Wednesday, 9 October 2019

Travelog Sabah | Teroka Hutan Borneo dan Menyusuri Sungai Kinabatangan di Myne Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersambung untuk episod yang seterusnya. Setelah selesai dan check-out dari Tabin Wildlife Resort, LeYa dan rakan-rakan terus dibawa ke Lapangan Terbang Lahad Datu untuk ke Sandakan. Dari Airport Lahad Datu, kami menaiki MASWings, penerbangan domestik anak syarikat Malaysia Airlines yang hanya beroperasi di Sabah dan Sarawak sahaja.


Penerbangan dari Lahad Datu ke Sandakan mengambil masa kira-kira 35 minit sahaja. Jadi, dalam perjalanan singkat itu, pramugari memberi kami snek kacang dan air minuman sebagai alas perut. LeYa memilih air mineral disebabkan tidak minum air milo.



Myne Resort, Bilit, Kinabatangan

Setibanya kami di Airport Sandakan, kami terus dibawa menaiki bas bersama Tour Guide ke lokasi kedua yang akan kami inap iaitu Myne Resort. Perjalanan ke Myne Resort, Bilit, Kinabatangan mengambil masa 2 jam. Yeah! Inilah peluang masing-masing melelapkan mata sebelum tiba ke destinasi. Sesampai sahaja di Myne Resort, kami dihidang dengan Welcome Drink dan berehat seketika menunggu satu persatu melepaskan hajat yang tertangguh lama tadi. Hehehe..


Evening River Cruise

Ok! Bila semuanya selesai, kami dibawa menaiki bot untuk aktiviti Evening River Cruise. Di sini, kami menyeberangi Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah yang sepanjang 560 KM dan kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang di Sarawak. Menyusuri sungai yang besar dan luas itu, dapat kami lihat pemandangan hutan serta hidupan-hidupan liar yang ada di situ.


Waktu petang-petang ni selalunya monyet-monyet akan berkeliaran di setiap pokok mencari makanan dan bersantai bersama keluarga mereka. Ia sama seperti yang LeYa pernah lihat di laluan jalan Sua Betong, Port Dickson yang memperlihatkan segerombolan monyet di tepi jalan menunggu makanan dari pemberian orang ramai. Hehehe... Tapi di sini, monyet-monyet tidak dibenarkan untuk diberi makanan ye. Awas! Jangan ada yang buat pulak. 


Dapatlah juga LeYa kenal serba sedikit nama dan jenis monyet yang ada di situ. Monyet yang kelihatan keperangan ini dikenali sebagai Proboscis Monkey. Hidungnya kelihatan mancung sedikit, lagak monyet paling hensem lah gayanya kan. Hehe... Maaf sebab LeYa dah habis Zoom-in untuk mendapatkan paparan jelas tapi tak cukup panjang pulak lensa LeYa. So, ini sahaja yang termampu ditunjukkan.

Proboscis Monkey

Maghrib hampir tiba. Dapatlah kami merasa dan menikmati keindahan matahari terbenam di atas bot di Sungai Kinabatangan. Memang seriously cantik gilerr weyyhhh... Tak kan dapat dilupakan punya lah momen indah ni.



Sebelum langit gelap, kami pun bergegas naik ke darat untuk bersiap siaga aktiviti seterusnya di malam hari. Jom tengok bilik di Myne Resort dan mandi-manda di Shower Room.

Rooms @ Myne Resort

Kat sini, ada tiga jenis bilik iaitu Chalet, Longhouse dan Dorm. LeYa dan Illy Ariffin duduk di bilik Chalet yang mana terdapat 1 katil Queen dan 1 katil single-bed serta tambahan 1 single-bed yang dilipat di tepi dinding. Kira-kira, sebenarnya bilik ini mampu menempatkan 4 orang dalam satu bilik. Bilik LeYa dan Illy menghadap Sungai Kinabatangan. Memang nice sangatlah kan viewnya. 


Usai mandi dan solat Jama' Maghrib dan Isyak, kami turun ke Main Lobby untuk menikmati hidangan makan malam. Aduh! Sedap-sedap semuanya makanan yang dihidangkan. Memang rugi lah time travel macam ni diet kan. So, apa tunggu lagi? Kasi licinkan pinggan lah!


Night Walk @ Myne Safari

Bukan pengalaman pertama LeYa mengikuti Night Walk ini. Sudah acap kali juga sewaktu muda-muda dulu. Hahaha... Namun, kali ini dirasakan begitu teruja pabila hampir lama juga tidak bernight walk dengan rakan-rakan dan melihat pemandangan malam hutan di tempat orang. Kelengkapan senjata Inhaler dibawa bersama sebagai incase apa-apa berlaku. Alhamdulillah... perjalanan LeYa sihat dan seronok tanpa perlu menyedut Vape perisa gas tuh. Kahkahkah...


