Sabtu, 30 November 2013

Kehidupan Baru LeYa

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah seminggu lamanya LeYa tak menonjolkan cerita2 di blog ini. Dan seminggu juga lah LeYa telah mula bekerja di Putrajaya. Oleh kerana LeYa masih belum punyai connection Internet di sana terpaksalah menunggu hujung minggu untuk pulang ke rumah dan mengemaskini blog kesayangan ini. 

Seminggu LeYa bekerja dengan suasana yang baru memberi LeYa satu lagi pengalaman dalam meniti kehidupan harian ini. LeYa berkenalan dengan rakan2 sepejabat baru dan menjalani sedikit latihan di hari pertama sebelum memulakan tugas pada hari berikutnya. Segala penerangan yang diberi oleh Pegawai yang In-Charge kepada staff2 baru seperti LeYa itu amat baik dan mudah mesra. 

Walaupun LeYa kini telah mendapat kerjaya di dunia realiti yang LeYa inginkan, LeYa masih kekal bersama blog dan blogger2 lain menambah ilmu serta sedikit pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan di dunia yang serba canggih ini... hehe...


Oleh itu, sebagai hamba Allah S.W.T., kita sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Dan pohonlah apa yang diingini agar suatu hari nanti doa kita akan dimakbulkan. Cuma cepat atau lambat kita tidak tahu. Hanya bersangka baik pada Allah dan berbuat baik serta bersabar jika ditimpa musibah. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, LeYa lega sudah punyai kerjaya sebelum berkahwin. 

Sabtu, 23 November 2013

Review Blog: Follower ke-600

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan kepada rakan2 blogger di luar sana yang turut sama memeriahkan aktiviti di blog LeYa ini... Tanpa anda siapa lah LeYa... LeYa banyak menulis catatan harian LeYa di blog ini. Namun, masih ramai juga yang meminati serba sedikit apa yang LeYa tulis di sini. Tidak tahu untuk melafazkan kata-kata betapa bertuahnya LeYa sebab dapat rakan2 blogger di luar sana yang kerap mengunjungi blog buruk LeYa ini. Hehehehe....

Dalam meniti nama di persada dunia Internet dengan meletakkan LeYa's Blog sebaris nama dengan blogger2 yang sudah mempunyai "Follower" yang sudah ramai sehingga mencecah puluhan ribu. Setiap inci penulisan yang LeYa tulis di sini lahir dari hati yang ikhlas serta banyak diambil dari rentetan perjalanan hidup LeYa di dunia yang fana ini. Bagaimana menjalani kehidupan harian? Cara kehidupan seorang yang bergelar blogger? Kehidupan bersama gambar-gambar fotografi yang dirakam di lensa Canon 1100D LeYa. Dan, mungkin juga sedikit tips dan berita terkini yang LeYa masukkan di ruang entri LeYa. 

Kali ini, dengan berkat dan kerajinan LeYa dalam membuat entri hampir pada setiap hari, LeYa telah memiliki Jumlah Follower seramai 600 orang. Pada mulanya, agak sukar untuk mendapatkan jumlah follower lebih 500 orang tapi alhamdulillah anda semua lah yang telah memberi sinar baru dalam blog LeYa ini. Dan kini, LeYa menyimpan hasrat untuk memiliki follower seramai 1000 pula. Mungkinkah ada insan2 yang bergelar blogger sudi mengikuti perkembangan di blog LeYa ini?? 

Follower
Follower LeYa yang sudah mencapai 600 orang

Yeah! Terima kasih kepada Nur Fajariah yang sudi mengikuti perkembangan LeYa's Blog ini. Dan kerana anda yang telah menjadi insan bertuah hari ini, LeYa memberi penghargaan kepada blog anda dengan membuat review blog anda pada entri kali ini.
Follower ke-600
Follower ke-600
 WoW! Meminati K-Pop... Banyak entri yang di post berkaitan dengan Korea.... Ya! Itu hak peribadi masing-masing dalam menulis di blog mereka. Tak salah pun dan mungkin itu adalah hobinya... Jumlah follower untuk blog Nur Fajariah yang LeYa tahu hingga kini adalah seramai 244 orang. Blog yang berlatarbelakangkan warna biru. Cantik dan kemas untuk dilawat setiap kali blogwaking. Jadi, kepada rakan2 blogger LeYa yang lain apa kata kita menambahkan lagi koleksi rakan kita dengan menyertai dan mengikuti blog Nur Fajariah ini. Bukan sukar pun nak klik butang follow di setiap blog. Hanya klik "follow" dan klik "done". Anda sudah pun menjadi seorang ahli dalam blog-blog yang anda ikut. 

