Ahad, 31 Julai 2022

Lagu Tema Juang, 'Wira Hatiku' Didendangkan Oleh Datuk Sheila Majid Buat Para Pejuang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Tidak ada yang lebih besar dari erti perjuangan yang perlu mengorbankan bukan sahaja tenaga atau wang ringgit, tetapi insan tersayang.

Itulah perjuangan yang dilakukan oleh hampir semua 'pemain' barisan hadapan atau frontliners saat berhadapan situasi genting dan kritikal pandemik COVID 19 yang bukan sahaja melanda dunia, tetapi Malaysia, dua tahun lalu.

Sejarah penuh warna itulah akhirnya melahirkan filem Juang, kolaborasi bersama oleh Matt Lai dari Asia Tropical Films Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor dari Suhan Movies dan Jack Lim dari The Film Engine selaku Penerbit Eksekutif.

Menguatkan jalan cerita yang diarahkan oleh lima sutradara berprolifik besar negara ini adalah sebuah lagu tema yang didendangkan oleh pesohor seni suara, Datuk Sheila Majid.

Diberi judul Wira Hatiku, lagu dengan lirik dan komposer dari Rynn Lim ini merupakan sebuah dedikasi yang ditujukan khas buat semua para pejuang yang telah berkorban dalam setiap keperitan menentang ‘liar’nya virus COVID 19 sekaligus merubah hampir keseluruhan kehidupan manusia di dunia.

Pembabitan Sheila Majid meminjamkan suara emasnya dalam projek ini adalah sebuah pengiktirafan bukan sahaja untuk produksi Juang, tetapi juga menghargai frontliners yang banyak melakukan pengorbanan demi memastikan setiap satu rakyat dan negara kita berada dalam keadaan terbaik.

“Saya selalu ingin melakukan sesuatu untuk frontliners, sesuatu yang sangat bermakna buat mereka.

“Jadi untuk terlibat menjayakan projek mega ini secara langsung, mendendangkan lagu Wira Hatiku adalah sebuah penghormatan yang cukup besar terhadap setiap pengorbanan yang telah mereka lakukan kepada kita semua,” ujar Sheila Majid yang menyifatkan Wira Hatiku sebagai sebuah lagu yang ‘cantik untuk didendangkan.

Wira Hatiku didukung dengan pasukan pemuzik profesional yang tidak mahu terlepas momen bergabung dalam sebuah projek bersejarah ini.

Mereka adalah pemuzik orkestra dari Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang memberikan persembahan penuh penghormatan sambil dikuatkan dengan susunan muzik dari Mac Chew.

Ketua Bahagian Pembangunan Bakat Malaysian Philharmonic Orchestra, Ahmad Muriz Che Rose teruja kerana diberi penghormatan untuk terlibat dengan projek yang disifatkannya sebagai epik ini.

“Peluang yang diberi oleh pihak produksi untuk kolaborasi ini bersama Datuk Sheila Majid dan karya epik sebagai tribute untuk frontliners kita ini adalah sebuah kerjasama yang baik dan kami amat menghargainya,” kata Ahmad Muriz Che Rose.

Wira Hatiku yang diterbitkan oleh Cheng Lee dan Elaine Soong kemudian dirakamkan secara orkestra oleh Peter Chong dengan bantuan Hep Kim Fai dan Chong Soon Jet.

Rakaman serta mixing juga dari Peter Chong dan mastered oleh Cheng Lee @ Prodigee Studio.

Muzik video Wira Hatiku tajaan Cuckoo, Dutch Lady, Ogawa bersama beberapa penaja lain, dirakamkan dalam dewan Filharmonik disulam dengan adegan yang meruntun jiwa cukup melahirkan rasa patriotisme buat penonton, apa lagi mengenang bukan mudah kehidupan yang diharungi saat pandemik tanpa bantuan dan sokongan para frontliners.

Jangan lepaskan peluan untuk menyaksikan muzik video Wira Hatiku!

Juang dibarisi pelakon seperti Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Sangeeta, Zul Ariffin dan ramai lagi akan menemui penonton pada 8 September 2022.

Lagu Tema Juang

Lagu: Wira Hatiku
Penyanyi: Datuk Sheila Majid
Penulis Lirik: Rynn Lim
Komposer:Rynn Lim
Penerbit: Cheng Lee/ Elaine Soong
Keyboard & Susunan Muzik: Mac Chew
Gitar: Jamie Wilson
Orchestra by Malaysian Philharmonic Orchestra
Orchestra Recorded by Peter Chong, Assisted by Hep Kim Fai/ Chong Soon Jet
Recorded by Peter Chong @ Studio 21
Mixed by Peter Chong @ Studio 21
Mastered by Cheng Lee @ Prodigee Studio

JUANG TRAILER!!

1 ulasan:

  1. wahh, byk film2 patriotik skrg erk., mat kilau la, air force la, juang la.,. ;p

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com