Thursday, 11 August 2022

Calculators.org, Game Online Pendidikan Percuma Untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sebagai ibu bapa atau penjaga, korang pasti mahu anak-anak bermain permainan dengan keseronokan dan mengandungi aktiviti pendidikan kan? Memang menjadi cabaran lah kan buat ibu bapa dan penjaga untuk mencari permainan pendidikan atas talian secara percuma untuk anak-anak bermain dan belajar pada masa yang sama. 

Jika, korang ada membelikan telefon pintar, tablet mahupun komputer riba, apa kata kalau korang mencuba permainan dalam talian secara percuma ini untuk anak-anak agar mereka tetap boleh berhibur di samping mendapat pendidikan. Jom, ikuti selanjutnya di bawah!

Game online yang LeYa maksudkan itu adalah game Matematik yang anak-anak korang boleh mainkan secara percuma di laman web Calculators.org. Secara awalnya, Calculators.org memfokuskan hanya kepada permainan Matematik. Tetapi, dengan berkembang pesatnya teknologi hari ini, game online ini turut berkembang memiliki pelbagai permainan lain yang menyeronokkan buat anak-anak dan tidak terkecuali dewasa. Yang membuatkan ia lebih menarik lagi ialah korang selaku abang, kakak, ibu bapa dan penjaga boleh menggamit kenangan zaman kanak-kanak bermain permainan di Calculators.org ini bersama keluarga. 

Baru-baru ini, Calculators.org telah menambah koleksi permainan Matematik untuk membantu anak-anak belajar Matematik secara atas talian dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Terdapat pelbagai pilihan game yang korang boleh bermain. Berhibur, bermain dan belajar bersama anak-anak dan keluarga pasti akan menjadi lebih seronok di samping dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara keluarga.

Menariknya lagi, permainan game online di Calculators.org lebih lancar kerana tiada gangguan iklan yang rata-rata ramai tidak sukakannya. 

Permainan Pendidikan

Permainan Matermatik - Anak-anak akan belajar asas Matematik seperti Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi menerusi permainan logik berasaskan Matematik.

Permainan Perkataan - Word Search, Susun semula huruf, teka silang kata dan banyak lagi.

Permainan Kuiz - Terokai dan pelajari bidang Sains dan topik lain dengan melaksanakan kuiz secara percuma.

Permainan Memori - Menguji ingatan kita melalui kad tersembunyi.

Permainan Kesihatan - Kenali nutrien makanan, cegah virus, tingkatkan kesihatan diri dan alam sekitar

Permainan Muzik - Anak-anak juga boleh belajar dan bermain dram, piano dan lain-lain. Pasti korang dapat melihat bakat anak-anak di sini.

Permainan Kanak-kanak Prasekolah - koleksi permainan asas untuk anak-anak kecil.

Permainan Lain Yang Ada di Calculators.org

Permainan Percutian - permainan yang menyeronokkan untuk cuti

Permainan Papan - dam, catur, Ular dan Tangga, dsb

Permainan Seni - permainan yang menyeronokkan untuk membuat watak atau lukisan

Permainan Klasik - Rubik's Cube, Simon Says, tic-tac-toe, dsb.

Peta Laman Permainan Percuma - satu halaman yang menyenaraikan semua koleksi permainan kami

Permainan Kad - Uno, permainan kad memori & bersendirian

Permainan Arked - versi dalam talian permainan arked klasik

Permainan Sukan - permainan yang berkaitan dengan sukan popular


Selain itu, korang juga boleh bermainan Board Games. Board Games ni memang LeYa nak cakap sangatlah best! LeYa sendiri teruja bila dapat bermain Board Games ni. Hehehe... Jom, LeYa kongsikan beberapa Board Games yang sanggat menarik ni.

(Klik Di Sini untuk ke laman Board Games)

Inilah antara Board Games yang LeYa teruja dan suka bermain. Cuba korang bayangkan, main dam ular pasti mengimbau zaman kanak-kanak korang kan. That's why LeYa cakap Board Games ni memang menyeronokkan dan sangatlah mengimbau kenangan ketika zaman kanak-kanak.

Libatkan Fikiran Anak-Anak Dengan Permainan Pendidikan

Sebenarnya, banyak perkara yang kita boleh pelajari dalam permainan secara atas talian ini. Bagi kanak-kanak, pasti ia sangat menyeronokkan kerana terdapat banyak pilihan permainan game online yang interaktif dan boleh belajar mendapatkan pengetahuan. Anak-anak korang bukan sahaja akan berseronok, malah dapat menguji minda lebih fokus, kreatif dan berdaya saing. 

