Monday 30 April 2018

Keenakan Nasi Daun Pisang di BananaBro Berjaya Times Square

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Okay guys! LeYa nak bawa pula korang nikmati Nasi Daun Pisang yang rare dan sedap. Korang mesti dah terbayangkan aneka juadah Nasi Daun Pisang yang disaji bersama nasi lemak panas berserta lauk pauk yang enak-enak. Jadi, tanpa membuang masa jom ikut LeYa menikmati hidangan Nasi Daun Pisang tersedap di Kuala Lumpur ini.


Sarapan Pagi Bersama Nasi Lemak Daun Pisang di BananaBro Berjaya Times Square

Masa tengah jalan-jalan bersama Mr. Otomen Taro dan rakan-rakan di Berjaya Times Square hari tuh, kami terpandang sebuah restoran yang menghidangkan Nasi Daun Pisang di BananaBro Berjaya Times Square. So, apa lagi? Dengan tenaga yang semakin berkurangan dek kelaparan ini, kami menuju ke restoran tersebut dan mencari-cari tempat yang sesuai untuk kami nikmati hidangan sedap di situ.

Kalau korang nak tahu Nasi Lemak kat sini memang superb terbaik weyyhhh... Bukan sahaja dihidangkan di atas daun pisang, malah ada acar sebagai penambah rasa sedap ketika korang nikmati hidangan sarapan pagi di sini. Memang satu kelainan lah kan untuk korang cuba. Rasa sambal dia tuh pun ada sedikit kelainan dari yang lain. Memang ummpphhh gitu... Satu kombinasi yang baik antara sambal dan acar yang disertakan.

Nasi Daun Pisang

Bila dah sarapan pagi Nasi Lemak tuh, pastinya pula korang dihidangkan dengan Teh Tarik yang memang menggiurkan. Mereka kat sini menamakan minuman ni sebagai Teh Tarik Lawa. Memang sekali tengok meleleh air liur nak mencubanya. Hehehe...

Teh Tarik Lawa ni rasanya sedang-sedang elok la... Tak manis sangat dan sesuai lah untuk pencinta Teh Tarik di pagi-pagi hari.

Teh Tarik Lawa

Nasi Daun Pisang

Bila dah makan Nasi Lemak, tak cukup rasanya tanpa tambahan makanan lain kan. Orang kata apa tuh, "Side Dish". Ha! Macam tu lah bunyinya kan. Ni LeYa perkenalkan lah tambahan makanan yang sedap tuh kan. Antara yang menjadi favourite ramai adalah Chicken 65, Mutton of the Day, Chicken of the Day, Fried Squid dan Nasi Lemak Ayam with Acar. Kalau dicicah dengan pencicah Yoghurt yang disediakan juga sedap rasanya. Memang tak akan bagi orang sebelah punya. Habis makan sorang-sorang je. Hehehe... Kanak-kanak pun pasti suka kalau nampak Ayam Goreng kan. Memang superb dan recommend sangat!

Pelbagai Aneka Pilihan Di BananaBro Berjaya Times Square

Selain itu, korang juga akan dihidangkan dengan 4 pilihan kari yang memang terbaik dari ladang. Antaranya adalah Chicken Curry, Fish Curry, Mung Bean Curry dan Dhal. Pertama kali LeYa rasa untuk pilihan Mung Bean Curry tu. Rasanya pun not bad jugak lah. Sedap! Boleh dicuba untuk kali kedua nanti. Tapi macam biasa lah, pilihan terbaik LeYa memang lah Chicken Curry. Sebab dah azali memang peminat Kari Ayam. Hehehe...

Dah penuh dengan pelbagai jenis kari dan lemak-lemak dalam badan, kita cuba pula minuman Yoghurt sebagai pencuci mulut dan juga sebagai menghilangkan rasa mual di tekak. Ada 4 pilihan Yoghurt, antaranya Mangga, Strawberry, Sour Sop dan Asli. Untuk kali ini, LeYa memilih perisa Mangga. Rasanya sangat sedap dan LeYa recommend korang untuk cuba perisa Mangga ni.

Yoghurt Mangga




Secara jujurnya, LeYa memang berpuas hati dan kesemua hidangan yang disediakan sangat sedap dan berbaloi dengan harga. Kalau korang ke Berjaya Times Square, jangan lupa singgah dan jadikan BananaBro sebagai satu lokasi santai bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 




Jadi, jom lah ajak kawan-kawan datang makan di sini. Singgah sarapan pagi di waktu hujung minggu dan rasai keenakan Nasi Daun Pisang.

