Tuesday, 12 November 2019

Travelog Terengganu | Tempat Menarik Yang Boleh Disinggah Ketika Berada Di Jerteh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Negeri Terengganu sangat luas dan terhampar pantainya yang bersih. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225km dari utara Besut ke selatan Kemaman. Rata-rata orang Terengganu sangat cantik dan kacak serta ramah mesra. Kebanyakan penduduk Terengganu menjadikan laut sebagai sumber ekonomi utama selain daripada hasil petroleum. 

Pernah dahulu LeYa datang ke Terengganu bersama keluarga. Tetapi hanya ke Kuala Terengganu, Tasik Kenyir dan kawasan berhampiran. Tak pernah lagi untuk menjejakkan kaki ke Daerah Besut ini. Kali ini, LeYa sekali lagi ke Terengganu dan meneroka Daerah Besut untuk tahu apa yang ada dan menarik di sana. Jom ikuti pengembaraan LeYa ke Ganu Kite!


1) Singgah Subuh Di Masjid Lapan Kubah

Ada yang pernah sampai di Masjid Lapan Kubah ini? Kalau korang perasan apa yang terlintas di fikiran korang bila melihat struktur binaan masjid ini. Ia merupakan sebuah masjid yang diinspirasikan dari Masjid Cathedral, Moscow, Russia. Jika korang ke Jerteh, Terengganu, pastikan untuk singgah di masjid ini dan abadikan kenangan untuk melihat masjid yang indah dan mempesonakan ini.  

Terletak di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, Terengganu, Masjid Lapan Kubah ini mendapat jolokan sebagai "Masjid Russia" dan telah menarik perhatian orang ramai dengan lokasinya betul-betul berada di tengah-tengah kampung itu.



Pembinaan masjid ini telah dicetuskan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira tujuh tahun lalu dengan kos RM4 juta menerusi derma orang ramai. Masjid ini menggantikan masjid kayu sebelum ini yang telah berusia lebih 100 tahun dan sudah usang.

Masjid Lapan Kubah kini menjadi masjid ikonik dan tumpuan penduduk dari dalam dan luar negeri. Keunikan masjid ini dengan kombinasi warna kubah yang berwarna-warni membuatkan masjid itu mula digunakan pada tahun 2017 tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.

Group Foto by Dboystudio

Alamat
1315, Jalan Masjid, Kg, Jalan Lapan Kotak, 22000 Jerteh, Terengganu

Waktu Operasi
24 Jam

2) Bermalam Di Lata Kolam Air Deru Ecopark

Satu lagi tempat menarik yang korang boleh buat di Jerteh ini adalah dengan berkelah atau bermalam di Lata Kolam Air Deru Ecopark. Bukan itu sahaja, kepada pencinta sukan lasak pasti suka dengan kawasan ini. Korang boleh cuba menyewa basikal Mountainbike atau memandu ATV, memanah dan banyak lagi. 


Lata Kolam merupakan hutan simpan kedua di Malaysia. Ia telah dibangunkan pada tahun 2016 oleh anak jati Kg. La yang tidak pernah jemu berusaha untuk mengembangkan lagi kawasan seluas 7 hektar ini kepada orang ramai.


Setibanya korang di sini, pihak resort akan menjemput korang dan menjamu dengan snek tradisi Terengganu iaitu Keropok Lekor dan Sata. Menu lain juga ada disediakan seperti Mee Hoon Goreng dan aneka kuih-muih. Ternyata kesemua yang dihidangkan enak-enak belaka.


Di Lata Kolam ini korang boleh bermalam di beberapa penginapan. Antaranya ialah kabin, hammock camp dan juga disediakan tapak perkhemahan (camp site) buat mereka yang inginkan bermalam di dalam khemah seperti LeYa dan kawan-kawan pada hari itu. 

Kami bermalam di khemah yang bagi LeYa cukup selesa dengan diberikan kemudahan seperti tilam, bantal, kipas dan lampu. Jika sebelum ini pun LeYa berkhemah hanya beralaskan lantai khemah ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara yang lalu. Kawasan sekitar sangat bersih dan nyaman. Kemudahan awam seperti tandas, surau, elektrik dan paip air juga bersih. 


Saat yang ditunggu oleh setiap pengunjung yang datang ke sini tiba. Usai meletakkan beg dan menukar pakaian, LeYa dan rakan-rakan dibawa menaiki kereta Ford Ranger untuk naik ke atas bagi menjalankan aktiviti-aktiviti menarik yang ada di situ. Antaranya yang LeYa sempat cuba adalah memanah.



Dan, tanpa melengahkan masa lagi tujuan utama kami ke sini adalah untuk terjun dan mandi di Lata Kolam. Menurut pengusaha, Lata Kolam terdiri daripada 3 fasa iaitu

Pengkalan Satu
sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil

Pengkalan Suri
untuk dewasa atau kanak-kanak yang perlu diawasi dengan pengawasan orang dewasa

Pengkalan Raja
untuk dewasa dan permainan water sliding



Jangan lepaskan peluang korang untuk merasai kesejukan air terjun yang cukup indah di sini. Tidak lupa juga diingatkan untuk berhati-hati ketika mandi-manda. Seronok-seronok juga. Tapi keselamatan harus diutamakan ye!




