Monday 1 August 2022

Temui Percutian Menarik di The Danna Langkawi Luxury Resort & Beach Villas

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Beribu kali pun dah pergi, confirm tak akan pernah bosan bila bercuti ke Langkawi kan? Mana taknya setiap kali datang, pasti ada sahaja lokasi baharu yang menarik untuk diterokai. Jadi, jom ikuti pengembaraan di Blog LeYa tentang keunikan dan apa yang best yang korang boleh buat bila berada di The Danna Langkawi Luxury Resort & Beach Villas.

Siapa yang tak suka bermandi-manda kan? Kalau korang nak tahu, dekat sini terdapatnya kolam infiniti terbesar di Pulau Langkawi! Memang syok kan bila dapat menikmati pemandangan laut yang tenang dengan persekitaran semula jadi yang menakjubkan sambil meraikan cinta di villa tepi pantai kolam renang peribadi kita. 

The Danna Romance

Korang yang nak berdua bersama yang tersayang memang sangat disyorkan untuk rasai pengalaman romantik di Princess Beach Villa dengan pengalaman sarapan pagi di dalam kolam renang setiap hari, mandian bunga untuk menaikkan seri serta banyak lagi aktiviti yang korang boleh lakukan bersama. Harga bermula RM5,150 untuk satu malam bagi setiap villa dengan tempahan 3 hari lebih awal.

The Danna Jr.

LeYa pasti korang yang ada anak kecil nak kan sesuatu yang best kan? Jangan risau! Kat sini korang boleh hiburkan mereka dengan pengembaraan dan penerokaan menarik yang sangat menyeronokkan bersama keluarga. The Danna Jr. akan menjanjikan korang dengan sebuah percutian premium dan tidak mudah dilupakan tanpa kekecohan dan santai bersama keluarga di suite yang disediakan. Yang pasti, korang akan disajikan sarapan pagi yang lazat, kemudahan lain yang eksklusif, khemah tidur dan buku mewarna yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. 

Selain itu, anak-anak korang juga boleh riang gembira bermain di pantai dan mencuba rasai pengalaman membuat dessert sendiri bersama Master Patissier dan boleh akses secara percuma ke aktiviti kelab yang menarik. Harga bermula dari RM2,150 satu malam untuk setiap villa dengan tempahan awal 3 hari.

Let's Float It Out

Korang pasti teruja dan seronok bila dapat bercuti dan menikmati hidangan yang enak-enak bersama yang tersayang. Jom apa kata korang mulakan pengalaman bercuti di villa yang indah berhadapan pantai dengan kolam renang peribadi dan menakjubkan 

Hidangan percutian yang disukai oleh semua orang, mulakan pengalaman pulau korang yang indah dengan sarapan terapung mewah untuk dua orang di kolam renang peribadi vila berhadapan pantai anda. Dikemas dengan pilihan hidangan sarapan pagi yang lazat dan menakjubkan ditambah dengan pemandangan hijau tropika yang memukau, ini menjadikan perjalanan kulinari yang tidak dapat dilupakan. Harga RM250 bersih setiap pasangan, dengan tempahan 24 jam lebih awal.

Artisanal Floating Tea

Berjemur dalam keindahan persekitaran yang indah dan nikmati santai petang korang dalam suasana privasi villa tepi pantai yang mewah. Menerusi koleksi gigitan manis dan berperisa, patissiers yang disediakan secara elemen tradisional dan moden mengikuti citarasa tempatan dan antarabangsa pasti memukau rasa korang ketika menikmatinya. Untuk korang yang ingin alami pakej ini, ia berharga RM128 bagi setiap pasangan atau RM160 setiap pasangan berserta gelas wain berkilaun.


Sunset BBQ Dinner

Saat romantis yang dinanti-nantikan bilamana dapat melangkah ke dunia ajaib epikurean yang direka khas buat pasangan romantis untuk menyaksikan matahari terbenam dengan bintang-bintang bergemerlapan sambil menikmati hidangan makanan di kolam renang peribadi. Makan malam BBQ yang indah menyajikan pilihan makanan laut segar dan potongan premium dari chef terbaik memang sangat sempurna sekali untuk alami pengalaman romantis ini bersama yang tersayang. Harga untuk pakej ini adalah RM1,200 setiap pasangan dengan tempahan 24 jam lebih awal.


Lokasi yang cukup strategik terletak di Telaga Harbour Park, The Danna Langkawi Resort & Beach Villas sangat mudah diakses kepada kepelbagaian tarikan terkenal yang ada di Langkawi dan aktiviti luar. Ia mengambil masa kira-kira 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan 25 minit dari Pantai Cenang. 

Tiada apa lagi kata-kata yang nak LeYa gambarkan betapa indahnya The Danna Langkawi Resort & Beach Villas ini untuk korang berehat dan santai bersama tersayang. Hamparan pantai murni terpencil yang indah ini terletak di sepanjang Pantai Kok menampilkan pasir putih yang lembut dan dikelilingi kehijauan tropika yang cukup mendamaikan.

Ini merupakan salah satu karya seni terbaik alam semula jadi yang akan bawa korang untuk tenang dan berehat. 

Sebarang tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi +604 - 959 3288 atau emel ke reservation@thedanna.com. Maklumat lanjut, boleh layari laman web www.thedanna.com atau www.thedanna.villas

2 comments:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com