Follower Nur Fajariah
Jumlah Follower untuk Blog Nur Fajariah

Jumaat, 22 November 2013

Penantianku akhirnya terjawab...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bertubi-tubi dugaan dan godaan yang aku dan Mr. F terima. Pelbagai rintangan dalam tempoh pertunangan ni kami tempuh. Kadang-kadang terfikir kenapa begitu berat sekali ujian yang ditanggung kami ini. Dengan aku yang tidak bekerja lagi. Ulang-alik temuduga tapi masih belum ada jawapan. Lagi... dengan sejak akhir ni, Mr. F asyik tidak sihat... Arrrggghhhh..... terlalu banyak...

Mungkin inilah tempat kerja aku...hehe... tak tengok lagi pun...
Namun, setelah menempuh ujian2 tersebut, hari ini bersamaan hari Jumaat dan 22/11/2013, aku mendapat tawaran kerja di Putrajaya dan akan bermula pada hari Isnin hadapan. Sesi Temuduga yang aku sertai semalam telah memberi sinar kebahagiaan buat aku. Alhamdulillah!! Penantian aku selama ini berbaloi. Walau jawatan ini adalah contract tapi aku perlu yakin dan berusaha untuk mendapat tempat di hati majikan.

Dan kedua penghargaan yang aku terima hari ini adalah aku mendapat satu lagi CPUV dari Mr. Nuffnang. Syukur Ya Allah. Dua rezeki telah Engkau beri pada aku di kala aku sedang mengalami kesulitan ini. Saat ini, aku sedar betapa kerdilnya aku di mata Yang Maha Esa. Segala ujian yang diberiNya dahulu kini dibalas dengan tidak disangka aku. 

CPUV Nuffnang
CPUV dari Nuffnang
Iklan yang telah berjaya memasuki carta CPUV aku kali ini datangnya dari "INTI Rebranding Campaign" yang akan mengajak kita untuk turut serta ke kolejnya belajar dalam suasana yang aman dan damai. Hehe.. 

CPUV Nuffnang
Jom3x.. Masuk U
TERIMA KASIH YA ALLAH...

Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi ajmain,
Alhamdulillah Ya Allah Ya Hayyu Ya Qaiyyum birahmatika nastagist.

Laa ilaha illa anta subhanaka inna kunt minadzolimin

Ya Allah,
Wahai penggenggam langit dan bumi,
Ampuni jikalau selama ini kami diperbudak oleh dunia ini,
Ampuni jikalau ada harta yang tiada halal yang kami dapatkan,
Dan ampuni jikalau kami tidak bersyukur atas nikmat yang Engkau karuniakan,
Serta ampuni jikalau kami kikir menafkahkan rezeki titipan.

Ya Allah,
Titipkanlah kepada kami dunia yang halal yang berkat,
Namun cabutlah di hati kami cinta terhadap dunia ini,
Gantikan dengan cinta terhadap akhirat.

Berikan kepada kami nikmatnya bersedekah,
Berikan kepada kami nikmatnya menafkahi saudara kami yang miskin,
Melunasi orang-orang yang hutang,
Berikan kenikmatan bagi kami untuk memberikan makan bagi saudara kami yang lapar,
Memberikan amal jariah yang ikhlas di jalan Mu.

Ya Allah,
Hanya Engkaulah yang menggenggam setiap rezeki,
Karuniakan kepada kami nikmatnya hidup qana’ah,
Hidup zuhud, 
Hidup wara',
Hanya kerana Engkau semata..

Rabbana atina fidduniya hasanah
Wa fil akhirati hasanah waqina a’zabannaar.

