Monday, 4 March 2019

Discover Selangor: Kenali Budaya, Tempat Menarik dan Sejarah Yang Ada Di Sekitar Klang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Kalau korang merancang untuk bercuti ke Selangor, memang satu keputusan yang tepat sekali. Sebab kalau korang nak tahu destinasi pelancongan di Selangor ni sangat banyak sekali untuk korang jelajah dan pastinya menarik. Korang boleh eksplorasi kawasan pantai, hutan, bukit atau pun kawasan pelancongan yang lebih moden. Dua hari perjalanan LeYa mengembara ke negeri Selangor banyak memberi pengalaman dan pembelajaran ketika mengenal budaya di tempat orang. Jelajah LeYa ke Selangor dengan rakan-rakan adalah kerjasama dari Tourism Selangor, Fire Fly dan The Saujana Kuala Lumpur.


Bertolak dari The Saujana Hotel Kuala Lumpur dengan menaiki bas dan tiba di Royal Gallery Sultan Abdul Aziz Shah. Di sini LeYa dan rakan-rakan akan berjalan ke sekitar bandar Klang untuk melihat sendiri tinggalan sejarah yang ada. Perjalanan kami merentasi Bandar Klang dikenali dengan Royal Klang Town Heritage Walk, yang boleh dikatakan kami berjalan lebih kurang 6km. 

Destinasi pertama, LeYa dapat mengenali apa yang ada di dalam Galeri Sultan Abdul Aziz Shah. Mula beroperasi secara rasmi pada Oktober 2007, Galeri ini ditempatkan di Bangunan Sultan Suleiman. Ia dibina oleh seorang arkitek British dan bangunan yang elegan ini merupakan salah satu bangunan kolonial yang tercantik di Klang. Pada Disember 2009, bangunan ini telah diwartakan sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan kerana mempunyai koleksi memorabilia dan royal serta peralatan milik Sultan Selangor.


Kemudian, LeYa bergerak lagi ke hadapan untuk melihat bangunan The Former Chartered Bank yang mana kini sudah menjadi butik pakaian India. 


Bangunan ini merupakan institusi kewangan bagi The Old Chartered Bank of India, Australia dan China yang pertama dan tertua di Klang. Bank Chartered yang pertama kali dibentuk di London (1853) oleh James Wilson di bawah Royal Charter dari Queen Victoria (1837 - 1901). Ia direkabentuk dengan gaya Neo-Klasik dengan menghubungkan bangunan utama melalui jambatan pejalan kaki tertutup untuk ke tingkat pertama. Setelah pengubahsuaian dilakukan, bangunan ini menjadi butik pakaian India.


Melangkah lagi kaki ke Royal Klang Club untuk melihat suasana kelab sosial dan rekreasi bagi perjumpaan tidak rasmi sekumpulan masyarakat British, penjawat awam dan pentadbir suatu ketika dahulu. Dekorasi dalaman pada kelab ini sangat tersusun dan unik sekali. Restoran, The Smugglers Inn yang diinspirasikan dari marine memang patut dilihat dan rasai sendiri bila berada di dalamnya. Pada bahagian atas kelab ini pula pernah menjadi tempat hiburan dan tontonan drama seperti Othello, Midsummer Dream oleh Shakespeare.



Selain itu, LeYa turut berkesempatan melihat dan merasai pengalaman di tempat menarik lain seperti Istana Alam Shah, Church of Our Lady of Lourdes, Klang Convent School, Tengku Kelana Street (Little India), Indian Muslim Mosque Tengku Klana, Sri Nagara Thendayuthapani Temple, Klang Fire Station dan Gedung Raja Abdullah.




Menjelang tengah hari, tekak mula rasa haus dan perut pun sudah minta diisi. LeYa dan rakan-rakan dibawa ke satu kedai makan India Muslim yang bekerjasama dengan Chong Kok Kopitiam untuk menikmati hidangan nasi beralaskan daun pisang (Banana Leaf) dan minuman Jus Ambra yang enak sekali. Memang puas betul dapat minum Jus Ambra tu. Hilang rasa dahaga setelah penat berjalan kaki lebih kurang 6km.



Kami meneruskan lagi perjalanan ke Pulau Carey untuk mengenal budaya masyarakat asli Mah-meri yang terdapat di situ. Baru pertama kali LeYa tahu dan kenal masyarakat Mah-meri ini. Kalau tak singgah ke sini, memang tak tau lah kan. Masyarakat Mah-meri di sini semuanya baik-baik dan melayan kami dengan persembahan tarian tradisional yang cukup mengagumkan. LeYa sendiri dapat melihat tarian tradisional dan juga seni kreatif menganyam yang dibuat mereka. Menurut budaya masyarakat mereka, anak dara yang tidak pandai menganyam tidak boleh kahwin. Jadi, kalau mereka nak kahwin, kena tahu dan pandai menganyam apa-apa bentuk dan jenis anyaman. Wah! Memang tertarik betul bila dengar sejarah kebudayaan mereka tu.





Kemudian, kami dibawa pula ke sebuah Restoran Mansion 1969 untuk menikmati makan malam. Dekorasi ruangan kedai ini menampilkan barangan antik dan lama yang sangatlah cantik dan kemas. LeYa sendiri rasa kagum di mana pemilik boleh mengumpul barangan antik dengan banyak sekali. 