Oh Ya! Hampir terlupa dengan satu lagi permainan yang pasti membuatkan anak-anak terhibur. Bagi anak-anak yang sukakan game berkaitan muzik, ini satu lagi kategori yang sesuai boleh cuba.




Ok lah... cukuplah sampai sini saja yang LeYa dapat tulis. Jom sambung main game online!

Adakah korang mempunyai permainan pendidikan kegemaran dalam Calculators.org ni? Kongsi di ruangan komen di bawah. 

Saturday, 6 August 2022

Rasai Kelazatan Hidangan Timur Tengah di Restoran Zaituna, Johor Bahru

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Seperti kita tahu hari ini lambakan masakan Timur Tengah di negara kita semakin menjadi-jadi. Kali ini LeYa nak bawa korang ke sebuah restoran masakan Timur Tengah di Restoran Zaituna yang terletak di Taman Tasek Johor Bahru. Jom ikuti selanjutnya!

Masakan Timur Tengah yang kita tahu terdiri daripada masakan Arab Armenia, Syria, Cyprus, Mesir, Iran, Iraq, Lubnan, Palestin dan Turkiyé. Kebanyakan ramuan yang digunakan adalah minyak zaitun, madu, bijan, pudina, nasi dan pasli. Hidangan popular yang korang boleh cuba ialah Kunafa, Shawarma, Hummus, Kebab dan banyak lagi.


Restoran Zaituna Menghidangkan Pelbagai Aneka Masakan Arab 


Kebetulan LeYa ke Johor Bahru, LeYa dipelawa seorang sahabat di sana untuk singgah dan makan di Restoran Zaituna. 

Masuk sahaja ke dalam restoran, LeYa perhatikan sangat ramai umat manusia yang datang makan kat situ. WoW! Memang patutlah kawan LeYa recommend kan. Actually, korang boleh pilih untuk makan duduk di kerusi atau pun bersila. Ruangan dalam restoran memang sangat kondusif dan selesa. Ada aircond ye guys! 


Ok, jom la tengok apa yang best LeYa dah makan! LeYa order Set Family untuk 2 orang makan yang mana ada tiga jenis nasi dihidangkan iaitu Nasi Mandy, Kabsa dan Maklouba serta Kambing, Ayam, Salsa sauce dan Soup. Untuk minuman pula LeYa memesan Jus Oren dan Roselle. 




Memang sedap bethoolll! Masa makan nasi tu, kat dalam nasi tu ada potongan carrot yang menambahkan lagi kelazatan nasi kabsa dia. LeYa suka Nasi Kabsa sebab dia ada rasa pedas-pedas sikit. Dah kena la tekak LeYa yang suka pedas kan.


Tak dilupakan juga menu viral yang dok ramai makan ni. Apa lagi kalau tak Kunafa. Perghhh... Kunafa dia memang sedap. Lembut dan lemak berkrim serta tak berapa manis sangat.


Kemudian, terdapat pelbagai jenis manisan iaitu Baklava yang korang boleh cuba. LeYa tak ketinggalan untuk turut merasainya. Yang pasti LeYa main bedal je ambil yang mana nampak sedap. Hehe...






Tak cukup lagi tu. LeYa tambah lagi menu. Acah tamak kaw ye LeYa. Lepas tu tak habis. Mujur boleh tapau. Hehe... Apa yang LeYa order pagi tu? LeYa memesan Shawarma Daging. Memang sedap sangat-sangat.


Overall, LeYa enjoy dan sangat suka makan kat sini. Ada peluang dan ruang lagi ke Johor Bahru, pasti akan singgah semula. Memang cukup semuanya, rasa dan restoran pun selesa. Next datang, nak try menu lain pula. InsyaAllah.

Zaituna Restaurant مطعم زيتونة

Best True Arabian Restaurant in Johor Bahru

27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi

Buka setiap hari 11AM - 11PM (kecuali Jumaat 2PM - 11PM)

Call: 07-213 3577

Order online

zaituna.my

Facebook

Zaituna Restaurant مطعم زيتونة


Tuesday, 2 August 2022

Review Filem Seram Incantation

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hujung minggu lalu LeYa balik kampung di Port Dickson. Bila dah cuti dan tak tahu nak buat apa tu, LeYa pun layan lah satu cerita seram bertajuk Incantation di Netflix yang diviralkan tuh. Seram ke? Jom lah kita layan sedikit review dari LeYa.


