Rabu, 21 Mac 2018

Samsonite Malaysia Kini Boleh Didapati Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pelancong kini boleh dapatkan beg berjenama Samsonite secara atas talian dengan kemudahan yang telah mereka sediakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Anda juga boleh terus dapatkan produk terkini dalam kepelbagaian jenama Samsonite seperti Samsonite, Samsonite Red dan American Tourister. Pelancaran platform e-dagang Samsonite ini telah rasmi dilancarkan yang pertama di Malaysia akan memberikan pelanggan akses kepada kepelbagaian produk dalam talian.

Samsonite Malaysia Kini Boleh Didapati Secara Online

Pelanggan tidak perlu lagi untuk keluar bersesak dengan trafik untuk membeli barangan berjenama Samsonite. Sebaliknya, anda hanya boleh dapatkan dengan mudah sahaja dalam beberapa minit dengan hanya klik-klik di hujung jari. Anda hanya perlu log masuk ke laman web https://www.samsonite.com.my/ dan dapatkan segala produk yang ada di situ. Kemudian, sebaik sahaja anda sudah memperolehi barangan yang diinginkan, anda boleh menambahkannya di ruangan "Add to Cart" dan klik "Checkout" untuk urusan pembayaran. Kesemua bayaran dibuat melalui laman web dan ia adalah selamat digunakan. Setelah pembayaran dan pengesahan selesai, produk yang dipilih anda akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda dalam masa tiga hari bekerja.


"Di Samsonite, kami memahami permintaan dan keperluan gaya hidup pelancong moden yang sibuk dan pantas. Kami juga percaya bahawa membeli-belah untuk bagasi tidak sepatutnya menjadi proses yang sukar. Oleh itu, dengan trend e-dagang yang semakin berkembang di Malaysia, kami melihat peluang untuk melancarkan platform dalam talian ini di mana pelancong boleh mengetahui tentang produk kami dan membelinya dengan selesa di rumah, pejabat, atau di mana sahaja anda berada. Jika mereka mempunyai komputer atau peranti mudah alih, mereka kini mempunyai akses kepada produk kami - semudah itu, "kata Ambert Khoo, Country Head of Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd.



Samsonite adalah salah satu pereka dan pengedar yang terbesar dan dipercayai di dunia dalam industri bagasi. Jenama pertama yang telah ditubuhkan pada tahun 1910 adalah gagasan Jesse Shwayder, di mana ia sangat berkualiti dan terbaik yang mampu menahan dari segala bahaya ketika dalam perjalanan. Hari ini, Samsonite semakin menyerlah dengan prinsipnya untuk terus memperluaskan lagi visi Shwayder secara global demi memenuhi keperluan setiap pengunjung dengan menyediakan produk yang mempunyai daya tahan dan halus melalui teknologi, materials dan reka bentuk yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web https://www.samsonite.com.my/

8 ulasan:

  1. memang best beg samsonite ni..quality mmg terbaik tapi kena menabung duluan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu... Aah... nak benda yang berkualiti kenalah keluarkan bajet lebih sikit kan.. Yang penting berbaloi..hehe..

      Padam
  2. cantik2 designnya.. tapi tu la, tabung kena penuh dulu.. hehehe :D

    BalasPadam
  3. Samsonite mmg bag yg bagus.. liez ada 1 beg samsonite tapi tak th la mn peegi.. beli mahal tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cari semula tu..hehe.. Syg weyyhhh kalau hilang.. Mahal tuuu.

      Padam
  4. Wah dah boleh beli online skrg. Tp selalu bab beg kena tgk dpn2 sebelum beli kan leya. Byk nk dipertimbangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lah tuh... Kang dah dapat tak luashati pula...

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com