Wednesday, 28 March 2018

Road To Agro Tourism Siri 5 - Edisi Bagan Datuk, Perak | Agro Pelancongan Berasaskan Kelapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa berkesempatan mengikuti Trip “Road to Agro Tourism Siri ke 5” ke Bagan Datuk, Perak selama 2 hari 1 malam. Trip ini diadakan bagi mempromosikan destinasi menarik agro pelancongan di Bagan Datuk. Program Road to Agro Tourism Siri ke 5 (RTA5) ini adalah anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.

Bagi yang masih belum mengenali agro pelancongan atau agro tourism, ia sebenarnya merupakan aktiviti pelancongan yang melibatkan aktiviti pertanian, perladangan, industri asas tani, perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkait rapat dengan agro pelancongan. 

Antara tempat menarik yang LeYa sempat lawati selama 2 hari dan 1 malam itu ialah tempat bersejarah Beting Beras Basah, Bagan Datuk Water Front, Kilang Memproses Sabut, Coco Peat, Santan, Ladang Kelapa, Pusat Penyelidikan Mardi dan Homestay Bagan Datuk.


Penginapan Sederhana dan Selesa di Homestay PakNgah

Pada 23 Mac 2018 (Jumaat), lebih kurang jam 10.00 pagi, LeYa dan rakan-rakan media lain bertolak ke Bagan Datuk, Perak dengan menaiki sebuah bas yang cukup selesa dan kondusif. Setibanya kami ke Bagan Datuk, kami terus check-in penginapan di Homestay PakNgah yang terletak di Kampung Pasang Api






Sesampai sahaja kami di sini dan meletakkan kelengkapan beg pakaian, kami dibawa untuk menjamu selera masakan kampung yang sungguh menyelerakan. Antara yang telah dihidangkan kepada kami adalah sambal udang petai, masak lemak labu, kari ayam yang menjadi favourite Otomen Taro dan juga ulam-ulaman yang segar-segar dari ladang. Terima kasih PakNgah dan MakNgah kerana bertungkus lumus menyediakan makanan tengah hari kami. Jasamu amat dikenang.




Lawatan Santai Ke Kilang Sabut Kelapa Sentosa Fibre Sdn Bhd

Usai makan, kami bergegas untuk ke lokasi pertama lawatan kami iaitu Kilang Sabut Kelapa Sentosa Fibre Sdn Bhd. Seperti yang kita maklum, kelapa sangat terkenal dengan 1001 khasiatnya. Jadi kali ini, kembara ke Bagan Datuk, Perak ini merungkai kelebihan yang ada pada sabut kelapa pula. Sabut kelapa akan diasingkan dan terhasil menjadi fibre yang akan digunakan dalam pembuatan tilam, tempat duduk kenderaan, tali dan banyak lagi. Selain itu, habuk yang telah ditapis juga dijadikan baja untuk tanaman organik. Menarik bukan! Kalau LeYa tak ikuti sama, pasti LeYa tidak tahu akan kegunaan sabut kelapa ini.




Bilamana telah diberi peluang hebat ini, LeYa tidak ketinggalan untuk menyertai rakan-rakan mengenali dan meneroka destinasi kilang sabut kelapa ini sebagai satu lokasi menarik yang patut korang datang dan turut belajar kegunaan dan kepentingan sabut kelapa ini. Melancong sambil belajar inilah yang LeYa suka dan seronok untuk berkongsi dengan pembaca blog semua.



Kenali Coco Peat (Serbuk Sabut Kelapa)

Bermulalah penerokaan kami meneroka kilang sabut kelapa ini. Pelbagai input yang telah kami peroleh.Antaranya adalah sabut kelapa dapat diolah menjadi Coco Peat (serbuk sabut kelapa). Jika dilihat dari kandungan Coco Peat ini ternyata ia mengandungi unsur makro dan mikro seperti kalium, fosfur, calsium, magnesium dan natrium yang sesuai digunakan untuk tanaman.

Kandungan sabut kelapa yang paling dominan adalah unsur kalium. Ia sangat diperlukan oleh tanaman terutama sewaktu tanaman sedang mengalami pembuangan atau pertumbuhan. Selain itu, ia memberikan rasa yang enak kepada buah pada tanaman itu. Jika buah itu manis, makanya unsur kalium ini akan memberikan rasa manis yang sangat mantap. Jika rasa pahit, maka pahitlah buah itu. 



CocoPeat juga mempunyai liang-liang yang baik untuk medium tanaman. Dengan kelebihan ini, sirkurlasi udara akan berjalan dengan lancar bilamana oksigen banyak di dalam tanah dan memberikan organik pada tumbuhan. 

LeYa turut berbaring di atas sabut kelapa ini untuk merasai kelembutan fabriknya. Eh! Bunyi macam kain pula kan. Kelembutan yang ada pada sabut kelapa ini memang sangat sesuai digunakan pada tilam yang kita tidur itu. 


Banyak manfaat ilmu yang patut dikongsikan. Inshaa Allah, akan LeYa panjangkan lagi pengisian ini pada akan datang tentang lawatan tempat-tempat menarik yang telah dilawati. 


Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga LeYa ucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.
Reaksi kOrang:

2 comments:

  1. hamboiiii depa couple posing sakan..
    banyak juga homestay dkt bagan datuk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...romantika de amour...
      Yup..memang banyak juga.. Cari je mane yg nak n berpatutan dgn bajet kita.

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com