Saturday, 18 April 2020

Resepi Mudah Bulan Ramadhan 2020 Yang Best Untuk Dicuba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita sedar dan tahu tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang Ramadhan 1441H bersamaan tahun 2020M. Dan pada tahun ini juga tiada bazar Ramadhan, tiada aktiviti berkumpul beramai-ramai dek kerana wabak Covid-19 yang menular dunia dan Malaysia tidak terkecuali terkena jangkitan penyakit itu sehingga membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dah masuk Fasa 3.

Jadi, bila tiada bazar Ramadhan, ibu-ibu dan kaum wanita pasti akan menjadi lebih kreatif untuk menyediakan hidangan berbuka puasa. Okay lah, jom pilih dan tengok mana-mana resipi yang korang minat dan rasa teruja untuk cuba. Resipi ni semuanya koleksi dari #DapurPanasLeYa sendiri bersama ibu LeYa dalam menyajikan pada juadah berbuka puasa sunat Syaaban tempoh hari. Jom! jamu mata dan pilih yang mana berkenan.


1) Ikan Jenahak Masak Sweet Sour

 

Bahan-bahan
1 ekor ikan jenahak (digoreng dahulu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dihiris kecil)
1/2 biji nenas (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 timun (dipotong dadu)
3 sudu besar cili kering yang telah dikisar
Sos cili
Sedikit Garam dan Gula

Cara Masakan
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga ia terbit minyak.
3. Masukkan sos cili serta bahan-bahan seperti nenas, tomato, timun dan perasakan sedikit gula dan garam mengikut citarasa kita.
4. Tutup api dapur dan taburkan di atas ikan jenahak yang telah digoreng tadi.
5. Sedia untuk dimakan.

2) Ayam Masak Bali


Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (digaul dengan garam dan kunyit dan goreng ayam macam biasa)
Cili kering segenggam
*Bawang besar 3 biji
*Bawang putih 6 ulas
*1/2 inci halia
*1 inci belacan (optional - LeYa tak letak sebab takde belacan pun time tu)
Serai 3-4 batang (dititik)
Daun kari 3 tangkai
Kicap
Gula 1-2 sudu besar (kurangkan kalau pakai kicap manis)
Garam secukup rasa

Cara Masakan
1. Bahan-bahan bertanda (*) dikisar terlebih dahulu
2. Tumis serai dan daun kari sehingga naik bau dan masukkan bahan kisar, tumis sehingga pecah minyak
3. Masukkan kicap, garam dan gula. Kemudian, masukkan lah ayam dan gaul rata. Siap!

3) Telur Itik Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan
4-6 biji telur itik
Segenggam cili padi (ikut tahap kepedasan korang)
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
Sedikit garam
1 kotak santan kotak
1 helai daun kunyit (dihiris halus)

Cara Masakan
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Masak bahan tumbuk dengan air dan sedikit santan cair sehingga mendidih.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Masukkan telur itik itu satu persatu sehingga telur agak sedikit keras sebelum dimasukkan telur lain. Kacau apabila kesemua telur itik benar-benar keras. (Kalau lembik dikhuatiri hancur nanti.)
3. Bila telur itik dah masak, perlahankan api dan masukkan santan pekat serta asam keping dan sedikit garam.
4. Kacau seketika. Masukkan daun kunyit. (Jika tiada tidak mengapa.)
5. Padamkan api dan siap!

4) Puding Karamel Tanpa Telur


Bahan-bahan
Bahan untuk gula hangus:-
3/4 cawan gula 
1 cawan air panas

Cara Masakan
1. Masukkan gula dalam kuali dan masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan (sentiasa kacau)
2. Bila gula dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
3. Buka api dan masak lagi hingga gula larut. Padamkan api dan sejukkan seketika.
4. Masukkan gula hangus ke dalam talam/loyang.

