Monday, 30 September 2019

Travelog Sabah | Bermalam Di Hutan Tabin Wildlife Resort Sungguh Mengujakan!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bermalam di dalam hutan nun jauh di Borneo memberi satu pengalaman bermakna buat LeYa. Memang dahulu pernah juga bermalam di hutan ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang berdekatan dengan rumah. Tetapi, kali ini berbeza sekali kerana memberikan pengalaman baru buat LeYa bermalam di sebuah resort yang terletak jauh di tengah-tengah hutan di Lahad Datu, Sabah.


Tabin Wildlife Resort (TWR) ini merupakan sebuah resort yang berkeluasan 122,539 hektar dan sejauh 45km dari Pekan Lahad Datu. Kira-kira kalau korang dari Lapangan Terbang Tawau ambil masa 3 jam lebih juga. Mana taknya, jalan yang jauh berliku dan apabila tiba di laluan masuk ke Tabin pula memakan masa lebih kurang 1 jam kerana jalan yang dilalui itu tidak bertar, berbatu kerikil dan sedikit tanah merah. Ia benar-benar mencabar dan kenderaan yang membawa LeYa dan rakan-rakan terpaksa bergerak perlahan.

Setibanya LeYa di situ, TWR tidak sombong menghadirkan buat pencinta alam menikmati keasyikan keindahan resortnya. LeYa memang terpana dengan kehijauan dan kedamaian di sini. Sebelum berceloteh lebih panjang, jom kita baca dulu info penting mengenai Tabin Wildlife Resort ni.


Tabin Wildlife Resort

Tabin Wildlife Resort terletak di KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah. Resort ini merupakan lokasi penginapan mewah dan eksklusif di dalam hutan hujan tropika yang luas. Ia menggabungkan campuran Borneo mistik, tradisional dan perkhidmatan peribadi. Korang akan terpesona melihat dan merasai pelbagai aktiviti menarik di situ.

Tabin Wildlife Resort memiliki 10 unit lodge di River Lodge dan 10 unit di Hill Lodge. LeYa diberi penginapan di bahagian River Lodge. Keluasan bilik penginapan di River Lodge berkeluasan 17.5 kaki X 17.5 kaki. Setiap pondok hutan dilengkapi dengan pancuran mandian air panas, katil bersih, penyaman udara dan balkoni peribadi yang menghadap Sungai Lipad di mana korang boleh berehat dan mendapatkan rasa sebenar keindahan alam sekitarnya. Tidak dilupakan juga ada menyediakan lampu suluh buat pengunjung yang ingin bawa sewaktu Night Safari nanti. Boleh memuatkan 2-3 pax setiap lodge.



Kemudahan Yang Disediakan

  • Memiliki 20 unit lodges yang luas dan berhawa dingin serta menempatkan setiap bilik dengan beranda peribadi dan pancuran mandian air panas dan katil yang bersih dan selesa.
  • Terdapat Sunbird Cafe yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan yang lazat dan mampu menampung kapasiti 80 orang tetamu.
  • Trogon Hall untuk kemudahan mesyuarat dan juga Kedai Souvenir Hornbill.
  • Animal hides and watch towers.
  • Bekalan elektrik disediakan dari Generators.
  • Tabin Wildlife Resort dibuka sepanjang tahun.
  • Iklim di kawasan Tabin adalah tipikal hutan hujan, panas dan lembap. Kebiasaannya berlaku dari bulan Disember hingga Januari.

Tabin Wildlife Reserve

Merupakan Rizab Hidupan Liar terbesar di Malaysia dan terletak di bahagian timur Sabah. Ia terdiri daripada kawasan seluas 300,000 ekar di tengah Semenanjung Dent, utara-timur Bandar Lahad Datu, selatan dari bahagian bawah Sungai Segama dan utara Silabukan Rizab Hutan.

Ditubuhkan pada tahun 1984, Tabin Wildlife Reserve ini memiliki sebilangan besar haiwan yang mendiaminya dan sebahagiannya sudah terancam. Tiga mamalia terbesar Sabah, iaitu Borneo Pygmy Elephant, Rhinoceros Sumatera dan Tembadau kesemuanya dijumpai dalam sembilan spesies primata hadir, serta tiga spesies kucing yang semuanya berada dalam senarai hidupan liar yang dilindungi. Selain itu, daripada spesies burung, 4 keluarga yang mewakili lebih daripada 300 spesies telah direkodkan. Tabin Wildlife Reserve disenaraikan sebagai Kawasan Burung yang Penting (IBA: MY027).

