Khamis, 5 April 2018

Lupakan Seketika Percutian Mewah. Jom Balik Kampung di Bagan Datuk, Perak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bersambung kisah Road to Agro Tourism Siri 5 ke Bagan Datuk, Perak anjuran Malaysia Tourism Council (MTC) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk.


Selesai melawat kilang pemprosesan sabut kelapa, kami bergerak pula menuju ke rumah warisan tradisional lama di situ yang dimiliki Tuan Hj Baharudin @ Mohamed Daim bin Mohamad. Rumah lama yang masih kukuh ini telah berusia lebih 100 tahun dan terletak di Kampung Sungai Hj Mohamad. Menjejakkan kaki ke rumah tradisional ini memang LeYa terpaku dan kagum dengan senibinanya yang halus. Mana taknya, bertahun lamanya rumah ini masih tersergam indah. Kediaman ini masih didiami pewaris pemilik dan merupakan rumah kayu dua tingkat dan telah sedikit diubahsuai pada bahagian bawahnya. Jadi, korang pasti boleh menikmati dan menghayati senibina orang-orang dahulu dengan rasa penuh kagum.



Terharu pabila setibanya kami di sini, dua pasangan warga emas ini menghidangkan kami pisang goreng panas yang menyelerakan. Ditambah pula hujan sedang turun membasahi bumi. Memang kenalah waktunya menikmati aroma pisang goreng panas tuh kan.


Nikmati Minum Petang Pengat Labu dan Pengat Pisang

Selepas habis sesi lawatan ke rumah warisan tradisional Perak, kami menuju pulang ke homestay penginapan untuk berehat seketika dan bersiap untuk aktiviti malam. Sesampai sahaja di homestay, kami disajikan dengan makanan tradisional Melayu iaitu Pengat Labu dan Pengat Pisang yang sangat enak. Terasa sudah lama juga tidak menikmati hidangan orang lama ni kan. Sesekali makan santai-santai bersama rakan-rakan seronok juga. 



Makan Malam di Restoran Tok Moh Tomyam

Makan malam kami ditaja oleh Restoran Tok Moh Tomyam yang terletak di Hutan Melintang. Alhamdulillah, semua masakan yang disajikan sedap-sedap sangat. Yang paling menarik dan special adalah menu Roti Papaya yang LeYa sendiri tak tahu nak describe macam mana rasanya. Ada rasa masam-masam manis gitu. Eh! Tak tahu la nak cakap. Tapi sedap sangat taw! 



Bukan setakat makan-makan dan sembang-sembang kosong sahaja. Malah, pada malam itu kami semua para media diberi penghargaan atas ketekunan menghantar seberapa banyak keping gambar paling kreatif tentang aktiviti harian kami di media sosial untuk tatapan umum. Gambar-gambar dipilih sendiri oleh pihak penganjur dengan caption dan gambar yang paling menarik dan kreatif. Hadiah berupa wang tunai RM50 telah berjaya diraih 3 peserta iaitu Blogger Emy, Azlan Andi dan juga Hahn Zulkifli. Tidak ketinggalan orang luar juga diberi peluang untuk merasai detik keseronokan malam itu. Salah seorang pengunjung di Restoran Tok Moh berjaya juga membawa pulang RM50 kerana captionnya yang bersahaja dan kelakar. Apa-apa pun, malam tuh memang meriah dan happening


Aneka hidangan makan yang ada di situ

Roti Papaya yang enak

Suasana yang cukup terang benderang dan meriah di restoran Tok Moh Tomyam

Singgah Pagi di Kilang Santan S&P Industries Sdn Bhd

Keesokannya, kami singgah pula ke kilang santan S&P Industries Sdn Bhd. Kilang S&P ini mula beroperasi pada tahun 1983. S&P Industries memiliki satu syarikat HQ di Kota Damansara dan juga pernah mempunyai sebuah kilang di Johor yang kini sudah tidak aktif lagi. S&P Industries melaksanakan produk santan serbuk yang pertama dan dieksport ke dunia. Dengan terhasilnya santan serbuk ini, ia menjadikan masakan lebih mudah dan ringkas serta sangat sesuai untuk dieksport ke seluruh dunia berbanding santan cair yang mungkin akan mengalami kerugian disebabkan mudah tumpah. Santan serbuk juga dikatakan lebih tahan lama berbanding santan cair. Jadi, tidak hairanlah hari ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia dan dunia memilih untuk membeli santan serbuk.



Gabungan teknologi yang moden dalam penghasilan santan serbuk ini di sini memang benar-benar mengujakan LeYa. Dari sabut dan tempurung kelapa, kemudian ditinggalkan isi dalamnya yang putih dan dimasukkan ke dalam sebuah mesin berteknologi tinggi untuk menghasilkan santan serbuk yang berkualiti. Memang Terbaik!

Proses membuat santan serbuk yang cukup complicated tetapi menghasilkan kualiti yang terbaik dan sekaligus berjaya membanggakan negara dengan membawa produk tempatan ke seluruh dunia.



Pengalaman LeYa tidak terhenti di sini. LeYa kemudiannya dibawa melawat ke tempat sejarah Beting Beras Basah, Pusat Penyelidikan Mardi, Jeti Sungai Burung dan Bagan Datuk Waterfront. Jadi, untuk ketahui cerita selanjutnya, nantikan episod terakhir LeYa di Bagan Datuk, Perak ye. Stay tuned!


Entri ini bersempena Road To Agro Tourism Siri 5 selama 2H 1M ke Bagan Datuk, Perak yang dikelolai oleh MTC dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk. Ucapan terima kasih tidak terhingga LeYa ucapkan kepada semua kerana telah menaja travelogue ini.

6 ulasan:

  1. cantiknya rumah warisan tu.. mesti ramai yang bergambar kan..makan pun sedap je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Memang masih cantik. Makan semestinya sedap² semuanya. Kalau tak, masakan LeYa semakin tembam ni.. Hehe..

      Padam
  2. Cantiknya rumah tu leya. Kat kl xde dh rumah cmni. Meriah sgt trip tu nampaknya. Bila lah kak ana dpt join.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...InsyaAllah nanti Kak Ana pun boleh join. LeYa memang akan recommend kak ana sebab cerita di blog kak ana best

      Padam
  3. Menarik ni.. macam kena pkan jugak

    BalasPadam
  4. Tengok gambar rumah aje dah nampak cantik dah.. seronoknya..

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com