Masih mood di Hari Raya lagi kan. Nak-nak sekarang banyak nak menghadiri Open House. Jadi, LeYa pasti korang akan borong tisu dengan banyak untuk kegunaan tetamu yang datang. So, jom LeYa perkenalkan korang dengan rangkaian produk tisu terbaik dan berkualiti yang menepati pilihan LeYa sehingga hari ini.
Setiap hari, pasti kita akan menggunakan tisu untuk aktiviti harian kita. Bukan sahaja sebagai kegunaan mengelap di mulut dan tangan, malah tisu juga digunakan untuk mengelap pada kesemua permukaan tidak kira di rumah, di pejabat, di tempat awam, dalam kereta dan di mana sahaja. Kebersihan memanglah dititikberatkan, lebih-lebih lagi di zaman pandemik ini. Tisu menjadi barang wajib yang perlu ada dan LeYa memilih rangkaian tisu jenama Carina untuk menjaga kebersihan aktiviti harian LeYa.
Mengapa Memilih Tisu Carina?
LeYa memilih tisu jenama Carina ini kerana sangat yakin dengan kualitinya yang tidak menggunakan bahan kitar semula. Lagipula jenama Carina ini dicipta untuk orang-orang di Asia Tenggara terutama LeYa yang sangatlah sensitif kulitnya jika tersalah menggunakan apa sahaja jenis produk. Dalam keadaaan cuaca dan penyakit berjangkit yang tidak menentu, pemilihan tisu berkualiti tinggi sangat penting ye. Kita seharusnya memilih tisu yang lebih bersih, mudah dan mesra keluarga serta sesuai mengikut penggunaannya. Yang LeYa tersangatlah suka adalah tisu jenama Carina ini mesra alam dan dapat membantu menjaga alam sekitar kerana ia larut dalam air.
Latar Belakang Carina Malaysia
Carina telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan negara tropika ini. Carina menjaga kulit kita dengan menyediakan 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli yang mesra kulit. Sebab itulah LeYa sukakannya kerana ia berkualiti tinggi dan baik untuk digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Dengan kualitinya yang tinggi, tidak hairanlah mengapa tisu ini menjadi pilihan ramai. Korang tengok sahajalah LeYa sendiri pun memilih penggunaan tisu ini. Ia memang best sebab tisu ini kering dan lembut bila disapu pada muka dan tebal. Tak mudah koyak tu yang best! Tak ada lah serpihan-serpihan tisu bertebaran kan.
Carina mengeluarkan 9 jenis pilihan iaitu Carina Lavender Handkerchief, Carina Lavender Wallet, Carina Greentea Handkerchief, Carina Greentea Wallet, Carina Lavender Wipes 30's, Carina Antibacterial Wipes 70's, Carina Facial Cotton 160's, Carina Cotton Buds 100's dan Carina Lavender Soft pack 100's.
Untuk Carina Soft Pack tu LeYa akan letak di rumah dan juga dalam kereta. Senang kan kalau nak guna nanti. Manakala yang jenis Carina Handkerchief Tissue dan Carina Wallet Tissue pula LeYa sentiasa bawa ke mana sahaja dan diletakkan dalam handbeg sebab saiznya lebih kecil dan mudah dibawa.
Ini adalah tisu yang serba guna, penyerapan terbaik dan menjadikan ia sesuai digunakan di mana sahaja tidak kira di rumah, di pejabat, dalam kereta atau di mana sahaja. Tisu ini sangat lembut dan tahan lama. Ia tidak mudah koyak.
Kebiasaannya tisu jenis ini ia lebih kecil dan mudah dibawa di dalam handbeg kita. Bilamana kita berada di luar, tisu ini sangatlah penting untuk digunakan. Carina Handkerchief & Carina Wallet juga dibuat dengan bahan yang lembut dan tahan lama sebagai memenuhi keperluan harian kita diluar sana.
