Wednesday, 14 November 2018

Tempat Menarik Johor Bahru Yang Wajib Singgah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Johor Bahru merupakan lokasi paling selatan dalam peta Malaysia. Hari ini, makin banyak tempat -tempat menarik yang boleh kita lawati bila berkunjung ke Johor Bahru. Yang menariknya lagi, sudah banyak tempat yang diberi nafas baru dengan penambahan pusat pelancongan terbaru.

Berikut adalah beberapa tempat menarik di Johor Bahru yang sempat LeYa dan keluarga lawati.

1) Legoland Malaysia

Kredit Photo: www.siraplimau.com

Tak lengkap rasanya kalau percutian seisi keluarga tanpa berkunjung ke taman tema Legoland. Korang akan terpesona dengan rekaan replica mercu tanda kebanggaan Malaysia seperti Menara Kembar KLCC, Masjid Putrajaya dan juga mercu tanda lain seperti Angkor Wat dan Taj Mahal yang dibina sepenuhnya dengan blok Lego di Miniland.

Korang juga boleh membina lego sendiri, menaiki pelbagai ride yang ada dan juga menonton wayang 4D. Di sini, ia terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya Lego Technic, Lego Kingdoms, The Land of Adventure, Lego City dan Taman Tema Air. Selain itu, korang juga boleh menjamu selera di Mall of Medini dan menginap di Hotel Legoland yang berkonsepkan Pirate, Adventure, Kingdom dan Ninjago.




2) Danga Bay

Kredit Photo: www.cibuka.com 

Danga Bay dahulunya adalah sebahagian daripada Pulau Lido. Di sini, korang akan dapat lihat 4 tarikan utama seperti pusat membeli belah Danga City Mall, Danga World Mini Theme Park yang menempatkan permainan seperti ferris wheel, merry-go-round dan pirate ship ride. Yang bestnya, korang boleh menaiki tram atau berbasikal mengelilingi kawasan sekitar. Kalau terasa lapar, boleh lah makan di restoran atau kafe yang ada di situ.

3) Kilang Bateri


Dah sampai di JB tu, korang jangan lupa singgah dan makan di Kilang Bateri. Ia menampilkan bazaar ala hipster yang asalnya adalah sebuah kilang bateri dan kini sering menjadi sebutan sesiapa sahaja. Pelbagai jenis makanan yang popular boleh cuba di sini. Korang juga boleh lah kalau nak membeli belah di butik terkemuka di instagramnya seperti jenama dari Costuro, SuperSunday dan JohoBaru. Turut ada juga buat peminat buku ialah kedai buku istimewa iaitu Projek Buku. Kedai gunting rambut 1855 berkonsepkan moden juga ada buat lelaki yang inginkan gaya rambut terkini. 

4) Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn


Melangkah ke tempat orang tidak lengkap baut LeYa sekeluarga untuk turut melawati masjid, rumah Allah yang terindah di situ. Masjid Bandar Dato’ Onn yang merupakan masjid keenam terbesar di Johor ini sangat cantik dan luas. LeYa ada kongsikan cerita ini di http://www.illyaleya.com/2018/10/keindahan-masjid-terbesar-di-johor-bahru.html

5) Johor Premium Outlet (JPO)

 
Peminat atau kaki shopping pasti tak sabar menunggu ruangan yang satu ini. Apa lagi kalau tak lokasi membeli-belah barangan berjenama terkemuka dengan potongan harga yang menarik setiap hari iaitu di Johor Premium Outlet. Selain itu, ia juga merupakan kawasan yang berkonsepkan colonial dan landskap taman yang unik untuk mengambil gambar sebagai kenangan.


Sebenarnya banyak lagi destinasi yang menarik boleh dilawati bila berada di Johor Bahru. Pelbagai aktiviti dari yang lasak, santai sehingga bershopping, semuanya boleh dibuat di JB bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Bagi LeYa, Johor Bahru memang memberi satu pengalaman yang menakjubkan. 

Tuesday, 13 November 2018

Jeruk Asam Boi Lizalicios Johor Bahru - Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Fenomena jeruk mangga asam boi memang sangat laku keras sekarang ni. Maklumlah dek fenomena ni lah, dari yang mengidam sehingga yang tak mengidam pun dah cuba menikmati kenikmatan jeruk mangga asam boi ni. Bila teringat dan tengok semula gambar jeruk ni, terus meleleh air liur LeYa. Rasa terliur sungguh! Kebas je rasa bibir menahan air liur. Aduh! Sedapnya kalau dapat petang-petang ni kan.


