Tuesday, 26 February 2019

Pelancaran Event Wedding Grand Hall Di I-City Convention Centre, Shah Alam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay buat bakal pengantin semua especially yang duduk area Shah Alam. Korang dah mula buat persiapan ke untuk raikan hari bahagia korang? Dah ada ke pakej perkahwinan untuk majlis korang? Fotografi? Katering terbaik? Tema majlis? Wahhhh.... Macam-macam kan nak difikirkan untuk mendapatkan yang terbaik pada hari penuh bersejarah tu nanti. Kalau korang masih buntu dan tak tahu mana nak mula, haaa...baik cepat. Jangan di saat-saat akhir nanti kelam kabut tak siap semua. Eloklah persiapan awal dibuat untuk sebuah majlis perkahwinan yang akan diingati sepanjang hayat nanti.

Kadang ada setengah pengantin lebih mudah buat di rumah sendiri. Tetamu pun mudah nak datang. Tapi bagaimana pula jika pengantin mendiami rumah apartment? Pasti lecehkan untuk melaksanakan majlis perkahwinan yang orang ramai nak datang. Bayangkan pengantin duduk tingkat paling atas. Jenuh lah nak turun naik lif mengangkat barang majlis. Alih-alih penat mengangkat barang je nanti.


Baru-baru ni LeYa ada kunjungi satu pelancaran dewan perkahwinan yang diadakan di dalam mall. Amboi kaw! Meriah sangat. Korang rasa mampu tak macam tu? Dengan pakej perkahwinan dari Event Wedding & Catering Management (EW) ni, pengantin dan tuan rumah tak perlu buat apa-apa dah. Semua ada disediakan. Sampai sahaja LeYa di I-City Convention Centre, Shah Alam ni, parking kereta pun mudah dan banyak. Memang selesa dan senang sangat lah kan! Actually, ni first time LeYa sampai sini. Bila tengok keadaan parkingnya yang banyak, LeYa puas hati.

Yang menariknya lagi, pakej dia dari A sampai Z, korang tak perlu fikir panjang lagi. Segalanya lengkap disediakan. Dari katering, fotografi dan videografi, dewan, pelamin, hiasan dalaman, sewaan busana pengantin dan banyak lagi. Pendek kata, memang cuci tangan saja lah dengan menggunakan pakej perkahwinan ni.


Event Wedding & Catering Management (EW) ni merupakan sebuah syarikat pengurusan majlis perkahwinan dan korporat. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti pakej perkahwinan, pengurusan majlis, penyediaan makanan dan katering, tempat, busana pengantin, pengacaraan majlis, perkhidmatan fotografi dan videografi dan banyak lagi.

Event Wedding & Catering Management (EW) ini ditubuhkan pada Disember 2017. Ia dikelolakan oleh pemilik syarikat, Fitry Mustafa bersama rakan kongsinya, Farahana Domman. Menurut En. Fitry, ia bermula dalam industri ini dengan membangunkan sebuah kilang tiga tingkat dan dijadikan sebagai tempat majlis perkahwinan yang turut dikenali dengan nama De Laman Event Space di Bukit Jelutong, Shah Alam. Ia mula beroperasi pada Disember 2016.

Kemudian, pada tahun 2018 sehingga sekarang, ia merupakan tahun yang penuh bermakna di mana beliau mengharapkan dengan pelancaran majlis ini, ia terus mengorak langkah kepada satu tahap yang lebih tinggi.


Pastinya Encik Fitry Mustafa selaku pemilik syarikat bersedia untuk menyediakan kemudahan yang lengkap bagi menjayakan sesebuah majlis perkahwinan. Jadi, bakal pengantin tidak perlu risau lagi dengan segala kemudahan ini. Confirm puas hati dan berbaloi.

Dengan pakej eksklusif harga mampu milik dan tidak dilupakan juga kepada yang berkemampuan untuk menempah pakej berprestij, Event Wedding & Catering Management sedia untuk berkhidmat dan memberi nasihat serta rundingan secara profesional. Selain itu, Event Wedding Management juga turut menyediakan acara lain seperti pelancaran produk, sidang media, acara korporat, majlis makan malam, sambutan hari lahir, majlis Aqiqah dan lain-lain.


Majlis pelancaran dewan perkahwinan oleh Event Wedding & Catering Management ini adalah untuk mewujudkan kerjasama antara dua buah syarikat Event Wedding (EW) dengan I-City Convention Centre, Shah Alam. Melalui usahasama ini, ia pasti menjadi lebih menarik dengan kedua-duanya berganding bahu untuk melangkah tapak ke industri pengurusan majlis. I-City Convention Centre merupakan sebuah dewan yang sesuai diadakan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, korporat dan lain-lain.
Menerusi visi dan misi yang terlaksana oleh syarikat Event Wedding (EW), ia bertujuan mencapai matlamat dan wawasan sebagai peneraju pasaran dalam bidang pengurusan dan penyediaan makanan dengan membina hubungan baik untuk jangka masa panjang bersama pelanggan.
Pakej yang ditawarkan adalah:
  1. Pakej Katering untuk Majlis-Majlis
  2. Pakej Perkahwinan Lengkap Tanpa Dewan
  3. Pakej Lengkap Hall Ballroom IDCC
  4. Pakej Majlis Perkahwinan
  5. Pakej Majlis Pelancaran Produk
  6. Pakej Seminar
  7. Pakej Makan Malam
  8. Pakej Majlis Korporat

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Event Wedding Grand Hall di I-City Convention Centre, Shah Alam

 
 




Menurut En. Fitry lagi, perkhidmatan terbaik mestilah menjaga kualiti pengurusan dan penyediaan makanan serta berpegang teguh dan berkelakuan baik untuk mencapai objektif dan wawasan. Jadi, mana tahu rezeki korang terbaca post LeYa ni dan terus merancang untuk kolaborasi majlis perkahwinan korang dengan Event Wedding. "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu." Memang rezeki korang lah nanti!


Rujukan atau maklumat untuk tempahan:

Email

No. Telefon
+03 5523 1389 / +6012 973 5425

Fax
+03 5523 1389

Website

Instagram


Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. wow...senanglah ada event wedding macam ni..boleh la yang bakal berkahwin datang ke sini..semuanya lengkap di bawah satu bumbung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu.. .Cuci tangan je tuan rumah dan bakal pengantin..

      Delete
  2. Replies
    1. Aah..betul tu kak.. Memang besar dan selesa.

      Delete
  3. nampak selesa dewan ni leya. food pun nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Boleh la booking untuk shafi siap2..hehehe..

      Delete
  4. Skrg ni mudah sgt sbb dah siap semua dalam satu pakej..berbaloi dan yang penting puas hati dgn hasil kerjanya kan?.. canrik tgk pelamin dgn baju2 pengantin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakal pengantin sekarang memang senang.. Semuanya ada.. Pilih je mana yg suka dan ikut bajet sesuai

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com