Saturday, 9 February 2019

Rasai Pengalaman Bersama "EGGSTRA SHIOK" Royale Salted Egg Pizza Domino's

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang dah rasa pizza terbaru dari Domino's? Kalau belum, jangan ketinggalan untuk merasai kelazatan pizza baru ini di cawangan Domino's terdekat bermula 11 Februari 2019. Surely, korang akan suka sebab LeYa sendiri tersangat suka dan semacam ketagih je nak lagi dan lagi. Ahahaha... Bila dah ketagih makan "EGGSTRA SHIOK" Royale, Salted Egg Pizza baru ni, sampai tak sedar boleh makan 3 slices sekali hadap. Fuhhh...selalunya hanya makan 2 slices je. Dahsyat kann!


Rasai Pengalaman "EGG-CITING" bersama "EGGSTRA SHIOK" Royale, Salted Egg Pizza Baru

Okay, untuk pengetahuan korang, Domino's telah melancarkan menu terkini iaitu Royale Salted Egg Pizza yang mana terdapat 3 jenis pizza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale Tuna Pizza dan Royale Delight Pizza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale merah yang dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk menambahkan "Eggstra kick" yang enak untuk dinikmati. Nak dijadikan cerita, penemuan pizza ni bermula dengan ramuan unik yang berjaya menyatukan pelbagai rasa sekaligus melazatkan pizza ini dengan sos telur masinnya. Pizza Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. 

Tambahan lagi, Domino's turut memperkenalkan Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik. Domino's juga memperkenalkan Royale Cheesy Stix baharu dengan sentuhan emas bagi melengkapkan menu ini.


  

Sejak mula diperkenalkan dengan Domino's Pizza, LeYa memang lebih meminati pizza ini berbanding yang lain. Dah tak pandang kiri dan kanan tentang menu pizza yang lain, LeYa boleh teringin nak makan pizza yang satu ini bilamana dah lama tak menikmatinya. Bayangkan lah, ada sekali tu boleh repeat order Domino's Pizza dua kali dalam sehari. Memang tak muak sebab rasa setiap satu pizza tu lain-lain. Kadang-kadang dek terlalu cepat sangat keluar menu baharu sampai LeYa tak terikut kepesatannya. Ahahaha...


Berpegang teguh kepada janjinya "It's All About You", Domino's sentiasa memastikan kehendak para pelanggan dipenuhi dan telah terbukti dengan penghasilan Salted Egg pizza. Di majlis pelancaran, Linda Hassan, Naib Kanan Presiden Pemasaran Domino's Pizza Malaysia & Singapura berkata, "Telur masin kini bukan lagi asing dalam kalangan kita dan ini adalah kerana ia adalah makanan asas bagi rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila popularitinya meningkat di mana ia digunakan dalam pebagai jenis makanan. Kami berasa amat bangga "Egg-cited" kerana dapat berkongsi telur masin versi kami tersendiri. Kami juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan sos terbaru ini yang bukan sahaja akan membangkitkan selera mereka tapi juga bakal mencetuskan rasa nostalgia. Sejajar hidangan pada musim perayaan, pizza telur masin Domino's yang baru ini bakal menjadi penambah hidangan yang sesuai dalam meraikan perayaan dan juga bersama yang tersayang."


Pelancaran Royale Salted Egg pizza di Domino's ini juga memperkenalkan diskusi menarik yang bertemakan "The Rise of Salted Eggs" yang dihadiri Mori Said dan Adikfoods bagi memeriahkan lagi perbincangan bersama Linda Hassan. Dalam perbincangan itu, para panel berkongsi pendapat dan pandangan terhadap tren telur masin serta membincangkan pelbagai topik seperti hidangan telur masin yang paling unik dan luar biasa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Dalam sessi perbincangan tersebut membuktikan yang telur masin merupakan hidangan yang versatil di mana sangat sesuai dipadankan bersama hidangan tempatan mahupun barat dan sesuai untuk hidangan makanan utama mahupun pencuci mulut.


Pada yang nak cuba rasa kelazatan menu baharu Royale Salted Egg pizza, korang boleh memilih Royale Combo yang terdiri daripada Royale Buddy Combo dengan hanya pada RM39.90 dan Royale Super Combo hanya untuk RM59.90. Korang juga boleh menambah menu Royale Chicken Wings pada harga RM12.75 atau RM13.70 sebagai ala carte. Selain itu, korang juga boleh nikmati Royale Cheesy Stix pada harga RM8.30 atau RM9.25 sebagai ala carte.


Royale Salted Egg Pizza - Hidangan Nostalgia Citarasa Malaysia

Salah satu sebab kenapa LeYa jatuh hati dengan menu baharu ini ialah pizza ini mengimbau kenangan ketika menikmati hidangan bersama keluarga mahupun rakan-rakan sewaktu dulu. Ia turut menginspirasikan hidangan tempatan mahupun barat yang menampilkan citarasa rakyat Malaysia di dalamnya dengan rasa sos telur masin itu sendiri. Bak kata pepatah, "Kalau dah selera Malaysia memang tetap selera Malaysia."