Subhana rabbika rabbil izzati 'amma yasifuun
Wasalamun ‘alalmursalin
Walhamdulillahi Robbil a’laminn..

Bersama Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Yeah! Semalam seharian LeYa tidak online. Pagi2 LeYa telah menghadiri satu sesi temuduga bersama Mr. F. Dia yang telah menghantar LeYa ke destinasi tersebut... Hehe.. Dalam pada itu juga, Mr. F berkesempatan untuk turut serta memeriahkan sesi temuduga dengan menjadi calonnya. Mana tahu ada rezeki kan.. Dedua dapat.. Lagi mudah+senang... Hehehe... 

Invitation by email...
Selesai sesi temuduga, kami pun apa lagi... Tengok jam di tangan.. Masih awal... Mr. F bawa LeYa berjalan2, window shopping dan menonton wayang yang telah sekian lama kami tidak pergi bersiar2 bersama. Itu semuanya gara2 Mr. F seharian bekerja untuk mengumpul dana perkahwinan kami. huhu...

Tajuk : Kisah Paling Gangster
Tarikh Tayangan : 21 November 2013
Pelakon :  Shaheizy Sam, Epy Raja Lawak, Mikail Andre, Wawa Zainal
Genre : Aksi
Pengarah : Brando

Sinopsis Filem Kisah Paling Gangster
Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namun setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster...lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar...
Filem yang sempat kami tonton bersama... Tak kira2... Baru keluar terus dah nak tengok. Hahaha... Best jugak jalan cite dia... Diselitkan dengan lawak2... Tapi dah terlalu banyak sangat kisah2 gangster ni kan... 

Kreatif tak Mr. F. Dia design sendiri... Kalau nak apa2 bentuk bolehlah buat tempahan pada LeYa. Proses siap dalam masa 2minggu.

Rabu, 20 November 2013

#Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wordless Wednesday
Love is Hard...
Wordless Wednesday


Wordless WednesdayWordless Wednesday

Selasa, 19 November 2013

Blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Cik Ayu Insyirah tag lagi untuk join segmen beliau.. Ini adalah segmen kedua beliau yang LeYa join. 

Blogwalking CUTI SEKOLAH bersama AyuInsyirah
Blogwalking CUTI SEKOLAH Bersama AyuInsyirah

Tak susah pun nak join segmen ni... Hanya klik pada banner di atas dan penuhi permintaan Cik Ayu dalam syarat2 beliau...

I-Phone 6 Dengan Skrin Melengkung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

iPhone 6
Wah!!! Bestnye la kan kalau LeYa memiliki duit banyak.. Boleh juga la try pakai iphone 6 ni... Hehehe.. Tapi, LeYa sedang berlipatgandakan usaha untuk mencari duit kahwin dulu... Baru la fikir nak tukar gadget or something keperluan yang LeYa rasa nak..

Okay guys and girls... Selamat Petang semua... Watch out... Petang ni LeYa nak cakap la sikit tentang iPhone 6 ni.. Ia merupakan teknologi pintar dengan skrin melengkung seperti Galaxy Round dan G Flex yang masih belum memperoleh hasil membanggakan di pasaran. Begitu juga penjualan telefon yang sebegini dengan harganya yang agak mahal. Namun, hal ini tidak menghentikan niat pengusaha telefon pintar lain mengeluarkan telefon pintar dengan skrin melengkung.

iPhone terbaru milik Apple untuk tahun 2014 juga dikhabarkan tidak mahu ketinggalan dalam mengeluarkan telefon dengan skrin melengkung.

iPhone 6

Dalam satu laporan oleh Bloomberg, iPhone 6 milik Apple bakal hadir dengan peningkatan aplikasi dan software secara besar-besaran berbanding iPhone 5S. Bloomberg juga melaporkan iPhone 6, tidak hanya bakal hadir dengan rekaan layar melengkung. Apple juga bakal menggunakansensor tambahan yang mampu mengesan tingkat tekanan yang berbeza.

Selain itu, Apple juga akan menyiapkan dua model iPhone 6, salah satunya bakal hadir dengan skrin 5.5 inci manakala satu lagi mempunyai skrin 4.7 inci.