Filem
Incantation

Penilaian
5/10

Pengarah
Kevin Ho

Genre
Seram

Pelakon
Tsai Hsuan Ye, Huang Sin Ting, Kao Ying Suan, Sean Ling dan RQ

Sinopsis Filem Incantation

Filem ini mengisahkan sebuah cerita seram Taiwan yang diarahkan oleh Kevin Ho dan mula ditayangkan di Netflix pada 8 Julai 2022. Filem Incantation telah mendapatkan keuntungan besar dan dinobatkan sebagai filem seram Taiwan terbaik kerana mencecah USD 5.7 juta. Kisahnya bermula di mana Kevin Ho mendapat inspirasi dari kisah benar sebuah keluarga yang memuja dewa gelap pada tahun 2005 lalu.

Akhirnya keluarga tersebut saling melukai antara satu sama lain dan sering bertindak aneh hingga mati satu per satu. Filem ini dibarisi pelakon handalan seperti Tsai Hsuan Ye, Huang Sin Ting, Kao Ying Suan, Sean Ling dan RQ.

Filem ini berkisahkan watak utama, Li Ronan (Tsai Hsuan Ye) seorang ibu kepada seorang anak bernama Chen Dodo. Li Ronan pernah menjadi salah seorang pengikut mazhab dewa sesat dan melanggar pantang larang mazhab tersebut. Dia telah merakam ibadah yang dilakukan dengan mazhab untuk kandungan YouTube. Li Ronan dikutuk. Satu demi satu orang yang rapat dengannya mula meninggal dunia dan dia pun terpaksa memberikan anak perempuannya, Dodo kepada orang lain.

Tidak terhenti di situ. Li Ronan yang juga merupakan pembikinan filem terus mengabadikan kisahnya dan setiap keanehan yang dialaminya dirakamkan dan itulah apa yang kita lihat di filem ini. Enam tahun setelah berpisah dengan Dodo, Li Ronan mula mendapat berita yang Dodo bertindak pelik dan suka bercakap seorang diri serta melakukan perkara-perkara pelik di sekolahnya. Kebiasaannya, terjadi aktiviti rohani di sekeliling Dodo di mana objek bergerak sendiri. Li Ronan menyedari setiap apa yang berlaku adalah akibat melanggar pantang larangnya pada masa lalu.

Alhamdulillah, Blog LeYa telah berjaya menonton sebuah filem seram daripada Taiwan bertajuk Incantation di Netflix. LeYa bukan nak kata tak seram sangat tapi seram tu ada pada permulaan saja di mana audio dan sinematografi dari babak pertama yang mengejutkan LeYa lah jugak ketika menonton seorang diri di kaca TV. Namun, untuk next babak, ia seperti agak lari dari penceritaan seram dan lebih kepada pembudayaan dan keagamaan. 

Bagi korang yang meminati filem seram Taiwan yang berkonsepkan dokumentari yang dikumpulkan menjadi satu tema pastinya akan dapat memahami apa yang cuba disampaikan dalam filem Incantation ini. 

Jadi, kalau korang nak tahu bagaimana Li Ronan menyelamatkan anaknya daripada kutukan masa lalu, jangan lupa untuk saksikan sendiri filem Incantation yang mula ditayangkan pada 8 Julai 2022 di Netflix. Sila kongsikan artikel ini di laman sosial korang jika ia dirasakan bermanfaat dan jangan lupa untuk tinggalkan komen mengenai pandangan terhadap filem ini. Selamat menonton!

Monday, 1 August 2022

Temui Percutian Menarik di The Danna Langkawi Luxury Resort & Beach Villas

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Beribu kali pun dah pergi, confirm tak akan pernah bosan bila bercuti ke Langkawi kan? Mana taknya setiap kali datang, pasti ada sahaja lokasi baharu yang menarik untuk diterokai. Jadi, jom ikuti pengembaraan di Blog LeYa tentang keunikan dan apa yang best yang korang boleh buat bila berada di The Danna Langkawi Luxury Resort & Beach Villas.

Siapa yang tak suka bermandi-manda kan? Kalau korang nak tahu, dekat sini terdapatnya kolam infiniti terbesar di Pulau Langkawi! Memang syok kan bila dapat menikmati pemandangan laut yang tenang dengan persekitaran semula jadi yang menakjubkan sambil meraikan cinta di villa tepi pantai kolam renang peribadi kita. 