Rasa dia jangan cakap lagi lah kan. Sedap namatey bak orang sekarang kata. Dengan berintikan hirisan daging dan ayam yang berkualiti tinggi serta sangat lembut, bergabung pula dengan sos telur masin dan hirisan cendawan dan tuna, memang LeYa berpuas hati dapat makan. Secara peribadi, LeYa meminati Royale Tuna Pizza kerana rasa telur masinnya lebih terasa berbanding yang lain.


Pelbagai menu edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale Salted Egg pizza, Royale Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino's Pizza di Semenanjung Malaysia bermula 11 Februari 2019 ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu terbaharu Domino's Pizza Royale Salted Egg dan promosi yang sedang berlangsung, boleh layari laman sesawang di bawah:-

Website

Facebook

Hubungi Talian Telefon
1300 - 888 - 333

Friday, 8 February 2019

KFC Parmesan Truffle Crunch

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kisahnya bermula selepas menonton AJL 33 yang menunjukkan iklan KFC - Sehingga Menjilat Jari dengan menu baharunya KFC Parmesan Truffle Crunch. Dan, pulang sahaja dari menonton AJL 33, Mr. Otomen Taro pun membelok masuk perkarangan stesen minyak Shell Seri Kembangan. Kemudian, membuat pesanan Drive Thru KFC yang ada di situ. So, apa lagi? Permintaan ditunaikan. LeYa memohon untuk menikmati menu baharu tersebut. Yummy! Terima kasih my lovely husband


Kalau korang nak tahu, KFC Parmesan Truffle Crunch ini merupakan menu gastronomi terbaharu gabungan keju Parmesan premium dan Truffle bersama ayam hot & spicy KFC.

Korang juga boleh dapatkan menu KFC Parmesan Truffle Crunch ni dengan set kombo 2 ketul ayam pada harga RM17.90 dan set kombo 3 ketul ayam dengan harga RM24.50. Setiap kombo tersebut didatangkan dengan whipped potato, coselaw, shredded Parmesan cheese dan minuman Mountain dew. Oh ya! Korang yang tercari bun dalam set KFC Parmesan Truffle Crunch ni memang tidak disertakan sekali ya. So, kalau nak bun tuh, kena lah add-on.


Macam LeYa, pada malam tu Otomen memesan untuk set kombo 3 ketul ayam. Dah lewat malam. Cukuplah sekadar untuk merasa kan. Jadinya, kami decide untuk berkongsi sahaja. Lagipun lebih menjimatkan dan mengeratkan hubungan sesama suami isteri. Hehehe...

Apa Yang Istimewa Tentang KFC Parmesan Truffle Crunch ni?

Istimewanya adalah limpahan Parmesan cheese dan dressing oil itu sendiri. Sebab? Bila korang taburkan dressing oil dia tuh, memang telan liur tak sabar nak makan. Ditambah lagi dengan hirisan keju Parmesan yang menjadi favourite LeYa. Ternyata sedap dan menggiurkan. Cuma ia kurang kick untuk LeYa sebab tak pedas. Hehehe... LeYa kan hantu pedas. Tak boleh tak pedas. 

Menariknya lagi, ayam KFC Parmesan Truffle Crunch ni lebih rangup berbanding ayam yang biasa tuh. Memang layan habis masa tengah makan ayam KFC ni. 

Keseluruhan LeYa rasakan memang sedap dan berbaloi. Bagi yang tak makan pedas tuh, memang boleh try la untuk makan KFC Parmesan Truffle Crunch ni. 

So... Korang dah rasa ke belum KFC Parmesan Truffle Crunch ni? Kalau dah, cuba kongsikan pengalaman atau reaksi korang. Yang belum tu, cepat-cepatlah pergi rasa ye. Ternyata sedap dan berbaloi! 

Wednesday, 6 February 2019

Apa Yang Menarik Jika Bercuti Ke Pulau Indah, Selangor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Cuti-cuti sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina ni, LeYa dan Otomen Taro decide untuk menenangkan fikiran di tempat yang tidak ramai orang. Jadi, memandangkan Otomen mempunyai hobi yang suka benar menjala atau memancing di laut, kami pun ke Pulau Indah, Klang.


Daerah Klang ini seperti yang kita tahu sangat terkenal dengan sektor perkapalan dan boleh dikatakan kedua terpenting selepas Shah Alam. Namun, dek kesibukan kapal-kapal yang masuk ke sini, korang jangan lupa ianya juga mempunyai tarikan menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah 

Tarikan Tepi Pantai dan Pulau
Tanjung Harapan
Pulau Ketam
Pantai Acheh, Pulau Indah
Laguna Park, Pulau Indah
Port Klang Cruise Centre

Tempat Membeli-Belah di Klang
Wisma GM Klang Wholesale City
AEON Bukit Tinggi Shopping Centre
Little India Klang
Pasar Jawa Klang

Tarikan Alam Semulajadi & Taman Reakreasi
Taman Rakyat
Taman Pengkalan Batu
Padang Sultan Sulaiman
Taman Bandar Diraja

Tempat Bersejarah & Mercu Tanda Klang
Gedung Raja Abdullah
Kota Raja Mahadi
Masjid Diraja Sultan Sulaiman
Jambatan Kota
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Masjid Bandar Diraja Klang
Masjid India Muslim Tengku Kelana
Taman Tugu Keris
Dataran Seni

LeYa dan Otomen Taro tidaklah singgah ke semua lokasi yang ada di atas. Percutian kali ini, kami ke lokasi Pulau Indah untuk aktiviti memancing dan santai petang. Jom tengok ap yang menarik di sini!