GA November by Dedeq

Assalamualaikum

Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim .. malam ni dedeq lancarkan satu GA NOVEMBER by DEDEQ ..

Tarikh mula 13 november 2013 - 30 november 2013 (12am)


Hadiah
Top Referral - Jubah Dress x 1 dan Peplum labuh x 1


43 SENARAI HADIAH yang akan diberikan kepada yang BERTUAH 

*****************************

T - Tidak dapat kubayangkan...
I - Insan yang amat kusayangi...
G - Gembira hati saat ini...
A - Apabila bersama denganmu...

B - Bersamamu memberi seribu erti...
E - Engkaulah permata hatiku...
L - Lapangnya dada ini saat bersamamu...
A - Aku terlalu kasih dan sayang kepadamu...
S - Sampai ke akhir hayatku...

Isnin, 18 November 2013

KLIMS 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hhhuuuaaarrrggghhhh... baru dapat nak update blog ni setelah connection Internet yang tak menentu beberapa hari ni. Cuti hujung minggu yang lalu bersamaan hari Sabtu, aku ade la berjalan-jalan dengan family pergi ke "Kuala Lumpur International MotorShow 2013" di PWTC. Seronok bila tengok ramai yang menghadiri aktiviti yang dianjurkan seperti ini. TIdak dinafikan juga mungkin ada di antara blogger2 di luar sana yang turut serta memeriahkan majlis itu. 

Transparent Car...Hehe... Nampak jelas segalanya...

Honda....

Model bergaya dengan style nya tersendiri

Ni kereta ape??? Aku tak ingat laa... Hahaha...
Cukup lah tuh... Aku malas nak masuk kan gambar banyak2... Alaa... bukan ramai pun yang baca blog buruk aku ni.. hehehe... Yang penting aku nak cakap la tak rugi pun join aktiviti di negara kita ni.. Macam2 kita boleh dapat dan lihat... Pengalaman mengajar kita erti sebenar kehidupan.

Sabtu, 16 November 2013

Tips Blogging Supaya Dikenali Dunia

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Tips Blogging

Sempena saya tiada idea untuk membuat entri terbaru, saya membuat entri ini sebagai membantu rakan2 blogger muda yang sedang berjinak2 untuk mempopularkan blog mereka.

Tips saya pada kali ini ialah Tips Blogging Terbaik – Bagaimana popularkan blog di seantero dunia?  Sebagai blogger , sudah pasti kita mahu dikenali dan disanjungi oleh orang lain dan menjadi idola kepada blogger – blogger lain.

Untuk mempopularkan blog di mata dunia, kita perlukan kerja keras dan kesabaran dalam menghasilkan sesuatu kerjaya. Terdapat pelbagai cara sebenarnya untuk membuatkan blog kita menjadi popular. Walaupun saya belum lagi popular di mata dunia, tetapi saya dikenali oleh blogger – blogger lain. Itu sudah memadai buat saya kerana saya bukanlah artis atau sesiapa untuk menjadi sangat terkenal .

Di sini saya akan terangkan cara bagaimana untuk kita menjadi terkenal.

Kualiti Entri / Cara Menulis Entri
Apakah yang saya maksudkan dengan kualiti entri? Entri yang ditulis mestilah senang dibaca oleh pembaca dengan ayat yang boleh difahami . Ayat yang menarik menambah minat pembaca untuk membacanya sehingga ayat akhir. Pembaca menilai penulis melalui cara penulis menulis entri. Jadi jika menulis entri, janganlah menggunakan kata – kata yang kotor.

Trademark
Untuk membuatkan pembaca mengingati blog kita dalam jangka masa yang lama, kita perlulah membuat satu trademark tersendiri seperti header yang menarik, logo yang menarik atau kata – kata yang tidak pernah diungkapkan oleh blogger lain . Kebanyakkan blogger diingati kerana trademark mereka. Contohnya seperti Denaihati dengan cogan kata blog "hidup untuk memberi" dan “berita semasa dan perkongsian ilmu”. Mereka diingati dengan trademark mereka sendiri.