Tisu basah Carina mengandungi 99% air tulen, bebas paraben dan alkohol yang kebiasaannya tidak menyebabkan kepada kulit sensitif dan alahan. Dalam suasana sekarang yang masih bersisa virus COVID dan penyakit berjangkit lain, penggunaan Carina Antibacterial Wet Wipes sangat penting untuk memastikan rumah atau tempat kerja kita bersih dan bebas daripada kuman berbahaya itu. Kedua-dua tisu basah ini mengandungi Aloe Vera dan Vitamin E yang dapat membantu penjagaan kulit kita.
Carina Facial Cotton & Carina Cotton Buds
Carina juga ada mengeluarkan siri kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON dan sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak menyebabkan iritasi serta kerosakan pada kulit.
Rangkaian Carina Cotton ini diperbuat daripada kapas asli yang lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan tinggi dan amat sesuai digunakan sebagai kegunaan harian kita dan bayi.
Cotton Buds dia pun lembut. Selepas mandi, LeYa akan menggunakannya untuk membersihkan telinga dan rasa selesa dan lembut je masa Cotton Buds tu masuk ke dalam telinga. Bukan itu sahaja, kalau ada luka-luka di kulit, LeYa akan sapukan ubat dengan menggunakannya.
Carina Green Tea
Carina terus mengorak langkah lebih jauh lagi, Kini, Carina mengeluarkan rangkaian baharunya iaitu Carina Green Tea. Rangkaian baharu ini dirumuskan dengan haruman teh hijau yang menyegarkan.
Carina Green Tea ini tersedia dalam pek berbentuk Carina Green Tea Handkerchief dan juga Carina Green Tea Wallet. Tisu ini tidak akan menyebabkan sebarang kerengsaan terutama pada kawasan kulit yang sensitif. Kedua-dua jenis tisu ini sangat sesuai untuk kegunaan peribadi dan keluarga serta memiliki saiznya yang padat dan kecil untuk dibawa kemana sahaja dalam handbeg kita.
Ha korang... Ada berita best untuk korang! Kini, korang boleh dapatkan kesemua rangkaian produk Carina kesukaan korang di AEON BIG & AEON WELLNESS. Raya-raya ni mesti korang nak guna banyak tisu kan? Lagi-lagi yang sedang dan nak buat open house tu! Jadi, apa tunggu lagi? Inilah masa yang sesuai untuk korang cuba sendiri dan dapatkan kesemua produk Carina ni. LeYa pasti korang akan rasa lebih tenang bila menggunakannya tengok keadaan rumah bersih dan sihat. Barulah syoknya raya kan!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web dan sosial media di bawah
Hai korang... Korang tahu tak sebenarnya tapak kaki dalam kalangan kita tak sama?
Ramai juga yang terlepas pandang mengenai kesihatan kaki. Rata-rata hari ini, kita menyangkakan yang tapak kaki kita normal dek kerana boleh berjalan, berlari, bersukan, menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Tapi sedar tak korang apabila tidak menjaga kesihatan tapak kaki boleh menyumbang kepada banyak penyakit. Jom ikuti LeYa untuk sama-sama mendapatkan ilmu mengenai penjagaan kaki di Sunfeet Orthotics Expert yang baru sahaja buka cawangan keduanya di Cheras Selatan. Jom!
Di usia 30-an ni, LeYa dah mula ada rasa sakit belakang bila bekerja lama. Pada mulanya LeYa menyangkakan ia biasa kerana salah tidur atau keadaan tilam yang dah lama. Jadi, LeYa pun menukar kepada yang baharu. Namun, bilamana bekerja lebih masa dan berdiri agak lama, pasti akan kembali merasa sakit belakang. Rupa-rupanya masalah sakit belakang ini juga boleh berpunca dari tapak kaki kita.
Apakah itu Tapak Kaki Rata (Flat Feet)?
Tapak kaki rata atau dikenali sebagai Flat Feet bermaksud tapak kaki yang mempunyai lengkuk yang kurang di bahagian sisi atau tiada lengkuk (rata) ketika berdiri atau berjalan.
