Monday, 29 October 2018

Operasi X The Movie Sebuah Filem Terbaik 2018 Bakal Menggabungkan 2 Pelakon Hebat, Awie dan Aaron

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Operasi X The Movie sebuah filem aksi yang bakal menemui peminat filem tanah air pada 1 November 2018 ini. Rata-rata ramai tidak sabar menunggunya kerana dikhabarkan pelakon-pelakon yang akan beraksi dalam filem ini kesemuanya pelakon hebat dan popular.

Sebelum LeYa bercerita lebih lanjut, apa kata kita baca dahulu sinopsis filem ini.

Sinopsis Filem Operasi X The Movie

ASP Redzuan kehilangan kepercayaan terhadap rakan-rakannya ketika dia sendiri menyaksikan kematian sahabatnya, Inspektor Aman yang telah dibunuh oleh pihak polis sendiri. ASP Redzuan mengasingkan diri daripada semua orang dan hidup bersendirian di sebuah pulau terpencil. Beliau menyembunyikan identiti sebenar dari penduduk kampung di sana. Namun, kehadiran Dato’ Mokhtar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman berjaya mengesannya dan dia ditugaskan mengetuai satu operasi yang dikenali sebagai Operasi X bagi menumbangkan sekumpulan yang dikenali Belut Gang.

Bahasa: Melayu
Subtitle: Bahasa Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh tayangan: 01 November 2018
Genre: Aksi / Jenayah
Masa Tayangan: 1 jam 47 minit
Terbitan: Dream Pictures Production
Pelakon: Dato' Aaron Aziz, Dato' Awie, Dato’ Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen
Pengarah: Sandosh Kesavan
Format: 2D

Tonton Trailer Filem Terbaik 2018 - Operasi X The Movie

Sementara menunggu tayangan filem di pawagam pada 1 November ini, jom LeYa bawakan korang tontonan hebat Trailer Filem ini sendiri.


Lakonan gabungan kedua pelakon hebat Awie dan Aaron ini pasti meletop kebabooommmm…. Watak jahat yang ditampilkan Awie pasti akan ada terselit kelucuan. Tidak sabar rasanya LeYa nak tonton filem ini.

Nantikan update LeYa tentang filem yang sangat menarik ini kerana pada malam ini, LeYa akan menonton filem ini terlebih dahulu melalui Tayangan Perdana Operasi X The Movie di MMCineplexes, eCurve, Petaling Jaya. Wahhh…. Dup dap dup dap… Tak sabra rasanya nak menonton filem yang diwar-warkan hebat ini.


NANTIKAN REVIEW TERBAIK DARI LEYA SETELAH MENONTON FILEM TERBAIK 2018 INI!!

#OperasiXTheMovie #OperasiX #DreamPicturesProduction

Rasai Kelazatan Masakan Dari Indonesia Di IndoBowl Subang Jaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bulan November dan cuti sekolah sudah hampir tiba. Pasti korang masih tercari-cari tempat makan menarik dan sedap untuk membawa keluarga mahupun rakan-rakan bersantai dan gathering bersama. Apa kata kalau korang bawa mereka makan tengah hari di IndoBowl Cafe yang terletak di Subang Jaya ini. Mereka ada menghidangkan masakan dari Indonesia berasaskan Indomie yang pasti istimewa. Apa yang menarik lagi? Jom baca cerita selanjutnya.



Kita tahu yang makanan mi segera ni sangat terkenal dalam kalangan bujang dan juga pelajar. Ye lah kan, makanan jimat dan menjadi alas perut yang mengenyangkan juga. Paling mudah penyediaannya masukkan air panas dan perencah dalam beberapa minit dah boleh menikmati mi segera ni. Namun hari ini, dengan berasaskan Indomie, korang boleh menikmati dengan pelbagai cara dan menu masakan. Hidangan istimewa dari Indonesia berasaskan Indomie ini disediakan oleh chef berpengalaman yang mana beliau menyediakan pelbagai hidangan yang sedap dan menyelerakan setiap hari.

