Sunday, 22 April 2018

Buffet Ramadhan "Iftar in the Sky" di Arina Skyview Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bulan Ramadhan, bulan yang pasti menjadi detik terindah buat umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat dalam meraikannya. Jadi, di bulan Ramadhan yang baik ini, jom sama-sama meriahkan buffet Ramadhan di Arina Skyview Kuala Lumpur.  


Sekiranya korang masih tercari-cari lagi lokasi pilihan berbuka puasa yang enak dan romantik, dengan menu pilihan hidangan kampung dan tidak terlalu jauh, mengapa korang tidak terus menuju ke Arina Skyview Kuala Lumpur? Lokasi yang cukup strategik terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan disaksikan panorama indah dari atas.
Konsep Ramadhan di Arina Skyview Kuala Lumpur ini menyajikan menu khas masakan tempatan dan antarabangsa dengan bertemakan "Iftar in the Sky". Apa yang membuatkan ia menarik di sini adalah hidangan buffetnya yang lazat dari penyediaan pakar masakan Melayu tempatan terbaik iaitu Chef Sabirin Mohd Yusof bersama pasukannya. Konsep yang santai dengan suasana pemandangan 360 darjah dari atas awan yang indah berlatarbelakangkan mercu Kuala Lumpur iaitu Menara KLCC dengan menikmati hidangan makanan yang lazat.

Terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan kepada para tetamu. Hidangan utama yang diketengahkan adalah bilamana daging kambing bakar, diperap dalam gabungan rahsia rempah dan dipanggang untuk kesempurnaan bersama bagi membangkitkan aroma kepada semua pengunjung. Hidangan kegemaran orang ramai pada tahun lepas iaitu Kambing Panggang bersama Nasi Arab dan Ayam Bakar dengan pelbagai pilihan sos seperti Sos Blackpepper, Cendawan dan BBQ dengan tambahan salad pasti memukau lagi untuk tahun ini. 

Dengan menu harian yang biasa disediakan setiap hari, ia pasti menjanjikan hidangan Melayu seperti Sambal Sotong, Ayam Masak Kurma, Rendang Daging, Udang Goreng Kunyit, Bubur Lambuk dan  pelbagai aneka pilihan sup pasti membangkitkan selera kampung kepada tetamu.

Kari Kepala Ikan Superb...

Sambal Sotong yang menyengat

Rendang Daging

Ayam Masak Kurma

Udang Goreng Kunyit

Ayam Bakar

Pelbagai aneka pilihan ulaman kampung dan sayur-sayuran

Sayur Pecal

Antara menu lain yang turut dihidangkan juga adalah aneka kuih-muih tradisional dan desserts bagi penambah selera selepas menjamu hidangan utama. Desserts Pengat Durian yang sememangnya menjadi tumpuan utama ketika LeYa menjamu selera di sini. Bila buka sahaja penutup periuknya, meresap segenap pelusuk jiwa raga LeYa untuk terus merasainya sehingga licin. 

Pengat Durian

Karipap

Kuih Cara Hijau

Apam warna-warni

Buah Melaka

Sambil menikmati hidangan yang disediakan, para tetamu juga pastinya dihiburkan dengan panorama bandaraya Kuala Lumpur yang cukup indah  dengan diperdengarkan alunan muzik merdu dan segar dari lagu-lagu muzik tradisional yang sangat berbakat. Memang syok habis! Memang tak sedar makanan di pinggan dah habis je. Hehehe...


Tidak cukup itu, para tetamu juga akan disediakan dengan surau di mana akan ada Imam untuk Solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah. Ruang solat dan ruang mengambil wudhuk juga turut disediakan kepada tetamu dengan penuh keselesaan.

Buffet Ramadhan di Arina Skyview Kuala Lumpur "Iftar in the Sky"boleh didapati dengan tempahan korporat dengan minimum tempahan ialah 50 pax dengan harga ditawarkan adalah RM68 setiap pax. Tawaran promosi menarik kepada korang boleh dapatkan dengan harga RM58 setiap pax bagi tempahan awal pakej iftar. Jadi, apa tunggu lagi? Tempahlah sekarang untuk mendapatkan promosi terhangat ini!

Sebarang tempahan, boleh hubungi di talian +603 - 2202 7468 / +6012 - 708 7135.




TENTANG ARINA SKYVIEW KUALA LUMPUR

Arina Skyview adalah sangat unik kepada Golden Triangle di Kuala Lumpur City Centre. Restoran ini mempunyai 3 tempat dalam satu (satu konsep yang dipanggil 'Multi-Branding') Satu Tempat Perkahwinan, Mesyuarat & Pusat Seminar dan Perkhidmatan Bersenam Penuh. Konsep ini menawarkan pelbagai pelanggan, menawarkan pelbagai pilihan tempat makan dan hiburan dalam satu pertubuhan. Bahagian yang paling menarik adalah menu yang akan diperluaskan rayuan dan memberikan pelanggan kami pengalaman yang berbeza pada setiap lawatan.

"A Contemporary Malay Experience" menanti korang semua di Arina Skyview Kuala Lumpur. Ia akan membangkitkan satu perasaan yang hidup apabila menikmati pelbagai hidangan Masakan Melayu Benua dan meraikan tradisi lama Malaysia, khususnya.

Suasana dan pemandangan yang cukup indah menambah lagi rasa keinginan untuk bersantai dengan seronoknya bersama rakan-rakan amahupun keluarga. Dengan keluasan 3,000 kaki persegi, restoran ini mampu menampung seramai 200 orang pada satu-satu masa. 

Untuk maklumat lanjut:

MOHD HAIDER ABD. HAMID Chief Operating OfficerOffice  : +603 - 4010 8444RSVP/Sales : +6012 - 708 7135Email: sales.arinaskyview@gmail.com

NOOR HABIBAH BT ABDUL SAMADSales & Marketing ExecutiveOffice  : +603 - 4010 8444RSVP/Sales : +6012 - 708 7135Email: sales.arinaskyview@gmail.com
Reaksi kOrang:

4 comments:

  1. Macam best je ni. Nak kena try ni. Terima kasih review

    ReplyDelete
  2. Menarik ni.. Kena masuk bucket list hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza... Sila masukkan dalam list dengan segera ye..

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com