Jumaat, 9 September 2022

Klinik Nur Raisha, Tawarkan Perkhidmatan Rawatan Kecantikan dan Estetik Untuk Semua Golongan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Weehuuu... Hai korang.... Baru-baru ni LeYa berkesempatan ke majlis pelancaran cawangan kedua klinik kecantikan, Klinik Nur Raisha yang terletak di Publika. Klinik Nur Raisha merupakan klinik pakar kecantikan dan estetik oleh doktor yang bertauliah dan harga mampu milik di sekitar Kuala Lumpur. Jadi, nak tahu lagi, jom ikuti selanjutnya di bawah.

Klinik Nur Raisha bermula di Puncak Alam, dan kini mereka mengorak langkah membuka satu lagi cawangan di Publika. Klinik Nur Raisha diasaskan oleh Dr. Wan Hidayu Wan Ahmad dan dikenali sebagai Dr. Ayu. Dr Ayu merupakan doktor bertauliah dan graduan dari Universiti Malaya yang mempunyai sijil kedoktoran perubatan am dan rawatan estetik.

Klinik ni sangat terkenal dalam kalangan wanita yang sukakan kecantikan bak kata pepatah kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. 

Pendek kata ia bukan sekadar untuk rawatan estetik, malah korang yang ada masalah kulit seperti eczema atau psoriasis boleh juga buat rawatan di sini dengan harga yang berpatutan. Di sini, Dr Ayu menekankan yang dia lebih suka melihat semua golongan tidak kira lelaki atau wanita terutamanya untuk kelihatan cantik dan berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti harian bila berdepan dengan orang ramai. Dr Ayu memang sukakan kecantikan dan ingin turut sama membantu orang lain juga cantik. 

Umumnya, kita mesti tertanya kan pengasas bernama Dr Ayu. Dari mana pula datangnya nama Klinik Nur Raisha tu? "Nur Raisha" diambil sempena nama anak kedua Dr Ayu yang baru sahaja dilahirkan ketika mula-mula Dr Ayu membuka klinik pada tahun 2017.



Fokus Rawatan Kulit di Klinik Nur Raisha

Seperti yang LeYa ceritakan di atas, Klinik Nur Raisha ni bukan hanya menawarkan perkhidmatan rawatan muka dan estetik sahaja, malah ada juga rawatan lain kerana doktor yang ada di sini adalah doktor perubatan.

Dalam rawatan estetik pula, Klinik Nur Raisha menawarkan pelbagai rawatan kecantikan kulit dan badan yang memfokuskan masalah jeragat, parut jerawat, obesiti, ketumbuhan pada badan, melasma, keratosis, ingin buang tahi lalat yang hidup dan banyak serta pelbagai lagi rawatan yang korang boleh check di klinik ini.

Antara servis yang ditawarkan ialah
  • Scar Treatment
  • Acne Treatment
  • Pigmentation Treatment
  • Weight Loss
  • Oxygeneo 3 in 1 Superfacial
  • Botox glabella, forehead, crow feet & masseter
  • Eyefiller
  • Keratosis & Warts Laser
  • Mole Laser
  • Fire & Ice Facial
  • Chemical Peel
  • Threadlift
  • Laser Vaginal Tightening
  • Xanthelasma Laser



Suasana Klinik Nur Raisha Yang Sangat Mendamaikan

Apabila kita lihat dari segi ruang interior, Klinik Nur Raisha berjaya mewujudkan ruang klinik yang lebih santai dan minimalis demi memberi keselesaan kepada pesakit yang datang ke klinik. LeYa memang sangat suka bilamana sesetengah klinik yang mengambil titikberat dalam menata rias ruang dalaman kliniknya.

Ia memang sesuai dan selesa untuk datang bersama anak-anak.


 


Produk Penjagaan Kulit Nur Raisha - NR Clinical Skincare

Bukan itu sahaja korang! Dr Ayu juga turut memperkenalkan produk penjagaan kulit Nur Raisha, NR Clinical Skincare yang sesuai untuk semua jenis kulit.


Ultra Hydrating Cleanser
  • Merupakan pembersih muka dan sesuai untuk semua jenis kulit
  • Membantu melembapkan kulit
  • Diformulasikan dari ekstrak timun dan corn flower untuk menyegarkan dan melembutkan kulit.
Discoloration Defense Txa Serum
  • Terdapat Vitamin B3 dan Tranexamic Acid - Membantu mencerahkan bintik hitam dan warna kulit
  • Membantu menggalakkan pengeluaran kolagen, menegangkan kulit wajah dan mengurangkan garis-garis penuaan
Brightening Concentrate Vitamin C Serum with X50 Pure White
  • Membantu penyerapan kulit dengan lebih berkesan
  • Mebantu mencerahkan kulit, anti-penuaan dan menganjalkan kulit
Ultra Brightening Cream
  • Membantu meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus penuaan
  • Mengurangkan kulit yang mudah rosak

Jadi, kalau korang tercari-cari Beauty Spa dan Facial yang bertauliah dan murah, LeYa sarankan untuk korang buat rawatan di Klinik Nur Raisha. Klinik ini menawarkan pelbagai rawatan kecantikan dan bukan sahaja untuk wanita malah lelaki juga boleh turut jalani rawatan di sini.

 

Info Klinik Nur Raisha

Cawangan Klinik Nur Raisha
Cawangan HQ: Klinik Nur Raisha Puncak Alam
Cawangan 2: Klinik Nur Raisha Publika

Alamat
Klinik Nur Raisha Publika
A2-1-2, Solaris Dutamas, 
No 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
Buka setiap hari (Tutup - Khamis)
Waktu operasi: 9am - 6pm

Website

Facebook

Instagram

Related Posts:

  • Destinasi Menarik Cuti Sekolah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hujung minggu dan cuti sekolah ini rasa seperti nak ke suatu tempat yang indah dan tenang kan. Jadi, LeYa ingin berkongsi kepada semua tentang satu lokasi yang sangat cantik dan … Read More
  • Tu Dia... Char Kuew Teow Pak Long Sedap Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kepada mereka yang meminati Char Kuew Teow dari Utara dengan harga yang murah, inilah masanya untuk anda terjah Dengkil, Selangor yang menawarkan Char Kuew Teow dengan harga y… Read More
  • Karnival K-Street Di Klang Parade Bermula 18-20 November Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Acah-acah nak ke Korea tak berkesempatan kan. Tak perlu risau. Jom ajak kawan-kawan atau keluarga kita hujung minggu ni ke Karnival K-Street di Klang Parade yang akan bermula pad… Read More
  • #MyTravelokaEscapade Seronoknya Bercuti ke Korea Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Bercuti ke Korea sudah lama LeYa idamkan. berangan-angan nak berWinter Sonata bersama suami a.k.a. Otomen Taro a.k.a. Mr. Faizol di sana menambahkan rasa hati untuk menakluk jejak ka… Read More
  • Naib Juara Cabaran Nescafé Tarik Mana Mana Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Minggu lepas bersamaan dengan 26 November, LeYa bersama rakan blogger yang lain telah turut serta dalam aktiviti cabaran NESCAFÉ Tarik Mana Mana yang dianjurkan oleh pihak Nescafé Ma… Read More

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com