Template / Themes
Kebanyakkan blogger yang popular atau dikenali , mereka menggunakan template / themes yang sesuai dan friendly seo. Template / themes memberi inspirasi kepada pembaca. Contohnya anda meletakkan background yang gelap dan tulisan anda bewarna warni , sudah pasti ia akan menghilangkan mood pembaca . Apabila backgroundnya hitam dan tulisan bewarna warni , ia akan merosakkan mata dan nampak seperti kanak – kanak yang membaca buku ABC. Yang terbaik ialah menggunakan jangan menggunakan black background dan gunakan font hitam.

Kelainan
Pada tahun 2012/2013 blogger tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Terdapat banyak saingan dalam blogging . Kita perlulah mengelak dari saingan dan membuat sesuatu yang belum lagi dibuat oleh blogger lain. Bukan sebab kita takut, tetapi jika kita tidak dapat menyaingi yang lain, semangat kita akan jatuh dan hasil usaha kita selama ini musnah.

Jumaat, 15 November 2013

Rezeki Datang Lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Baru selesai buat entri "SELAMAT ULANG TAHUN SAYANGKU...", LeYa dapat pula CPUV untuk November ini. Alhamdulillah rezeki diberi lagi di hari penting ini. Kali ini, iklan yang berjaya meletakkan dirinya di blog yang tak seberapa ni adalah "Ford MCA Launch" untuk bulan November. Tidak terucap oleh kata-kata betapa bersyukurnya LeYa dengan kehadrat Ilahi ini. Terima kasih Ya Allah... 



Setiap bulan LeYa akan terima CPUV dalam blog kesayangan ni. Mungkin ini adalah rezeki LeYa menjadi seorang blogger memandangkan tidak lama lagi LeYa akan menamatkan zaman bujang LeYa bersama insan yang disayangi. Terima kasih Mr. Nuffnang. Terima kasih kerana masih setia memberi earning untuk blog LeYa yang serba kekurangan ini. 

 


Selamat Ulang Tahun Sayangku...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini bertarikh 15 November 2013. Hari yang penting buat aku... Kenapa??? Ya! Hari ini adalah hari lahir buat insan yang amat kusayangi.. Yang akan menjadi teman sehidup semati ku mulai tahun hadapan. Tunangku, Incik Zol sudah genap umurnya 27 tahun. 

                               

"Happy Birthday, sayang... I always love you because of Allah S.W.T. Saya doakan semoga sayang panjang umur dan dimurahkan rezeki yang halal serta diberi kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian."

Hari ini juga genap setahun sayang telah meminang manje sebagai tunangan sayang. Dan hari ini juga hubungan ini berkekalan selama 3 tahun 9 bulan dan 95 hari. Pelbagai dugaan telah pun kita tempuh bersama sewaktu ketika dahulu. Kini, hanya tinggal 6 bulan sahaja untuk kita hidup bersama di bawah satu bumbung. 

Terlalu sukar untuk LeYa katakan betapa banyaknya dugaan yang kami telah tempuh sehingga hari ini. Namun, dalam mencari cinta manusia, LeYa perlu mencari cinta Allah. Oleh itu, LeYa sering berdoa agar dipertemukan dengan jodoh dengan lelaki yang bertanggungjawab, baik dan hormat kedua ibu bapa serta membimbing ke syurga. LeYa memiliki semua itu. Beliau (iaitu tunang LeYa) sangat baik dan penyayang serta sering membantuku jika ada masalah. Tidak pernah LeYa pergi ke sana sini sendirian kecuali bersama dia dan ahli keluarga. LeYa tidak pernah keluar malam melainkan bersama keluarga atau si dia. Itu sahaja LeYa tahu. LeYa dan Dia sangatlah jauh beribu batu tetapi kerana cinta kepada Allah, kami saling mempercayai antara satu sama lain.

Cinta kerana Allah. Cinta yang kami titipkan dalam perhubungan kami. Kami sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain jika ada yang terlupa. Cinta bukan hanya kata-kata bermadah, tetapi cinta adalah amanah daripada Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurnia daripada Allah Yang Maha Indah. 

Desir-desir angin
menimbul seribu ingin
terasa meresap sukma cinta
membakar hatiku yang dingin

Desir-desir daun
Melarik pohon merimbun
merangsang rindu bertemu
bilakah cinta akan bertamu?

