Friday, 27 April 2018

Terbakar Lidah Makan Korean Fried Chicken Di Eung Chicken, Damansara Utama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Peminat setia makanan Korea mesti teruja kan apa yang ingin LeYa perkatakan ini. Semestinya keterujaan K-Pop di kalangan rakyat Malaysia tidak dapat disangkal lagi. Baik dari segi muzik malah kepada makanan. Memang dahsyat sangat fenomena ni! Okay jom LeYa nak bawa korang semua rasa ayam goreng spicy korea ni.


Atas sebab permintaan yang tinggi terhadap makanan Korea ini di kalangan rakyat Malaysia, makanya Eung Chicken memperkenalkan menu-menu menarik dari Korea dengan pelbagai pilihan dan aneka makanan. Eung Chicken yang terletak di Damansara Utama, Petaling Jaya merupakan sebuah restoran yang menghidangkan makanan Korea di mana kesemua bahan-bahan rempah ratusnya adalah dari sana. Memang best sangat-sangat! Rasanya macam berada di Korea je ketika menjamu selera di sini. Okay... Jom terjah apa yang LeYa dan rakan-rakan blogger makan pada hujung minggu yang lalu.

Pilihan Menu di Eung Chicken

Menu utama kami pada tengah hari itu adalah Korean Fried Chicken Spicy yang tersangat pedas. Tapi bagi LeYa yang sememangnya kuat pedas ni memang sedap dan suka lah kan. Orang lain dah merah telinga makan, LeYa okay je. Hehehe.... Kalau korang nak tahu, korang boleh nikmati makan tengah hari serendah RM17.90 sahaja. Murah kan! Memang berbaloi-baloi sangat kan.

Korean Fried Chicken Spicy



Honey B & Barbican Strawberry

Memang meriah kan dengan pelbagai aneka pilihan ayam goreng yang korang boleh nikmati di sini. Jangan risau kepada yang tak makan pedas. Ada je ayam goreng original yang juga sangat sedap untuk dinikmati. Lagi best, korang dapat nikmati dengan minuman Honey B dan juga Barbican Strawberry. So far, LeYa memang dah jatuh cinta lah makan di sini.



Wahhh... Tengok sahaja masing-masing bila hidangan makanan sampai di hadapan mata. Terus makan tak pandang kiri kanan dah. Memang licin tinggal tulang je. Nak-nak pula, ada disediakan LCD TV yang memaparkan seorang gadis Korea yang meratah ayam goreng dengan penuh kesempurnaan dan kesedapan menghabiskan kesemua makanan yang dihidang. Memang terasa lapar bila hidangan di depan mata.

Kalau korang nak tahu, ada 3 flavour yang boleh korang pilih untuk makan. Nak campur-campur pun boleh jugak. Antara flavour yang ada adalah soy, spicy dan original. Harganya bermula dari

  • 6 pcs = RM16
  • 8 pcs = RM20
  • 12 pcs = RM30
  • 20 pcs = RM49
Restoran Eung Chicken ini juga memiliki sijil pengesahan HALAL dari JAKIM. Jadi tidak perlu nak risau atau was-was untuk makan di sini. Bagi LeYa, ia sememangnya hidangan makanan Korea yang ramai orang suka dan sangat sedap. Jadi, selamat menjamu selera di restoran ini dan jangan lupa tinggalkan komen setelah korang dah nikmati di sini ye.



Memang teruja kan tengok ayam-ayam goreng di atas. Apa korang tunggu lagi? Jom serbu Restoran Eung Chicken di Damansara Utama hari ini. Owh Ye! Ramadhan kan bakal tiba. Jadi, Eung Chicken juga ada menawarkan Set Iftar juga taw. Jom tengok!

Iftar Set (With complimentary Kurma)
1. 2 person set ( RM49.90 ) 2 x Drinks 2 x White Japanese Steam Rice12pcs Wings ( Any two flavour )2x Red Bean Mochi with Ice Cream
2. 3 person set ( RM72.00 )3x Drinks3x White Japanese Steam Rice18pcs Wings ( Any two flavour )3x Red Bean Mochi with Ice Cream
3. 4 person set ( RM95 )4x Drinks4x White Japanese Steam Rice30pcs Wings ( Any two flavour )3x Red Bean Mochi with Ice Cream




Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi atau layari maklumat tertera di bawah:

Eung Chicken 


Alamat
55G, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

No Telefon
011 - 1057 4388

Opening Hours
12.30pm - 11.00pm (Sunday - Thursday)
12.30pm - 11.30pm (Friday & Saturday)
Reaksi kOrang:

4 comments:

  1. Teringat pulak Korean fried chicken dia orang ni. Sedapp sangat okay. Nak repeat lagi lah weekend ni. Heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...sedap kan.. LeYa suka yang spicy tu.. Hehehe.. Sebab memang peminat makan pedas

      Delete
  2. Yang ini paling Sally suka.. Spicy Huraideu...Pedas dia jenis pedas yang menyengat tu bukan macam pedas cili padi...ini serius! Yang ni most recommended oleh #KakakKimchi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. #KakakKimci memang power... LeYa memang suka makan pedas. Hehe.. Sebab tu my favourite yang pedas tu.. Best sangat dapat makan makanan Korea dengan #KakakKimchi

      Delete