agama Islam. Islam itu indah. Allah tidak pernah mengabaikan penganut agamanya jika ditimpa kesusahan. Oleh itu, ayah nak ingatkan pada anak-anak ayah, jaga solat kita supaya sempurna. Jangan main-main. Sebab tu ayah selalu marah bila kamu melewatkan solat. ”kata ayahnya dengan panjang lebar.
Anak-anaknya mendengar dengan penuh kusyuk tazkirah dari ayah mereka. Timbul perasaan bangga dalam diri Ika kerana memiliki seorang ayah yang bertanggungjawab, penyayang, berdisiplin dan sebagainya. Ika yang merupakan anak sulung sudah masak dengan perangai ayahnya.

Azan Isyak berkumandang dari peti suara di surau tempat mereka tinggal. Zulhisyam bersedia pula untuk melaungkan Iqamah setelah selesai azan dilaungkan. Mereka menunaikan solat fardu Isyak secara berjemaah sekali lagi. Kusyuk sekali mereka menghadap Ilahi. Usai dari solat Isyak, ibu bergegas ke dapur untuk menyediakan hidangan makan malam. Ika juga menuruti ibunya untuk membantu meringankan beban. Makanan telah dihidangkan di atas meja. Ibu memanggil semua ahli keluarganya untuk menikmati hidangan tersebut.
“Makan malam dah siap. Marilah makan. Nanti sejuk tak sedap.”panggil ibunya dari meja makan.
Mereka terus menuju ke meja makan. Bau hidangan yang dimasak ibu sungguh menyelerakan. Lagi sekali Ika menyimpan perasaan bangga dalam dirinya kerana memiliki seorang ibu yang pandai memasak. Memang sungguh sedap makanan yang dimasaknya. Ibu juga mempunyai sifat bertanggungjawab, rajin, taat pada suami dan penyayang dan membuatkan hati Ika bangga dengan sikap ibunya itu.

Awal pagi itu dia bangun untuk menunaikan solat subuh. Selesai dari itu, dia bergegas pula mempersiapkan dirinya untuk ke pejabat seperti hari-hari biasa. Dicapainya sepasang baju kurung warna merah jambu dan memakainya. Setelah selesai semuanya, dia menuju pula ke ruang makan untuk bersarapan apabila dipanggil ibunya. Adik-adiknya Hisyam dan Hafiez juga segak berpakaian kemas dengan uniform sekolah. Memang tidak diakui adik-adiknya memang kacak. Itulah yang diwarisi dari ayah mereka. Tanpa melengahkan masa dia bersarapan dengan cepatnya. Dia tidak mahu lewat sampai di pejabat. Waktu-waktu begini jalan di Johor Bahru memang selalu sesak. Mana taknya semua orang menunaikan kewajipan mereka pergi ke kerja mencari rezeki masing.masing. Bagi anak-anak pula pergi ke sekolah menimba ilmu. Semuanya ada tanggungjawab masing-masing.

Sampai sahaja di pejabat dia terus menuju ke biliknya. Dilihat kiri dan kanannya masih tidak ramai lagi yang datang. Dia hanya menegur segelintir yang ada. Walaupun dia sebagai pegawai tetapi dia tidak pernah masam muka dengan anak buahnya. Itulah sikapnya yang disukai ramai pekerja bawahannya.
“Selamat Pagi semua. Apa khabar? Dah sarapan. Mana yang lain.”ramah Ika menyapa mereka.
“Selamat Pagi.”serentak mereka menjawabnya.
“Kami sihat. Dah makan dah tadi kat rumah. Diaorang masih belum datang lagi. Mungkin dalam perjalanan agaknya.”kata salah seorang dari mereka berempat.
Dia terus menuju ke biliknya setelah menegur anak-anak buahnya itu. Di dalam bilik yang berhawa dingin itu, dia tekun menjalankan kerja-kerjanya. Interkomnya berbunyi lantas dia mengangkat telefon di sebelahnya.
“Cik Zulaikha. Pengurus dari Syarikat Mega Holdings dari Kuala Lumpur ingin bertemu cik. Katanya hendak membincangkan soal kos projek di Bali tu. Dia ada di bilik tetamu.”kata setiausahanya, Maria.
“Suruh dia masuk ke bilik saya sekarang.”arahan dari Ika kepada Maria.
Ridzwan masuk ke bilik Ika. Pantas Ika menyuruhnya duduk di kerusi di hadapannya itu. Ridzwan memandang keadaan sekeliling bilik Ika.“Cantik bilik awak. Pandai awak hias bilik di pejabat”tutur bicara Ridzwan dengan baik.
“Eh! Takde lah.biase je. Duduklah dulu. Nanti saya pesankan minuman dari setiausaha saya.”tutur Ika lembut sambil merendah diri.
Matanya tidak berkedip memandang ketampanan wajah Ridzwan itu. Hatinya berdegup kencang tatkala mata mereka bertentang. Perasaan itu bukan saja dirasai Ika seorang. Malah Ridzwan juga turut merasainya. Ridzwan merasakan degupan jantungnya kuat apabila matanya bertentang mata dengan Ika. Namun, masing-masing hanya mendiamkan diri apabila perasaan itu timbul dan terus berbincang tentang masalah yang sebenarnya.
“En Ridzwan. Boleh saya tahu berapa anggaran modal awak dalam pembinaan chalet di Bali tu nanti. Saya perlukan sedikit pengiraan tentangnya.”kata Ika mematikan lamunan Ridzwan.
“Oh! Ya. Hampir terlupa saya untuk memberitahunya. Saya anggarkan dalam RM8 juta. Tapi saya pun belum bincang dengan papa saya lagi. Saya ingin berbincang dengan awak dulu. Lepas tu baru terangkan kat papa saya.”panjang lebar Ridzwan menerangkan.
Perbincangan mereka tamat tepat jam 1.00 tengah hari. Ridzwan menawarkan diri untuk belanja Ika makan tengah hari. Ika tidak menolaknya memandangkan Ridzwan datang dari Kuala Lumpur. Tentu dia ingin menikmati juadah makanan di Johor Bahru ini. Mereka bergandingan memasuki lif dan turun pergi ke kereta Ridzwan. Sekali lagi Ridzwan menawarkan diri agar Ika menaiki keretanya. Ika hanya menurut. Mereka pergi ke arah kereta Ridzwan. Ridzwan menghidupkan enjin kereta BMW III Seriesnya dan meluncur laju keluar dari perkarangan syarikat Alfa Sdn Bhd. Mereka menuju ke sebuah restoran yang dimaksudkan oleh Ika. Restoran Selera Rasa memang terkenal di Johor Bahru. Ika membawanya ke situ memandangkan hanya di situ yang dirasakan sesuai untuk pemuda korporat seperti Ridzwan.
“Saya harap awak tak malu bila makan dengan saya.”luah Ridzwan sebagai permulaan bicaranya.
“Ermmm…mula-mula ada jugak perasaan malu tu. Yela..awak dan saya baru saja berkenalan. Saya pun bukan tahu sangat isi hati awak.Begitu juga awak kan.”kata Ika.
“Saya tak kisah kalau awak nak fakir ape pun. Saya faham. Semua gadis pada mulanya takut untuk keluar dengan orang yang baru mereka kenal. Tapi percayalah insyaAllah saya tidak akan melakukan perkara-perkara terkutuk tu.”jujur Ridzwan.
Di hati kecil Ika rasa bangga dapat bertemu jejaka kacak di hadapannya itu. Sudahlah kacak, berbudi bahasa pula. Memang bertuah kalau siapa yang memilikinya. Ika hanya tersenyum memikirkan semua itu.
“Cik Ika. Nape awak tersenyum sendiri. Ade apa-apa masalah yang boleh saya bantu.”kata Ridzwan lagi.
“EH! Takde pape. Awak tak perlulah nak bercik-cik dengan saya. Panggil saja Ika.”terkejut Ika mendengar kata Ridzwan itu. Tidak duduk senangnya dia waktu itu.
“Yeke? Thanks. Manalah tahu kalau awak marah ke. Awak pun panggil saja Ridzwan atau Wan je pun boleh.”terang Ridzwan pula.
Pelayan restoran datang membawa hidangan yang dipesan mereka. Sekaligus perbualan mereka terhenti di situ. Mereka menikmati hidangan itu dengan suasana yang sepi. Tiada seorang pun yang bersuara. Apatah lagi Ika yang malu dengan insiden dia termenung tadi. Malu untuk dia menatap wajah Ridzwan. Baru hari pertama berkenalan, dia dah mula buat perangai. Apakah yang akan difikirkan Ridzwan nanti? Bermacam-macam soalan timbul di benak fikiran Ika. Dia betul-betul malu dengan Ridzwan tengah hari itu. Hidangan yang mereka nikmati sudah selesai.
“Alhamdulillah…kenyang perut saya ni Ika. Sedap betul masakan kat restoran ni.”kata Ridzwan sebagai memulakan bicara mereka yang dari tadi sunyi sepi.
“Ermmm…. Iye. Nanti kalau ade masa bolehlah dating sini lagi. Saya tengok awak betul-betul selera tadi. Tu yang saya tak nak kacau awak makan tu.”kata Ika pula.
“Laaa…yeke? Patut lah awak senyap je tadi. Saya memang macam ni. Kalau perut tengah lapar, saya dah tak ingat orang sekeliling. Lain kali awak tegur lah saya. Malu rasenye bila awak cakap macam ni. Hehe…”Ridzwan tersipu-sipu malu dikata begitu.
“Tak perlu nak dimalukan. Saya pun senang dengan kelakuan awak sebentar tadi. Awak begitu baik. Berbudi bahasa. Bertanggungjawab. Mesti kekasih hati awak bangga kalau dapat tahu awak macam ni.”kata Ika kemudiannya.
“Eh! Mana ada. Saya biasa aje. Janganlah nak puji lebih-lebih. Buat pengetahuan awak, saya masih solo lagi. Tiada lagi kekasih hati. Masih kosong lagi. Tak tau lah siapa yang akan sudi bersama dengan saya nanti.”luah Ridzwan.
“Tak kan lah. Awak kan hensem. Mustahil awak takde girlfriend. Kalau macam saya ni yela. Dah la tak cantik. Asyik fakir keje je.. Projek situ. Projek sini. Kira itu. Kira ini. Macam-macam saya nak fikirkan.”Ika cuba berdiplomasi.
“Awak cantik lah. Sape cakap tak cantik. Saya pun tak percaya kalau awak cakap awak takde steady boyfriend.”Ridzwan menambah kata.
“Terpulanglah untuk awak percaya atau tidak. Lagipun itu bukan menjadi masalah kita kan. Saya ngan awak pun baru kenal. Memang lah masing-masing tidak percaya antara satu sama lain. Betul tak?”bicara Ika lagi.
“Ermmm… Memanglah tapi…”
“Tapi ape Wan? Awak nak saya buktikan macam mana lagi. Takpelah nanti awak dah kenal hati budi saya. Awak akan tahu saya ni jenis yang macam mana. Saya ada kekasih ke tiada. Ermmm…sekarang ni dah pukul 2.30PM. Saya nak masuk pejabat sekarang. Marilah. Nanti saya lewat pula.”kata Ika.
“Baik… Tunggu saya di kereta. Sementara saya pergi bayar bil makanan ni dulu. Ok?”
“Okay…..”