Bukan itu sahaja, di bahagian luar, korang boleh rasai pengalaman makan dalam sebuah bas yang kebanyakan hidangan disediakan berasaskan Western Food. Cukup mempesonakan dan menyelerakan ketika menikmati hidangan makanan di sini. Jom tengok apa yang LeYa dan rakan-rakan makan di bawah. (Amaran spoiler: Jangan terliur taw. Hehehe...)





Bila perut dah kenyang, hati pun riang. Kami dibawa pula oleh pemilik Restoran Mansion 1969 untuk melawat restoran keduanya yang terletak di Jenjarom. Dekorasi ruangan kedai kali ini berkonsepkan perpustakaan. Ini kerana terdapat ruangan mini perpustakaan yang membolehkan pengunjung meluangkan masa membaca sambil menunggu hidangan sampai. Memang cukup menarik konsep yang cuba diketengahkan.




Menjelang malam, kami dibawa ke satu lokasi yang mana buat julung kalinya LeYa dapat menyaksikan Chinese New Year Lantern and Flora Festival di Fo Guang Shan Dong Zen Temple

Menurut masyarakat Cina, terdapat 12 zodiak Cina yang mana pada tahun ini merupakan tahun babi. dan bagi mereka, babi mewakili kesempurnaan dan permulaan satu kitaran. Watak babi yang telah diubahsuai iaitu Zhu menandakan bahawa semua perkara akan tercapai dalam kesempurnaan dan berjalan dengan lancar. Tema utama festival tanglung di situ adalah Always Well-rounded and Auspicious yang mana diletakkan beberapa pokok keuntungan dan terdapat 3 ekor babi yang mewakili tiga buah kisah kebaikan, ketekunan dan perpaduan. 


Kalau LeYa tak turut serta pasti tak tahu serba sedikit sejarah dan kebudayaan mereka. Kat sini ada banyak lagi pesta tanglung mengikut tema. Antaranya seperti Primary Lantern: Good Fortune and Happiness Lantern, Secondary Lantern: Cultural Exchange Lantern Area, The Path to Buddhahood Street Lights, Cultural and Arts Exhibitions, Buddhist Lectures and Book Fair, Dharma Ceremonies, Vegetarian Food Street, Orchids, Costume Parade and Cultural Performances and Special Lantern Area serta lain-lain aktiviti.



Rasanya cukup panjang LeYa menulis kali ini. Sejujurnya LeYa memang jatuh hati dengan tempat menarik di Malaysia yang masih lagi kita tidak mengeksplorasinya. Bagi korang yang memang bercadang nak bawa keluarga ataupun bercuti dengan rakan-rakan, memang eloklah bawa mereka mengenali kebudayan masyarakat yang ada di Malaysia terutama Selangor ini, di samping melawat tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Klang.


Mengakhiri coretan LeYa kali ini, LeYa rasa bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang penuh harmoni dan keindahan tempat-tempat menariknya yang sangat banyak. Rugi benar rasanya jika korang tak cuba untuk mengeksplorasi apa yang ada di sini. Maklumat lanjut, boleh layari laman web Tourism Selangor di http://www.tourismselangor.my/. Nantikan episod kedua LeYa menjelajah lebih banyak lagi destinasi yang menarik yang pasti memukau korang untuk datang.
Reaksi kOrang:

14 comments:

  1. Lama tak ke Klang, banyak tpt menarik dan yg belum kami lawati

    ReplyDelete
  2. baru tau klang banyak tempat menarik. selalu balik meru je lps tu blk kl semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Sama la.. Bila dapat pergi ni baru tahu, eh! Banyak lagi tempat menarik yg belum dijelajah rupanya..

      Delete
  3. wah semua nya menarik. belum sempat nak ke Klang. haha. sebelum ni pun cuma sempat ke Shah Alam aja mengikut orang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah... Memang menarik.. LeYa pun baru tahu masa bercuti ke sini

      Delete
  4. wow bestnya.. boleh la pergi nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x... Bercuti dengan keluarga pasti best

      Delete
  5. Ok menarik. Boleh dijadikan rujukan jika berkunjung ke selangor ..

    www.miakassim.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye betul tu.. Terima kasih kunjungi blog LeYa yang tak seberapa ini

      Delete
  6. Dlm byk-byk tempat tu liez pernah g firefly ikut tourism selangor... seronok sebenarnya dpt terokai tempat2 yang jarang dilawati atau org tak tahu sgt ttg kewujudannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tak terfikir nak sampai ke sini. Bila dah sampai tu memang cantik sangat

      Delete
  7. hello beiibbyyy ,,,,,,
    ni kita bocorin sdkt rahasia yaaaa,,,hmmm,, ap ya kira"? hehehe
    RAHASIANYA ,,,, ad promo loh di WWW.FANSBETTING..CO
    nah untuk itu bisa langsung add aj kontak kmi dan bertny" lebih lanjut untuk info PROMONYA ya
    >>>fansbetting<<<BBM : 5EE80AFE ^o^
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting
    bersama dengan kami CS fansbetting
    kami ucapkan selamat siang dan selamat beraktifitas ya guyssssssss thankyouuuuu ^O^

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com