Friday, 2 March 2018

vBARISTA Coffee Minuman Sejuta Nikmat Inovasi Mesin Tanpa Tunai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Ada peminat kopi tak kat sini? Meh LeYa nak bagitahu korang kena dapatkan secawan kopi at least setiap hari dengan  vBarista Coffee Vending Machine Cashless ni sekarang taw. 


Okay nak tahu kenapa korang kena dapatkan sepantas kilat? Jom LeYa nak review sikit satu jenama kopi ni iaitu vBARISTA dari sebuah mesin layan diri. Tapi, LeYa nak bagitahu taw. Kopi ni bukan 3 in 1 yang selalu kita minum tuh. Kopi vBARISTA ni sangat sedap dan setanding kopi antarabangsa di luar sana. LeYa yang bukan peminat kopi pun boleh minum 2 cawan. Ekekeke...

vBARISTA Coffee ni sangat berkualiti premium dan yang penting ia di brew segar menggunakan biji kopi Caffe Vergnano. Biji kopi ini berasal dari Itali dan ia adalah kopi yang dipanggang tertua dan terkenal dengan campuran bahan mentah berkualiti tinggi serta dipanggang secara tradisional.


vBARISTA adalah mesin layan diri kopi dari negara Itali yang menggunakan teknologi canggih dan terkini untuk dinikmati oleh orang ramai. Uniknya mesin ini adalah cara pembeliannya yang hanya dibuat menggunakan Kod QR yang telahpun dimuatnaik di telefon bimbit. Sangat mudah kan! Pastinya korang tidak akan mengalami masalah tiada tunai untuk menikmati kopi sedap ini. 

Jadi, apa langkah-langkah yang perlu korang lakukan untuk menikmati kopi tersedap ini.

1. Daftar masuk ke https://www.vbarista.com/


2. Masukkan maklumat ringkas korang seperti gambar di bawah ini.


3. Kod QR akan diterima dan email akan dihantar untuk pengesahan.


4. Pilih untuk Tambah Nilai sebanyak RM5, RM10, RM20 dan RM50.

 

5. Last but not least, korang kenalah buat pembayaran menggunakan kad debit atau kredit.



So... sekarang dalam sistem korang dah pun ada duit kan. Jadi... korang dah pun boleh nikmati kopi vBARISTA ni. Opppsss....! Tapi macam mana ye nak beli? Okay... Jom LeYa ajar korang macam mana cara nak membeli kopi sedap ni.

1. Korang buat je dulu pilihan korang.
2. Sentuhkan kod QR korang pada skrin yang disediakan
3. Selesai...
4. Boleh nikmati kopi korang dengan begitu teruja sekali.. Hehe...

 

Taaadddaaaaa.... Senang kan!


Mesin layan diri vBARISTA ni menyediakan pelbagai jenis kopi dan minuman lain seperti Americano, Espresso, Cappucino, Mocha, Caffe Latte, Hot Chocolate, Green Tea Latte, Organic Soya, Lemon Tea dan Milk. Yang menariknya lagi, harganya hanya RM2.99 sahaja. Sangat murah kan! Tapi ini adalah harga promosi sehingga perubahan diberitahu kelak. Jadinya, lebih baik korang cepat-cepat pergi ke mesin layan diri vBARISTA Coffee ni sekarang. Nanti harga dah lain, korang juga yang menyesal.




Lupa pulak nak bagitahu korang kan kat mana boleh dapat lokasi mesin layan diri vBARISTA Coffee ni. Okay... vBARISTA ni ada ditempatkan di beberapa lokasi sekitar LEmbah Klang seperti Bursa Malaysia, Digital Mall Section 14 Petaling Jaya, BAC @ VSQ Petaling Jaya, Sogo ATM Hall dan MATRADE MEEC. Dan akan ada juga di beberapa lokasi strategik yang lain.

Jadi, buat penggemar dan pencinta kopi, cuba dapatkan secawan kopi vBARISTA mulai sekarang untuk menceriakan hari-hari anda.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti di bawah:-

Website

Facebook

Instagram
Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. wahhhh.. lebih mudah kalau macam ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Mudah, Cepat dan sedap pulak tuh..

      Delete
  2. Hhmm..sedapnya kopi dia, tak payah dah nak pegi coffee shop mudah dan jimat masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh kan kak... Beli je kat sini

      Delete
  3. Menariknya. Rasa mcm kopi luar negara pulak tu. Harga pun murah. Nk try lah nanti.

    ReplyDelete
  4. Waahhh menariknyaa...😍

    ReplyDelete