Ah... bila cinta yang SATU
mudahlah kita bertemu
jauh pun bukan alasan
pada satu pertemuan

Dalam solat aku doakanmu...
Walau jarak kita beribu batu
Munajat ini mekar bersama rindu.



Khamis, 14 November 2013

Keputusan UPSR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini keputusan UPSR diumumkan... Tahniah kepada yang telah berjaya memperolehi straight "A". LeYa juga ingin mengucapkan jutaan tahniah buat dua saudara kecil LeYa yang sudah pun mengharungi UPSR tahun ni. Alhamdulillah mereka berjaya dengan apa yang mereka inginkan. Moga2 tahun hadapan, mereka dapat bawa diri ke alam persekolahan menengah dengan lebih tabah dan berkeyakinan. 

Tahniah Faheem dan Wafa... Semoga berjaya dengan lebih jaya pada masa akan datang..

Rabu, 13 November 2013

Design Header Blog/Website

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Memiliki sebuah blog / website tidak asing lagi di dunia IT kini. Sedangkan kanak-kanak berumur 12 tahun juga sudah pun berjaya mempunyai blog mereka tersendiri. Mereka tahu untuk menulis sesebuah cerita di blognya dengan pelbagai genre. Dan apabila sudah memiliki website / blog, setiap blog itu perlu mempunyai header yang menarik lagi tertarik untuk membuatkan para pembaca mereka teruja untuk melihat blog mereka itu. 

Hari ini, dalam tak sedar LeYa sudah agak banyak juga menghasilkan header blog untuk blogger2 yang ingin membuatkan blognya dilihat ramai. Pada mulanya tidak yakin dengan kebolehan dan kemahiran yang ada pada LeYa tetapi dengan kecekalan hati dan membaca motivasi-motivasi diri untuk maju, LeYa teruskan jua. 

Kini, LeYa boleh merekabentuk header blog / website yang anda inginkan dari yang statik kepada yang dinamik. Pembinaan rekabentuk header ini dibuat 100% oleh LeYa dan sedang menambahbaik idea kreatif untuk menghasilkan hasil kerja yang lebih efektif dan kualiti. 

LeYa's Blog
Milik LeYa sendiri yang entah kali keberapa diubah.

Ini Blog Aku Punya
"Ini Blog Aku Punya" Blog kepunyaan Encik Tunang

 Laman Pendidikan

 Eisya Farisya

 Blog Wafa

Untuk Tempahan bolehlah hubungi pihak LeYa Production:

Isnin, 11 November 2013

Pernahkah Anda Berharap Untuk Berjaya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berita Baik Untuk Semua Rakan-Rakan Blogger LeYa's Blog!

LeYa Production sedang memberi perkhidmatan terbaik untuk Anda!

LeYa Production

Ingin memiliki perniagaan yang mantap dan teguh bukanlah mudah. Ia memerlukan banyak pengorbanan. LeYa telah mengalami banyak cubaan dan dugaan dalam menempuh serta membangunkan LeYa Production ketika ini. Ini kerana LeYa mempunyai ramai saingan untuk turut sama berjaya dalam bidang yang diceburi. Berbekalkan pengalaman dalam dunia Teknologi Maklumat dan modul Keusahawanan yang dipelajari ketika Diploma dahulu, dapat juga LeYa belajar cara-cara promosi website dengan lebih berkesan dan bijaksana. 

Pada mulanya, tidak ramai yang berkunjung ke Laman Web tersebut memandangkan LeYa tidak punyai kelengkapan yang baik untuk mempromosikan perkhidmatan LeYa itu. Hampir sahaja untuk LeYa mengabaikan segalanya. Namun, atas perikemanusiaan ihsan daripada abang kepada Mr. Fiancee, LeYa bangun semula. LeYa membuat penambahbaikan Laman Web dan mempromosikannya di Laman Fanpage Facebook yang kini semakin dilihat ramai.

