Sabtu, 3 Mac 2018

Penginapan Yang Selesa Di Tune Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay... Kali ini LeYa ingin kongsikan dengan korang semua pengalaman LeYa menginap di hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di 316, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur


Walaupun ia hanya sekadar hotel bertaraf 3 bintang, tetapi bilik yang disediakan sangat selesa serta menawarkan pelbagai kemudahan untuk tetamu yang menginap di sini. Harga yang dikenakan juga sangat berpatutan. 



Bilik di Tune Hotel

Pada hari tersebut, LeYa menginap di bilik double bed room yang tidaklah seluas hotel mewah, tetapi memadai dan cukup selesa untuk bermalam hanya satu malam. Harga yang ditawarkan untuk bilik ini adalah RM100.

Double Bed Room

Television and Aircond

Bathroom

Terdapat juga kemudahan lain yang ada dalam bilik LeYa menginap, di antaranya tuala, penyangkut baju, barangan toileteries dan air mineral


Sarapan Pagi di The Glasshouse

Selain itu, korang juga boleh nikmati sarapan pagi di The Glasshouse yang terdapat di hotel ini. Cafe yang ringkas tetapi cukup kemas dan selesa. Makanan yang dihidangkan juga sedap-sedap. 


Suasana menginap di Tune Hotel ini bagi LeYa cukup selesa dan berpuashati dengan layanan mereka kepada LeYa. 


Lokasi Tune Hotel Yang Sangat Strategik 

Para pelancong yang datang dari luar negara mahupun pelancong tempatan pasti akan mencari hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik dan mudah mendapatkan kenderaan awam untuk ke destinasi yang dituju.

Jadi, jika korang ingin ke bandar Kuala Lumpur, Tune Hotel seharusnya menjadi tempat penginapan korang kerana lokasinya yang sangat strategik dan harga berbaloi murah untuk pelancongan bajet. 

Tune Hotel juga berada berhampiran dengan pelbagai tempat menarik di Kuala Lumpur seperti KLCCShopping Complex SogoTaman Tasik Titiwangsa dan banyak lagi. Tempat-tempat menarik yang disebutkan ini boleh sahaja dikunjungi dengan menaiki LRT atau kemudahan GRAB, UBER atau TEKSI. Tune Hotel adalah hotel murah yang selesa dan cantik. Jom menginap di Tune Hotel Kuala Lumpur sekarang!


Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:-

Website |

7 ulasan:

  1. Ramai orang kata Tune Hotel harga berpatutan dan sesuai untuk semua. Paling best bila tempatnya strategik. Macam best pergi tidur hotel di KL sesekali kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Tune Hotel memang murah dan berbaloi. Yup..sesekali rasa menginap di bandaraya KL

      Padam
  2. Here we can enjoy breakfast at The Glasshouse at the hotel. The cafe is simple but tidy and comfortable. The food served is also delicious.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com