Saturday, 16 November 2013

Tips Blogging Supaya Dikenali Dunia

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Tips Blogging

Sempena saya tiada idea untuk membuat entri terbaru, saya membuat entri ini sebagai membantu rakan2 blogger muda yang sedang berjinak2 untuk mempopularkan blog mereka.

Tips saya pada kali ini ialah Tips Blogging Terbaik – Bagaimana popularkan blog di seantero dunia?  Sebagai blogger , sudah pasti kita mahu dikenali dan disanjungi oleh orang lain dan menjadi idola kepada blogger – blogger lain.

Untuk mempopularkan blog di mata dunia, kita perlukan kerja keras dan kesabaran dalam menghasilkan sesuatu kerjaya. Terdapat pelbagai cara sebenarnya untuk membuatkan blog kita menjadi popular. Walaupun saya belum lagi popular di mata dunia, tetapi saya dikenali oleh blogger – blogger lain. Itu sudah memadai buat saya kerana saya bukanlah artis atau sesiapa untuk menjadi sangat terkenal .

Di sini saya akan terangkan cara bagaimana untuk kita menjadi terkenal.

Kualiti Entri / Cara Menulis Entri
Apakah yang saya maksudkan dengan kualiti entri? Entri yang ditulis mestilah senang dibaca oleh pembaca dengan ayat yang boleh difahami . Ayat yang menarik menambah minat pembaca untuk membacanya sehingga ayat akhir. Pembaca menilai penulis melalui cara penulis menulis entri. Jadi jika menulis entri, janganlah menggunakan kata – kata yang kotor.

Trademark
Untuk membuatkan pembaca mengingati blog kita dalam jangka masa yang lama, kita perlulah membuat satu trademark tersendiri seperti header yang menarik, logo yang menarik atau kata – kata yang tidak pernah diungkapkan oleh blogger lain . Kebanyakkan blogger diingati kerana trademark mereka. Contohnya seperti Denaihati dengan cogan kata blog "hidup untuk memberi" dan “berita semasa dan perkongsian ilmu”. Mereka diingati dengan trademark mereka sendiri.

Template / Themes
Kebanyakkan blogger yang popular atau dikenali , mereka menggunakan template / themes yang sesuai dan friendly seo. Template / themes memberi inspirasi kepada pembaca. Contohnya anda meletakkan background yang gelap dan tulisan anda bewarna warni , sudah pasti ia akan menghilangkan mood pembaca . Apabila backgroundnya hitam dan tulisan bewarna warni , ia akan merosakkan mata dan nampak seperti kanak – kanak yang membaca buku ABC. Yang terbaik ialah menggunakan jangan menggunakan black background dan gunakan font hitam.

Kelainan
Pada tahun 2012/2013 blogger tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Terdapat banyak saingan dalam blogging . Kita perlulah mengelak dari saingan dan membuat sesuatu yang belum lagi dibuat oleh blogger lain. Bukan sebab kita takut, tetapi jika kita tidak dapat menyaingi yang lain, semangat kita akan jatuh dan hasil usaha kita selama ini musnah.
Reaksi kOrang:

7 comments:

  1. nice input dear..sy on blogger baru juga..br nak bertatih :)

    salam kenal^^

    ReplyDelete
  2. ika berblogging untuk share apa yang ika rasa nak kongsi,
    tak terfikir nak jadi blogger yang dikenali...

    ReplyDelete