The Danna Romance

Korang yang nak berdua bersama yang tersayang memang sangat disyorkan untuk rasai pengalaman romantik di Princess Beach Villa dengan pengalaman sarapan pagi di dalam kolam renang setiap hari, mandian bunga untuk menaikkan seri serta banyak lagi aktiviti yang korang boleh lakukan bersama. Harga bermula RM5,150 untuk satu malam bagi setiap villa dengan tempahan 3 hari lebih awal.

The Danna Jr.

LeYa pasti korang yang ada anak kecil nak kan sesuatu yang best kan? Jangan risau! Kat sini korang boleh hiburkan mereka dengan pengembaraan dan penerokaan menarik yang sangat menyeronokkan bersama keluarga. The Danna Jr. akan menjanjikan korang dengan sebuah percutian premium dan tidak mudah dilupakan tanpa kekecohan dan santai bersama keluarga di suite yang disediakan. Yang pasti, korang akan disajikan sarapan pagi yang lazat, kemudahan lain yang eksklusif, khemah tidur dan buku mewarna yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. 

Selain itu, anak-anak korang juga boleh riang gembira bermain di pantai dan mencuba rasai pengalaman membuat dessert sendiri bersama Master Patissier dan boleh akses secara percuma ke aktiviti kelab yang menarik. Harga bermula dari RM2,150 satu malam untuk setiap villa dengan tempahan awal 3 hari.

Let's Float It Out

Korang pasti teruja dan seronok bila dapat bercuti dan menikmati hidangan yang enak-enak bersama yang tersayang. Jom apa kata korang mulakan pengalaman bercuti di villa yang indah berhadapan pantai dengan kolam renang peribadi dan menakjubkan 

Hidangan percutian yang disukai oleh semua orang, mulakan pengalaman pulau korang yang indah dengan sarapan terapung mewah untuk dua orang di kolam renang peribadi vila berhadapan pantai anda. Dikemas dengan pilihan hidangan sarapan pagi yang lazat dan menakjubkan ditambah dengan pemandangan hijau tropika yang memukau, ini menjadikan perjalanan kulinari yang tidak dapat dilupakan. Harga RM250 bersih setiap pasangan, dengan tempahan 24 jam lebih awal.

Artisanal Floating Tea

Berjemur dalam keindahan persekitaran yang indah dan nikmati santai petang korang dalam suasana privasi villa tepi pantai yang mewah. Menerusi koleksi gigitan manis dan berperisa, patissiers yang disediakan secara elemen tradisional dan moden mengikuti citarasa tempatan dan antarabangsa pasti memukau rasa korang ketika menikmatinya. Untuk korang yang ingin alami pakej ini, ia berharga RM128 bagi setiap pasangan atau RM160 setiap pasangan berserta gelas wain berkilaun.


Sunset BBQ Dinner

Saat romantis yang dinanti-nantikan bilamana dapat melangkah ke dunia ajaib epikurean yang direka khas buat pasangan romantis untuk menyaksikan matahari terbenam dengan bintang-bintang bergemerlapan sambil menikmati hidangan makanan di kolam renang peribadi. Makan malam BBQ yang indah menyajikan pilihan makanan laut segar dan potongan premium dari chef terbaik memang sangat sempurna sekali untuk alami pengalaman romantis ini bersama yang tersayang. Harga untuk pakej ini adalah RM1,200 setiap pasangan dengan tempahan 24 jam lebih awal.


Lokasi yang cukup strategik terletak di Telaga Harbour Park, The Danna Langkawi Resort & Beach Villas sangat mudah diakses kepada kepelbagaian tarikan terkenal yang ada di Langkawi dan aktiviti luar. Ia mengambil masa kira-kira 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan 25 minit dari Pantai Cenang. 

Tiada apa lagi kata-kata yang nak LeYa gambarkan betapa indahnya The Danna Langkawi Resort & Beach Villas ini untuk korang berehat dan santai bersama tersayang. Hamparan pantai murni terpencil yang indah ini terletak di sepanjang Pantai Kok menampilkan pasir putih yang lembut dan dikelilingi kehijauan tropika yang cukup mendamaikan.

Ini merupakan salah satu karya seni terbaik alam semula jadi yang akan bawa korang untuk tenang dan berehat. 

Sebarang tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi +604 - 959 3288 atau emel ke reservation@thedanna.com. Maklumat lanjut, boleh layari laman web www.thedanna.com atau www.thedanna.villas