Alamat
Lata Kolam Air Deru Ecopark
Jalan Kolam Air Panas La, Kampung La, 22010 Jerteh, Terengganu

Facebook

Instagram

Hubungi
+6013 - 917 8633

3) Singgah dan Melawat Homestay Kubang Depu

Jika korang ingin menikmati keindahan kampung yang jauh dari kesibukan kota, LeYa syorkan untuk korang singgah dan rasai pengalaman di Homestay Kubang Depu. Homestay Kubang Depu adalah sebuah kampung yang dikelilingi hutan-hutan lipur yang nyaman serta berhampiran dengan Lata Kolam Air Deru dan kawasan pantai yang cantik berserta sungai yang indah. Malah, korang boleh menikmati makanan tradisi Terengganu yang sedap yang disediakan oleh penduduk setempat yang baik dan ramah.


Dari situ juga, korang boleh ke Jeti Pantai Kuala Besut atau Jeti Pusat Perikanan LKIM, Kuala Besut untuk membeli ikan-ikan segar atau hidupan laut lain dengan harga yang murah. 

4) Menyusuri Sungai Dengan Besut Cruise

Selain itu, korang juga boleh menyusuri Sungai Besut dengan menaiki Besut Cruise. Memang cukup mempesonakan!



Apa yang korang dapat lihat ketika menyusuri Sungai Besut?
  • Kawasan-kawasan perkampungan dan jeti nelayan.
  • Melawat Desa Ukiran Kayu
  • Menikmati makanan tradisi Sata dan Otak-otak di atas cruise bersama Air Kelapa Muda yang sedap
  • Merakam gambar pemandangan di sepanjang korang menyusuri Sungai Besut





5) Lawatan ke Ladang Kambing Fuzy 

Oh Ya! Jangan ketinggalan juga untuk melawat sawah padi yang cantik, ke kebun buah-buahan dan juga melawat Ladang Kambing Fuzy dan rasai susu kambingnya yang segar. 


Menjelang malam pula, LeYa turut berkesempatan menyaksikan pertunjukan Silat, Dikir Barat dan Muay Thai yang dipersembahkan oleh anak-anak muda kampung ketika Majlis Pelancaran Terengganu Homestay, Food and Culture Festival 2019 di Kampung Kubang Depu. 


Aktiviti cukup padat dan meriah LeYa rasakan ketika berada di situ. Ternyata orang-orang Terengganu memang pandai mengambil hati pelancong yang datang ke tempat mereka.


Alamat
Jalan Guri Mas, Kg. Kubang Depu, 22000 Jerteh, Terengganu

Jadi, tunggu apa lagi! Moh pakat ramai-ramai ke Jerteh, Terengganu untuk alami pengalaman yang menyeronokkan ini!


#vm2020 #visittrulyasiamalaysia #visitmalaysia2020 #beautifulterengganu #setiuwetlandsfestival2019 #tourismmalaysia #tourismmalaysiawilayahtimur #motacterengganu #IllyaLeYa #LFTravel #LFProduction #PropaRangers #travelblogger #travelisawesome #lifestyleblogger
Reaksi kOrang:

14 comments:

  1. Bextkan dot discover di jerteh rupanya byk tempat2menarik yg kuta tak tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul3x... Sangat banyak.. I love Malaysia.. Jom melawat Malaysia 2020

      Delete
  2. Bnayk tempat menarik rupanya di Trengganu, tak pernah sampai lagi ke sana,nanti boleh la pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Kak... Ada rezeki nanti sampai la

      Delete
  3. Kalau dating lagi ke Ganu, akk nak pergi masjid 8 kubah tu, tapi nak amek gbr ala2 ada kat Moscow, hahahaha

    ReplyDelete
  4. biarpun dekat je dgn Kelate tp tempat2 di atas tu belum lg abe kie pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..nanti bolehlah AbamKie singgah. Dah tahu ni kan..hehe..

      Delete
  5. best juga ye pergi jerteh ni.tak pernah sampai lagi kat sini

    ReplyDelete
  6. I think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable. Join Origin Access Premier and get The Sims 4 Digital Deluxe, Dine Out Game Pack and Kids Room Stuff Pack to create new stories sims 4 news .

    ReplyDelete
  7. cantik masjid lapan kubah tu. next time balik ganu leh lah ke jerteh pulak.

    ReplyDelete
  8. belum pernah sampai lagi
    kat masjid 8 kubuh tu
    cantik

    ReplyDelete
  9. banyak aktiviti kat jerteh. masjid tu serius unik.

    jom singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  10. cantiknya seni bina masjid tu. colourful! seronoklah berkhemah dan macam macam aktiviti boleh dibuat.

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com