Salah satu daripada puncak Tabin adalah gunung berapi lumpur yang kaya dan aktif, menarik kunjungan kebanyakan hidupan liar untuk pengambilan mineral mereka dan menyajikan platform yang sesuai untuk pemerhatian hidupan liar dan memerhati burung.


Melawat Tabin Visitor Centre

Lokasi pertama yang LeYa dan rakan-rakan dibawa sebelum ke tempat lebih mencabar dan menarik. Tapi, nak dijadikan cerita sebenarnya selepas membersihkan diri, LeYa berbaring seketika di katil yang empuk tu dan tertidur sehingga tidak terduga yang mereka sudahpun pergi ke Tabin Visitor Centre tu. Hahaha...


Apa yang ada di dalam Tabin Visitor Centre?

Ia merupakan pusat maklumat tentang Tabin Wildlife sebelum kita pergi lebih jauh lagi untuk meneroka hutan hujan ni. Kiranya mereka bagitahu LeYa it's ok je kalau terlepas. Kah! Penat hampir 3 jam dalam flight dan jalan-jalan berliku nak sampai tu lah yang duk elok LeYa lena.

Usai dari itu, terus ke Sunbird Cafe menonton tayangan video berkenaan hidupan liar di Tabin dan menikmati hidangan makan malam yang disediakan.


Sunbird Cafe

Sunbird Cafe adalah "happening place" di mana tetamu bertukar pengalaman ketika merentasi hutan sambil menikmati makanan yang dihidangkan. Chef yang berpengalaman memahami akan setiap tetamu menyediakan hidangan yang sempurna dan lazat.

Korang juga boleh menikmati secawan kopi Sabah yang menyegarkan sambil merasai suasana pemandangan hutan dan sungai yang berdekatan dan menyaksikan aktiviti-aktiviti serangga, rama-rama, burung, mamalia kecil dan segelintir monyet yang nakal serta kadang-kadang terdapat juga gajah yang lalu berdekatan dengan kafe ini.


Night Safari

Bila malam menjelma, inilah antara aktiviti yang ditunggu pengunjung. Berjalan malam menyaksikan pemandangan langit yang cerah dan jelas untuk melihat hidupan-hidupan liar yang ada dan aktif di waktu malam. LeYa dan rakan-rakan dibawa dengan menaiki kenderaan terbuka bagi melihat jelas hidupan liar di waktu malam sambil menikmati pemandangan malam di hutan. Satu pengalaman yang menyeronokkan tatkala dapat merasai alam semulajadi di Tabin.

Tapi awas ye! Hati-hati dengan setiap haiwan malam yang aktif ni kerana pastinya korang sendiri tidak menyedari kehadiran mereka sehingga diberitahu Tour Guide.


Lipad Mud Volcano

Saat yang paling dinantikan tiba. Keesokan paginya, LeYa dan rakan-rakan excited bersiap dan bersarapan pagi sebelum bertolak ke tempat tarikan yang paling best sekali.


Inilah dia satu lagi tarikan yang LeYa tak mungkin lupakan ketika berada di sini. Tabin memiliki gunung berapi lumpur (mud volcanoes) yang kaya dengan mineral dan salt springs sebagai hadiah alam semulajadi yang terbaik. Dek kerana memiliki kekayaan garam mineral itu, kawasan ini sering menjadi kunjungan hidupan liar dan burung-burung yang terdapat dalam trek haiwan di sini. Bagi yang suka dengan aktiviti alam, boleh mencuba kesan lumpur gunung berapi ini dan dikatakan boleh menghaluskan kulit. Ternyata benar bila LeYa setepek letak kat muka macam pakai Mask gitu. Hahaha... Rasa sejuk dan lembut je kulit pipi aiiii taw!