Kini, LeYa Production sudah pun mempunyai pelanggan. Walaupun masih tidak ramai yang tahu, tetapi cukuplah untuk permulaan. Tahun depan sahaja, LeYa mempunyai dua projek fotografi untuk diselesaikan. Diharapkan hasilnya akan mendapat sambutan oleh banyak pihak.

1. Like Page FB:


2. Lawati Laman Web:
    LeYa Production

Ahad, 10 November 2013

Alhamdulillah.... Earningku bertambah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wah! Tidak rugi tangan ku menggatal klik dan lihat nuffnangku... Rupa2nya earning ku dah di credit kan dan bertambah... Alhamdulillah...dengan apa yang telah diberi... 

Berkat usaha ku mencari pendapatan tambahan menjelang Hari Perkahwinan ku yang bakal kunjung tiba telah memberi sinar kebahagiaan dan keazaman untuk aku terus berblogging dengan lebih baik lagi. Kalau dahulu, aku hanya menulis di blog dengan suka2, tetapi kini blog kesayangan aku kini sudah pun berjaya memberi pendapatan buat aku. Segala hasil titik peluh aku selama ini berbaloi apabila melihat duit simpanan yang berada di Nuffnang

Doaku kepada Yang Maha Esa ingin memudahkan urusan Majlis Perkahwinan ku bersama si dia termakbul dengan sedikit anugerah yang diberiNya melalui penulisan di blog ini. Aku tidak pun menyangka sama sekali penglibatan aku dalam dunia blogging hari ini boleh memberi pendapatan untuk membantu aku sendiri. 

Juga tidak dilupakan juga buat rakan2 seperjuangan yang sering membantu di kala kebosanan atau kesibukan dengan mengklik iklan2 di blog ini. Jasa kalian amatlah aku hargai. Oleh itu, setiap kali aku bertandang ke blog2 mereka, aku akan cuba juga mengklik iklan2 mereka kerana mereka juga sama seperti aku ingin melihat sedikit perubahan pada margin pendapatan nuffnang mereka. Bukan banyak, tetapi cukup lah boleh di "cash out" setiap bulan sebagai duit poket harian. Walaupun, aku belum berkesempatan untuk mengeluarkannya lagi, tetapi aku tahu sedikit demi sedikit nilainya bertambah dan suatu hari nanti akanku keluar secara banyak untuk dibuat sebagai tambahan dalam kehidupan harianku. 

CPUV
Cost Per Unique Visit

CPC
Cost Per Click

Sabtu, 9 November 2013

Happy Birthday to Them...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini hari Sabtu. Hari ini juga adalah hari lahir buat dua orang sepupuku sebelah ibu... Beliau adalah Fatyn dan Ameen Aqil. Keduanya bukanlah kembar, cuma kebetulan dilahirkan hari yang sama...  Seronok memiliki keluarga besar kerana pada sebelah malam setiap hari lahir antara kami akan diadakan sedikit majlis jamuan makan sempena meraikan di kalangan kami meningkat usia.


Ameen Aqil
Yeah! Saya dah 8 tahun,,,
 FSHLOVATE79
Saya kini dah pun 24..Next year kawen laa... 

Jumaat, 8 November 2013

Bila Laptop Kembali Kepangkuanku...

Apabila laptop telah kembali ke tanganku... Seronok bukan kepalang... Bolehlah update entri hari2 semula... Baru seminggu je kena tinggal dah pun bersawang blog ni.. Haish....Cepatnya berhabuk.. Mana datang lah kan habuk2 ni... Hehehe... 

Okay2... punya excited nak menulis sampai terlupa nak bagi salam...Hehe... 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan2 blogger LeYa yang dikasihi...

Hari ni LeYa nak tulis tentang sebuah kisah yang berlangsung pada 01/11/2013 - 03/11/2013 yang lepas. Hari tersebut merupakan hari bersejarah buat empat pasangan pengantin meraikan Majlis Perkahwinannya. Empat pengantin itu juga adalah abang2 dan kakak2 ipar LeYa iaitu abang2 kepada Mr. F. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan meriah sekali. 









Cukup...cukup sudah...cukup sampai di sini sahaja... Tak perlu nak letak gambar banyak2... Hehe... Nak tengok lebih lanjut boleh ke laman FB LeYa Production....