Malam itu, Ika tersenyum mengenangkan pertemuannya dengan Ridzwan siang tadi. Hatinya seperti sudah terpaut pada Ridzwan. Dia sendiri tidak tahu. Baginya, dia tidak mahu fikirkan semua perkara itu kerana dia tidak layak untuk Ridzwan. Ika tidur awal malam itu.
Tidurnya terjaga apabila ibu mengejutkannya. Terasa penat semalam masih bersisa lagi. Namun, digagahkan juga diri untuk bersiap pergi ke kerja.
Di pejabat, dia dikejutkan dengan kehadiran Ridzwan yang sudah berada di biliknya. Hatinya terdetik. “Dari manakah dia muncul pagi-pagi ni. Dia ada perbincangan dengan aku ke pagi ni. Setahu aku tak ade. Ermm...”hatinya berbisik.
“Assalamualaikum. Good morning.”Ridzwan memulakan bicaranya.
“Waalaikumsalam. Morning. Awak buat ape kat sini. Ade masalah ke? ”tutur Ika dengan penuh tanda tanya.
“Kenape? Tak boelh ke kalau Wan nak datang sini. Nak tengok Ika.”
Lagi sekali dia terkejut bila Ridzwan hanya membahasakan dirinya dengan panggilan Wan sahaja. “Awak...”
“Ye..nape? boleh Wan bantu.”
“Takde pape. Saya nak buat keje ni.”
“buatlah. Saya tak ganggu awak. Saya nak duduk sini je. Nak tengok awak buat keje.”kata Ridzwan lagi.
Hatinya kini betul-betul berdegup kencang dengan tingkah Ridzwan itu. Dalam sebulanini dia kerap ke Johor Bahru. Di talian telefon katanya untuk berbincang pasal kerja. Tapi bila dah ada di depan mata dia hanya beritahu untuk melihat Ika bekerja. Hatinya gundah sekali. Ridzwan betul-betul buatkan dirinya tidak senang duduk. Hendak dihalaunya tidak sampai hati. Nanti apa pula prasangka pekerja-pekerjanya di luar itu. Dia hanya membiarkan Ridzwan berada di hadapannya.

Enam bulan berlalu. Kini, Ridzwan dan Zulaikha semakin rapat. Mereka akan keluar berdua ke mana sahaja memandangkan Ridzwan bekerja di cawangannya di Johor itu. Ridzwan yang menawarkan diri pada papanya untuk bekerja di sini. Pada mulanya Ika tekejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Ridzwan itu. Patutlah Ridzwan sering sahaja berada di pejabatnya. Dia hanya menggelengkan kepala bila mengenangkan semua itu. Hatinya kini tenang apabila dapat tahu yang Ridzwan betul-betul jujur dengannya. Ibu dan ayahnya juga sudah tahu tentang hubungannya dengan Ridzwan. Ridzwan juga sudah acap kali bertandang ke rumahnya tanpa ada perasaan malu. Kadang-kadang dia lucu melihat telatah Ridzwan. Namun, dia bangga dan bersyukur dapat memiliki Ridzwan.
“Apa yang Ika menungkan tu? Sampai Wan datang pun tak sedar ni. Dah makan ke belum. Kalau belum. Jom lah. Wan belanje.”kata Ridzwan mematikan lamunan Ika.
“Wan! Ape ni. Terkejut Ika tau. Nasib baik Ika tak ade sakit jantung. Kalau tak... dah lame jalan. Ermmmm...”marah Ika.
“Alaa...Wan ketuk pintu banyak kali tapi Ika diam je. Wan ingatkan Ika pengsan ker. Tu yang terus masuk. ”kata Wan tersenyum sipu.
“Ermmm...yela tu. Ade ape hal datang ni? Wan ade masalah ke? ”kata Ika.
“Tak kan tak boleh nak tengok kekasih hati Wan ni buat ape? Ke Ika dah ade yang lebih baik lagi. Sebab tu Wan datang pun da tak kisah. Tadi pun asyik termenung je. ”
“Eh! Ape Wan merepek ni. Mana ade la. Dah la… Jom lah kita pegi makan. Perut Ika dah berkeroncong ni. ”
“Okay lah... Ika punya pasal Wan tak kisah. Tapi petang ni Wan ingat nak balik KL. Dah lame tak balik. Nanti ape pulak kata papa ngan mama Wan. Ika nak ikut ke? ” tersengih-sengih Wan mengusik Ika. Dia tahu Ika tidak akan setuju untuk mengikutinya.
“Wan ni kan. Saje la tu. Tak nak la… Saya ada banyak urusan nak di buat kat sini. Wan balik la ye. Hati-hati. Nanti sampai bagi tau Ika. ”
“Ermmm… okay. Wan saje usik Ika tadi. Dah la.. Jom la kita pegi makan dulu. Nanti perut tu masuk angin. Gastrik pulak. Sape yang susah? Wan jugak…”
“Nape pulak Wan yang susah?”
“Yela… Nanti Wan susah hati. Buah hati Wan ni sakit.”
Ika hanya tersenyum mendengar penjelasan dari Wan itu. Memang tidak diakui Wan amat sayang akan dirinya.

