Selasa, 19 November 2013

I-Phone 6 Dengan Skrin Melengkung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

iPhone 6
Wah!!! Bestnye la kan kalau LeYa memiliki duit banyak.. Boleh juga la try pakai iphone 6 ni... Hehehe.. Tapi, LeYa sedang berlipatgandakan usaha untuk mencari duit kahwin dulu... Baru la fikir nak tukar gadget or something keperluan yang LeYa rasa nak..

Okay guys and girls... Selamat Petang semua... Watch out... Petang ni LeYa nak cakap la sikit tentang iPhone 6 ni.. Ia merupakan teknologi pintar dengan skrin melengkung seperti Galaxy Round dan G Flex yang masih belum memperoleh hasil membanggakan di pasaran. Begitu juga penjualan telefon yang sebegini dengan harganya yang agak mahal. Namun, hal ini tidak menghentikan niat pengusaha telefon pintar lain mengeluarkan telefon pintar dengan skrin melengkung.

iPhone terbaru milik Apple untuk tahun 2014 juga dikhabarkan tidak mahu ketinggalan dalam mengeluarkan telefon dengan skrin melengkung.

iPhone 6

Dalam satu laporan oleh Bloomberg, iPhone 6 milik Apple bakal hadir dengan peningkatan aplikasi dan software secara besar-besaran berbanding iPhone 5S. Bloomberg juga melaporkan iPhone 6, tidak hanya bakal hadir dengan rekaan layar melengkung. Apple juga bakal menggunakansensor tambahan yang mampu mengesan tingkat tekanan yang berbeza.

Selain itu, Apple juga akan menyiapkan dua model iPhone 6, salah satunya bakal hadir dengan skrin 5.5 inci manakala satu lagi mempunyai skrin 4.7 inci.

6 ulasan:

  1. assalam...joooom ramai2 join segmen ni... sempena cuti sekolah...
    http://ayuinsyirah.blogspot.com/2013/11/segmen-blogwalking-cuti-sekolah-bersama.html

    BalasPadam
  2. bagus jgk kalau dia ubah sikit design :) hihi.. singgah sini

    BalasPadam
  3. bagus juga iPhone nak buat pembaharuan tapi macam tak lawa je..

    BalasPadam
  4. tudia pantasnya....iphone 5 xabih lagi dah keluaq 6 nooo

    BalasPadam
  5. Setiap tahun memang akan ada rumors macamni. Tak banyak yang betul sebenarnya. Gambar tu pun konsep art je.

    BalasPadam
  6. Tak mampu nk pakai tepon ni..dah kuaq smpai ke 6..yg ke 1 pun x mampu lagi.huhu

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com