Indomie Mumbo Jumbo

Indomie Soto Seafood

Indomie Ayam Balado

Indomie Salted Egg Chicken

Ayam Madura

Seperti biasa, tak lengkap rasanya kalau makan tanpa minuman lazat kan? Untuk hidangan di waktu tengah hari yang panas terik ini, apa kata korang cuba minuman mereka iaitu Soda Gembira, Es Cendol ataupun Teh Botol yang pasti menyejukkan tekak korang yang sedang dahaga tuh.


Harga di IndoBowl Cafe, Subang Jaya
Harga untuk menikmati makan di sini sangat berbaloi dengan menawarkan masakan istimewa dari Indonesia yang jauh nun dari seberang.




Untuk maklumat lanjut mengenai IndoBowl Cafe, sila hubungi 019 - 542 6869 atau layari Laman Facebook Rasmi - https://www.facebook.com/IndoBowlOfficial/ dan Instagram https://www.instagram.com/indobowl__ss15/

Alamat
66, Jalan SS 15/4C, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor


Untuk pengetahuan korang juga, IndoBowl Cafe ni ada 2 cawangan. Nak tahu lokasi seterusnya? Klik SINI untuk ketahuinya.

Thursday, 25 October 2018

Kinder Bueno, Coklat Sedap dan Disukai Ramai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Siapa peminat coklat Kinder Bueno kat sini? LeYa antara salah seorang peminat coklat dan selalunya mesti ada stok coklat dalam peti ais. Yang pling menjadi kegemaran LeYa dah tentunya Kinder Bueno ni. Kalau dah rasa sekali dah jadi macam ketagih pulak, nak dan nak lagi.


Rehat tengah hari tadi, LeYa dikejutkan dengan satu bungkusan di meja. Buka sahaja dan tengok WoW! Coklat Kinder Bueno 3 serangkai di hadapan mata. Yummy!! Dapnyerrr kann...😁😁

Antara 3 jenis coklat Kinder Bueno yang LeYa terima ialah
  1. Kinder Bueno with Milk & Hazelnuts Original
  2. Kinder Bueno with Milk & Hazelnuts White
  3. Kinder Bueno with Milk & Hazelnuts Dark (Limited Edition)


Yang edisi terhad tuh kan, pekat betul rasa coklat dia. Ada sedikit lah rasa pahit coklatnya. Dah nama pun Dark kan.

Kinder Bueno ni sebenarnya berasal dan dibuat di kilang Ferrero Villers-Ecalles, Perancis dan Warsaw, Poland. Pada awalnya, ia hanya bueno berkembar yang mempunyai krim hazelnut. Tetapi setelah 2 tahun dan sasaran kanak-kanak amat menyukainya, ia terus ditambah lagi dengan nougat putih dan coklat putih. Kinder Bueno mula dipasarkan di Itali dan Jerman pada tahun 1990. 

Korang mesti rasa Kinder Bueno yang edisi terhad tu taw. Sedap sangat! 

Keindahan Masjid Terbesar Di Johor Bahru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah lama juga LeYa tak kongsikan cerita travel dalam blog ni. Okay… cerita ni sebenarnya dah lama juga LeYa pergi bercuti hari tuh dengan keluarga. Tapi tak ada lah lama sangat. Kalau tak silap dalam bulan September hari tuh. Kali ni LeYa nak kongsikan tentang masjid yang sangat indah ni di Johor. Ke mana sahaja tempat LeYa dan keluarga bercuti dan bermusafir, pasti akan mencari dan singgah di masjid sebagai tempat berehat dan solat. 


Masjid Bandar Dato’ Onn merupakan masjid keenam dan terbesar dalam rangkaian Masjid An-Nur Johor Corporation (JCorp) yang mampu memuatkan sehingga 4,600 jemaah ketika menunaikan solat Jumaat. Masjid ini dibina oleh Johor Land Bhd, sebuah syarikat dalam kumpulan JCorp yang telah menelan belanja kira-kira sebanyak RM28 juta di atas tapak seluas 2.1 hektar. Ia mula dibina pada pertengahan tahun 2013 dan siap pada akhir tahun 2015.


Masjid ini terletak di tengah-tengah di kawasan Bandar Dato’ Onn dan sudah terkenal dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam untuk singgah bersolat dan berehat di sini. Keindahan pemandangan di sekitar masjid juga sangat cantik dan bersih.

