Wednesday 28 March 2018

Road To Agro Tourism Siri 5 - Edisi Bagan Datuk, Perak | Agro Pelancongan Berasaskan Kelapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa berkesempatan mengikuti Trip “Road to Agro Tourism Siri ke 5” ke Bagan Datuk, Perak selama 2 hari 1 malam. Trip ini diadakan bagi mempromosikan destinasi menarik agro pelancongan di Bagan Datuk. Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 (RTA5) ini adalah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.

Bagi yang masih belum mengenali agro pelancongan atau agro tourism, ia sebenarnya merupakan aktiviti pelancongan yang melibatkan aktiviti pertanian, perladangan, industri asas tani, perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkait rapat dengan agro pelancongan. 

Antara tempat menarik yang LeYa sempat lawati selama 2 hari dan 1 malam itu ialah tempat bersejarah Beting Beras Basah, Bagan Datuk Water Front, Kilang Memproses Sabut, Coco Peat, Santan, Ladang Kelapa, Pusat Penyelidikan Mardi dan Homestay Bagan Datuk.


Penginapan Sederhana dan Selesa di Homestay PakNgah

Pada 23 Mac 2018 (Jumaat), lebih kurang jam 10.00 pagi, LeYa dan rakan-rakan media lain bertolak ke Bagan Datuk, Perak dengan menaiki sebuah bas yang cukup selesa dan kondusif. Setibanya kami ke Bagan Datuk, kami terus check-in penginapan di Homestay PakNgah yang terletak di Kampung Pasang Api






Sesampai sahaja kami di sini dan meletakkan kelengkapan beg pakaian, kami dibawa untuk menjamu selera masakan kampung yang sungguh menyelerakan. Antara yang telah dihidangkan kepada kami adalah sambal udang petai, masak lemak labu, kari ayam yang menjadi favourite Otomen Taro dan juga ulam-ulaman yang segar-segar dari ladang. Terima kasih PakNgah dan MakNgah kerana bertungkus lumus menyediakan makanan tengah hari kami. Jasamu amat dikenang.




Lawatan Santai Ke Kilang Sabut Kelapa Sentosa Fibre Sdn Bhd

Usai makan, kami bergegas untuk ke lokasi pertama lawatan kami iaitu Kilang Sabut Kelapa Sentosa Fibre Sdn Bhd. Seperti yang kita maklum, kelapa sangat terkenal dengan 1001 khasiatnya. Jadi kali ini, kembara ke Bagan Datuk, Perak ini merungkai kelebihan yang ada pada sabut kelapa pula. Sabut kelapa akan diasingkan dan terhasil menjadi fibre yang akan digunakan dalam pembuatan tilam, tempat duduk kenderaan, tali dan banyak lagi. Selain itu, habuk yang telah ditapis juga dijadikan baja untuk tanaman organik. Menarik bukan! Kalau LeYa tak ikuti sama, pasti LeYa tidak tahu akan kegunaan sabut kelapa ini.




Bilamana telah diberi peluang hebat ini, LeYa tidak ketinggalan untuk menyertai rakan-rakan mengenali dan meneroka destinasi kilang sabut kelapa ini sebagai satu lokasi menarik yang patut korang datang dan turut belajar kegunaan dan kepentingan sabut kelapa ini. Melancong sambil belajar inilah yang LeYa suka dan seronok untuk berkongsi dengan pembaca blog semua.



Kenali Coco Peat (Serbuk Sabut Kelapa)

Bermulalah penerokaan kami meneroka kilang sabut kelapa ini. Pelbagai input yang telah kami peroleh.Antaranya adalah sabut kelapa dapat diolah menjadi Coco Peat (serbuk sabut kelapa). Jika dilihat dari kandungan Coco Peat ini ternyata ia mengandungi unsur makro dan mikro seperti kalium, fosfur, calsium, magnesium dan natrium yang sesuai digunakan untuk tanaman.