Lokasi

BananaBro
Berjaya Times Square, LG-59B, Jalan Imbi, Imbi, 
55100 Kuala Lumpur

Outlet Opening Hours : 8.30am-10pm
(served 8.30am-11am & 3pm-6pm)
Contact Number : +60327324605

Banana Leaf served : 11am - 9.30pm

Facebook:
https://www.instagram.com/bananabromy/



Sunday 29 April 2018

Eksklusif Jus Manno & Jus Manno Junior Dari Aiman Tino

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada awal April 2018 lalu, Aiman Tino membuat kejutan kepada semua dengan penubuhan syarikatnya, Manno Resources Sdn Bhd yang mana telah ditubuhkan pada 19 Disember 2017. Tanggungjawab baharu yang dipikul Aiman kini sangat besar dengan adanya syarikat sendiri dan juga pekerja yang hampir 50 orang. Walaupun di usia muda, Aiman tidak merasakan ia satu bebanan dan halangan kerana beliau ada Ibu dan Ayahnya serta keluarga yang sering menjadi tulang belakang dirinya selama ini.


Eksklusif Jus Manno & Jus Manno Junior Dari Aiman Tino

Aiman yang kini menerajui sendiri syarikat miliknya  mendapat nama "Manno" hasil dari nama panggilan untuk Aiman oleh adiknya, Ikhwan yang ketika umurnya berusia 3 tahun dari singkatan namanya, Aiman Tino. Jadi, dengan perbincangan bersama Ibu dan Ayahnya, maka mereka menggunapakai nama Manno sebagai nama syarikat yang ditubuhkan itu.

Aiman juga telah melancarkan produk jus minuman kesihatan, Jus Manno dan Jus Manno Junior di majlis pelancarannya di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada 08 April 2018. Jus minuman yang berasaskan sumber botanikal semulajadi dengan tema "Teman Sihat Anda" menjadi produk pertama Aiman Tino yang sudahpun berada di pasaran sekitar kawasan Lembah Klang pada awal Februari 2018, di Putrajaya pada 23 Mac dan kini sudahpun berada di Sarawak pada 1 April yang lalu.



Manno juga tidak akan terhenti di sini kerana Manno Resources akan mengorak langkah bersama kakaknya, Fara Hezel yang sekaran ini sudahpun merangka produk baru dan insyaAllah akan dilancarkannya pada Ramadhan ini. Aiman memang berharap peluang-peluang perniagaan serta pilihan produk yang berkualiti dapat diwujudkan melalui produk yang akan dikeluarkan oleh Manno.


Aiman Tino juga ketika ditemui sebenarnya beliau sudah pun mempunyai asas berniaga sejak dari sekolah lagi. Ketika Aiman berusia 16 tahun, Aiman telah membantu ayahnya menguruskan kedai makan dan juga telah mengendalikan perniagaan Char Kuew Teow di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tidak pernah terlintas di hati ketika itu untuk menjadi seorang penyanyi.

Aiman sering berkata dalam hati "Peduli apa orang nak kata kat kita, nak kecam atau sebagainya, apa yang penting kita teruskan berusaha untuk mencapai impian dan cita-cita kerana kita sahaja yang tahu apa yang ingin kita capai untuk bantu keluarga dan masyarakat".

Setelah Aiman bergelar artis dan mempunyai jadual yang padat, barulah perniagaan Char Kuew Teownya dikembalikan semula kepada ayahnya. Aiman memang seorang anak yang baik dan berjiwa kental.





Dengan inspirasi cerita suka dan duka pengasas-pengasas produk kecantikan dan kesihatan, Aiman bercita-cita dan meletakkan impian serta keyakinan untuk bergandingan belajar bersama pemilik-pemilik besar perniagaan bagi meletakkan dan menjadikan Malaysia sebagai Hub produk kesihatan dan kecantikan yang bermutu tinggi di rantau ini.

Manno yang mempunyai logo seperti sebiji buah, mempunyai bulatan berwarna merah dan dua kelopak daun menunjukkan bulatnya tekad dan semangat Aiman yang membara dalam memajukan Manno sebagai sebuah perniagaan berasaskan kecantikan, kesihatan dan fesyen berteraskan konsep gabungan reka bentuk moden dan tradisional. Dua kelopak daun itu pula adalah matlamat perniagaan iaitu ingin membantu dan memberi peluang perniagaan serta pekerjaan kepada belia Bandar mahupun luar Bandar dalam menceburi perniagaan bersama Manno Resources dengan meyakini produk dan seterusnya melahirkan rasa kasih sayang untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik melalui program yang Aiman wujudkan iaitu "Program Jalinan Kasih", di mana setiap hasil jualan Jus Manno dan Jus Manno Junior, RM1 akan disumbangkan kepada badan-badan amal dan kebajikan.