Okay… Jom LeYa nak kenalkan dengan korang especially yang stay Johor Bahru tuh. Korang boleh dapatkan Jeruk Mangga Asam Boi dari Lizalicious yang dibuat sendiri olehnya. Memang sangat FRESH walaupun namanya jeruk. Rangup dan sedap. LeYa dua balang boleh mengadap makan sorang-sorang kalau tak ditegur oleh Mr. Otomen Taro. Hehehe… 

 

Of course LeYa ni memang hantu asam atau jeruk. Setiap jeruk yang ada LeYa dah rasa. Ternyata Jeruk dari Lizalicious ni memang ada satu rasa kelainan. Sedap sangat weyyhhhh… Bila tengok dia update status pasal jeruk ni, confirm geram je nak terkam dan makan. Sebalang dia jual RM10 je. Murah kan! Ada 5 pilihan jenis jeruk yang korang boleh try. Antaranya ialah Mangga atau Mempelam, Betik, Jambu Batu, Apple Hijau dan Kedondong

 

Jika korang yang berdekatan Johor Bahru nak order, boleh lah layari maklumat lanjut di bawah ni:

Telefon
012-7561762

Facebook

Yang pasti, Jeruk Lizalicious memang FRESH dan korang pasti puas hati. Tak rugi beli taw!

Wednesday, 7 November 2018

Kemas Rumah Cara Lazada! Apa Yang Perlu Tahu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mengemas adalah kerja rumah yang paling penting buat isteri atau ibu-ibu yang sudah mempunyai anak. Ia penting untuk kelihatan rumah lebih indah dan berseri-seri. Lagi-lagi bila suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan penat. Suasana yang bersih dan teratur pasti membuatkan mereka tenang dan seronok.Namun, ia menjadi satu tugas yang tidak berkesudahan jika mengemas barang dan permainan anak-anak. Jangan risau! Jom… LeYa bawakan penyelesaian cara mengemas untuk rumah anda kelihatan cantik dan tersusun.


Kemas Rumah Cara Lazada

Kemas rumah cara Lazada? Apakah itu? Okay… jom LeYa jelaskan. Pada 11.11 ni, Lazada ada menjalankan Shopping Festival sempena hujung tahun. Jadi, untuk menjimatkan wang anda, apa kata anda jadikan laman web ini sebagai satu inspirasi mengemas rumah yang paling cantik sekali.

 Lazada 11.11 Shopping Festival

LeYa yang boleh dikatakan agak sedikit OCD ini memang pantang rumah bersepah. Hehehe… Bagi memastikan rumah dalam keadaan baik dan tersusun, LeYa akan rutinkan setiap hari selepas pulang dari tempat kerja, membersihkan dahulu rumah. Wow!!! Tak penat ker LeYa ni kan…

Bagaimana nak kemas rumah cara Lazada?

Cuba tengok barangan yang dipamerkan di laman web Lazada. Cantik dan moden kan? Kalau hari-hari rumah macam showroom, mesti seronok kan? Siapa lah tak nak kan? Lagi-lagi golongan ibu-ibu yang memang naluri wanita ni nak cantik sahaja.

BAHAGIA Nilofa Beframe Only RM208.00

Cara mengemas ala Lazada yang pertama. Begini caranya…

Satu bilik tidur dibiarkan suram tanpa hiasan. Jadi, apa kata korang suai padankan menjadi sebuah bilik tidur yang cantik dan ringkas buat tetamu jika bertandang ke rumah nanti. Cukup dengan hiasan yang tampak ringkas, memadai untuk tetamu bermalam seketika. 

Senang kan? Apabila ada bilik tetamu di dalam rumah anda, rasanya tetamu yang datang nanti tidaklah rasa tak selesa untuk privasi kan. Harga untuk set Bahagia Nilofa Bedframe ni pun tak lah mahal sangat. Jom beli!

Atmua Champ Storage Cabinet (3 Doors) Classic Design RM199.00

Cara mengemas Lazada yang kedua. Jom!

Kumpul barang-barang dan buku mengikut kategori yang sama dan susunkan di rak yang telah dibeli dari Lazada Shopping Festival dengan harga promosi. Kalau boleh, asing dan simpan barangan kesayangan yang menyeronokkan sahaja. Yang selebihnya, boleh buang atau dermakan kepada sesiapa yang menginginkan. 

Senang kan? Apabila rumah tak penuh dengan terlalu banyak barang, tugas mengemas akan jadi lebih mudah. 

Homez Writing Table HMZ-WT-DT-2002 Office Table Solid Board with 2 shelf - 3ft RM65.90

Okay… Jom tengok cara mengemas Lazada yang ketiga pula. Hadkan tempat kerja anda pada satu ruang kerja (workstation) sahaja

Satu lagi petua yang ingin LeYa kongsikan adalah kepentingan untuk mengehadkan ruang kerja di rumah anda agar tidaklah bersepah di kesemua ruang. Dengan cara ini, ruang kerja anda akan tidak terlalu banyak barang. Cuba dapatkan meja atau rak untuk ruang kerja anda di Lazada 11.11 Shopping Festival.

Apabila sesuatu tugas kelihatan seronok, pasti anda sebagai isteri dan ibu turut seronok melihat keadaan rumah yang bersih dan teratur. Mengemas rumah memerlukan kesedaran dan tanggungjawab untuk memupuk rasa syukur serta menanam disiplin dalam diri masing-masing.