Kebanyakan individu dengan tapak kaki yang rata tidak akan berasa sakit dan menyangkakan rawatan tidak diperlukan. Tetapi bila dah mula rasa sakit, barulah kita akan mencari rawatan. Rawatan memang sangat penting untuk mengelakkan kondisi menjadi semakin teruk. Pastinya, kesakitan akan mula terasa di sekitar tumit kaki, buku lali atau di bahagian bawah kaki. LeYa pasti masih ramai lagi yang belum buat pemeriksaan tapak kaki. Sebelum terlambat, jom dapatkan rawatan bersama Dr. Edmund.
Sunfeet Orthotics Expert adalah tempat rawatan khas untuk mengenalpasti masalah tapak kaki kita. Pemeriksaan tapak kaki boleh dilakukan secara PERCUMA dan sekaligus mendapat konsultansi dari Dr. Edmund sendiri. Best kan! Dari situlah, kita mula sedar dan tahu masalah tapak kaki kita serta jenis kasut yang patut kita dapatkan untuk mengatasi masalah ini.
Sebenarnya terdapat banyak masalah tapak kaki yang dialami oleh kita. Antaranya ialah:
Flat Feet (tapak kaki rata atau tidak mempunyai lengkungan)
Bunion (lebihan tulang terkeluar di bahagian sisi ibu jari kaki)
Callus (sel kulit mata tebal di bawah pangkal kaki)
High arch (lengkungan kaki tinggi)
Intoeing (seperti kaki merpati - berjalan dengan kedua-dua kaki menghala ke dalam)
Toe-walking (hujung kaki ketika berjalan)
Bowleg (bahagian kaki dari lutut ke bawah tidak rapat)
Setelah menjalani rawatan pemeriksaan di mesin scanning yang disediakan, barulah LeYa tahu yang tapak kaki LeYa hampir rata. Tahulah kenapa LeYa rasa sakit belakang. Tanpa menggunakan insole yang betul, masalah ini pasti akan membawa kepada kesihatan jangka panjang.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan tapak kaki dan juga mendapatkan insole khas, bolehlah mendapatkan konsultansi cepat-cepat bersama Dr. Edmund. Sebelum tu, jom kita tengok-tengok jenis kasut yang ditawarkan di sini! Menarik dan cantik-cantik juga tau!
Korang jangan risau kerana Dr. Edmund sangat berpengalaman dan terlatih serta merupakan graduan dalam bidang Orthotics. Sunfeet merupakan perniagaan keluarganya dan sudah tiga generasi terlibat dalam bidang penjagaan kaki ini.
Bersempena dengan Hari Ibu, Sunfeet menawarkan 4 jenis promosi iaitu:
Satu untuk Ibu, Satu untuk Diri Sendiri. Beli 1, Dapat RM1,000 Cash Rebate
Percuma 1x Rawatan Penjajaran Kaki (Foot Alignment) buat semua yang bergelar ibu.
Berpeluang memenangi Insole bernilai RM899 dengan cara menyertai pertandingan Mother's Day Giveaway
Potongan harga istimewa RM100 off kepada semua OKU, Warga Emas, pemegang kad pelajar dan ibu tunggal.
Apa tunggu lagi? Sebelum kesihatan kita lebih teruk, jom buat pemeriksaan tapak kaki dengan berkunjung ke Sunfeet Orthotics Expert di Cheras Selatan.
Alamat
Tingkat 3A, Blok E, Pusat Komersil Akasa, Jalan Akasa,
Akasa Cheras South, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Waktu Operasi
10.00 AM - 5.30 PM (Dibuka setiap hari kecuali Ahad)
Setiap dari kita pasti melalui pelbagai fasa dan perjalanan untuk mencapai impian kita. Begitu juga dengan finalis-finalis Mr World Malaysia 2022. Pencarian jejaka idaman Malaysia ini dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM) dan Star Fitness yang merupakan pusat kecergasan rasmi bagi Mr World Malaysia 2022. Jom teruskan bacaan di bawah!