Aiman Tino juga berhasrat untuk menambah ilmu dalam perniagaan dan pengendalian syarikat dengan memasuki kelas pengurusan yang disediakan nanti. Semoga apa yang diusahakan Aiman beroleh kejayaan yang cemerlang dan gemilang.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari seperti yang tertera di bawah:-

Facebook Manno Resources|

Facebook Jus Manno dan Jus Manno Junior |

Friday 27 April 2018

Terbakar Lidah Makan Korean Fried Chicken Di Eung Chicken, Damansara Utama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Peminat setia makanan Korea mesti teruja kan apa yang ingin LeYa perkatakan ini. Semestinya keterujaan K-Pop di kalangan rakyat Malaysia tidak dapat disangkal lagi. Baik dari segi muzik malah kepada makanan. Memang dahsyat sangat fenomena ni! Okay jom LeYa nak bawa korang semua rasa ayam goreng spicy korea ni.


Atas sebab permintaan yang tinggi terhadap makanan Korea ini di kalangan rakyat Malaysia, makanya Eung Chicken memperkenalkan menu-menu menarik dari Korea dengan pelbagai pilihan dan aneka makanan. Eung Chicken yang terletak di Damansara Utama, Petaling Jaya merupakan sebuah restoran yang menghidangkan makanan Korea di mana kesemua bahan-bahan rempah ratusnya adalah dari sana. Memang best sangat-sangat! Rasanya macam berada di Korea je ketika menjamu selera di sini. Okay... Jom terjah apa yang LeYa dan rakan-rakan blogger makan pada hujung minggu yang lalu.

Pilihan Menu di Eung Chicken

Menu utama kami pada tengah hari itu adalah Korean Fried Chicken Spicy yang tersangat pedas. Tapi bagi LeYa yang sememangnya kuat pedas ni memang sedap dan suka lah kan. Orang lain dah merah telinga makan, LeYa okay je. Hehehe.... Kalau korang nak tahu, korang boleh nikmati makan tengah hari serendah RM17.90 sahaja. Murah kan! Memang berbaloi-baloi sangat kan.

Korean Fried Chicken Spicy



Honey B & Barbican Strawberry

Memang meriah kan dengan pelbagai aneka pilihan ayam goreng yang korang boleh nikmati di sini. Jangan risau kepada yang tak makan pedas. Ada je ayam goreng original yang juga sangat sedap untuk dinikmati. Lagi best, korang dapat nikmati dengan minuman Honey B dan juga Barbican Strawberry. So far, LeYa memang dah jatuh cinta lah makan di sini.



Wahhh... Tengok sahaja masing-masing bila hidangan makanan sampai di hadapan mata. Terus makan tak pandang kiri kanan dah. Memang licin tinggal tulang je. Nak-nak pula, ada disediakan LCD TV yang memaparkan seorang gadis Korea yang meratah ayam goreng dengan penuh kesempurnaan dan kesedapan menghabiskan kesemua makanan yang dihidang. Memang terasa lapar bila hidangan di depan mata.

Kalau korang nak tahu, ada 3 flavour yang boleh korang pilih untuk makan. Nak campur-campur pun boleh jugak. Antara flavour yang ada adalah soy, spicy dan original. Harganya bermula dari

  • 6 pcs = RM16
  • 8 pcs = RM20
  • 12 pcs = RM30
  • 20 pcs = RM49
Restoran Eung Chicken ini juga memiliki sijil pengesahan HALAL dari JAKIM. Jadi tidak perlu nak risau atau was-was untuk makan di sini. Bagi LeYa, ia sememangnya hidangan makanan Korea yang ramai orang suka dan sangat sedap. Jadi, selamat menjamu selera di restoran ini dan jangan lupa tinggalkan komen setelah korang dah nikmati di sini ye.



Memang teruja kan tengok ayam-ayam goreng di atas. Apa korang tunggu lagi? Jom serbu Restoran Eung Chicken di Damansara Utama hari ini. Owh Ye! Ramadhan kan bakal tiba. Jadi, Eung Chicken juga ada menawarkan Set Iftar juga taw. Jom tengok!

Iftar Set (With complimentary Kurma)
1. 2 person set ( RM49.90 ) 2 x Drinks 2 x White Japanese Steam Rice12pcs Wings ( Any two flavour )2x Red Bean Mochi with Ice Cream
2. 3 person set ( RM72.00 )3x Drinks3x White Japanese Steam Rice18pcs Wings ( Any two flavour )3x Red Bean Mochi with Ice Cream
3. 4 person set ( RM95 )4x Drinks4x White Japanese Steam Rice30pcs Wings ( Any two flavour )3x Red Bean Mochi with Ice Cream




Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi atau layari maklumat tertera di bawah:

Eung Chicken 


Alamat
55G, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

No Telefon
011 - 1057 4388

Opening Hours
12.30pm - 11.00pm (Sunday - Thursday)
12.30pm - 11.30pm (Friday & Saturday)

Thursday 26 April 2018

Pilihan Makanan Asia dan Barat di Makan Culture Melawati Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Makan dan terus makan lagi. Bila penat berjalan dengan suami tercinta, LeYa mengusulkan pendapat untuk mengalas perut yang sudah kelaparan. Jadi, Mr. Otomen Taro membawa LeYa untuk singgah dan makan malam di sebuah restoran Makan Culture di Melawati Mall, Kuala Lumpur. Kali pertama menjejakkan kaki di sini, LeYa dapat lihat pelbagai hidangan Asia dan Barat dihidangkan buat tetamu yang datang. WoW!!! Ini memang menarik! Jadi, jom terjah apa yang LeYa dan Otomen makan.