Masjid yang indah ini juga ada menyediakan fasiliti untuk mengadakan majlis walimah atau majlis perkahwinan. Sudah ramai juga yang mengadakan majlis perkahwinan di masjid ini. Mereka yang berkahwin di masjid ini turut mengambil peluang bergambar di sekitar masjid yang indah dan menarik ini.

Masjid ini turut dikatakan “children friendly” kerana ia memberi galakan supaya ibubapa membawa anak-anak ke masjid. Cuma, ibubapa perlu mengawal kebisingan dan kenakalan anak-anak supaya tidak mengganggu kosentrasi Jemaah yang ingin beribadat.



LeYa rasa tenang bila dapat menunaikan solat di masjid yang indah ini. Semoga semua yang singgah ke masjid diharapkan boleh menjaga kebersihan dan adat ketika berada di kawasan masjid. Mohon laa dikemaskan segala apa yang kita dah guna dan jangan lupa untuk bersedekah di tabung masjid ye. Ia kan untuk kegunaan dan keselesaan kita juga. Siapa lagi kalau tak kita yang memastikan rumah Allah in sentiasa makmur dan harmoni. Semoga perkongsian ringkas LeYa dengan Masjid Bandar Dato’ Onn ini dipermudahkan urusan yang ingin datang dan mencari masjid di sana. Sama-samalah kita mengimarahkan masjid dan hidup dalam rahmatNya.

Alamat
2, Jalan Dato' Onn 2, Bandar Dato' Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

Monday, 22 October 2018

Menu Makan Malam Yang Ringkas - Ikan Bilis Goreng Masak Asam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dinner untuk malam ni #DapurPanasLeYa masak masakan simple jer.. Lauk ni  pun memang kegemaran Otomen Taro. Jadinya, jom lah kita menggoreng ikan bilis masak asam ni.

Ikan Bilis Masak Asam

Resipi Ikan Bilis Goreng Masak Asam

Bahan-bahan yang diperlukan:-
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili padi
Air pati asam jawa (Jika suka berkuah, lebihkan sedikit air)
Minyak masak
Garam
Maggi cukup rasa

Cara Memasak:
Hiriskan bawang besar, bawang putih dan cili pagi.
Panaskan minyak. Masukkan bahan hirisan  dan tumis sehingga sedikit layu dan berbau wangi.
Kemudian, masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih seketika. Masukkan garam dan maggi cukup rasa.
Tutup api. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng pada awal tadi.

Barulah kerangupan ikan bilis tuh terasa. Pasti sedap kan!


Ada juga menu lain sebagai tambahan untuk kelihatan menarik menu makan malam ini. Antaranya adalah sup daging dan sayur ulaman


Mudah kan menu makan malam LeYa dan Otomen Taro kali ini. Lagi meriah rasanya kalau dapat makan hidangan macam ni. Baru perut puas dan kenyang. Hehe..😁😁


Itulah cara LeYa masak hidangan yang paling simple jika badan keletihan. Walaupun letih, tanggungjawab kepada Incik Otomen Taro tidak dilupakan. Selagi ada bahan di dapur, sudah pasti #DapurPanasLeYa akan berasap.😁 

Sunday, 21 October 2018

Pelancaran Max Factor Di Malaysia Dengan Kempen #UnlockingRealWoman Bersama Duta Lisa Surihani

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pertama kali sebenarnya LeYa mendengar jenama kosmetik ni. Tapi rupanya ia dah lama bertakhta di hati peminatnya. Memang teruja lah bila kali pertama kenal dan diberi peluang untuk menghadiri satu majlis pelancaran jenama kosmetik Max Factor di Malaysia pada 10 Oktober lalu di Beauty House Jalan Tangsi, Kuala Lumpur


First sampai, LeYa dah terpesona dengan kecantikan tempatnya. Terdapat beberapa jenis bilik dengan pelbagai kegunaan yang kesemuanya memang cantik dan LeYa teruja tengok.