Sesi senaman ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirangka dalam penganjuran Mr World Malaysia 2022. Encik Syed Shaddad, Pengarah Urusan Star Fitness berkata "Sebagai pusat kecergasan rasmi bagi penganjuran Mr World Malaysia tahun ini, semua finalis akan diberikan akses kepada semua kelab Star Fitness di Malaysia di mana peserta-peserta ini dapat menjalani latihan senaman dan membuat persiapan menjelang pusingan akhir pertandingan yang akan diadakan pada 21 Oktober di Grand Hyatt Kuala Lumpur."
Di samping itu, pemenang utama Mr World Malaysia 2022 akan menerima hadiah berupa keahlian Star Fitness dan sesi latihan peribadi dari jurulatih kecergasan Star Fitness sebagai persediaan menyertai pertandingan berprestij Mr World 2022 yang akan dijangkakan berlangsung di United Kingdom.
Sesi senaman yang berlangsung hari ini menyaksikan finalis Mr World Malaysia 2022 melakukan senaman WAR, RIP dan Interval Circuit Training. WAR merupakan latihan seni mempertahankan diri campuran yang membakar sehingga 500 kalori pada setiap sesi. Senaman yang berinspirasikan seni mempertahankan diri bertenaga tinggi ini adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan sambil menjadi cergas. Manakala RIP ialah program latihan kekuatan pra-moreografi yang memberi kepada kita hasil yang diinginkan.
"Finalis kita hari ini cukup bertuah kerana mereka merupakan antara yang terawal mencuba kelas eksekutif/istimewa WAR dan RIP yang bakal dilancarkan kepada ahli kelab pada bulan depan. Kelebihan kedua-dua program ini pastinya dapat membantu meningkatkan kekuatan stamina dan daya tahan otot", kata Encik Syed.
Pertandingan Mr World Malaysia 2022 bertujuan mencungkil bakat baharu dan mempelbagaikan portfolio bakat di bawah naungan Celebrity360, sebuah agensi pengurusan bakat UM. Untuk menonton pertandingan akhir, tiket boleh dibeli di laman Ticket2Udan undi finalis kegemaran korang di Pageant Vote di mana pemenang 'Mr Popular Vote' akan mara terus ke Top 10 pertandingan ini.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang di bawah
Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber utama makanan yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan penting untuk kesihatan. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kandungan kalori dan lemak yang rendah serta tidak mengandungi kolesterol.
Baru-baru ini LeYa berkesempatan meraikan satu majlis pelantikan peragawati dan pelakon Malaysia terkenal, Amber Chia sebagai duta Kempen "Japanese Fruit, The Ultimate Gift" oleh Japan Fruit & Vegetables Export Promotion Council (J-FEC) dan Japan Food Product Overseas Promotion Center (JFOODO). Kempen ini menggalakkan kita especially rakyat Malaysia untuk amalkan penggayaan hidup dan budaya memberi hadiah yang lebih sihat di Malaysia (atau dikenali Omiyage dalam Bahasa Jepun).
Kesihatan merupakan aset penting dalam kehidupan kita dan menjadi aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak pengambilan makanan harian menunjukkan secara jelas tahap kesihatan seseorang pada masa depan.
Menurut National Health Morbidity Survey 2019 (NHMS 2019), sebanyak 50.1% rakyat Malaysia dikategorikan sebagai obesiti yang mana ia membawa kemudaratan dan risiko kepada kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya. Ketika PKP pada 2 tahun lalu, kajian telah menunjukkan kenaikan 4.1% dalam masa hanya setahun menjadikan jumlah orang dewasa obes sebanyak 54.2% oleh NHMS 2020.