Pilihan Makanan Asia dan Barat di Makan Culture Melawati Mall

Makan Culture yang telah ditubuhkan pada tahun 2015 merupakan francais kepada Sakura Kristal. Makan Culture ini menawarkan pelbagai hidangan makanan berasaskan Asia dan Barat. Dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang Halal dan berkualiti, kafe ini menyajikan pelbagai hidangan yang sangat menarik buat seluruh rakyat Malaysia.


Makan Culture memastikan setiap penyediaan makanan di kesemua restoran mestilah hidangan yang segar dan panas. Dekorasi dan rasa makanan ini direka dan dimasak oleh Chef Chong Wenzie dari Group Creative yang telah bersama dengan Sakura Kristal sejak tahun 2009 lagi.

Chong yang berkelulusan dari Flamingo International College dan Berjaya University College of Hospitality amat tertarik dan berminat mendalami pembuatan hidangan makanan sedari kecil. Beliau kerap mengembara hampir ke seluruh dunia untuk merasai masakan yang enak-enak dan menjadikannya sebagai sumber inspirasi untuk mencipta karyanya yang tersendiri. Beberapa destinasi antarabangsa telah beliau singgah, antaranya Shanghai, Jepun, London, Hong Kong, Taiwan, Australia dan Brussels. Dengan pengalaman yang ada, beliau berjaya mencipta satu rasa yang enak di Makan Culture.


Memandangkan ini adalah kali pertama LeYa ingin mencuba dan merasai hidangan makanan di Makan Culture, jadinya ia tersangat excited untuk memesan segala menu istimewa yang ada. Aha! LeYa dan Otomen tidak bersendirian. Kami ditemani beberapa rakan blogger untuk turut menikmati makanan yang ada di sini. So, bila dah ramai, kami pun order lah menu yang berlainan supaya dapat rasa setiap satu menu yang ada. Hahahaha... Nampak kan strategi jimat kami. Bukan sahaja makanan malah air pun kami order berlainan. Baru lah seronok kan! Kongsi sama-sama sambil mengeratkan ukhuwah silaturrahim. Jadi meh LeYa tunjuk korang apa yang kami order untuk makan malam tu!







Portion setiap satu hidangan memang sangat banyak ok. Memang puas hati dan berbaloi sangat kalau korang singgah dan makan di sini. Rasanya pun memang sedap. Dekorasi hidangan yang dihantar pun menarik untuk kami terus terkam sehingga licin. Tapi! Opppsss.... Gambar makan dulu ye. Baru manusia.. Hahaha....

Tengok ni! Amacam... Tergoda tak?? Itu baru makanan kan. Jom tengok pula minuman yang dihidangkan. Ada pelbagai minuman yang menarik di Makan Culture ni. Antaranya adalah smoothie, fizzy dan leleh pun ada. Korang pilih je apa yang korang berkenan. Semua pun memang sedap. Rasa minuman dia pun sangat fresh dan tidak muak bila dah makan makanan dengan banyak.

Teh Tarik Leleh


Fizzy Kasturi

Cookies and Cream

Triple Chocolate

Untuk menu minuman, kami memang pilih yang istimewa sahaja. Maklumlah firsttime nak rasa. So, memang kena order yang special dan yang paling menarik lah. Dah tak sabar-sabar nak menjamu selera dengan hidangan yang disediakan. Selesai bergambar, kami menikmati hidangan makanan tanpa ada bunyi. Nampak tak kesedapan makanan yang disediakan. Dah tak pandang kiri kanan dah masing-masing. Memang recommend sangat-sangat lah untuk korang singgah. Hehehe...




So, kalau korang masih tercari-cari lagi tempat makan yang selesa, halal dan sedap serta menawarkan pelbagai pilihan, LeYa recommend sangat-sangat untuk korang try di Makan Culture di Melawati Mall ini. Harga pun berbaloi dengan setiap hidangan yang disediakan. InsyaAllah, rasanya korang memang akan puas hati. 

Alamat:
Melawati Mall, 53100 Ampang Jaya, 
50480 Kuala Lumpur, Jalan Sabah, 
Taman Melawati, 
50480 Kuala Lumpur, Selangor