Dalam perjalanan ke Lipad Mud Volcano, korang boleh juga memerhati keadaan hutan dan hidupan liar yang hadir. Tidak cukup itu! Nak masuk bermain lumpur gunung berapi tu, korang akan merentasi jalan hutan kira-kira 700m dan sekali lagi korang akan melihat flora dan fauna yang berada di situ. LeYa sendiri pertama kali diberitahu Tour Guide mengenai Tahi Cacing yang dikumpulkan sebesar tapak tangan itu. (Gambar ke-3 yang dipegang Tour Guide)



Banyak lagi aktiviti menarik yang korang boleh lakukan ketika bermalam di hutan Tabin ini. Yang pasti ia menyeronokkan dan memberi pengalaman yang bermakna sekali. Maklumat lanjut boleh didapati di bawah:


Tabin Wildlife Resort

Lokasi
KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu. Sabah, Malaysia.

Telefon
+60 88 267266

Fax
+60 88 258266

Website

Email

Facebook


Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Terima kasih juga kepada photographer di kalangan rakan-rakan LeYa iaitu Sis Lin, Abg Rudy, Zayani Zulkiffli, Johan Arif & Illy Ariffin yang dah berkongsi banyak gambar menarik untuk blog buruk LeYa ni. Love you all.


Nantikan lagi tempat-tempat menarik di Sabah yang LeYa kunjungi di Next Episode. Stay tuned!
Reaksi kOrang:

30 comments:

  1. weiii serius laa leya tertidur petang tu? tak perasan pun leya takde...hahahahahhahahah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Kan.. Semua pun tak nampak kelibat I... Yezza.. I terlelap.. Kihkihkih

      Delete
  2. best tu...dulu abam kie sempat pergi ke Sukau Borneo Resort di Sandakan..

    ReplyDelete
  3. Jenis yg suka kan nature,mmg bagus try g sini.aktiviti pn macam2 ada..tapi jauhnya masuk ke dlm nun.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best Linda...
      Yupp... jauh..tapi puas hati bila dah sampai kat dalam tu.

      Delete
  4. Bestnya lodge tu leya. Mesti bgn pagi rasa tenang dan fresh je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Ana.. Rasa nyaman je.. Tak dengar bunyi bising macam kat KL..hehehe..

      Delete
  5. Wow!!!!!! Tabin Wildlife Resort looks awesome. I should plan a glamping trip there with my girls. Thank you sharing your review.

    ReplyDelete
  6. Bestnya suasana dikelilingi flora dan fauna...tenang je..

    ReplyDelete
  7. Mat Drat teringin ke Tabin Wildlife ni sebenarnya, 2 tahun lepas ke Lahad Datu tak berkesempatan ke sini. Masa suntuk

    Baca leya punya je la, cukuplah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Nanti ada masa boleh pergi. Rasa sendiri pengalaman. Lagi-lagi part main mud volcano tu..😁😁

      Delete
  8. Ini betul betul back to nature. Best la. Cantik bilik dia. Sesuai sangat kalau nak tenangkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Exactly true! Memang tenang rasa bila berada di sini.

      Delete
  9. Pengalaman menarik ni dalam masuk tengok alam semulajadi di hutan tabin wildlife ni. Lia pun belum pernah sampai ke sabah lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... One day you will come and feel the green nature there.😉

      Delete
  10. Bestnya pergi sini. Cantik giler resort dia. Nampak bersih je. Mesti seronok dpt melawat sambil berjalan dgn blogger lain kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu. Seronok dapat tambah lagi kenalan yang baru kenal time trip tu. Semua sporting and happening.

      Delete
  11. tak pernah denar tapi syok jugak nampak tu. natural beauty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye wak. Memang best. Jauh dari hiruk pikuk kotaraya

      Delete
  12. Best nya gi travel sambil tgk view yg cantik & animals macam ni. Skrg nak travel camni ngan anak2 susah sikit. Dah besar sikit nnt boleh la nak try kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Kak Julia. One day, you can come there. Dan mungkin lagi best..hee..

      Delete
  13. This place looks so interesting... I would love to visit this place when I'm there!!

    ReplyDelete
  14. tak pernah smp lagi.. dulu masa kerja dgn travel agensi asyik buat pakej ke tabin ni la.. terasa nak main lumpur tu jugakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha! Nantinade peluang bolehlah singgah dan rasai pengalaman tu ye..

      Delete
  15. Kesahnya ko tertido ek, ingat ke ko datang lambat atau ikut trip yang kedua hahahahaha...sebab Sis ikut trip pertama..daku belek balik gambar, betullah engko takde ek hahahaha

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com