Satu usaha yang cukup baik dari J-FEC dan JFOODO dengan membawakan Amber Chia sebagai duta kempen untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan budaya memberi hadiah di Malaysia untuk menggalakkan masyarakat mengutamakan faktor kesihatan ketika memberi hadiah. Kita tahu yang negara kita adalah masyarakat majmuk dan banyak perayaan serta cuti umum, jadi, peluang memberi hadiah sudah sebati dengan budaya kita. Kempen "Japanese Fruit, The Ultimate Gift" ini dilancarkan untuk mendidik kita agar lebih sihat dalam memberi hadiah.
Amber Chia juga ada berkata yang hadiah secara amnya melambangkan perasaan seseorang terhadap penerimanya. Sekuntum bunga ros melambangkan perasaan romantis dan cinta, manakala coklat dan hadiah lain diberi untuk orang tersayang mungkin membawa maksud korang mengutamakan kemahuan mereka. Namun begitu, ia memerlukan daya persahabatan dan kasih sayang yang tinggi untuk memilih alternatif hadiah yang lebih sihat yang menyampaikan hasrat agar mereka sentiasa ada bersama untuk tahun-tahun akan datang.
Selain dari memberi manfaat kepada kesihatan, buah-buahan Jepun juga dikenali sebagai produk paling premium yang ada di dunia. Sememangnya ia harga yang sedikit pricy tetapi ia mampu dimiliki dan dijadikan hadiah yang premium dalam sesebuah majlis atau acara. Tambahan pula, seperti bunga, buah mempunyai maksud simbolik yang spesifik dan kepelbagaiannya merentasi budaya, mitos dan lagenda.
Perubahan musim turut memberi pengaruh yang tinggi terhadap budaya Jepun dan orang-orang Jepun suka menonjolkan perubahan ini dalam pelbagai bentuk. Buah-buahan kerap dilihat sebagai hadiah yang sesuai kerana ia bermusim sekaligus membenarkan orang untuk menikmati warna, bau dan rasa sesebuah musim.
Menurut En. Yoshihisa Hishinuma, Pengarah J-FEC, buah-buahan Jepun adalah pilihan utama kerana ia bukan sahaja mempunyai bungkusannya yang cantik tetapi ia juga mampu mengembangkan dan mewujudkan alternatif yang lebih sihat untuk bakul buah-buahan dan hamper hadiah di pasaran Malaysia. Dengan keunikan bermusim dicampur dengan kosnya, ia akan memberi perasaan yang mewah kepada penerima dan membolehkan mereka mencuba sesuatu yang terdapat di pasaran namun jarang dibeli untuk kegunaan peribadi.
Memandangkan Malaysia menempuhi fasa endemik, ramai orang lebih mengutamakan kesihatan, kebersihan dan keselamatan. Jadi, kempen ini dilancarkan pada waktu yang tepat iaitu menjelang musim perayaan, di mana rakyat Malaysia kini mampu meneruskan rutin normal seperti menziarahi keluarga dan sahabat handai bersama pilihan hadiah yang lebih sihat.
Maklumat lanjut boleh layari laman media sosial di bawah
Weehuuu... Hai korang.... Baru-baru ni LeYa berkesempatan ke majlis pelancaran cawangan kedua klinik kecantikan, Klinik Nur Raisha yang terletak di Publika. Klinik Nur Raisha merupakan klinik pakar kecantikan dan estetik oleh doktor yang bertauliah dan harga mampu milik di sekitar Kuala Lumpur. Jadi, nak tahu lagi, jom ikuti selanjutnya di bawah.
Klinik Nur Raisha bermula di Puncak Alam, dan kini mereka mengorak langkah membuka satu lagi cawangan di Publika. Klinik Nur Raisha diasaskan oleh Dr. Wan Hidayu Wan Ahmad dan dikenali sebagai Dr. Ayu. Dr Ayu merupakan doktor bertauliah dan graduan dari Universiti Malaya yang mempunyai sijil kedoktoran perubatan am dan rawatan estetik.
Klinik ni sangat terkenal dalam kalangan wanita yang sukakan kecantikan bak kata pepatah kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan.