Kandungan sabut kelapa yang paling dominan adalah unsur kalium. Ia sangat diperlukan oleh tanaman terutama sewaktu tanaman sedang mengalami pembuangan atau pertumbuhan. Selain itu, ia memberikan rasa yang enak kepada buah pada tanaman itu. Jika buah itu manis, makanya unsur kalium ini akan memberikan rasa manis yang sangat mantap. Jika rasa pahit, maka pahitlah buah itu. 



CocoPeat juga mempunyai liang-liang yang baik untuk medium tanaman. Dengan kelebihan ini, sirkurlasi udara akan berjalan dengan lancar bilamana oksigen banyak di dalam tanah dan memberikan organik pada tumbuhan. 

LeYa turut berbaring di atas sabut kelapa ini untuk merasai kelembutan fabriknya. Eh! Bunyi macam kain pula kan. Kelembutan yang ada pada sabut kelapa ini memang sangat sesuai digunakan pada tilam yang kita tidur itu. 


Banyak manfaat ilmu yang patut dikongsikan. Inshaa Allah, akan LeYa panjangkan lagi pengisian ini pada akan datang tentang lawatan tempat-tempat menarik yang telah dilawati. 


Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga LeYa ucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.

Tuesday 27 March 2018

Project Everin Memperkenalkan Dua Burger Baharu McDonald's

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa berkesempatan merasai hidangan dua menu burger baharu di sebuah lokasi dalam satu sesi makan secara eksklusif di restoran yang cukup mewah.

Bila mendapat tahu lokasi restoran tersebut, LeYa excited nak mencubanya. Maklumlah siapa tidak kenal dengan Suka Suckre Bistro milik Dato’ Fazley Yaakob kan. Ramai kata makanan di sini memang sedap-sedap belaka. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini, betul-betul kagum dengan dekorasinya yang cukup mewah dan ekslusif. 


Sesampai sahaja di situ, LeYa diikuti Otomen Taro mendaftarkan diri dan mencari tempat duduk yang disediakan. Acara itu dimulakan dengan kata-kata aluan dari Emcee yang telah menerangkan serba sedikit mengenai “Project Everin” selepas kami semua selesai menikmati hidangan menu-menu tersebut. 


Di atas meja disediakan senarai menu-menu yang bakal LeYa dan semua rakan-rakan rasa. Best kan! Nampak ekslusif sangat. For the first, LeYa diberikan dengan menu Appetizer. Lazat sehingga menjilat jari. LeYa laju je menghabiskan makanan itu. 

 

Tengok betapa bergayanya Abang Hensem ni membawakan hidangan Appetizer untuk LeYa nikmati. Dalam menu appetizer ni ada tiga jenis menu iaitu:- 

Tres Fesh
Fresh mix of corn, tomatoes and shredded lettuce drizzled with chargrilled sauce.

Fiery Chicken Tortilla
Savoury chicken slice with scrambled egg and a dash of jalapeno relish sauce, wrapped
in a whole wheat tortilla.

Flip N' Turn
Shredded chicken meat with tomatoes and mayonnaise, atop two fluffy pancakes


LeYa sangat suka kepada menu yang Fiery Chicken Tortilla tuh sebab ia ada rasa pedas. Mana tak nya. LeYa kan memang peminat makanan pedas. 


Dan tiba masanya untuk LeYa menikmati Main Course mereka iaitu Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N' Crispy Chicken

Burger Smoky Grilled Beef menawarkan rasa yang sungguh mengagumkan dengan kepingan daging lembu digrill sempurna, diapit keju Cheddar, sos Chipotle, bawang gril, salad segar dan ban biji bakar. Turut disediakan buat korang semua untuk tidak melepaskan peluang menikmati Burger Hot N' Crispy Chicken yang menampilkan paha ayam yang rangup diapit ban jagung dengan sos Jalapeno yang pasti membuka selera, keju Cheddar, salad dan tomato segar. 



Kemudian, LeYa dihidangkan pula dengan minuman yang LeYa boleh fikirkan kesemua deria rasa ada di dalamnya. Ada rasa masam, manis dan sedikit pahit ala-ala minum air ubat. Tapi rasanya memang not bad sebab ia lain dari yang lain. Minuman yang dihidangkan ini diberi nama A refreshing blend of iced lemon tea with orange juice dan juga mineral water sebagai minuman pembersih dari segala manis-manis di dalam badan. 