Kalau korang nak tahu lagi kan, Max Factor ni merupakan jenama keluaran Coty, Inc. Ianya diasaskan pada tahun 1909 sebagai Max Factor and Company oleh Maksymilian Faktorowicz iaitu seorang pakar kecantikan dari Poland. Beliau mempunyai kemahiran dalam movie make-up. Ia sangat terkenal di luar negara dan kini produk Max Factor ini sudah mula masuk ke pasaran Malaysia.



Selain itu, Max Factor juga turut melancarkan #UnlockingRealWoman untuk wanita diluar sana yang diterajui oleh seorang duta besar baru Max Factor Malaysia yang popular iaitu Lisa Surihani.



Bersempena dengan pelancaran itu, jenama itu turut mendedahkan kempen #UnlockingRealWoman dengan kerjasama sekumpulan wanita yang berpengaruh seperti Kavitha Sidhu, Ling Oo, Raja Nadia Sabrina dan duta besar baru Max Factor Malaysia, Lisa Surihani.

Menurut Pink Fong, keperibadian Lisa mempamerkan hubungan dengan jenama yang akan turut membawa inspirasi baru dan membantu menterjemahkan visi jenama yang baru diposisi semula. Kisah hidupnya juga ada kaitan dengan kempen #UnlockingRealWoman, yang menjadikan ia perkongsian lebih menarik. 


Wanita sangat berkuasa dalam hak mereka sendiri tetapi sering dipegang pada satu piawaian yang sangat tinggi, di mana ia dijangka dapat menjalin pelbagai peranan, cemerlang dan menjadi lebih sempurna sepanjang perjalanan meletakkan segala halangan di hadapan mereka. #UnlockingRealWoman berusaha untuk meneroka pelbagai peranan yang dimiliki setiap wanita dalam keluarga, masyarakat dan industri bagi meraikan kekuatan mereka, kebolehan yang unik dan potensi tanpa had. Pada akhir kempen ini, ia membantu meraikan wanita dan pengalaman hidup mereka lebih kuat dan memberi peringatan tentang sebuah keindahan yang tidak melampaui batas jantina.



Lisa, Kavitha, Raja Nadia dan Ling merupakan lambang kepada semua wanita yang ada. Dengan kejayaan yang diperolehi, ia terus memberikan peranan dan harapan kepada masyarakat sebagai tokoh masyarakat, ibu dan isteri. Mereka masing-masing mempunyai aspirasi tersendiri dan terus memperkasakan tanggungjawab dan komitmen kepada keluarga dengan meneruskan cita-cita mereka.


Lisa yang mempunyai kerjaya yang berjaya dalam industri hiburan sejak muda lagi tetapi seringkali ingin menjadi seorang penari. Manakala Raja Nadia yang merupakan seorang blogger berjaya dan pengasas label fesyennya sendiri tetapi di belakang gaya hidupnya yang sangat sibuk, dia bercita-cita untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat. Karier Kavitha sebagai duta Milo ketika usia 15 tahun sebelum bertolak ke Paris untuk mengejar karier permodelannya tetapi impiannya ingin menjadi penyanyi. Kemudian, Ling, seorang pereka perhiasan dan geomologist bekerja keras setiap hari untuk memulakan kehidupannya tetapi dia sering merindui untuk membina sebuah keluarga dan menjadi suri rumah. Jadi, jom kita ikuti 4 tokoh wanita yang kelihatan di mata awam ini membuka kunci impian dan aspirasi mereka kepada keluarga terdekat mereka.






Max Factor turut bekerjasama secara eksklusif dengan Watsons dalam membawa seni warisan dan jenama solekan ini ke Malaysia dan boleh didapati di kedai dan kedai online Watsons terpilij di seluruh negara.

"Ini merupakan satu peristiwa penting bagi kami untuk bersaing dengan jenama solekan antarabangsa yang terkemuka yang telah ditubuhkan pada awal abad ke-20 dengan nilai warisan yang hebat. Max Factor memang selaras dengan nilai-nilai kami kerana kami sentiasa berusaha untuk menyediakan pelanggan dengan pelbagai pilihan. Dengan kerjasama ini, kami sangat berharap dapat memberi maklumbalas yang terbaik dan lebih positif," kata Caryn Loh, Pengarah Urusan  di Watsons Malaysia.