Pendek kata ia bukan sekadar untuk rawatan estetik, malah korang yang ada masalah kulit seperti eczema atau psoriasis boleh juga buat rawatan di sini dengan harga yang berpatutan. Di sini, Dr Ayu menekankan yang dia lebih suka melihat semua golongan tidak kira lelaki atau wanita terutamanya untuk kelihatan cantik dan berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti harian bila berdepan dengan orang ramai. Dr Ayu memang sukakan kecantikan dan ingin turut sama membantu orang lain juga cantik.
Umumnya, kita mesti tertanya kan pengasas bernama Dr Ayu. Dari mana pula datangnya nama Klinik Nur Raisha tu? "Nur Raisha" diambil sempena nama anak kedua Dr Ayu yang baru sahaja dilahirkan ketika mula-mula Dr Ayu membuka klinik pada tahun 2017.
Fokus Rawatan Kulit di Klinik Nur Raisha
Seperti yang LeYa ceritakan di atas, Klinik Nur Raisha ni bukan hanya menawarkan perkhidmatan rawatan muka dan estetik sahaja, malah ada juga rawatan lain kerana doktor yang ada di sini adalah doktor perubatan.
Dalam rawatan estetik pula, Klinik Nur Raisha menawarkan pelbagai rawatan kecantikan kulit dan badan yang memfokuskan masalah jeragat, parut jerawat, obesiti, ketumbuhan pada badan, melasma, keratosis, ingin buang tahi lalat yang hidup dan banyak serta pelbagai lagi rawatan yang korang boleh check di klinik ini.
Antara servis yang ditawarkan ialah
Scar Treatment
Acne Treatment
Pigmentation Treatment
Weight Loss
Oxygeneo 3 in 1 Superfacial
Botox glabella, forehead, crow feet & masseter
Eyefiller
Keratosis & Warts Laser
Mole Laser
Fire & Ice Facial
Chemical Peel
Threadlift
Laser Vaginal Tightening
Xanthelasma Laser
Suasana Klinik Nur Raisha Yang Sangat Mendamaikan
Apabila kita lihat dari segi ruang interior, Klinik Nur Raisha berjaya mewujudkan ruang klinik yang lebih santai dan minimalis demi memberi keselesaan kepada pesakit yang datang ke klinik. LeYa memang sangat suka bilamana sesetengah klinik yang mengambil titikberat dalam menata rias ruang dalaman kliniknya.
Ia memang sesuai dan selesa untuk datang bersama anak-anak.
Produk Penjagaan Kulit Nur Raisha - NR Clinical Skincare
Bukan itu sahaja korang! Dr Ayu juga turut memperkenalkan produk penjagaan kulit Nur Raisha, NR Clinical Skincare yang sesuai untuk semua jenis kulit.
Ultra Hydrating Cleanser
Merupakan pembersih muka dan sesuai untuk semua jenis kulit
Membantu melembapkan kulit
Diformulasikan dari ekstrak timun dan corn flower untuk menyegarkan dan melembutkan kulit.
Discoloration Defense Txa Serum
Terdapat Vitamin B3 dan Tranexamic Acid - Membantu mencerahkan bintik hitam dan warna kulit
Membantu menggalakkan pengeluaran kolagen, menegangkan kulit wajah dan mengurangkan garis-garis penuaan
Brightening Concentrate Vitamin C Serum with X50 Pure White
Membantu penyerapan kulit dengan lebih berkesan
Mebantu mencerahkan kulit, anti-penuaan dan menganjalkan kulit
Ultra Brightening Cream
Membantu meningkatkan keanjalan kulit
Mengurangkan garis-garis halus penuaan
Mengurangkan kulit yang mudah rosak
Jadi, kalau korang tercari-cari Beauty Spa dan Facial yang bertauliah dan murah, LeYa sarankan untuk korang buat rawatan di Klinik Nur Raisha. Klinik ini menawarkan pelbagai rawatan kecantikan dan bukan sahaja untuk wanita malah lelaki juga boleh turut jalani rawatan di sini.