Rabu, 6 November 2019

Travelog Sabah | Destinasi Flora & Fauna Di Sandakan Yang Wajib Diterokai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay bertemu lagi dalam episod travel LeYa di Sabah. Jika sebelum ini, LeYa ada bawa korang Menjejaki Sejarah di Sandakan, jadi kali ini LeYa nak bawa korang ke tempat menarik yang lain yang wajib korang singgah. Jom ikuti cerita di Blog LeYa.


1) Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre

Di sini korang boleh lihat sendiri Orang Utan yang mendiami habitat semulajadinya serta berpeluang menyentuh spesies yang makin pupus.


Pusat Penjagaan Orang Utan ini meliputi kawasan lebih 40km persegi dan ianya terletak di dalam sebuah hutan simpan. Pusat ini menjadi tempat untuk melatih dan mengajar anak orang utan yang terpisah dari ibunya agar mampu berdikari untuk meneruskan hidup sendiri setelah dilepaskan di hutan simpan ini.


Kat sini juga ada disediakan kemudahan platform pejalan kaki menuju ke hutan simpan buat para pelancong menerokai kawasan sekeliling dan melihat lebih dekat spesies orang utan. Difahamkan lagi, waktu terbaik untuk datang ke sini adalah waktu beri makan orang utan iaitu sekitar jam 10 pagi dan 3 petang kerana terdapat bilangan orang utan yang banyak.

Korang yang excited untuk melihat dan menyentuh orang utan ni harus sentiasa berwaspada juga ye. Sebab? Mereka ni lebih kuat enam kali ganda dari kita, manusia. Kang tak pasal-pasal cedera pulak kita tengah-tengah bercuti tu kan!


2) Rainforest Discovery Centre (RDC)

Seperti yang korang lihat namanya sudah tentu korang dah tahu lokasi kedua ni. Rainforest Discovery Centre (RDC) merupakan pusat pembelajaran alam sekitar yang dibangunkan sekitar tahun 1996 untuk menjadi tempat pelancongan dan pusat pembelajaran alam sekitar yang popular di Sabah. RDC terletak di hutan simpan Sepilok-Kabili. RDC diwujudkan bertujuan sebagai pusat pembelajaran alam sekitar kepada pelajar atau guru dan telah dibuka kepada umum sejak Ogos 2007 lagi.


Korang boleh lihat pemandangan hijau dari puncak canopy walk dan merasai sendiri kedamaian di sana. Selain itu, terdapat juga kicauan burung-burung hutan di sepanjang perjalanan korang merentasi Canopy Walk itu pasti menenangkan.



3) Borneo Sun Bear Conservation Centre

Satu lagi tarikan menarik yang korang boleh lihat dan singgah adalah Borneo Sun Bear Conservation Centre. Lokasinya bersebelahan dengan Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre yang hanya berjalan kaki sahaja untuk ke situ.


Sun Bear atau nama saintifiknya Helarctos Malayanus merupakan spesies beruang yang paling kecil di dunia dan ianya juga merupakan beruang yang paling tangkas memanjat pokok. Dalam masyarakat Melayu & Indonesia, Sun Bear ini lebih dikenali dengan Beruang Madu. 

Malangnya hari ini, dek aktiviti pembalakan dan pemburuan haram, Sun Bear ini semakin terjejas di Asia. Jadi, dengan penubuhan Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo ini, ia mampu menyelamatkan populasi beruang daripada pupus dek kerana manusia yang tidak berperikemanusiaan.


Yang bestnya korang mesti teruja melihat kecomelan dan kelincahan Sun Bear ini bermain-main di pokok. Siap korang boleh tengok lagi kebijaksanaan beruang comel ni kupas kelapa untuk mendapatkan isi dan airnya. Tapi korang kena ingat! Semasa lawatan, perlulah mematuhi peraturan untuk tidak mengganggu dan membuat bising kerana Sun Bear ini sangat sensitif dengan bunyi bising. Kalau nak tengok, silalah diam-diam ye! Hehehe...

Tarikan pelancongan di Sandakan yang sering menjadi tumpuan ramai pelancong luar adalah kawasan hutan simpan dan pulau. Jadi, jika korang pertama kali datang bercuti ke sini, LeYa sangat syorkan untuk korang pergi ke destinasi-destinasi yang mempunyai flora dan fauna untuk diterokai seperti yang dijelaskan di atas.

 

Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah

6 ulasan:

  1. Good post 😊 have a lovely october 😊

    BalasPadam
  2. abe kie sampai di Sepilok pd thn 1999.

    BalasPadam
  3. KSarie pernah sampai kat sini tahun 2017 kalau tak silap. Memang terbaik conservation and preservation efforts daripada Kerajaan Sabah.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com