Jangan lupa booked tarikh 11 November 2018 (11.11) ini untuk dapatkan promosi besar-besaran di Lazada Shopping Festival. Jangan ketinggalan taw! Nanti rugi. Dah tak dapat ikut tips mengemas rumah cara Lazada. Hehehe

Monday, 5 November 2018

Platform Tempatan, PACKIST Tawarkan Pakej Percutian Suai Padan Yang Unik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Agensi pelancongan dalam talian Malaysia, Packist, melebarkan sayap perniagaannya dengan memperkenalkan platform Pelancongan Dalam Talian serba baharu. Pembaharuan ini dibawakan Packist dengan niat untuk memberikan para pelanggannya pengalaman percutian premium yang terbaik, unik serta eksklusif tidak kira di dalam mahupun luar negara.

Packist.com adalah laman sesawang yang dibangun dan diuruskan oleh Beautiful World Tours & Travel Sdn Bhd, iaitu sebuah agensi pelancongan yang kaya dengan 25 tahun pengalaman dalam industri pelancongan di negara ini. Apabila ia dilancarkan buat kali pertamanya, Packist merupakan pusat sehenti yang menempatkan lebih 300 agensi pelancongan selaku rakan kongsi atau pembekal di bawah satu bumbung. Ini sekaligus memudahkan mereka memuatnaik pakej-pakej dan berkongsikan maklumat berkaitan secara terus menerus kepada pelanggan masing-masing.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Packist, Jesnin Kee, berkata: “Kami amat teruja dengan hala tuju baharu Packist ini. Selepas berkecimpung dalam industri selama 25 tahun, kami begitu gembira untuk membawa Packist ke satu peringkat yang lebih tinggi dengan memberi nafas baharu kepada satu bidang yang dahulunya agak rumit, namun kini segalanya dipermudahkan dengan kecanggihan teknologi digital.”

Penambahbaikan kepada platform Packist adalah perlu bagi menampung permintaan yang kian meningkat terhadap pengalaman percutian yang disuai padan, mudah dan lancar, serta unik sejak kebelakangan ini. Dengan menampilkan lebih daripada 300 agensi dalam senarainya, sistem unik Packist membolehkan orang ramai mengatur percutian impian mengikut kehendak masing-masing.

Selain pakej yang disuai padan, Packist juga menawarkan pelbagai pakej baharu seperti 'Wellness' (Sihat Sejahtera), 'Free & Easy' (Santai), 'Beach Holidays' (Percutian Tepi Pantai), 'Cruise' (Percutian Atas Kapal), 'Theme Parks' (Taman Tema) serta 'Couple & Honeymoon' (Bulan Madu). Dan selaku agensi pelancongan yang sentiasa mengutamakan kemudahan buat para pelanggannya, Packist juga menyenaraikan perkhidmatan tambahan khas yang lain seperti Aktiviti dan Lawatan Sehari, Insurans Pelancongan, Permohonan Visa dan penyewaan WiFi Poket. Tambahan kepada itu, perkhidmatan sampingan lain seperti Pengangkutan Ulang-Alik Lapangan Terbang, sewa Kereta Peribadi dengan khidmat pemandu juga disediakan oleh Packist.


“Kami berasa gembira untuk berkongsikan pakej-pakej baharu kepada para pelanggan melalui platform seperti ini yang diyakini dapat memberikan kuasa yang sepenuhnya kepada mereka untuk mengatur percutian impian masing-masing atau memilih pakej percutian yang disusun mengikut tema yang mereka inginkan,” ujar Kee lagi.

“Sebagai contoh, untuk pakej 'Wellness' kami, kami menawarkan aktiviti seperti yoga, urut, spa, kayak dan pelbagai jenis akitivit sihat yang lain. Pakej seperti ini direka khas untuk anda beristirehat sepanjang percutian.  Walau bagaimanapun, pilihannya adalah tidak terhad kerana para pelanggan diberi kebebasan untuk memilih aktiviti khas lain mengikut kehendak mereka. Niat kami adalah untuk memberi fleksibiliti kepada para pelanggan supaya mereka dapat memanfaatkan percutian merka sebanyak mungkin. Tidak lama lagi kami juga berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan tempahan hotel dan penerbangan dalam talian. Dengan hala tuju baharu ini, Packist bakal menjadi sebuah platform pelancongan yang terunggul di Malaysia,” azam Kee.

 

Platform pelancongan dalam talian terbaharu itu akan diperkenalkan tepat pada masanya tatkala Packist bakal mengadakan jualan akhir tahunnya mulai 29 Oktober hingga 7 November ini. Antara destinasi-destinasi yang tersenarai termasuklah Thailand, Indonesia, Jepun, Korea, Indonesia serta lain-lain negara ASEAN dan di seluruh dunia.

Dan bersempena acara Jualan Dalam Talian Terbesar Malaysia 11.11 yang akan tiba tidak lama lagi, Packist juga tidak ketinggalan menawarkan pelbagai promosi dan diskaun istimewa bagi pakej percutian di seluruh Asia.
Di samping itu, Packist juga mengalu-alukan mana-mana agensi pelancongan yang berminat untuk menyertai mereka sebagai rakan kongsi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.packist.com