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Kini umur Ika sudah masuk 29 tahun dan sekaligus hubungannya dengan Ridzwan hampir kepada 3 tahun. Ibu Ika sudah acap kali bertanyakan tentang perkahwinannya memandangkan umurnya yang kian meningkat itu.
“Ika, ibu tengok kamu dengan Wan tu dah lama kenal. Masing-masing dah tahu isi hati. Ape lagi yang korang tunggu. Ibu bukan ape. Kamu tu dah semakin lanjut usia kamu.Kamu tak cuba berbincang dengan dia ke?”luahan hati dari seorang ibu.
“Alaa.. Ibu ni. Nanti Ika bincang la dengan dia. Lagipun dia tengah sibuk tu.”kata Ika.
“Suka hati kamu la. Kalau itu yang kamu cakap. Ibu dah tak boleh nak halang. ”sedih saja riak wajah dari ibu.
“Ibu… Ika faham perasaan ibu. Tapi… nanti la ye. Ika tak nak ganggu Wan buat masa ni. Dia betul-betul tengah sibuk. Ika sendiri dah lama tak jumpa dia.”luah Ika apabila melihat wajah ibunya yang sudah murung.
“Ibu tak kisah la. Jangan la risau pasal ibu. Ibu ok..”
“Ika janji bu.. Dalam minggu ni Ika cuba akan selesaikan. Insya-Allah.”janji Ika pada ibunya.
“Ika…. Jangan cepat berjanji. Nanti takut tak tepati janji tu. Ika jugak yang susah. Ibu tak kisah. Tapi yang penting suatu hari nanti anak ibu ni akan kahwin jugak kan.”
“Ermmm…. Inya-Allah bu. Ika bincang baik-baik dengan Wan nanti.”

Di suatu petang yang hening di tepi sudut sebuah restoran, kelibat dua pasangan sedang berbincang sesuatu. Ika dan Wan rancak berbual tentang masalah mereka. Ika menyatakan hasrat ibunya yang telah lama ingin melihatnya kahwin. Wan pula hanya mendengar dengan penuh teliti.
“Wan…. Ika sebenarnya tak nak cakap tentang perkara ni. Tapi memandangkan ibu sendir idah banyak kali tannya. Ika terpaksa jugak Wan. Ika tahu sekarang ni Wan sibuk tapi…. Ika terpaksa jugak bagitahu. Kita dah lebih 3 tahun kenal. Ibu nak kita ikat hubungan kita dengan talian yang lebih rapat lagi. Ibu suruh kita kahwin memandangkan kita pun dah semakin berusia.”terus terang Ika tanpa selindung.
“Ika…. Kenapa baru sekarang Ika luahkan. Sebenarnya memang saat inilah yang Wan tunggu. Wan saja biarkan Ika yang memulakan bicara tentang ini. Akhirnya firasat Wan betul. Ika teru terang juga tentang masalah ni. Wan memang dah bersedia untuk mengambil Ika menjadi suri dalam hidup Wan. Itupun kalau Ika sudi.” Wan memulakan bicaranya yang selama ini hanya dipendamkan dahaja.
“Wan! Betul ke? Nape la Ika bodoh. Ikatak boleh baca riak wajah Wan selama ini. Nanti Ika akan bagitahu ibu tentang perkara ni.”Ika tersenyum riang mendengar penjelasan dari Wan. Hatinya berbunga tatkala Wan meluahkan perasaannya pada dirinya. Tidak sangka Wan sebaik itu. Dia bersyukur dengan limpah kurnia dari Ilahi.

Pada malam itu, Ika tersenyum-senyum. Adiknya, Kifly hairan melihat tingkah laku kakaknya. Namun, dia sedar mungkin ada berita baik dari kakaknya yang akan dikhabarkan pada ahli keluarga sebentar lagi. Kifly faham sangat dengan hati dan perasaan kakaknya yang seorang itu. Setelah selesai makan malam, Ika memulakan patah bicaranya yang pertama.
“Ibu… petang tadi Ika dah bincang dengan Wan.”Ika gugup.
“So…. Apa katanya?”ibu seperti tidak sabar.
“Sebenarnya memang dia dah lama bersedia untuk menikahi Ika. Di sengaja tunggu dari mulut Ika tentang perasaan Ika kepadanya. Ika macam tak percaya saja semua ni boleh berlaku. Ika ingat dia akan marah.”sedikit bertenaga Ika meluahkan bicaranya.
“Ermmmm…. Yeke? Kalau macam tu ibu pun dah bersedia kalau pinangan dari sebelah pihak sana datang.”riak wajah ibu nampak ceria apabila Ika membicarakan soal itu.
Keesokan harinya, Ika pergi ke pejabat seperti biasa. Dia tidak sabar untuk memberitahu hal semalam pada Wan. Hatinya gembira saat itu. Sampai saja di pejabat, Ika memboloskan dirinya di atas kerusinya yang empuk dan mendail nombor telefon Ridzwan. Sesaat berlalu. Panggilan dijawab oleh Ridzwan. Ika tanpa berbual panjang memberitahu tujuan sebenar dia menelefon. Ridzwan seperti tidak percaya apa yang didengarinya dari corong telefon pada pagi itu. Hatinya juga berbunga tatkala menerima berita dari orang yang dia sayang. Setelah gagang diletakkan, Ridzwan terus mendail pula telefon rumahnya di Kuala Lumpur. Dia memberitahu segalanya apa yang didengari dari Ika tanpa ada perkataan yang tinggal. Dia betul-betul gembira.

