Saturday, 13 October 2018

Susu Fernleaf UHT 100% Dari New Zealand Berjaya Menambat Hati LeYa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

"Kisah Susu Lembu New Zealand...."

Eh...Eh... Dah macam intro Doraemon la pulak... Hehehe...

Okay... Jom LeYa nak kongsi dengan korang semua cerita susu segar dari New Zealand yang berjenama Fernleaf ni. Rasanya ramai dah tahu jenama Fernleaf ni di iklan-iklan TV kan. Alaa... iklan susu yang ada lembu sekali tuh.. Hensem bergaya lembu tu posing tau. Hehe... Korang minat minum susu tak? Kalau minat, kita serupa. Setiap pagi dan sebelum tidur, LeYa akan pastikan sekeluarga minum susu Fernleaf ni. Ini kerana susu Fernleaf menitik beratkan penjagaan dan penghasilan susu tenusu yang berkualiti tinggi dan terbaik kerana industri tenusu merupakan jiwa mereka. Sebab tu lah rasa susu Fernleaf ni segar dan sangat sedap. 


Susu Fernleaf 100% dari New Zealand

Meh LeYa nak cerita lagi. Kalau korang nak tahu, di New Zealand, mereka mengusahakan ladang secara semula jadi iaitu lembu-lembu tenusu diberi kebebasan untuk meragut di padang rumput yang subur dan luas. Lembu-lembu tenusu hidup bahagia meragut rumput tanpa ada halangan. 


Jadi, sebab itulah susu yang dihasilkan semuanya mempunyai makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.


Korang nak tahu lagi tak? Di New Zealand, dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang cukup menjadikan salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. 

Ia merupakan salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kandang, yang mana setiap rumputnya berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya lembu-lembu ni dapat menghasilkan susu yang penuh berkhasiat dan berkualiti tinggi.


Lembu-lembu ni semuanya menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah dan secara tidak langsung mereka mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Sebab itulah lembu tenusu di sini dapat menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung dalam kandang.


Lagi menarik kalau korang nak tahu, pakar-pakar tenusu di Fonterra ni sudah mempunyai lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu yang mana setiap peladang sentiasa berdedikasi untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk yang diedarkan kepada pengguna.


Keterpaksaan LeYa Ketika Minum Susu Fernleaf UHT 100% Mmmmm

Pada suatu pagi yang hening, sebelum LeYa memulakan langkah ke tempat kerja, LeYa membuka peti sejuk dan mendapati adanya susu Fernleaf UHT ni. Sebenarnya LeYa memang kurang minat minum susu tetapi pada pagi tuh LeYa terasa ingin mencubanya.

"Minum ke taknak ni... Kang takut termuntah pulak. Sejak azali kan aku ni memang susah nak minum susu", LeYa bermonolog dalaman.

Dengan rasa berat hati, LeYa mengambil sekotak susu Fernleaf UHT berperisa coklat dan terus mencucuk straw lalu bawa ke bibir untuk merasai sedutan pertama.

"Sluuuurrrrrrpppppp..." 

Alangkah terkejutnya apabila LeYa berjaya menghabiskan susu Fernleaf UHT tanpa rasa mual dan loya. LeYa dah mencuba minum susu Fernleaf UHT dan terus jatuh cinta dengan keenakan dan kesegaran susunya. Paling tak menahan tuh boleh pulak acah-acah hipster dengan meminum susu Fernleaf UHT menggunakan fun straw yang diberikan. Susu yang mengalir melalui straw tuh membuatkan mata dan muka LeYa rasa sejuk je. Memang best!


"Minumlah susu Fernleaf UHT kerana ia sangat berkhasiat dan berkualiti tinggi".

Rasanya memang segar dari ladang. LeYa semakin gembira dan yakin untuk meminum susu Fernleaf UHT ni setiap pagi dan malam sebelum tidur. Tidur LeYa pun jadi lebih lena selepas minum susu. Syok weyyyhhh... Tiada gangguan tidur di waktu malam lagi. Hehehe...

- Tamat Cerita LeYa bagaimana permulaan meminum susu -


So, korang... Apa tunggu lagi? Jom dapatkan minuman susu Fernleaf UHT ni sekarang!!! Ada tiga perisa yang korang boleh cuba taw. Antaranya Full Cream, Low Fat dan juga Chocolate. Sebagai peminat coklat, dah tentu LeYa lebih memilih untuk minum susu Fernleaf berperisa coklat.

Sumber foto dari Google

Rasa susu Fernleaf UHT 100% Mmmmm. Jom minum susu Fernleaf UHT! 
Saksikan juga video kebenaran susu Fernleaf UHT memang sedap 100% Mmmmm.


Maklumat lanjut mengenai susu Fernleaf UHT boleh klik di pautan bawah:

Website

Facebook

Instagram
Reaksi kOrang:

12 comments:

  1. Sedap..... 100%Mmmmmm kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100% Mmmmmm... Memang sedap. Kerana susu Fernleaf ni laa LeYa dah mula minum susu.. Lagipun umur pun bukan muda kan. Dah mula kena cari kalsium untuk kesihatan diri..

      Delete
  2. Susu fernleaf memang sedap kan.. Teebaik dari ladang

    ReplyDelete
  3. Susu Fernleaf ni sesuai untuk yang kurang gemar susu, sebab rasanya memang sedappp 😍

    Tak ada rasa pelik pun. Sukaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Memang sedap.. Sebab LeYa mulanya tak minum susu tapi dengan fernleaf lah ia bermula..hehehe..

      Delete
  4. Ada 3 pilihan susu untuk semua org. Tp paling best susu coklat dia. Ngancam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... Perisa coklat yang paling sedap.

      Delete
  5. Bulan ni memang promosi susu nampaknya..bagusla dah start minum susu. Lama dh tak amal minum susu. Patotla tulang kurang kalsium. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tu yang asyik sakit² je.. Hehe.. Jom minum susu.utk penjagaan kesihatan kita

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com