Dalam sambutan kempen #UnlockingRealWoman, jenama itu turut memberi penghormatan kepada wanita yang mana di The Max Factor Beauty House, wanita diberi penghormatan kekuatan secara unik, identiti dan aspirasi melalui 7 bilik yang berbeza iaitu Her Patio; Her Living Room; Her Dining Room; Her Bathroom: The Virtuous Room; Her Bedroom; Her Powder Room and Her Gallery Room yang masing-masing dihiasi dengan simbol inspirasi dan kebudayaan tersendiri.

Walaupun wanita mahu diakui sebagai melebihi peranan had jantina mereka, tetapi mereka masih menghargai apa yang penting seperti keluarga, rakan, kerjaya dan kehidupan peribadi. 



Maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Website

Facebook

Instagram


Thursday, 18 October 2018

Restoran Mangkuk Ayam Hidangkan Makanan Sedap dan Murah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari tuh LeYa dan rakan-rakan ada lah jalan-jalan cari makan di waktu tengah hari. Memandangkan lokasi yang paling berhampiran adalah DPulze, Cyberjaya, jadinya kami mengambil keputusan untuk makan di situ. Bila masing-masing malas nak bawak kereta, jadinya kami menaiki kenderaan awam, Grab Car untuk ke sana. 

Bukan tak pernah singgah dan lepak-lepak di DPulze ni, tapi setibanya kami di situ, kami tertarik dengan sebuah tempat makan baru yang ada di situ.


Restoran Mangkuk Ayam yang baru dibuka lebih kurang sebulan lalu di tingkat P1, Dpulze itu telah membawa kami untuk masuk ke restoran tersebut. Sebuah nama yang unik untuk mudah diingati pengunjung. Masuk sahaja ruang restorannya yang tak lah berapa besar tetapi dengan berkonsepkan ala kopitiam, ia sangat selesa. Ditambah lagi dengan hiasan pinggan dan mangkuk bercorak ayam, memang menampakkan keunikan pada restoran ini.



Terdapat banyak menu makanan tempatan rakyat Malaysia dihidangkan di sini. Bagi LeYa, memang sesuai sangatlah dengan populasi masyarakat Cyberjaya yang ramai orang luar Malaysia tinggal di sini. At least, mereka ni dapatlah mengenal makanan tradisional Malaysia. Tak gitu kan!

Dari segi halal. Sememangnya makanan yang dihidangkan di sini semuanya dijamin halal dan bersih. Sumber daging/ayam yang mereka perolehi juga halal. Ia memang menepati kehendak orang Islam.


Ada banyak je menu yang korang boleh nikmati di sini. Dari nasi dan lauk-pauk, makanan beraneka mee dan juga ringan-ringan. Yang bestnya kalau korang ambil set kombo diberi sekali dengan minuman percuma Sirap Bandung dan Tea O Ais Limau. 



Antara menu yang LeYa dan rakan-rakan dah cuba makan di situ adalah Asam Laksa, Mee Kari, Mee Rojak Biasa dan Mee Rojak Ayam. Sememangnya LeYa memang peminat rojak dan rasa mee rojak di sini sangat sedap dan puas hati dengan portionnya yang banyak. Memang mengenyangkan.



Satu lagi menu yang LeYa recommend untuk korang cuba ialah Asam Laksa. Rasanya yang cukup masam, masin memang menepati citarasa LeYa. Tapi taktau lah citarasa korang kan. 


Keseluruhannya, LeYa sangat lah berpuashati dengan keenakan makanan yang dihidangkan. Memang menepati citarasa rakyat Malaysia dan juga orang luar Malaysia tentang rasa makanan tempatan di Malaysia. 

Sudahlah sedap, harga pun berbaloi murah.  Kami makan 4 orang pun tak lebih RM55. So... Korang jangan lepaskan peluang untuk turut singgah dan makan di Restoran Mangkuk Ayam ini.

Maklumat lanjut mengenai Restoran Mangkuk Ayam, boleh klik pautan di bawah:

Restoran Mangkuk Ayam
Lot P10, Tingkat P1, DPulze Shopping Centre, Cyberjaya

Hubungi
03 - 8322 5656

Facebook

Waktu Operasi
10.00AM - 10.00PM (Setiap hari)