Saat yang di nanti telah pun tiba. Hari ini, pasangan Zulaikha dan Ridzwan Hakeem akan melangsungkan perkahwinannya. Orang ramai sudah lama bertandang di rumah Ika. Mereka semangat membantu tuan rumah bagi menjayakan majlis tersebut. Sanak saudara Ika juga sudah turut hadir. Mereka mengucapkan tahniah kepada Ika. Tepat jam 12.30 tengah hari rombongan dari sebelah pihak lelaki tiba. Pengantin dijamu air sebelum dibawa naik menghadap isteri. Di atas Ika sudah lama menunggu kemunculan Wan. Dia tersenyum sipu apabila Wan tiba dengan baju songket berwarna ungu lembut. Pasangan pengantin dijamu lagi dengan acara pencak silat yang memang terkenal di negeri Johor itu. Kemudian, orang ramai dijemput hadir untuk merenjiskan bunga rampai kepada pengantin terebut sambil bersalam dengan mereka. Setelah semuanya selesai, pasangan pengantin dijamu pula dengan hidangan yang enak-enak. Ika dan Wan dijaga sama seperti raja.
Malam kian menjelma. Ika rasa menggeletar apabila dia kini sudah berada dalam kamar tidurnya. Sebentar lagi Wan akan masuk. Ika jadi tidak tentu arah. Dia sendiri tidak tahu kenapa sedangkan perkahwinannya direstui oleh hati masing-masing dan kedua ibu bapa mereka.
Ridzwan masuk ke kamar bilik dan berbaring di sebelah Ika. Ika jadi kaget. Dia terkesima apabila Wan masuk tanpa memberi salam. Ridzwan sebagai lelaki dan suami kepada Ika sedar akan perasaan Ika tatkala itu.
“Ika.... abang tau Ika takut sekarang ni kan. Ika mesti tak percaya yang kita dah diijabkabulkan. Abang sedar perasaan Ika sekarang ni. ”bicara Wan memulakan ayatnya.
“Ermmmm.... abang.... Ika mintak maaf sebab buat abang macam ni. Ika takut. Ika takut abang akan tinggalkan Ika selepas…. ”luah Ika.
“Ika.... Walaupun ape yang terjadi Ika akan bersama abang. Kita akan harungi bahtera rumah tangga ini bersama. Ika jangan risau ye. Mari sini dekat abang. ”lembut suara Wan seperti berbisik pada Ika.
Ika mendekatkan dirinya pada Wan. Wan menghulurkan tangannya dan Ika menyambutnya dengan penuh syahdu. Dia tak sangka yang Ridzwan Hakeem, suaminya seorang yang romantik dan baik hati. Wan mengucup dahi Ika tanda kasih sayang mereka yang selama ini dibajai dengan penuh kemesraan. Mereka dibuai perasaan masing-masing sehingga berlarutan ke pagi.

Kini usia perkahwinan mereka sudah menjangkau 3 tahun. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata. Rafieq Zaqwan merupakan anak pertama mereka yang kini genap berusia satu tahun. Telatahnya membuatkan Ika dan Wan bahagia. Mereka sangat gembira dan bersyukur dengan keberkatan dari Ilahi yang membawa mereka ke gerbang perkahwinan yang bahagia. Ridzwan yang kini sudah mengambil alih perniagaan ayahnya semakin maju yarikat yang diterajuinya. Semuanya berkat dan ketekunannya serta kata-kata semangat dari isteri tercinta.
Namun, malang tidak berbau. Setelah Ika melahirkan anak kedua mereka iaitu Rhaimy Zafry, Ridzwan seperti sudah tidak endahkan keluarganya. Dia kerap pulang lewat ke rumah dan marah-marah Ika apabila banyak bersoal jawab. Ika sangat sedih saat itu. Kata-kata romantis yang selama ini diberi Ridzwan sudah tiada lagi. Dia tidak tahu apa puncanya. Ika sedaya upaya menjernihkan keadaan rumah tangganya yang kian retak. Dia lebih banyak berserah pada Yang Maha Esa setelah puas dia cuba pertahankan rumah tangganya. Namun, Ridzwan seperti tidak mengendahkan apa yang dibicarakan Ika selama ini. Ika sudah hilang arah tujuan tetapi mengenangkan nasib anak-anaknya, dia tetap akan meneruskan perjuangan membesarkan mereka walaupun tanpa Ridzwan di sisi.

Di pejabat, Ridzwan acap kali marah-marah pada pekerjanya. Sehinggakan mereka terkejut melihat perubahan bos mereka yang dulu penyayang, bertanggungjawab, peramah dan baik hati. Namun kini Ridwan Hakeem yang mereka kenal tidak lagi seperti dulu. Ridzwan sering marah-marah dan ada saja benda yang tak kena baginya.
“Sherry! Masuk bilik saya sekarang! ”marah Wan.
“Baik tuan.” Sherry mempercepatkan langkahnya memasuki bilik Ridzwan.
“Apa yang kamu buat ni? Dah berapa kali saya bagitahu tentang format dia. Susah sangat ke nak ikut. Kalau perkara sekecil ni pun awak tak boleh selesaikan. Macam mana kalau saya suruh buat projek besar punya nanti. Sudah! Sekarang awak pergi siapkan. Sebelum balik saya nak proposal tu ade kat atas meja saya.”marah Ridzwan.
Sherry keluar tanpa sepatah kata pun. Dia betul-betul tidak faham dengan perangai bosnya itu. Namun, dia hanya menurut perintah dan menyiapkan tugasan yang diberi.
Telefon bimbit Ridzwan berbunyi. Dia terus mencapainya dari atas meja pejabatnya. Dia membaca meej yang tertera di skrin telefon bimbitnya.

Abg… tengah hari ni blk mkn x? Sy dah msk. Lagipun Rhaimy demam. Sy igt nk ajak abg gi klinik bwk die.abg bz ker?

Ridzwan menghembuskan nafasnya. Dia betul-betul pening sekarang ni. Di pejabat, masalah bertimpa-timpa datang kepadanya. Di rumah, isteri asyik bersoal jawab sahaja. Dia jadi bingung.

Abg xblk tgh hr ni. Ika bwk la Rhaimy gi klinik sendiri.i’m bz k.. askum.

Ika terkedu apabila membaca mesej dari Ridzwan. Dia betul-betul kecewa dengan sikap suaminya, Ridzwan yang kini sudah berubah. Melihatkan keadaan anaknya yang semakin teruk, tanpa berfikir panjang dia membawanya ke klinik sendirian. Hatinya merintih dengan sikap suaminya yang tidak ambil berat tentang masalah anak-anak. Rhaimy yang baru berusia satu tahun tidak tahu apa-apa yang ditanggung oleh ibunya. Rafieq pula yang kini berusia 5 tahun seperti sudah dapat merasai keperitan hidup ibunya. Dia kerap kali melihat ayahnya memarahi ibunya di hadapannya. Rafieq yang baru kenal dengan dunia luar merasakan yang ayahnya kejam. Dia membenci ayahnya sendiri dalam diam tanpa pengetahuan Ika,ibunya.

Usia perkahwinan Ika dan Wan sudah menjangkau 12 tahun. Mereka kini mempunyai tiga cahaya mata yang comel-comel. Anak sulung mereka, Rafieq Zaqwan sudah berusia 9 tahun. Manakala Rhaimy Zafry kini berusia 7 tahun dan mereka dikurniakan lagi seorang anak. Anak yang ketiga Zafira Raianna berusia 4 tahun. Ridzwan masih seperti dulu dengna sikapnya yang ego walaupun anak-anaknya kini sudah membesar. Dia kini lebih suka bersendirian memandangkan hatinya kerap kali tidak tenang memikirkan masalah dunia.
“Kenapa dengan aku ni? Apa yang aku dah lakukan. Kenapa aku membenci isteri yang aku sayangi dulu. Padahal dialah yang banyak membantu aku jika aku ditimpa kesusahan. Aku betul-betul tidak faham. Ya Allah! Kau bukakanlah hati kecilku ini untuk menerima semula isteri yang aku sayangi, yang pernah aku beri kasih sayang dan yang sanggup mengharungi badai bersamaku. Ya Allah! Kau ampunilah egala dosa yang telah kulakukan. Aku insan yang kerdil hanya berserah padamu, Ya Allah.”rintih Ridzwan dalam hatinya.
Dalam asyik dia termenung, telefonnya berbunyi. Dia membuka kotak mesej yang tertera di skrin telefonnya dan terus membacanya.

Abg...mlm ni Ika pulang lewat ckit. Ade mslh di tmpt kerja. Ika hrap abg blk awl tgk ank2 kite ye. Mrk menghrap gt ksih dr ayhnye. Kesian kan dorg bng. Kalu betul abg da xsyg Ika tapi jgn sisihkan ank2. mrk x bedose.. k la.. maaf m’ganggu abg.