Sebagai pencuci mulut petang itu, LeYa dihidangkan dengan Creamy Chocolate Cake dan Red Velvet Cake berserta Hot Latte yang telah dipilih sebagai minuman senggang petang itu. Rasa kek yang enak dan tidak berapa manis pasti menambat selera sesiapa sahaja yang mencubanya.


Kini tiba masanya untuk Emcee memperkenalkan dari mana dua burger terbaharu ini boleh didapati. Dengan nama kod, "Project Everin", McDonald's telah menyamari sebagai sebuah 'restoran antarabangsa barat' yang bakal dibuka di Malaysia. Semua tetamu yang hadir terkejut dan sama sekali tidak mengetahuinya. 

McDonald’s Malaysia dengan ini memperkenalkan Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N’ Crispy Chicken yang telah bermula penjualannya pada 26 Mac 2018.

Ketika memberi ucapan di pelancaran itu, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonlad's Malaysia, Pn. Melati Abdul Hai berkata, "Di McDonalds's, kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki atau memperkenalkan menu yang memenuhi selera warga Malaysia dengan makanan yang menepati citarasa dengan kadar harga yang berpatutan. Kami sungguh teruja kerana dapat menyaksikan para tetamu kami menikmati hidangan tiga peringkat yang disediakan menggunakan ramuan McDonlad's yang sedia ada yang berkualiti tinggi dan sangat lazat."


"Walaupun usaha merahsiakan operasi pelancaran ini bukan suatu tugas yang mudah, kami berbesar hati untuk memperkenalkan dua burger yang baharu ini secara berahsia. Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N' Crispy Chickenyang diperkenalkan melalui acara ini pada 22 Mac 2018 lalu menunjukkan penekanan yang diberikan oleh McDonlad's terhadap kualiti dan keenakan makanan yang ditawrkan tidak kira di manapun ia dihidangkan,"tambah Pn. Melati.



Menu baharu Burger Smoky Grilled Beef dan Burger Hot N' Crispy Chicken boleh didapati dengan harga RM12.95 untuk hidangan ala carte, dan RM14.95 untuk hidangan set regular yang merangkumi burger pilihan korang, kentang goreng dan minuman ringan.


Maklumat lanjut mengenai burger Smoky Grilled Beef dan burger Hot N' Crispy Chicken, boleh layari laman web http://www.mcdonlads.com.my/.

Wednesday 21 March 2018

Samsonite Malaysia Kini Boleh Didapati Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pelancong kini boleh dapatkan beg berjenama Samsonite secara atas talian dengan kemudahan yang telah mereka sediakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Anda juga boleh terus dapatkan produk terkini dalam kepelbagaian jenama Samsonite seperti Samsonite, Samsonite Red dan American Tourister. Pelancaran platform e-dagang Samsonite ini telah rasmi dilancarkan yang pertama di Malaysia akan memberikan pelanggan akses kepada kepelbagaian produk dalam talian.

Samsonite Malaysia Kini Boleh Didapati Secara Online

Pelanggan tidak perlu lagi untuk keluar bersesak dengan trafik untuk membeli barangan berjenama Samsonite. Sebaliknya, anda hanya boleh dapatkan dengan mudah sahaja dalam beberapa minit dengan hanya klik-klik di hujung jari. Anda hanya perlu log masuk ke laman web https://www.samsonite.com.my/ dan dapatkan segala produk yang ada di situ. Kemudian, sebaik sahaja anda sudah memperolehi barangan yang diinginkan, anda boleh menambahkannya di ruangan "Add to Cart" dan klik "Checkout" untuk urusan pembayaran. Kesemua bayaran dibuat melalui laman web dan ia adalah selamat digunakan. Setelah pembayaran dan pengesahan selesai, produk yang dipilih anda akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda dalam masa tiga hari bekerja.