Bahan untuk puding:-
1 paket serbuk agar-agar 10g (jika agar-agar tali sukatannya 20gm / 25gm)
4 cawan air
3 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat

Cara Masakan
1. Satukan semua bahan hingga sebati, tapiskan dalam periuk - masak guna api sederhana hingga larut.
2. Apabila telah mendidih kuat, tutup api dan tuangkan ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi - biarkan sua.
3. Masukkan dalam peti sejuk. Bila dah keras dan sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

5) Kuih Kasui Pandan

 

Bahan-bahan
4-5 helai daun pandan (dikisar dan diambil airnya dalam 2 cawan)
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
Sedikit kapur makan
4 sudu besar gula

Cara Masakan
1. Gaul sebati kesemua bahan. Jangan ada ketul-ketul.
2. Kukus sehingga masak.
3. Siap! Boleh dihidang bersama kelapa.

6) Kek Kukus Lapis Masam Manis

 

Bahan-bahan
5 biji telur
1 butter cup
2 gelas tepung biskut merry dikisar
1 1/2 cawan gula
150ml susu cair
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna pilihan (LeYa memilih warna kuning dan hijau)
Asam Haw Flakes (bentuk bulat tu) secukupnya

Cara Masakan
1. Putar butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung biskut merry dengan diselang-selikan susu cair. Kacau hingga sebati.
5. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan warnakan ikut kesukaan korang.
6. Panaskan pengukus. Ambil dalam 5 sudu besar adunan serta ratakan dan susun asam dalam loyang.
7. Kukus selama 5 - 7 minit. Ulang lapisan mengikut warna berlainan sehingga habis.
8. Untuk lapisan terakhir, biarkan kek dikukus lama sedikit untuk betul-betul masak.

7) Mee Hoon Goreng Singapore


Bahan-bahan
Sebungkus bihun direndam lembut

Bahan A: (dikisar)
3-4 ulas bawang merah
5-6 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu makan udang kering
2 inci halia

Bahan rencah:
Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
Lobak sebatang dihiris halus memanjang,

Cara Masakan
1. Tumis bahan kisar hingga halus sehingga naik bau.
2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
3. Kemudian masukkan isi udang.
4. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
5. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
6. Siap dan sedia untuk dimakan!

8) Air Lemon Asam Boi


Bahan-bahan
1 1/2 sudu madu
1 biji lemon
Ais
Asam boi
Air mineral sejuk

Cara-caranya
1. Masukkan satu setengah sudu madu
2. Perahkan satu biji lemon
3. Masukkan ais dan seterusnya masukkan air mineral.
4. Akhir sekali, masukkan lemon dan asam boi. Kacau sehingga larut. Siap!

Semoga 8 resipi yang LeYa kongsikan ini bermanfaat buat korang semua ye sempena Ramadhan nanti. Kalau nak masak untuk hari biasa pun boleh je. Tata titi tutu.
Reaksi kOrang:

18 comments:

  1. minggu depan dh kita nak puasa ni mcm tk sabar pulak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuk! Jom sama-sama memperbanyakkan lagi amalan baik kita di bulan ramadhan nanti

      Delete
  2. Wah! Banyaknya resipi best! Tak sabar nak menunggu ketibaan Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye wak... sama-samalah kita mengimarahkan bulan Ramadhan ye

      Delete
  3. puding karamel tu cantik betul kejadiannya...tapi berbeza dengan cara masak yang biasa..menarik pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..tapi yg tu dah kena potong.. Ibu dah bagi kat jiran-jiran.. Tu je yg sempat snap gmbar nye.. Hehe..

      Delete
  4. da nak puasa ni memang sangat diperlukan cadangan2 resepi nak masak. xdak ideaaa da kering pkir menu apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Memang time2 ni blog resepi jadi tumpuan..

      Delete
  5. Semua menu nampak sedap dan menarik untuk dicuba. Ikan jenahak sweet sour tu mengancam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeng3x... Mengancam kan.. Tu request by Ayah tu.

      Delete
  6. buka pepagi ni dah rasa terliur pulakkk hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... nasiblah... Nampaknya kena buatlah tu

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com