Menitis air mata Ridzwan apabila menghabiskan ayant yang terakhirnya. Dia betul-betul insaf dengan sikapnya selama ini yang mengabaikan rumah tangganya. Sedangkan Ika perlukan sokongan darinya sebagai seorang suami. Dia kagum dengan Ika yang sanggup membesarkan anak-anaknya tanpanya. Hatinya kini sayu mengenangkan kiah silamnya selama ini. Dia tekad. Dia akan berubah seperti sedia kala. Dia mahu kembali kepada Ridzwan yang dulu. Ridzwan Hakeem yang dulu lebih beertanggungjawab, penyayang dan baik hati.
Tengah hari itu dia pulang ke rumah. Hatinya ingin melihat anak-anaknya yang kian membesar. Dia pilu melihat anak-anaknya bersalam dengannya apabila dia pulang dari pejabat. Terasa kasih sayang yang diberi Ika cukup. Cuma darinya sahaja yang tidak diberikan pada anak-anaknya.
“Rafieq…. Kamu dah makan ke belum. Adik-adik kamu dah makan?” kata Wan kepada anak sulungnya.
“Belum lagi ayah. Ibu tak balik ke? Mana ibu pergi. Selalu tengah hari dia akan pulang.”Rafieq bertutur dengan baik sekali.
“Ermmm…. Hari ni ikut ayah. Kita makan dekat luar. Lepa tu kita gi jalan-jalan. Ayah pun dah lama tak bawak korang semua berjalan. Ayahasyik sibuk je sejak akhir-akhir ni.”bicara ayahnya.
“Betul ke ayah? ”Rhaimy menyuarakan katanya.
“Betul sayang. Dah laa…. Pergi naik atas siap cepat. Ayah tunggu di sini ye. ”
Mereka bertiga cepat-cepat melangkah masuk ke bilik masing-masing untuk menyiapkan diri. Setelah selesai, mereka turun semula dan berlari ke arah ayahnya. Mereka berempat menuju ke kereta BMW III Series dan kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.
“Ayah! Kalau Fieq cakap ayah jangan marah tau.”luah Rafieq anak sulungnya setelah mereka samapai di Shopping Complex One Utama.
“Apa dia saying? Kenapa mesti ayah nak marahkan anak-anak ayah ni”lembut bicara Ridzwan terhadap anaknya itu.
“Kenapa dulu ayah lain? Ayah sering marah-marah pada ibu. Ayah selalu tidak hiraukan kami. Tapi nape ekerang ni tiba-tiba saja ayah bawak kami jalan-jalan.”jujur dari anak sulungnya yang sudah faham dengan perangai ibu dan ayahnya.
Tersentak Ridzwan mendengar pengakuan ikhlas dari anaknya itu. Dia lantas memeluk Rafieq dan meminta maaf atas kesilapannya selama ini. “Maafkan ayah, sayang. Ayah tahu ayah tak beratanggungjawab dalam menjaga kamu semua. Ayah biarkan ibu kamu saja yang menjaga kamu. Tapi ayah sayangkan kamu. ”rintih Ridzwan dalam pelukan anaknya itu.
“Ayah tak perlu mintak maaf pada Fieq. Tapi ayah kena mintak maaf pada ibu. Ibu banyak terluka dengan sikap ayah. Hari-hari dia berdoa agar dibukakan pintu hati ayah untuk menerimanya kembali. Tapi…. Fieq tengok ayah semakin hari meninggikan suara pada ibu. Sedih Fieq tengok ayah. Fieq sayangkan kedua-duanya. Ayah dan ibu. Tapi Fieq sebagai anak tak nak campur masalah ayah dan ibu. Fieq hanya diamkan diri saja. ” luahan dari Rafieq yang dipendam selama bertahun itu.
Ridzwan semakin pilu mendengar luahan dari anak sulungnya. Masakan Rafieq yang berusia 9 tahun sudah dapat memahaminya. Dia betul-betul kecewa dengan sikapnya yang lalu. Dia menangis teresak-esak di pelukan anaknya.
“Sudahlah ayah. Tak guna lagi menangis. Perkara dah lepas. Tapi Fieq beryukur sebab ayah dah sedar akan kesilapan ayah.”kata Rafieq.
Mereka beriringan menuju ke sebuah restoran makan untuk menjamu selera. Ridzwan hanya mendiamkan diri memandang keletah anak-anaknya yang dulu tidak pernah dibelai dan ditatangnya. Hatinya semakin pilu bila mengenangkan semua itu. Dia ingin pulang cepat untuk mminta maaf pada isteri yang disayanginya selama ini. Jantungnya berdegup kencang apabila mengingatkan pertemuan pertamanya dengan Ika atau Zulaikha Ariffin yang kini sah menjadi isterinya.

Ridzwan menunggu Ika dengan penuh sabar. Apabila kelihatan sahaja kelibat Ika memasuki kamarnya, dia hanya membiarkan sahaja. Dia memberi peluang kepada isterinya itu untuk membersihkan diri. Setelah menunaikan fardu solat Isyak, Ika berbaring di katilnya. Hari ini dia betul-betul keletihan. Tanpa melengahkan masa lagi, Ridzwan memulakan bicara.


“Ika…. Abang nak bercakap sikit dengan Ika. Boleh ke? Kalau Ika penat takpelah. Abang tak nak pakse.”kata Wan memulakan bicaranya. Jantungnya berdegup kuat apabila menuturkannya.
“Ermmmm…. Abang suami saya. Tak kan saya nak melawan pula. Cakap saja. Ika dengar.”luah Ika.
“Abang tahu Ika marah dengan sikap abang yang selama ini tidak peduli masalah keluarga. Abang tahu semuanya, Ika. Abang betul-betul kecewa dengan sikap abang sendiri. Abang nak mintak maaf pada Ika sebab selama ni abang dah banyak lukakan hati Ika. ”tergagap-gagap Wan meluahkan apa yang terpendam dari petang tadi.
“Abang…. Ika tak pernah nak marah abang. Ika faham masalah abang yang kian sibuk semenjak ni. Menguruskan syarikat tanpa bantuan ayah. Ika faham. Ika tak pernah nak menyiihkan abang dari dalam hidup Ika. Ika maih sayangkan abang. Bukan ke kita dah janji kita akan hidup bersama walau apapun yang berlaku. Ika tabah. Ika hanya berdoa pada Allah agar abang kembali semula kepada diri abang yang dulu. Alhamdulillah. Abang dah sedar. Ika gembira sangat.”bicara Ika panjang lebar.
Sekali lagi air mata lelaki menitis ke pipi. Ridzwan yang benar-benar insaf akan kesilapannya yang lampau memeluk tubuh isterinya dengan penuh kasih sayang. “abang bertuah dapat isteri macam sayang. Abang yang tak bersyukur dengan rahmat yang dikurniakan. Abang inaf. Abang nak tebus segala kesilapan abang. ”kata Wan dalam sendu.
“Sudahlah abang. Ika sentiasa memaafkan abang. Ika bersyukur sangat abang dah bertaubat. Kita mulakan hidup yang baru ye bang. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.”lembut bicara dari seorang isteri pada suaminya.
Ridzwan benar-benar insaf dengan tingkah lakunya yang lepas. Dia berazam untuk memulihkan kembali hati dan perasaan isteri dan anak-anaknya yang dahagakan kasih sayang dari seorang saumi serta ayah. Ridzwan hampir tewas untuk berdepan dengan isterinya sendiri memandangkan dia yang banyak buat silap. Namun, kasih sayang dari isterinya masih tidak pernah pudar walaupun dia yang melakukan kesalahan. Ridzwan bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang solehah seperti Ika.