"Di Samsonite, kami memahami permintaan dan keperluan gaya hidup pelancong moden yang sibuk dan pantas. Kami juga percaya bahawa membeli-belah untuk bagasi tidak sepatutnya menjadi proses yang sukar. Oleh itu, dengan trend e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia, kami melihat peluang untuk melancarkan platform dalam talian ini di mana pelancong boleh mengetahui tentang produk kami dan membelinya dengan selesa di rumah, pejabat, atau di mana sahaja anda berada. Jika mereka mempunyai komputer atau peranti mudah alih, mereka kini mempunyai akses kepada produk kami - semudah itu, "kata Ambert Khoo, Country Head of Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd.



Samsonite adalah salah satu pereka dan pengedar yang terbesar dan dipercayai di dunia dalam industri bagasi. Jenama pertama yang telah ditubuhkan pada tahun 1910 adalah gagasan Jesse Shwayder, di mana ia sangat berkualiti dan terbaik yang mampu menahan dari segala bahaya ketika dalam perjalanan. Hari ini, Samsonite semakin menyerlah dengan prinsipnya untuk terus memperluaskan lagi visi Shwayder secara global demi memenuhi keperluan setiap pengunjung dengan menyediakan produk yang mempunyai daya tahan dan halus melalui teknologi, materials dan reka bentuk yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web https://www.samsonite.com.my/

Tuesday 20 March 2018

Rasai Pengalaman Ketenteraan Di Super Army Camp, Sungei Wang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Yeah... Cuti sekolah kembali lagi. Pasti anak-anaklah yang paling gembira kerana tak perlu bangun seawal pagi untuk persiapan ke sekolah. Rasa lebih relaks dan santai duduk di rumah dan bermain dengan seronoknya. Namun, pasti juga kebosanan melanda bilamana bermain permainan yang sama dan menginginkan sesuatu yang lebih menarik musim cuti sekolah mereka. 

Jadi, jom LeYa bawa korang semua ke satu tempat yang pasti akan membuatkan cuti sekolah anak anda menjadi cuti terindah untuk musim kali ini. Jom Follow!


Hujung minggu yang lalu, LeYa dan rakan-rakan berpeluang merasai satu pengalaman yang sangat menarik dengan menyertai "Super Army Camp" di Sungei Wang Plaza sempena cuti sekolah ini. Bertempat di Centre Court Concourse Level, Super Army Camp ini memberikan korang mengalami detik bagaimana sepasukan tentera membuat persiapan latihan mereka. 


Setibanya LeYa dan Otomen tepat jam 11.00 pagi pada Ahad (18 Mac 2018) itu, kami mendaftarkan diri dahulu untuk memasuki penyertaan "Blogger Special Force" yang diadakan. Kemudian, kami diberikan kelengkapan pakaian keselamatan sebelum memulakan aktiviti. Nampak tak? Macam gaya askar paling cun kan. Hahaha...


Sementara menunggu peserta lain, kami sempat mengambil gambar dahulu sebagai kenang-kenangan. Al-maklumlah, bukan senang kan nak dapat macam ni. Mana tahu dah tak ada rezeki lagi nanti. So, kita kasi posing dulu banyak-banyak.  



Usai semua peserta bersiap sedia, kami diberikan demo persembahan dahulu bagaimana ingin memulakannya. Mendengar arahan acuh tak acuh, itulah LeYa. Hehehe... Dan pertempuran pun bermula. LeYa telah menjadi peserta kedua selepas Otomen Taro memandangkan kami yang terawal mendaftar.

Rasai Pengalaman Menarik Di Super Army Camp

Satu pengalaman yang menarik dalam menjalani latihan tentera di mana kawasan pertempuran diubah menjadi medan tempur latihan tentera dengan cabaran fizikal dan emosi yang sangat menyeronokkan walaupun mencabar. Setiap peserta dilengkapi dengan senjata dan diperlukan untuk menyelesaikan misi menembak dalam masa 3 minit. Bagi setiap sasaran yang terlepas, 18 saat akan ditambah di markah terakhir peserta. Korang perlu pandai untuk menjimatkan peluru dan mempercepatkan langkah. Tentera terpantas dari 3 pasukan (Beginner Troops, Junior Troops & Senior Troops) akan diberi ganjaran tunai dan pas keluar dari Blastacars Malaysia.