Dapatlah LeYa dan rakan-rakan tengok burung-burung sedang tidur di atas dahan pokok. Oh Ye! Speechless bila dapat tengok burung kenyalang dengan anak-anaknya di dalam sarang. So cute! Sarang burung ni berada di pokok. Sungguh kecil ye lubangnya sebab dah ditampal tanah oleh ibu burung untuk muat-muat keluarkan paruhnya sahaja. Tour Guide ada bagitahu yang apabila anak-anak burung kenyalang ni dah pandai terbang, ibu burung itu akan pecahkan tanah pada lubang tu dan anak-anak burung tadi keluarlah mencari kehidupan.


Paling teruja teruk sekali bila first time dapat masuk dalam pokok. Guys! Korang boleh rasa duduk dalam pokok guys. Seriously, pokok merbau tu besar dan luas sehingga boleh memuatkan 15 orang dewasa pada satu-satu masa. Tengok sahaja lah bagaimana LeYa menyusup masuk melalui laluan di bawah pokok. Keadaan LeYa melihat dari bawah ke atas, sangatlah tinggi dan kosong bila berada dalam pokok merbau tu.

Ia sebenarnya adalah tempat persembunyian dari musuh atau bahaya yang berlaku ketika berada di dalam hutan. So, korang jangan tak tahu, setiap apa yang tercipta tu ada faedahnya.


Kat bawah ni LeYa sertakan gambar ketika LeYa berada dalam pokok. Dari bawah ke atas, sangatlah tinggi dan kosong. Tiada apa-apa. Jadi, korang yang bersaiz ketinggian yakmat tu gerenti boleh masuk jugak. Hee...


Jam sudah pun menunjukkan ke angka 10.00 malam. Jadinya, sudah tiba untuk pulang dan berehat di katil yang empuk di Myne Resort. Kami pun pulang dengan jayanya. Setiba di hadapan resort, sesuatu di luar jangkaan telah muncul. Sekumpulan 'Babi Hutan' beratur bagai sebuah keluarga berjalan beriringan di hadapan resort. Agak kelakar melihatnya tetapi boleh diambil sebagai iktibar bagaimana haiwan juga ada rasa kasih sayang sesama keluarga. Jadi, kita sebagai manusia perlu ada sikap berkasih sayang dan toleransi antara satu sama lain.



Keesokan paginya, setelah mengambil Light Breakfast, kami sekali lagi menaiki bot untuk menyusuri Sungai Kinabatangan.

Dan kali ini dapatlah LeYa lihat dari dekat beberapa ekor buaya yang besar dalam 11 kaki panjangnya terdampar di tebing sungai. Mak aiii!! Besar giler weyyhhh! Sekali dia libas dan baham memang tak sempat nak lari dah. Difahamkan waktu-waktu pagi macam ni, Tour Guide bagitahu yang buaya-buaya ni sedang mencari makanan. So, sebagai langkah berjaga-jaga jauhi dari Sang Buaya ni ye.


Kemudian, Tour Guide bawa kami jalan-jalan lagi dan terlihat sekumpulan beruk sedang menikmati makanan di tebing sungai. Mata lensa terus fokus ke arah seekor monyet yang sedang asyik makan di daun-daun hijau. Agak comel di situ ye objek yang difokus! Hehe...



Dan kami pun balik semula ke resort untuk bersiap-siap check-out dan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Bandar Sandakan. Sampai bertemu lagi Myne Resort! InsyaAllah kalau ada rezeki, LeYa datang bawa keluarga pulak ye.

Maklumat lanjut mengenai Myne Resort, Bilit, Sungai Kinabatangan, boleh layari laman web di bawah:

Website


Entry ini dihasilkan dari program Media FAM Trip ke TAWAU-LAHAD DATU & SANDAKAN, Sabah yang berlangsung selama 5 hari 4 malam (11 - 15 September 2019) anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.

Baca juga kisah sebelumnya di sini

Travelog Sabah
Reaksi kOrang:

14 comments:

  1. What a nice Photos 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  2. rindunya Kinabatangan! sangat tenang kat sini!

    ReplyDelete
  3. YA ALLAH.. bestnya dapat explore macam ni.. sesekali tukar selera dari berjalan- shopping tapi boleh cuba explore hutan, sungai ni.. tapi mcm seram je tgk buaya tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Jangan kejutkan buaya yg sedang tidur taw..

      Delete
  4. bestnya dapat explore nature..tapi seram bila nampak buaya tu ha. dahlah laluan sungai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah...memang seram.. Tapi jauh jugak kami duduk..

      Delete
  5. Buaya ..... perghhh, ngeri jugak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... LeYa yang berdepan dengan sang buaya tu pun berhati-hati je..hee..

      Delete
  6. Suka kat sini sebab takde line telefon, so kami banyak borak dan bercakap, tidur pun cepat hahahaha...arghhhh rindunyaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..uolls la yang menggegarkan dorm tu ye.. Hahaha..

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com