Kini rumah tangga yang dibina olah Ridzwan dan Zulaikha pulih seperti sedia kala. Rafieq gembira melihat keintiman yang ditunjukkan oleh ayahnya terhadap ibunya. Dia memanjatkan kesyukuran pada Ilahi di atas kurnianya, keluarganya sudah kembali ceria. Rafieq riang bermain dengan adik-adiknya, Rhaimy dan Zafira. Mereka asyik bermain permainan di Genting Highlands itu tanpa mempedulikan ayah dan ibunya.

Dalam keasyikan mereka bergembira, Ika secara tiba-tiba jatuh menyembah bumi tanpa sempat Ridzwan mendakapnya. Ridzwan kaget. Dia terkejut melihatkan keadaan itu. Lantas dia mendukung isteri yang dicintainya dan membawa ke keretanya serta diikuti anak-anaknya yang melihat kejadian itu. Ridzwan memandu laju kereta BMWnya menuruni bukit Genting Highlands itu lalu pergi ke hospital yang berdekatan. Dia terus mendapatkan jururawat yang berada di situ. Ika dibawa ke bilik untuk diperiksa. Hampir setengah jam menunggu, barulah seorang doktor keluar dari sebuah bilik. Ridzwan menghampiri doktor tersebut dan bertanya masalah yang ditimpa oleh isterinya.
“Doktor, macam mana dengan isteri saya. Kenapa dia tiba-tiba saja pengsan tadi.”Ridzwan berkata dengan nada risau.
“Saya harap awak bawak bersabar ye En. Ridzwan. Isteri encik mengalami barah otak yang kronik sekarang ini. Kenapa sebelum ini encik tidak membawanya ke hospital untuk dibuat pemeriksaan. ”kata Doktor Shahrul.
“What? Are you kidding, doctor? Please, she always looks like normal woman. Dia selalu ceria bila berada di rumah. Takde pulak tanda-tanda dia sakit.”kata Ridzwan.
“Ye En. Ridzwan. Pesakit selalunya memang akan menyembunyikan penyakitnya dari pengetahuan orang yang dia sayangi sebab dia tak nak menyusahkan En. Ridzwan.”
“So…. Sekarang ni dia macam mana? ”
“Peluangnya untuk hidup sudah tipis En. Ridzwan. Ini semuanya disebabkan ketumbuhan yang berada dalam otaknya semakin membesar dan pendarahan ke otak juga semakin berkurangan. Saya ingatkan pada En. Ridzwan agar banyak bersabar dan berdoa semoga dia panjang umur. ”kata Doktor Shahrul.
“Ya Allah! Macam mana boleh jadi macam ni. Apa dosa saya doktor. Adakah kesilapan saya yang lalu membuatkan dia tension membesarkan anak-anak saya tanpa saya.”kata Ridzwan tanpa malu.
“Sabar En. Ridzwan. Kita kena banyak bersabar. Ini semua kehendak dari Ilahi. ”
“Saya nak pergi tengok dia doktor.”
“Silakan….”
Pilu hati Ridzwan melihat isteri yang disayanginya terlantar di hospital. Dia menyesal selama ini dia tidak mengambil berat tentang masalah isterinya. Anak-anaknya dipandang datu persatu. Dia bangga dengan sikap isterinya yang sanggup membesarkan zuriatnya tanpa bantuan dari seorang suami.
Sudah seminggu Ika terlantar di hospital. Dan Ridzwan akan sentiasa melawat isterinya pada setiap selang 4jam. Dia ingin memastikan yang isterinya sedar semula dan menikmati kembali detik-detik gembira seperti selalu. Ridzwan menunggu dengan penuh sabar. Kerap kali papa dan mamanya serta ibu dan ayah mertuanya suruh pulang berehat. Namun, dia tidak mempedulikannya. Dia akan tetap berama Ika, isterinya.

Setelah hampir dua minggu di hospital, Ika tersedar dari tidurnya. Fikirannya saat itu kosong dan melihat keadaan sekeliling. Dia buntu untuk berfikir. Bila diangkat sahaja kepalanya, terasa satu batu berat menghempap kepalanya agar dirinya tidak bergerak. Dia benar-benar pening.
“Di manakah suami dan anak-anakku? Di manakah aku sekarang ini? ”rintihan hati kecil Ika.
“Papa! Mama! Ibu! Ayah! Ika dah sedar. ”jerit Ridzwan.
“Alhamdulillah…. ”serentak mereka menjawab.
Ika terkejut mendengar jeritan itu. Dia seperti kenal akan suara itu. Mulutnya ingin bersuara tapi tiada siapapun yang dengar. Namun, papanya telah melihat reaksinya untuk bertutur.
“Wan…. Ika macam nak cakap tu. Cuba kau dengar.”kata Datuk Mukhriz kepaa anaknya.
“Ye sayang. Sayang kena banyak berehat. Jangan banyak gerak tau.”bisik Ridzwan di telinga Ika.
“Abang…. ”
“Kenapa ni? Bagitahu abang.”
“Jangan tinggalkan Ika, bang. Ika tak kuat untuk membesarkan zuriat abang. Ika lemah bang.”luah Ika.
Ridzwan tersentak mendengar rintihan dari isterinya. Dia menitiskan air mata dan memeluk Ika di hadapan ayah, ibu, papa, mama dan anak-anaknya sendiri. Dia sudah tidak peduli semua itu. Sekarang Ika perlukan sokongan darinya.
“Mana anak-anak kita, bang.”bisik Ika lagi.
“Ada ni. Diaorang semua senyap je semenjak sayang jatuh terlantar di hospital. Lebih-lebih lagi Fieq. Abang dapat lihat air jernih jatuh di pipinya.”luah Ridzwan pula.
“Panggilkan mereka abang. Ika nak peluk mereka. ”
“Baiklah….”
Ridzwan memberi iyarat pada anak-anaknya untuk berjumpa dengan ibunya. Dia sedih melihat anak sulungnya, Rafieq menangis tersedu-sedu. Setelah itu, Ika betemu pula dengan ayah dan ibunya, papa dan mama serta adik-adiknya, Zulkifly, Zulhisyam dan Zulhafiez. Mereka menangis dalam pelukan. Bila tiba semula pada Ridzwan, hanya dalam beberapa saat saja mereka berpelukan, Ika menghembuskan nafasny yang terakhir. Ridzwan kaget. Ridzwan jadi tidak tentu hala. Dia meraung melihat isteri yang dicintainya pergi menghadap Ilahi.
“Sudahlah tu Wan. Banyak-banyak bersabar. Jangan menangisinya. Biarkanlah rohnya bersemadi dengan aman. Wan banyakkan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat.”kata ayah mertuanya ambil menahan sendu di dada. Tidak disangkanya anaknya yang paling baik pergi dulu darinya. Dia sedih melihat keadaan itu.
“Ayah…. Wan menyesal yah. Wan tak tanya pun apa masalah dia selama ni. Bila Wan tanya dia jawab dia okay je. Wan yang bodoh, tak tau baca isi hati isteri sendiri. ” rintih Ridzwan dalm sendu.
“Jangan macam tu Wan. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.”kata papanya pula.
Ridzwan semakin meraung. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang isterinya telah pergi selama-lamanya. Hanya ayah mertua dan papanya yang menguruskan soal Ika untuk dibawa ke rumah. Ridzwan hanya menyesali setiap perbuatannya yang telah dilakukan pada isterinya.