Pengunjung Sungei Wang Plaza dialu-alukan untuk merasai sendiri pengalaman menjadi seorang askar yang sangat luar biasa hebat dengan mengambil langkah dalam aktiviti cabaran di tempat latihan ini dengan mencabar minda dan fizikal melalui pelbagai halangan. Pengunjung yang telah membeli-belah minimum RM50 dalam satu resit, layak untuk mendapatkan tiket masuk ke kem latihan ini. Untuk galakkan anda semua menyimpan perasaan semangat perjuangan ketenteraan, anda akan diberi penebusan tanpa had kepada setiap peserta!


Menang Grand Champion Tanpa Disangka-sangka

Seperti yang telah dijanjikan, di akhir cabaran akan ada pemenang yang telah berjaya menyelesaikan cabaran dengan masa terpantas. Tidak disangka sekali, cabaran ini telah membawa LeYa mendapat tempat pertama dengan catatan masa 1 minit 49 saat. LeYa berjaya membawa pulang wang tunai RM300 sebagai hadiah setelah tamat latihan kem permainan ketenteraan ini. Pada mulanya, LeYa teragak-agak untuk sertainya kerana risau akan kesihatan diri, namun rezeki Allah berpihak kepada LeYa. Alhamdulillah. Manakala, suami LeYa a.k.a. Otomen Taro hanya meraih tempat ke-4 dengan membawa wang tunai RM30. 

Grand Champion Super Army Camp dalam Blogger Special Force

Menang tempat keempat pun dapat wang tunai juga

Pemenang di tempat kedua dan ketiga berjaya membawa pulang wang tunai RM200 dan RM100 yang telah dikaut oleh rakan LeYa sendiri iaitu Blogger Zayani dan suaminya. Hoho… berdendang sayang lah memasing bila terpilih sebagai pemenang. Hehehe…

Pemenang tempat kedua, Faiz

Pemenang tempat ketiga, Zayani

Akhir sekali, satu pengalaman yang pasti membuatkan korang semua tersenyum bila pulang dengan hadiah lumayan ini. Di Sungei Wang ini juga dihiasi sebagai tempat terbaik untuk segala jenis aktiviti. Dengan kepelbagaian yang mereka ada iaitu gabungan peruncit & pereka fesyen, kedai telefon mudah alih, alat IT terkini, household, kecantikan & aksesori serta Foodcourt yang luas memang menjadi tumpuan ramai untuk ke sini. Jadi, orang ramai yang berkunjung ke sini, bolehlah sekali-sekala membawa anak-anak atau anda sendiri untuk menyertai aktiviti menguji ketahanan fizikal bersama orang tersayang.


"Super Army Camp Sungei Wang" dengan bangganya mempersembahkan JChesterResources dan Blastarcars Malaysia sebagai penaja rasmi aktiviti ini.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi di Sungei Wang, boleh layari seperti di bawah:

Friday 16 March 2018

Shinsegae Mamee Lancar Produk Foodservice Bantu Pengusaha Makanan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung, Rojak Buah dan sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan sekiranya ditadbir dengan betul dapat memberikan pulangan yang sangat lumayan.


Ia juga merupakan salah satu industri yang mampu membantu masyarakat "Bottom 40%" (B40) untuk meningkatkan pendapatan yang lebih tinggi. Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menganggur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000 sebulan, kini diberi peluang untuk meningkat pendapatan yang lebih tinggi.

Pelancaran Produk Shinsegae Mamee Foodservice

Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan strategi kejayaan golongan B40 dalam industri makanan.

Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.
“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan mereka sendiri,” katanya.
Jamal juga menambah lagi bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).
“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategik bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.

Beliau menambah lagi yang GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.
“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.
“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak ‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.
“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.
Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.