Pantai Acheh, Pulau Indah Lokasi Tersembunyi dan Cantik


Lokasi pantai ini mungkin agak tersorok sedikit. Namun, ia menjanjikan pemandangan dan landskap pantai yang menarik untuk melaksanakan aktiviti seperti berkhemah, santai petang dan berkelah. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah parasailing dan memancing. Bagi kaki pancing seperti Otomen Taro ni, kami melangkah ke hadapan sikit di kawasan bot-bot nelayan untuk mencari kawasan atau port memancing yang terbaik.

Yang inginkan aktiviti berkelah lebih privasi memang sangat elok untuk singgah dan berehat di Pantai Acheh ini. Masih tidak ramai yang singgah ke sini.



Lihat sahaja betapa seronoknya Otomen apabila jala yang pertama kali digunakannnya ini membawa hasil laut yang lumayan. Benarlah kata pepatah "Rezeki Allah sangat luas". Ada rezeki, pasti menemui jalannya. Yang penting rajin dan berusaha untuk mendapatkannya. Alhamdulillah... Dapat juga menikmati ikan segar dari laut cuti-cuti ni. Hehe...

Bukan itu sahaja. Ada terselit juga seekor ketam dan udang dalam tangkapan Otomen petang itu. Apa lagi? Kasi goreng panas-panas la dan makan makanan laut segar. Yummy!


Laguna Park, Pulau Indah Lokasi Bergambar Yang Menarik

Satu lagi tarikan menarik yang ada di Pulau Indah ini adalah Laguna Park. Di sini juga sangat sesuai untuk aktiviti memancing dan riadah petang bersama anak-anak. Di sekitar kawasan terdapat pondok rehat, jeti kecil dan restoran-restoran menarik untuk dicuba. 


Penginapan di sini tidaklah banyak tetapi ia sangat ideal jika korang ingin bermalam dan rasai suasana menenangkan di tepi pantai.


LeYa yang pada mulanya sampai di sini agak krik-krik melihatkan suasana sunyi sepi. Tak ramai orang dan nak ke kedai runcit pun agak jauh. Tetapi apabila turun dari kereta dan terpegun melihat landskap pemandangan yang cantik, terus rasa seronok. Yeah! Tadi kan memang nak bercuti yang tak berapa ramai orang. Hahaha...


Jadinya, kalau korang berhasrat untuk bercuti dan berehat dari kesibukan ramai orang, Pantai Acheh dan Laguna Park yang terletak di Pulau Indah ni memang sesuai dijadikan lokasi percutian. Cumanya kalau korang nak ke sini better pergi dari awal pagi untuk dapatkan panorama indah waktu pagi ataupun panorama petang. Janganlah korang terpacak tengah hari buta weyyyhhh.. Panas berdenting la  kat laut ni.. Habis lencun nanti korang. Haha.. Yang suka bergambar pemandangan macam LeYa memang eloklah ke sini sebab tak ada orang nak photo boom kita. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Saturday, 2 February 2019

Pujaan Hati Kanda Pikat Hati 12 Juta Penonton

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

12 juta penonton terpaku dipikat kanda Danny! Drama Pujaan Hati Kanda yang menggandingkan Remy Ishak dan Mira Filzah ini telah meraih rating terkumpul sebanyak 12 Juta dengan episod akhirnya ditonton 5 Juta penonton pada 28 Januari lalu. Lebih membanggakan, drama ini turut memperoleh lebih 30 Juta tontonan di Youtube @TV3Malaysia! (sumber Nielsen Audience Measurement).


Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, "Drama ini bukan sahaja tular kerana watak utamanya, malah dua watak antagonisnya iaitu watak Pali yang dilakonkan oleh Syazwam Zlkifly dan Kak Su oleh Reen Rahim turut tular apabila netizen geram dengan kedua watak ini. 

Kesemua watak di dalam drama ini mempunyai peranan tersendiri yang turut membantu drama ini diterima baik oleh orang ramai. Terima kasih kami ucapkan buat penonton setia yang sentiasa memberi sokongan terhadap drama-drama melayu di TV3. Sokongan anda menjadi pemangkin buat kami untuk sentiasa berusaha membawakan pelbagai lagi drama dan program menarik untuk tontonan anda!"


Berakhirlah teka-teki siapa ibu bapa kandung bayi comel bernama Rizqy. Danny juga menjadi hak mutlak Tiara yang sarat hamil. Pujaan Hati Kanda mengisahkan mengenai Danny lakonan Remy Ishak yang menerima kehadiran seorang bayi di hari pernikahannya. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy sementara dia menyiasat siapa sebernarnya ibu kepada Rizqy dan bernarkah Rizqy anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar lepasan universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri. Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.