Jam 4.00 petang, jenazah Ika selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di tempat perumahan mereka. Sengaja Ridzwan yang mahukannya di situ. Dia ingin Ika sentiasa bersama dengannya walaupun dia sendiri tahu yang Ika tidak akan kembali. Hatinya kosong saat itu. Dia hanya memandang wajah anak-anaknya satu persatu. Matanya terhenti pada Zafira. Anaknya yang bongu saling tidak tumpah wajah arwah isterinya yang baru pergi itu.
Kehidupan mesti diteruskan. Ridzwan terpaksa menempuh hari-hari mendatang tanpa isteri. Hatinya kini sunyi tanpa belaian dan kasih sayang dari seorang isteri. Dia terpaksa membesarkan zuriatnya seorang diri tanpa isteri di sisi. Baru dia sedar akan kepayahan membesarkan anak-anaknya yang meinginkan kaih sayang dari kedua orang tuanya. Namun kini, hanya dia saja yang menjaga anak-anak mereka.
Ridzwan pulang ke rumah. Melihatkan anak-anaknya yang sedang leka menonton televisyen, dia masuk ke kamarnya untuk berehat. Dia baring di atas katilnya yang empuk. Kini, hanya dia saja yang menghuni bilik itu. Tidak lagi bersama Ika. Ika sudah tiada. Ika sudah meninggalkan dirinya dan anak-anak tanpa kembali lagi. Hati Ridzwan tercuit melihat sebuah diari di meja solek Ika. Lantas, dia mengambilnya. Belum sempat dia membukanya, satu surat jatuh di bawah lantai.

Assalamualaikum, abang...
Ika nak mintak maaf kalau selama ni Ika ade buat salah dengan abang. Ika sendiri bingung bila tiba-tiba sahaja abang berubah. Ika tak tau apa punca abang berubah hati. Sampaikan anak-anak abang sendiri pun abang abaikan. Abang.... kembalilah. Mereka perlukan abang. Mereka ingin merasai kasih sayang dari seorang ayah. Ika sedih melihat diaorang pergi ke sekolah tanpa ayahnya yang menghantar mereka sendiri. Ika bukan nak paksa abang. Tapi, Ika harap abang sendiri yang akan sedar tentang tanggungjawab abang. Abang.... Ika berharap sangat yang abang dapat menjaga zuriat kita dengan baik bila Ika tiada kelak. Berilah mereka ilmu yang secukupnya. Ajari mereka tentang Islam. Jangan biarkan mereka sesat tanpa arah tujuan. Hanya mereka yang akan mendoakan kita kelak apabila kita tiada di dunia ini nanti. Abang…. Buat pengetahuan abang, Ika tidak pernah ambil hati dengan kata-kata abang. Ika sentiasa berdoa akan kesejahteraan hidup abang dan anak-anak kita. Ika bangga dapat memiliki abang sepenuh jiwa raga Ika. Ika memanjatkan kesyukuran kerana dilimpahi rezeki yang halal dan anak-anak yang comel. Semuanya atas dari kasih sayang kita yang dibajai selama bertahun ini. Akhir kata, Ika memohon seribu kemaafan jika selama ini Ika yang bersalah. Ika tetap sayangkan abang walau ke akhirnya.

Sekian, Wassalam.

Isterimu,
Zulaikha Ariffin



Selesai sahaja membaca ayat yang terakhir, Ridzwan menangis teresak-esak. Tidak disangkanya Ika seperti tahu dirinya akan pergi dulu. Dia melipat kemas surat itu dan menyimpannya di dalam diari tersebut. Hatinya betul sepi. Dia insaf dan menyesal dengan apa yang berlaku. Namun, penyesalannya sudah terlambat. Ika tidak mungkin akan kembali lagi.
“Sayang…. Kenapa kau yang pergi dulu? Adakah kau lupa tentang janji kita untuk hidup bersama. Ika.....isteriku. Abang mintak maaf. Abang banyak bersalah dengan Ika. Abang perlukan sokongan dari Ika untuk membesarkan anak-anak kita. Jangan tinggalkan abang, sayang... ”rintih Ridzwan dalam hati.
Dia benar-benar kecewa dengan apa yang telah dilakukannya. “Sayang, kenapa kau yang memulakan episod terakhir cinta kita. Abang masih memerlukan Ika. Belum sempat untuk abang hidup bersama dengan Ika. Tapi Ika dah pergi meninggalkan abang. Sedih hati abang bila Ika tinggalkan abang. Abang sayangkan Ika…. ”bisik hati kecil Ridzwan.
Kini, dia benar-benar sepi tanpa kehadiran seorang isteri. Ridzwan tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan yang pergi, tidak akan kembali lagi. Dia hanya berdoa agar roh isterinya dicucuri rahmat. Berakhirlah sebuah episod cinta antara Ridzwan Hakeem dan Zulaikha. Ridzwan membesarkan zuriatnya sendirian seperti yang dipinta isterinya dalam surat itu. Hanya anak-anak pengubat jiwa tatkala hatinya rindu pada isterinya. “Rafieq Zaqwan, Rhaimy Zafry dan Zafira Raianna, kaulah pengubat jiwa ayah di kala kesepian. Ayah sayangkan kamu semua.”rintih Ridzwan. Dia memeluk anak-anaknya sambil air mata berlinangan.


- TAMAT -
Cerita ni aKu wat..kalau xbest sori ler..coz ni 1st cerpen aKu yg siap..so..aKu tru r post kan..sile tinggalkan kOmen yer..

Gabungan Tajuk Novel Alaf 21

Cinta Pertama antara Ria Qistina dan Adam telah mengikat Satu Janji iaitu Janji Diana.Manisnya Cinta mereka hanya Tuhan yang tahu. Kata-kata Yang Terindah yang sering diucapkan mereka, Kau Untukkudan Aku Milikmu menjadi Kisah Kasih antara mereka berdua.Hadirnya Cinta Ratu telah menggugat Rindu Semalam yang hadir antara mereka. Jalinan Kasih yang terjalin tidak lagi bertahan menghasilkan perasaan cinta antara Romeo & Juliet yang sedang Meniti Mimpi untuk Mencari Cinta di Jendela Hati masing-masing. Aura Kasih yang ditunjukkannya telah membongkarkan satu Skandal di Suite 1908. Kuala Lumpur Di Mana Suamiku? Tidakkah engkau tahu betapa rindunya aku pada dia. Aku tidak dapat melupakan Salju Kasih yang engkau titipkan ketika Fantasia Romantika yang berlabuh di Stefa Isle. Aku tahu kau juga telah menemui cintamu. Air Mata Kasih yang menitis jernih dipipimu dan Bicara Hati mu telah memberitahu segala-galanya. Masihkah Ada Kasih antara kau dan aku? Adakah engkau meninggalkan Kasih Terakhir untukku? Jika ya, aku tidak melupakan Sesuci Cintamu yang engkau berikan selama ini. Namun, Suara Hati ku kuat mengatakan hanya Kau Yang Satu yang akan membahagiakanku dengan Sehangat Asmara mu yang terlalu Egois. Hatimu Untuk Siapa,sayang? Jangan Ada Dusta sayang. Aku akan Setia Menanti mu dengan Selaut Kasih yang tidak dapat dibayangkan. Seharum Kasih dan Seredup Kasihmu memberikan aku kekuatan yang luar biasa untuk meneruskan hidup ini. Aku tahu diriku tidak Selembut Sentuhan Letni tetapi aku juga dapat memberikan Zuriat UntukMu Permata Hatiku. Dosa Malam Pengantin yang dilakukan olehmu kerana Cinta Marissa telah menghancurkan hatiku. Kini hidupku Tidak Seindah Mimpi dan Tak Semanis Impian dengan Kabus Kasih yang ditinggalkan. Selamat Malam Tan Sri kuucapkan dan Sambutlah Cintamu bersamanya. Tatkala Arjuna Hati membawa diri, Ombak Rindu menambahkan lagi Pesona Rindu terhadapmu. Aku tahu Masih Ada Rindu dihatimu. Untukmu Segalanya, tiada lagi Ranggau dan Tombiruo yang akan menghantuimu. Malangnya, Dendam Masrini telah mencapai tahap Mandatori. Angkara Saka mu menyebabkan keganasan Semangat Hutan bermula. Bagiku Kasihku Abadi walaupun Rindu Yang Pergi telah meninggalkan Badai Di Hati. Akhirnya, Sukma Rindu menutup Original kasihmu dan maninggalkan Sepi Tanpa Cinta untukku. Kuucapkan Pergilah Sepi untuk menenangkan jiwa ini.

Ikhlas dan nukilan dari aKu...

TentanG aKu...

Nama penuh aKu Illya Farhana binti Razaly. Orang panggil aKu illya, LeYa, aNgaH dAn kaDang-kadanG aNa. Aku dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 08 Julai 1987 jam 8.23am. Mase tu beRat aKu 3.2kg. Aku anaK keDua daRi 3 orang adik-beradik.

Mase umuR aKu 2 tahun, aKu diHidapi penyakit asma @ lelah. (kesian kat aKu kan...kecik2 dah aDe penYakit). Tapi seKaranG ni aKu dah ok dah... Boleh berlari-lari lagi...hehe...

Hari demi hari aKu semakin membesar. Pelbagai ragam aKu dapat dijaga oleh ibuku. Ermmm....beTapa murninya kasih seOrang ibu... Genap umur aKu 5 tahun, aku dimasukkan ke TaDika Kemas Taman Dato Hj Abd Samad. Wow! First time gi seKolah. aKu excited sekali. Ramai kengkawan aKu kenaL. Dan sehinggalah umur aKu 6 tahun di tadika itu.

Setelah menempuh alam di Tadika, aKu kini masuk ke Tahun 1 di mana aku disekolahkan di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan(SKPA). SeinGat aKu... Dulu aKu adE seOrang kawan dari darjah 1. Kami satu kelas. Tiap pagi, dia akan minta tengok beg duit aKu... Aku tanpa adE rasa syak teruS jer baGi. Namun, lama-kelamaan ibu dan aYah aKu mule perasan bile duit beLanje aKu senantiaSa habis.... Aku pun ceRitaKan paDa meReka.. Ibu terus gi wat aDuan di sekOlah. Kesian budak tue... Die kene panggil. Sejak daRi peristiwa tue, aKu tak namPak laGi keLibat die kAt sekOlah. Mungkin dah pindah aGaknye.. Aku pun beLajar sehingga Tahun 6 di sekOlah yang sama itu.

Cerita aKu yg best pd Tahun 5. Aku adE kawan mat salih. KitOranG satu kelas.. Name die Donovan. Ermm...putih? memanGlah...dah name pun anak mat salih. Die memang baik. Aku tabiK sPring ngan die sebab die fasih giler Bahasa Melayu.

Tahun 1999 muncul jua.... Pada tahun ni aKu aKan menDuduki UPSR. Hushhh...mase ni aKu tak fikir laGi tentaNg kEpentinGan iLmu. Aku masiH main2 lagi. Hinggalah UPSR tiba, aKu jawab iKut suka aKu..ikut pandai aKu jer.. Tapi keputusan aKu tak lah teruk sanGat.. 1A 4C. Kire adE la jugak A..hehe...

Tahun 2000, aKu semakin menGinjak usia remaja. Kini aKu berada di Tingkatan 1. Aku belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana seHingga aKu di Tingkatan 5. Mase ni macam2 aKu daPat lihat. Perangai kawan2 aKu yg dah remaja konon... Perubahan aKu sendiRi... Aku? Ermm...aKu takde lah jahat sangat mase sekolah. Tapi nakal2 ckit tu biase r... Maklumlah aYah aKu tu Guru sekolah... So...aKu kene wat peRangai baik. Nanti malu laa....

Alamak! Dah tahun 2002. Aku nak PMR pulak..hehe... Takut konon. Tapi still main-main lagi. Itulah aKu..Tak serik2 lagi agaknye...Result aKu??masih adE A lagi..1A,4B & 3C. Pas tu aKu naik ke Tingkatan 4. Aku dapat aLiran SainS mase tu... Erm...eleh...kalau dah jenis main2 tu, aLiran sains pun aKu same gak. Bukannyer nak blaja btul-btul. Padahal tahun tu aKu amik 11subjek. Fuyyooo....memang baNyaK kan.. Tapi mcm biase r..SPM aKu dapat 1A lagi.. Yg lain2 tu boleh r cukup2 mkn... 1A1,2B3,1C5,2C6,4D7 & 1E8..hehe..banYaK kan..

Dan aKu pun muLa aPply la masuK uniVerSity. Opppsss....tapi sebelum tu aKu ditawarKan menGikuTi Program Latihan Khidmat Negara(PLKN). Ermmm...best sgt mase ni...rase nak lagi jer..Masih belum dapat tawaran aKu gi sekOlah lame, masuk Form 6. Mase ni baru aKu nak blaja btul2..Mungkin aKu dah matang ckit agaknyer..hehe... Aku cemburu bile adE di antara kawan2 aKu mule kluar bile dapt tawaran universiti. Aku tanamkan azam yg baRu utk blaja dan terus blaja..

Akhirnye..., beberapa minggu kemudian, aKu pula dapat tawaran masuk belajar di Politeknik TuanKu Syed Sirajuddin(PTSS), Perlis dlm bidang Diploma Teknologi Maklumat(Pengaturcaraan). Jauh kan...tempat aKu blaja..hehe...

Suasana beRada di neGeri oRang dirasakan asing sekali.. aKu muLa mengenali rakan2 daRi pelbagai negeri yg beRbeza... Mase di Semester 1, aKu masih lagi denGan peRangai keBudak-budakan aKU.. Tapi bile di Semester 2, aKu mula berubah ckit demi ckit dan terus berjuang utk blaja...

Dan sehinggalah kini aKu telah tamat serta berjaYa dlm bidang yg aKu cebuRi itu. Ermmm...kEluar saje daRi politeknik itu, aKu dan sEluRuh famiLy aKu gi aRound the wOrld satu MalaYsia... Cuti-cuti Malaysia la katakan..

Kini tahun 2009, aKu sudah beRusia 21tahun 6bulan pada bulan Januari ini..hehe... Keje? aKu belum adE keje lagi..Duduk2 kat umah...kemas umah, blaja memasak & paLing penting aKu melayari laman internet yg luas ini...

Khamis, 8 Januari 2009

aKu dan dia

aKu sering merindui dirinya..namun aku xterkata pabila di depan org ramai. mungkinkah aku malu..ntah laa..aku syg kan dirinya..saat dia bersama aku, aku rasa bahagia bila berada di sisinya. saat kau hilang dari pandanganku, aku sering tertanye ke mana kah kau pergi meninggalkanku terkapai-kapai sendirian. tidakkah kau sedar aku kesepian kini. aku sgt memerlukan dirimu..aku sygkanmu.. jgn tinggalkan diri ini.. bawalah daku bersama ke mana saja kau pergi. aku ingin sentiasa bersamamu.. Inilah kisah antara aku dan dia..

aKu dan Kehidupanku..

Kini aku dah abis study..keje?lum lagi..skrg dOk umah jer.. so..aku open website mcm2 r.update sume blog2 aku..aku pun dah x tau nak watpe..impian? memg la teringin nak sambung study lagi..tgah tgu je la nie..kalu dpt sesame r kite pegi yek..hehe.. kalu nak tgk website2 aku leh la open website di bwh ni ek:
1) http://anagurlz87.blogspot.com
2) http://anagurlz87.hi5.com (hi5)
3) ana_gurlz@yahoo.com.my (friendster,tagged,facebook,myspace)